Didorong permintaan kukuh pasaran terbesar di China, India
KIRA VALUE EMAS KALKULATOR EMAS, AR-RAHNU, PAJAK GADAI
Kira DisiniHarga emas dijangka meningkat mencecah AS$1,800 seaun tahun ini, naik lapan peratus daripada harga semasanya selepas berlegar dalam paras AS$1,600 hingga AS$1,700 sejak 2011, kata ahli urus niaga emas tempatan.
Unjuran peningkatan itu, kata mereka bersandarkan permintaan kukuh emas sebagai alat pelaburan jangka panjang dan pelindung inflasi, khususnya dari pasaran pengguna terbesar logam berharga itu iaitu di China dan India.
SIMPLE GOLD TESTING KIT USING ACID TEST TO CHECK GOLD PURITY
Uji Emas AndaHarga emas meningkat kira-kira tujuh peratus tahun lalu, iaitu kenaikan untuk tahun ke-12 berturut-turut.
Aliran kenaikan itu antara yang paling lama berlaku bagi harga komoditi.
Emas mencecah rekod tertinggi sekitar AS$1,920 pada September 2011, apabila krisis hutang Eropah yang semakin buruk ketika itu mencetuskan belian besar-besaran.
Pengurus Pemasaran Poh Kong Holdings Bhd, Elizabeth Choon (gambar), berkata emas tetap menjadi antara alat pelaburan diminati dalam kalangan pelabur yang mahukan pulangan jangka panjang.
Pelabur termasuk di Malaysia, katanya, dijangka terus membeli jongkong dan siling emas sebagai satu bentuk opsyen pelaburan di samping membeli barang kemas untuk mendapatkan pulangan simpanan nilai akan datang.
Pelaburan jangka panjang
“Pelaburan emas adalah satu bentuk pelaburan jangka panjang. Memandangkan permintaan pasaran global terhadap emas lebih tinggi daripada bekalan, harganya dijangka menjadi lebih tinggi pada masa akan datang, termasuk tahun ini,” katanya ketika ditemui BH, baru-baru ini.
Poh Kong, peruncit barangan kemas dan produk emas senaraian awam terbesar di negara ini menghasilkan produk jenama sendiri menerusi kilang pengeluaran miliknya.
Antara jenama barangan kemas miliknya ialah Tranz, Anggun, Auspicious, Happy Love. Poh Kong juga mengeluarkan jongkong emas Bunga Raya.
Choon bagaimanapun berkata, pelabur yang berhasrat menjadikan emas sebagai opsyen pelaburan mesti melakukan kajian mendalam terhadap peranan logam berharga itu serta meneliti pergerakan harganya dari semasa ke semasa.
“Jika anda tidak mengetahui bagaimana pelaburan ini boleh menghasilkan pulangan, lebih baik jangan berbuat demikian,” katanya.
Tidak terlalu berisiko
Beliau menjelaskan, pelaburan emas adalah sesuai kepada pelabur yang kurang agresif dan tidak terlalu berisiko.
Katanya, emas juga terus kekal menjadi alat pelaburan lindung nilai kepada inflasi.
“Malah, emas yang dijadikan alat pelaburan itu boleh dipindahkan kepada generasi akan datang,” katanya sambil menambah 70 peratus permintaan emas dunia tahun ini dijangka masih lagi datang dari dua pasaran terbesarnya, China dan India.
Sementara itu, Pengarah Dana Runcit Bahagian Pengurusan Dana AMMB Holdings Bhd, Ng Chze How, berkata harga emas dunia dijangka melepasi paras AS$2,000 (RM6,158) seaun dalam tempoh dua tahun lagi disebabkan permintaan yang tinggi di kalangan pembeli dari Asia.
Beliau berkata, corak kenaikan harga emas dijangka terus positif untuk jangka masa panjang berdasarkan prestasi konsisten sepanjang dekad ini.
“Saya menjangkakan purata harga emas akan melebihi AS$1,800 (RM5,542) seaun dalam tempoh setahun dan melebihi AS$2,000 (RM6,158) seaun dalam tempoh 24 bulan,” katanya.
Bank pelaburan, HSBC Holdings Plc dalam nota penyelidikannya pula berkata, pasaran emas dijangka mencatat aliran lebih tinggi tahun ini berikutan asas bekalan/permintaan yang lebih positif.
– berita harian
Leave a Reply