SEBERANG JAYA – Harga emas tidak akan naik mendadak selepas pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang dikuatkuasa mulai 1 April 2015 ini kerana tidak melibatkan pertambahan kos operasi.
KIRA VALUE EMAS KALKULATOR EMAS, AR-RAHNU, PAJAK GADAI
Kira DisiniTimbalan Presiden Penang Chinese Heng Woh Goldsmith Employees Union, Foong Hon Beng berkata, harganya hanya membabitkan pertambahan enam peratus untuk cukai berkenaan.
Beliau berkata, selama ini kebanyakan pemilik kedai tidak mengenakan kos operasi terhadap barangan emas dan ia akan terus kekal seperti itu selepas ini.
SIMPLE GOLD TESTING KIT USING ACID TEST TO CHECK GOLD PURITY
Uji Emas Anda“Walaupun ada pertambahan cukai tetapi pengilang, pemborong aau peruncit emas masih diberi rebat oleh kerajaan bagi setiap pembelian bahan input untuk menghasilkan barangan terbabit melalui inisiatif GST.
“Jadi tiada sebab untuk mereka menaikkan harga emas kerana kerajaan sudah memberi pelepasan terhadap setiap perbelanjaan yang dikeluarkan,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.
Sidang media turut dihadiri wakil dari Malaysian Indian Gold & Jewellery Association dan Muslim Jewellers & Money Changes Association.
Bagaimanapun, Hon Beng menjangkakan permintaan atau pembelian emas akan terjejas dan menurun antara 20 hingga 30 peratus selepas GST diperkenalkan kelak.
“Ia tidak akan lama dan dijangka kembali kepada sediakala dalam tempoh dua tahun setelah pembeli mengetahui keadaan sebenar GST,” katanya.
Menurutnya, ahli persatuan akan memperolehi kemudahan rebat cukai jika mendaftar dengan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (KDRM) untuk GST yang mewajibkan semua syarikat memperolehi pendapatan melebihi RM500,000 setahun berbuat demikian.
“Saya yakin semua ahli persatuan memperolehi pendapatan tahunan melebihi RM500,000. Oleh itu, mereka wajar mendaftar untuk program GST kerana ia menawarkan pelbagai kemudahan dan kelebihan,” katanya.
Beliau turut mencadangkan orang ramai membeli emas sekarang kerana harganya yang masih rendah akibat kelembapan pasaran dunia.
“Pengguna beruntung kerana harganya lebih murah sekarang ini dan selepas GST, ia dijangka meningkat sedikit,” katanya.
Sehubungan itu, proses pendaftaran GST untuk semua ahli ketiga-tiga persatuan berkenaan akan diadakan di pejabat KDRM Seberang Jaya Ahad ini. -sinarharian
“Rahsia Kejayaan Emas Sebenar”
“Rahsia Kejayaan Emas Sebenar”