KUALA LUMPUR – Seorang peniaga mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini terhadap lima pertuduhan memiliki pelbagai barang kemas yang keseluruhannya bernilai RM6,000, awal bulan ini.
KIRA VALUE EMAS KALKULATOR EMAS, AR-RAHNU, PAJAK GADAI
Kira DisiniBagi pertuduhan pertama dan kedua, Amin Abrahim, 52, dari Kota Kinabalu, Sabah didakwa memiliki seutas rantai leher bersama loket emas bernilai RM1,500 kepunyaan pemandu peribadi Bahrin Kassim, 48, dan seutas gelang tangan dan gelang kaki bernilai RM2,000 milik Nuruldhia Hana Delisha yang berusia setahun tujuh bulan.
Dia juga berdepan dengan pertuduhan ketiga dan keempat iaitu memiliki seutas rantai leher emas bernilai RM800 kepunyaan jurujual Badrul Sham Jebah, 41, dan satu loket emas bernilai RM700 milik Abdul Bahrul Uni, 33.
SIMPLE GOLD TESTING KIT USING ACID TEST TO CHECK GOLD PURITY
Uji Emas AndaBagi pertuduhan kelima, tertuduh, yang diwakili peguam V. Kamalai, didakwa memiliki seutas rantai leher bersama loket emas bernilai RM1,000 milik jururawat Hasniza Zainal Abidin, 33.
Bapa kepada dua orang anak itu didakwa melakukan kesemua kesalahan itu di lobi sebuah hotel di Jalan Bukit Bintang di sini pada 7 malam, 1 Dis lepas, mengikut Seksyen 411 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Timbalan Pendakwa Raya Nur Hafizah Rajuni tidak menawarkan jaminan dengan alasan kesalahan itu serius dan tidak boleh dijamin.
Majistret Nurul’ain Abdul Rahim menetapkan 6 Jan depan untuk sebutan kes bagi penyerahan dokumen. – Bernama