KIRA VALUE EMAS KALKULATOR EMAS, AR-RAHNU, PAJAK GADAI
Kira Disini— Salah satu keistimewaan emas ialah ia sukar diperoleh dan tidak boleh dicipta. Justeru itu ia tidak boleh dimanipulasikan. Kuantitinya tidak boleh ditambah dengan mudah. Ini menyebabkan emas sentiasa bernilai.
— Ini berbeza sekali dengan wang kertas. Ia boleh dicetak sesuka hati oleh pemerintah. Jika jumlah cetakan terlalu tinggi, maka nilainya akan menurun. Kenaikan harga barang yang menggila akan berlaku. Ia dipanggil hyperinflasi. Jika nilai wang kertas jatuh dengan teruk, wang kertas tersebut akan terus ditolak oleh rakyat.
— Sejarah telah membuktikan sistem wang kertas akan gagal. Terdapat banyak bukti kegagalan wang kertas di dalam sejarah tamadun manusia.
— Di antara kisah kegagalan wang kertas yang pernah berlaku adalah:
— Kerajaan Perancis –tahun 1715
— Republik Weimer Jerman – 1922-1923
— Hungary 1945-1946
— Chile 1971-1981
— Peru 1988-1991
— Angola 1991 – 1999
— Yugoslavia 1992-1995
— Belarus 1994-2002
— Kerajaan Mexico – pada tahun 1994
— Kerajaan Argentina – pada tahun 2001
— Zimbabwe 2000-2009
— Namun tidak pernah berlaku di dalam sejarah manusia kegagalan emas dan perak sebagai wang.
— Malah sejarah membuktikan bahawa kesemua tamadun terkemuka dunia menggunakan emas dan perak sebagai mata wang mereka.
— Ini kerana emas dan perak diterima dengan baik oleh seluruh manusia sehinggalah ke hari ini.
Leave a Reply