Sebuah kedai emas di pekan Kuala Pilah yang terus dikunjungi orang ramai, semalam.
KUALA PILAH – Laporan harga emas murah di pekan ini yang tersiar dalam Sinar Harian, semalam menarik minat orang ramai yang mula bercerita menerusi laman sosial.
KIRA VALUE EMAS KALKULATOR EMAS, AR-RAHNU, PAJAK GADAI
Kira DisiniSebahagian mereka masih tertanya-tanya mengenai kesahihan laporan itu, selain membuat andaian sendiri kemungkinan kualiti emas dijual adalah berbeza dengan tempat lain.
Tinjauan Sinar Harian mendapati, rata-rata pengunjung di Sinar Online dan Facebook Sinar Harian teruja dengan laporan itu sehingga ada yang mengajak rakan untuk pergi ke Kuala Pilah membeli emas.
SIMPLE GOLD TESTING KIT USING ACID TEST TO CHECK GOLD PURITY
Uji Emas AndaSalah seorang pemilik Facebook yang dikenali sebagai Siti Zubaidah Mohd Shil berkata, dia dan ahli keluarganya memang pembeli setia emas di pekan ini.
Memandangkan dia yang berasal dari daerah ini, katanya, setiap kali jika ibunya ingin membeli emas, pasti mereka akan membeli di sini kerana harga yang ditawarkan memang sangat murah, berbanding tempat lain.
Selain itu, menurut Julia Shuadi, berita mengenai laporan itu adalah benar, kerana adiknya sendiri baru sahaja membeli emas di pekan ini.
Begitu juga dengan Erma Watie, dia juga mengesahkan bahawa emas di situ murah berbanding di bandar Seremban.
Menurutnya, rakannya yang bekerja di kedai emas sekitar Seremban memberitahu agar membeli emas di Kuala Pilah, kerana harga di Seremban mempunyai perbezaan sehingga mencecah RM25.
Bagaimanapun, terdapat juga komen yang berpendapat ketulenan emas dijual di kedai-kedai emas di pekan ini meragukan, mungkin tidak berkualiti serta tidak tulen.
Pemilik akaun FB Zaimi Abd Ghani memberitahu, emas yang dijual disitu hanya mempunyai nilai 60 peratus emas sahaja, dan bukannya emas asli.
Namun, dakwaan itu disangkal Ramli Sharif yang menegaskan bahawa emas di Kuala Pilah adalah berkualiti, dan disahkan Ar Rahnu.
Katanya, emas yang dijual adalah sama kualiti dengan kedai emas tempat lain, tidak wujudnya penipuan.
Sementara itu, tinjauan Sinar Harian di beberapa kedai emas di pekan ini mendapati, ia terus dipenuhi orang ramai.
Pelanggan yang dikenali sebagai Maizura Ismail, 35, berkata, dia berkunjung ke kedai emas selepas membaca mengenai harga emas murah menerusi Sinar Harian.
“Sebelum ini ada dengar sahaja emas murah di sini tapi tak pernah pergi. Bila tersiar dalam akhbar, barulah saya yakin dan singgah ke sini,” katanya.
_________________________________________________________________________________________
“Rahsia Kejayaan Emas Sebenar”“Rahsia Kejayaan Emas Sebenar”
_________________________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________________________
perlukan TUNAI dengan segera . tukarkan EMAS anda kepada TUNAI
sedia membeli emas terpakai dengan harga yang tinggi. sedia membeli segala jenis emas 999.9, 999, 916, 875, 835, paun, 750, pandora 916, emas lama, emas patah, bengkok, surat pajak dan lain-lain lagi.
asalkan emas tulen. COD cheras / ke tempat anda.
whatsapp/sms/call 013-9720910 @ 017-8855788 Acikx Hargaemas + facebook
_________________________________________________________________________________________