Maklumat Asas Skim Ar-Rahnu: Apakah Ar-Rahnu?

ar-rahnu-pic

Skim Pajak Gadai Islam Ar-Rahnu ditubuhkan atas dasar Fardhu Kifayah dan bukan atas dasar keuntungan semata-mata oleh pelaksanaannya. Antara tujuan utamanya ialah untuk menghapuskan riba atau hasil bunga (faedah) dan gharar yang dikenakan oleh pengusaha kedai pajak gadai secara konvensional. Walaupun menurut Akta Pajak Gadai 1972, had maksimum caj faedah bulanan adalah sebanyak 2.5 peratus, namun secara realitinya, jumlah yang dikenakan ialah sekitar tiga hingga empat peratus sebulan.

KIRA VALUE EMAS KALKULATOR EMAS, AR-RAHNU, PAJAK GADAI
Kira Disini

Skim Ar-Rahnu ini memberikan kemudahan alternatif kepada kemudahan pin-jaman yang sedia ada di samping memberi pilihan kepada peminjam untuk menuruti kehendak dan hukum Syariah. Skim ini beroperasi dengan memberi pinjaman ihsan sementara kepada yang memerlukan, dengan cagaran atau barang sandaran yang di-namakan ‘marhun’.

Di dalam konsep ini, sesuatu barang yang berharga dijadikan sebagai cagaran yang terikat dengan hutang. Secara ringkasnya, sekiranya hutang tersebut tidak dijelaskan, maka ‘marhun’itu tadi boleh digunakan untuk menjelaskan baki hutang tersebut. Tujuan ‘marhun’ ini ialah untuk meyakinkan tuan punya hutang/pemiutang bahawa risiko pembayaran semula hutang tadi dapat dikurangkan. Sementara di pihak penghutang, mereka ini tidak perlu menanggung beban pembayaran semula yang tinggi, sebaliknya jalan penyelesaian terbaik telahpun dipersetujui.

SIMPLE GOLD TESTING KIT USING ACID TEST TO CHECK GOLD PURITY
Uji Emas Anda

IMG

 

Bagi hutang tadi pula, skim ini melaksanakan prinsip Al-Qardhul Hasan (bantuan ihsan), iaitu pinjaman tanpa faedah yang lebih bersifat kepada sikap tolong menolong dan bantu membantu sesama Islam. Sementara prinsip Al-Wadiah pula ialah akad di antara tuan punya barang dengan pihak yang menyimpan barang gadaian tersebut.

Atas dasar Al-Wadiah inilah, skim ini akan mengenakan bayaran upah simpan selamat (safe custody fee) ke atas barang gadaian tadi. Secara ringkasnya, skim ini tidak akan mengenakan faedah kepada pinjaman tetapi hanya mengambil upah untuk menyimpan dengan selamat ke atas barang gadaian. Menurut perspektif Islam, skim ini memenuhi ciri-ciri berikut: Bebas dari unsur-unsur riba, selari dengan kehendak dan hukum Islam. Ianya berkonsepkan fardhu kifayah; iaitu membantu sesama umat yang memerlukan pertolongan.

Meletakkan tanggungjawab sosial ke atas peminjam dan pemberi pinjaman yang mana ianya hanya menggunakan konsep upah perniagaan yang dibenarkan oleh Syarak. Paduan yang syumul antara sifat-sifat komersil dan amal jariah; adil dan tidak membebankan peminjam. Meningkatkan sikap amanah kepada pengusaha; menyimpan barang gadaian tersebut dengan baik. Transaksi perniagaan yang lebih telus; bersandarkan kepada harga semasa barang gadaian (kebiasaannya barang gadaian ialah emas). Sementara dari perspektif pergerakan badan koperasi pula,

Skim Pajak Gadai Islam Ar-Rahnu ini memenuhi ciri-ciri berikut :

  • Mempelbagaikan aktiviti perniagaan, yang mana ianya boleh mendatangkan pulangan yang baik ke atas pelaburan yang dibuat oleh koperasi.
  • Mengurangkan risiko hutang tidak berbayar (NPL) kerana semua hutang yang diberikan adalah terjamin.
  • Memecahkan monopoli pajak gadai konvensional yang biasanya membebankan para penggadai yang memerlukan wang.
  • Memberi pilihan pinjaman yang bebas riba’ kepada semua anggota koperasi khasnya dan umat Islam, amnya.
  • Membantu mereka yang terdesak atau memerlukan dengan memberikan pinjaman yang lebih mudah urusan transaksinya.
  • Meningkatkan keperibadian yang baik kepada pengusahanya; dari segi sifat amanah, jujur, telus, kemahiran dalam keilmuan dan pengurusan dan sebagainya.

Konsep, Rukun Dan Ciri-Ciri Perlaksanaan Konsep: Berlandas dan berpandukan kepada hukum Syariah iaitu :

  • Ar-Rahnu: mekanisma di mana sesuatu barang yang berharga dijadikan sandaran ke atas hutang.Tidak ada unsur riba’ ke atas pinjaman tetapi hanya upah menjaga barang cagaran sahaja dikenakan.
  • Al-Qardhul Hasan: pinjaman ihsan yang diberikan adalah bebas dari unsur riba’atau faedah.
  • Al-Wadiah: akad untuk menjaga keselamatan barang yang dicagar.

Rukun: Rukun Ar-Rahnu terbahagi kepada:

  • Penggadai: orang yang menggadai/orang yang berhutang.
  • Penerima Gadaian: pemegang gadaian/pemberi pinjaman.
  • Barang Gadaian : barang yang berharga yang terletak di bawah simpanan penerima gadaian.
  • Tanggungan Gadaian: jumlah yang terhutang.
  • Sighah/Perjanjian: perjanjian berkaitan pinjaman yang diberikan atau hutang dan gadaian.
BELAJAR CARA KIRA HARGA EMAS DAN SENARAI SUPPLIER KILANG
Learn More

Comments

7 responses to “Maklumat Asas Skim Ar-Rahnu: Apakah Ar-Rahnu?”

  1. Rosli Jaffar Avatar
    Rosli Jaffar

    Apakah dengan menggunakan platform Ar-Rahnu untuk membuat pelaburan satu langkah yang bijak….. seperti yang dikatakan kebanyakan orang ramai…..

  2. Meryl Daniels Avatar

    Adakah anda terjebak, terbatas dari bank-bank dan anda tidak mendapat manfaat daripada bank-bank atau anda lebih baik mempunyai projek dan memerlukan pinjaman, pembiayaan lapuk atau anda memerlukan wang untuk membayar bil-bil, mencari untuk melabur wang dalam perniagaan anda. mendapatkan bantuan kewangan hari ini
    greatfuturefinancialservices@gmail.com

  3. Kelvin Johnson Hurley Avatar
    Kelvin Johnson Hurley

    Hello,
    Ini adalah untuk memaklumkan kepada orang ramai bahawa Puan Rachel Williams, pemberi pinjaman pinjaman peribadi mempunyai membuka peluang kewangan untuk semua orang yang memerlukan apa-apa bantuan kewangan. Kami memberi pinjaman pada kadar 2% kadar faedah kepada individu, firma-firma dan syarikat-syarikat di bawah syarat-syarat yang jelas dan mudah difahami dan keadaan. hubungi kami hari ini melalui e-mel supaya kita boleh memberi anda terma dan syarat-syarat pinjaman kami di: (passionloancompany1@gmail.com)

  4. Brenda Hope Avatar

    Hello,
    Ini adalah untuk memaklumkan kepada orang ramai bahawa Puan, BRENDA HARAPAN pemberi pinjaman pinjaman peribadi mempunyai membuka peluang kewangan untuk semua orang yang memerlukan apa-apa bantuan kewangan. Kami memberi pinjaman pada kadar 2% kadar faedah kepada individu, syarikat dan syarikat-syarikat di bawah syarat-syarat yang jelas dan mudah difahami dan keadaan Dari
    $ 20.000 untuk $ 7000000 USD, Euro Dan Pounds Sahaja. Saya memberi Pinjaman Perniagaan,
    Pinjaman Peribadi, Pinjaman Pelajar, Pinjaman Kereta Dan Pinjaman Untuk Bayar Off Bil. hubungi kami hari ini melalui e-mel di: (brendahope816@gmail.com)

  5. Joel Cristoball Avatar

    Adakah anda memerlukan pinjaman kredit kewangan yang mendesak?
    * Pemindahan Sangat cepat dan serta-merta ke akaun bank anda
    * Bayaran balik bermula lapan bulan selepas anda mendapatkan wang
    akaun bank
    * Kadar faedah yang rendah sebanyak 2%
    * Bayaran balik jangka panjang (1-30 tahun) Panjang
    * Syarat-syarat pinjaman yang fleksibel dan bayaran bulanan
    *. Berapa lama masa yang diambil untuk membiayai? Selepas menghantar permohonan pinjaman
    Anda boleh mengharapkan jawapan awal kurang daripada 24 jam
    pembiayaan dalam 72-96 jam selepas menerima maklumat yang mereka perlukan
    dari awak.

    Hubungi syarikat ini sah dan berlesen, yang diberi kuasa
    untuk memberi bantuan kewangan kepada Everybody
    Maklumat dan permohonan pinjaman lebih bentuk

    email: cashfirmarena@gmail.com

    Selamat sejahtera
    Sir Joel Williams
    FIRM TUNAI PINJAMAN SYARIKAT
    Ketua Pegawai Eksekutif
    TEL: +60183723787
    E-mel: cashfirmarena@gmail.com
    Webisite: cashfirmarena.wordpress.com

  6. Ayesha Sadeeq Avatar

    Hello, saya minta Puan Ayesha Sadeeq, Pengurus Sadeeq pinjaman invetments, Adakah anda berhutang? Anda ingin mengembangkan perniagaan anda, membayar bil-bil anda, kerja-kerja pengubahsuaian rumah, atau jika anda perlukan bantuan kewangan tujuan. Kami adalah untuk memberikan kehidupan yang lebih baik kepada orang di seluruh dunia dengan tiada caj untuk permohonan pinjaman polisi kami memberi pinjaman dengan kadar faedah 2% kepada individu dan Syarikat di bawah terma-terma dan syarat-syarat untuk memahami.
    Hubungi kami melalui e-mel: (sadeeqinvestmentplan@gmail.com)

  7. Maryna Sani Avatar

    Halo, aku Puan Maryan sani pemberi Pinjaman Pinjaman Peribadi. Perusahaan Kami menyediakan Pinjaman Pada Tingkat rendah 2%. Apakah Anda Perlu Pinjaman Mendesak Untuk melunasi Utang Anda, Atau Anda membutuhkan Pinjaman Untuk Meningkatkan Bisnis Anda, tagihan TUNAI VISA VISA Anda dan Meningkatkan Anda Fasiliti Perusahaan? Anda Telah Putusan yang Ditolak Oleh bank dan Institusi Kewangan lainnya? Layanan ini kepada Akan Memberikan Baik dojdocb.html entiti, syarikat, Bisnis lelaki dan Wanita Dan Kami TIDAK costomers terburu-buru kami pada TUNAI VISA VISA, melainkan Kita Memberikan Acha lebih pilkada waktu Untuk melunasi laon Acha Telah dikumpulkan. Namun, Peluang Kewangan Pada Langkah pintu Anda, jadi hubungi kami hari ini kepada melalui e-mel di: maryansaniloancompany@gmail.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *