Percaya atau tidak, penduduk Kampung Jenang yang terletak di Marang jika memerlukan duit berbelanja lebih boleh keluar dan mendulang emas hanya di kawasan berhampiran rumah mereka.
KIRA VALUE EMAS KALKULATOR EMAS, AR-RAHNU, PAJAK GADAI
Kira DisiniItulah keistimewaan yang diberikan kepada bumi Kampung Jenang yang terletak berhampiran Jeti Sungai Kerak jika mengikuti pelayaran dengan bot sepanjang Sungai Marang.
Pemandangan di tepi Sungai Marang ketika perjalanan ‘river cruise’ dari Jeti Sungai Kerak ke Kampung Jenang. – Foto MYNEWSHUB.CC
SIMPLE GOLD TESTING KIT USING ACID TEST TO CHECK GOLD PURITY
Uji Emas AndaTimbalan Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Jenang; Rasid Abdul Ghani berkata jika penduduk sekitar menggali sedalam kira-kira lima hingga enam kaki sebelum mula mendulang.
Menurut beliau, pastinya ada jumlah emas yang akan ditemui dan biasanya kuantitinya banyak.
“Kalau di Terengganu, mereka ukur emas pakai Hamas, kalau sehari betul-betul buat, dapatlah dua hamas atau tiga hamas.
“Emas 10 itu jenis emas lembut, kalau nak buat gelang dengan emas ini tak boleh kerana ia terlampau lembut, tetapi ia perlu dicampur dengan emas lain,” katanya kepada Mynewshub.cc.