“Kerajaan bersetuju agar premis syarikat kredit komuniti dan pajak gadai dibenarkan beroperasi selama dua hari seminggu dari 9 pagi hingga 2 petang sahaja.
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Zuraida Kamaruddin berkata, ia susulan perbincangan dengan persatuan berkenaan susulan pengumuman Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengenai Langkah Tambahan Bagi Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (Prihatin-Tambahan) yang diumumkan pada 6 April lalu.
KIRA VALUE EMAS KALKULATOR EMAS, AR-RAHNU, PAJAK GADAI
Kira Disini“Namun syarikat kredit komuniti itu diingatkan tidak mengenakan caj faedah melebihi yang ditetapkan dalam Akta Pemberi Pinjam Wang 1951 (Akta 400) iaitu sebanyak 12 peratus bagi pinjaman bercagar dan 18 peratus bagi pinjaman tidak bercagar kepada peminjam sepanjang tempoh PKP,” katanya dalam satu kenyataan di sini.
Menurut Zuraida, kementeriannya menerima banyak pertanyaan daripada orang awam mengenai perkhidmatan kredit komuniti dan pajak gadai.
SIMPLE GOLD TESTING KIT USING ACID TEST TO CHECK GOLD PURITY
Uji Emas Anda“Pihak berkenaan diingatkan agar mematuhi arahan dan peraturan sepanjang tempoh PKP.
“Orang awam dan syarikat PKS yang terlibat boleh mendapatkan maklumat dan perkhidmatan KPKT yang lain di talian hotline KPKT iaitu 03-88913975,” katanya.
Leave a Reply