Nenek menjadi warga muda diusia emas

Beliau mempunyai empat anak berusia antara 58 dan 70 tahun serta 19 cucu dan 47 cicit, namun tarikh lahir pada MyKad miliknya menunjukkan beliau adalah gadis sunti yang akan menyambut hari jadi ke-16 pada 12 April ini.
Tidak masuk akal, tetapi itulah hakikat yang dilalui oleh Puan binti Ahmad yang usia sebenarnya sudah mencecah seabad dan dianggap antara warga emas paling tua di Padang Keria, Sanglang, di sini.

Warga emas, Puan Ahmad menunjukkan kad pengenalan yang menimbulkan pelbagai kesulitan kepadanya gara-gara tersalah catatan mengenai tarikh lahirnya. Warga emas itu mempunyai empat anak berusia 58 dan 70 tahun serta 19 cucu dan 47 cicit, namun tarikh lahir pada MyKad miliknya menunjukkan beliau adalah gadis sunti yang akan menyambut hari jadi ke-16 pada 12 April ini. Sumber google
Beliau tidak mengingati usianya tetapi masih ingat hidup di zaman penjajah. Beliau kini menetap di rumah anak ketiganya, Mat Yusop Kamis, 63, di Padang Keria selepas berpindah dari Kuala Nerang, Kedah sejak setahun lalu.
Pada MyKad warga emas ini tertera tarikh lahir 12 April 1996 dan kesilapan itu juga menyebabkan beliau menghadapi pelbagai masalah termasuk gagal mendapatkan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M).
Menurut cucunya, Siti Noratikah Mat Yusop, 21, berkata kesilapan pada MyKad tersebut disedari ketika beliau menghantar neneknya mendapatkan rawatan di sebuah klinik di Kuala Perlis tahun lepas.
Kes itu kemudian dirujuk kepada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), namun sehingga kini belum ada tindakan susulan diambil jabatan tersebut, katanya.
Beliau mengharapkan agar pihak JPN dapat menyelesaikan masalah ini secepat mungkin bagi mengelakkan masalah lain yang lebih besar pada masa depan
BELAJAR CARA KIRA HARGA EMAS DAN SENARAI SUPPLIER KILANG
Learn More

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *