Lempen itu dimulakan pada Ogos, berakhir pada Disember 2012.
KIRA VALUE EMAS KALKULATOR EMAS, AR-RAHNU, PAJAK GADAI
Kira DisiniPemenang bertuah itu ialah Tung Thian Lai, 53, dan Puteri Caroline Mohamad Kamel, 20.
Ketua Perbankan Mewah dan Nilai Tinggi, Choong Wai Hong berkata fasa pertama kempen itu berjaya apabila bank merekodkan peningkatan 27 peratus deposit dan aset boleh labur, dan 32 peratus peningkatan dalam pembiayaan.
SIMPLE GOLD TESTING KIT USING ACID TEST TO CHECK GOLD PURITY
Uji Emas AndaBeliau berkata kadar itu dicapai selepas mengetepikan kadar pertumbuhan biasa yang direkodkan oleh bank berkenaan di luar tempoh kempen.
“Kempen ini unik memandangkan ia membolehkan pelanggan menang dan mendaftar untuk mana-mana produk Maybank, sama ada pelaburan, simpanan atau pembiayaan.
“Hadiah emas bertujuan membantu mewujudkan kesedaran dalam kalangan pengguna mengenai pilihan pelaburan alternatif yang ditawarkan oleh akaun pelaburan emas Maybank.
“Kami melihat semakin ramai pelanggan beralih kepada akaun emas apabila menyedari bahawa ia menyediakan pilihan yang lebih baik bagi melindungi daripada inflasi,” katanya.
Keunikan MGIA ialah pelanggan tidak perlu menyimpan emas secara fizikal, tetapi membeli atau menjual secara mudah menggunakan kata laluan, di mana-mana cawangan Maybank di Malaysia atau menerusi Maybank2u.com.
Pelaburan dalam Akaun Pelaburan Emas Maybank disokong sepenuhnya dengan emas fizikal pada ketulenan 999.9. – Bernama