Kuala Lumpur: Berbekalkan gelaran ‘Datuk’ dan mengaku memiliki sebuah lombong emas di Kelantan, seorang lelaki berusia 50-an memperdaya lebih 500 orang membabitkan jumlah pelaburan lebih RM10 juta.
KIRA VALUE EMAS KALKULATOR EMAS, AR-RAHNU, PAJAK GADAI
Kira DisiniDifahamkan, syarikat berkenaan mula beroperasi Ogos lalu dengan menawarkan pulangan keuntungan yang tinggi antara 1.5 dan tiga peratus sehari daripada nilai pelaburan dan keuntungan itu mula dibayar seminggu selepas pelaburan dibuat.
Janji manis bayaran keuntungan itu membuatkan pelabur terpedaya hingga sanggup melabur antara RM3,500 hingga RM50,000. Seorang mangsa, Farid Salahuddin, 51, berkata, dia tertarik menyertai pelaburan emas itu selepas ditawarkan keuntungan yang tinggi setiap hari sebelum membentuk rangkaiannya dengan menarik ahli dalam kalangan saudara-mara dan rakan.
SIMPLE GOLD TESTING KIT USING ACID TEST TO CHECK GOLD PURITY
Uji Emas AndaKatanya, pada awal penubuhan syarikat itu, dia mendapat keuntungan pelaburan beberapa ribu, namun selepas dua bulan bermula November lalu, syarikat itu tidak lagi membayar keuntungan.
“Pemilik syarikat itu licik dengan mendakwa memiliki lombong emas di Kelantan dan menunjukkan gambar proses perlombongan yang dilakukan pekerja mereka.
“Selepas berfikir panjang, saya membentuk rangkaian dan menarik kira-kira 500 pelabur dengan jumlah pelaburan RM7 juta, namun tidak mendapat keuntungan dan wang modal itu lesap,” katanya selepas membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi, di sini, semalam.
Farid berkata, ramai ahli di bawah rangkaiannya langsung tidak mendapat untung dan mereka kini menuntut bayarannya.
Beliau berkata, dia membuat laporan kerana mahu menuntut kembali wang modal miliknya dan pelabur lain.
Seorang lagi pelabur dikenali sebagai Shila, 30, yang mempunyai kira-kira 100 ahli di bawah rangkaiannya berkata, dia dan rakannya mengalami kerugian kira-kira RM3 juta selepas memasukkan wang pelaburan itu ke dalam akaun syarikat dan ‘Datuk’ terbabit.
Katanya, dia kini tertekan selepas orang bawahannya menuduh dia menggunakan wang pelaburan itu, padahal dia sudah memasukkan semua wang yang dikumpul itu dalam akaun syarikat.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Kuala Lumpur Asisten Komisioner Izany Abdul Ghany mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian dan siasatan lanjut sedang dijalankan.
: Berita Terkini Online
Leave a Reply