Larangan Menjual Beli Emas Secara Bertangguh

10806471_998140676879532_4806184510157293196_n

KIRA VALUE EMAS KALKULATOR EMAS, AR-RAHNU, PAJAK GADAI
Kira Disini

Ada yang mendakwa bahawa yang dilarang jual beli emas secara bertangguh ialah bagi pertukaran emas dengan emas sahaja. Kepada mereka yang mendakwa sedemikian, adakah anda inkar hadith hadith Rasulullah sebagaimana yang diriwayatkan oleh Ubadah b Samit seperti berikut:

—قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: «الذَّهَبُ بِالذَّهَبِ، وَالْفِضَّةُ بِالْفِضَّةِ، وَالْبُرُّ بِالْبُرِّ، وَالشَّعِيرُ بِالشَّعِيرِ، وَالتَّمْرُ بِالتَّمْرِ، وَالْمِلْحُ بِالْمِلْحِ، مِثْلًا بِمِثْلٍ، سَوَاءً بِسَوَاءٍ، يَدًا بِيَدٍ، فَإِذَا اخْتَلَفَتْ هَذِهِ الْأَصْنَافُ، فَبِيعُوا كَيْفَ شِئْتُمْ، إِذَا كَانَ يَدًا بِيَدٍ» مسلم
“Emas dengan emas, perak dengan perak, gandum dengan gandum, barli dengan barli, kurma dengan kurma, garam dengan garam (ditukarkan) sesama jenis, pada kadar yang sama, secara tunai (spot), sekiranya berlainan jenis, maka jual belilah sesuka hatimu selama mana ia adalah pertukaran tunai.” – (Muslim, Abu Daud, al-Nasai, dan Ahmad)

SIMPLE GOLD TESTING KIT USING ACID TEST TO CHECK GOLD PURITY
Uji Emas Anda

Hadith ini menjelaskaan hukum jual beli/pertukaran barang barang ribawi. Hadith di atas tidak meletakkan apa apa sharat bagi jual beli barang barang biasa yang buka ribawi seperti membeli beras degan menggunakan matawang. Ia boleh dilakukan secara tunai, bayaran tangguh, atau bayar dahulu terima kemudian.

Cuba perhatikan lafaz “Sekiranya berlainan jenis, maka jual belilah sesuka hati kamu selama mana ia adalah pertukaran secara tunai” (lani/tangan degan tangan).

Ulama bersepakat kalau emas ditukar dengan emas, perak dengan perak, gandum dengan gandum, ada dua sharat yang perlu dipenuhi: 1. Pada nilai/sukatan yang sama. 2. Dilakukan secara tunai.

Sekirannya berlainan jenis, tetapi illah yang sama seperti emas dengan perak, gandum dengan garam, maka di sana ada satu syarat yang mesti dipatuhi iaitu mestilah dilakukan secara tunai/lani. Maka boleh jual beli 100 gram emas dengan 2 kilo perak, satu kilo tamar dengan 2 kilo gandum dengan syarat ia dilakukan secara tunai/lani, bukan secara tangguh/ansuran.

Emas dalam bentuk dinar pada zaman Rasulullah adalah pada harga 8 atau 10 atau 12 dirham perak. Harganya sentiasa berubah. Emas dijual beli atau ditukar dengan perak atau emas dinar digunakan untuk membayar hutang yang diambil dalam dirham perak atau sebaliknya seperti yang disebut di dalam hadith Abdullah ibn Umar dalam transaksi juala untanya dan bayaran hutang dengan matawang yang berbeza (dinar emas vs dirham perak).

Dalil dalil lain yang melaranga jual beli emas/perak dan matawang secara bertangguh:

عَنْ مَالِكِ بْنِ أَوْسِ بْنِ الْحَدَثَانِ، أَنَّهُ قَالَ: أَقْبَلْتُ أَقُولُ مَنْ يَصْطَرِفُ الدَّرَاهِمَ؟ فَقَالَ طَلْحَةُ بْنُ عُبَيْدِ اللهِ – وَهُوَ عِنْدَ عُمَرَ بْنِ الْخَطَّابِ -: أَرِنَا ذَهَبَكَ، ثُمَّ ائْتِنَا، إِذَا جَاءَ خَادِمُنَا، نُعْطِكَ وَرِقَكَ، فَقَالَ عُمَرُ بْنُ الْخَطَّابِ: كَلَّا، وَاللهِ لَتُعْطِيَنَّهُ وَرِقَهُ، أَوْ لَتَرُدَّنَّ إِلَيْهِ ذَهَبَهُ، فَإِنَّ رَسُولَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: «الْوَرِقُ بِالذَّهَبِ رِبًا، إِلَّا هَاءَ وَهَاءَ، وَالْبُرُّ بِالْبُرِّ رِبًا، إِلَّا هَاءَ وَهَاءَ، وَالشَّعِيرُ بِالشَّعِيرِ رِبًا، إِلَّا هَاءَ وَهَاءَ، وَالتَّمْرُ بِالتَّمْرِ رِبًا، إِلَّا هَاءَ وَهَاءَ» مسلم
—Maksudnya, kata Umar r.a (setelah melarang dua orang sahabat Nabi yang berjualbeli emas dan perak tetapi salah seorang mereka ingin menangguh penyerahan peraknya), “Sesungguhnya Rasulullah saw telah berkata: (jual beli) perak dan emas adalah riba kecuali jika (mereka berkata) “nah ambil ini” dan (seorang lagi berkata) “nah ambil ini”. (هاء bererti خذ ْها)
—
—حَدَّثَنَا مَالِكٌ، عَنْ نَافِعٍ، عَنْ عبد الله بن عمر، أَنَّ عُمَرَ، قَالَ: لا تَبِيعُوا الذَّهَبَ بِالذَّهَبِ إِلَّا مِثْلًا بِمِثْلٍ، وَلاَ تُشِفُّوا بَعْضَهَا عَلَى بَعْضٍ، وَلاَ تَبِيعُوا الْوَرِقَ بِالْوَرِقِ إِلَّا مِثْلًا بِمِثْلٍ، وَلاَ تُشِفُّوا بَعْضَهَا عَلَى بَعْضٍ، وَلاَ تَبِيعُوا الذَّهَبِ بالْوَرِقَ أَحَدُهُمَا غَائِبٌ، وَالْآخَرُ نَاجِزٌ، وَإِنِ اسْتَنْظَرَكَ إِلَى أَنْ يَلِجَ إلى بَيْتَهُ، فَلاَ تُنْظِرْهُ، إِنِّي أَخَافُ عَلَيْكُمُ الرَّمَاءَ وَالرَّمَاءُ من الرِّبَا – الموطأ
—
—Kata umar:
…”jangan jual emas dgn perak sedangkan salah satunya tiada di depan kamu dan satu lagi disegerakan. Jika dia minta tangguh hingga dia masuk ke rumahnya maka jgn kamu beri penangguhan padanya kerana aku takuti riba terkena pada kamu.”

Dalam konteks sekarang, matawang kertas adalah matawang yang sah dan mengambil hukum yang sama dengan emas sebagaimana yang diputuskan oleh Majma Fiqhi, Majlis Majlis Fatwa dan badan badan Fiqh sedunia. Dengan itu haram hukumnya membeli emas secara tangguh. Ia adalah RIBA. Penangguhan boleh berlaku dalam dua keadaan. 1. Dengan membuat bayaran dahulu, emas diterima kemudian, termasuklan penangguhan beberapa minit selepas majlis aqad atau beberapa hari atau minggu. 2. Penangguhan bayaran, di mana emas sudah diterima tetapi dibayar secara ansuran atau lum sum, tetapi selepas majlis aqad, beberapa jam, hari, minggu etc.

Kedua dua cara jual beli emas sebegini adalah perlanggaran yang jelas ke atas hadith di atas dan ia adalah RIBA.

Wallahu’alam

sumber – drazman.net/2014/10/larangan-menjual-beli-emas-secara-bertangguh/

BELAJAR CARA KIRA HARGA EMAS DAN SENARAI SUPPLIER KILANG
Learn More

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *