Category: Wanita

  • Zakat Emas & Perak

    Zakat Emas & Perak

    Zakat Emas dan Perak
    Emas dan perak adalah merupakan logam galian yang berharga kurniaan Allah SWT. Ia merupakan hasil bumi yang banyak manfaat kepada manusia dan manusia pula menjadikannya nilai tukaran wang bagi segala sesuatu. Sementara syariat pula mengibaratkan emas dan perak sebagai sesuatu kekayaan alam yang hidup dan berkembang.

    Syariat juga telah mewajibkan kedua-duanya boleh digunakan dalam bentuk wang atau kepingan, bekas bejana, cenderahati, ukiran atau perhiasan. Zakat diwajibkan ke atas pihak yang memiliki emas dan perak apabila sampai nisab dan telah cukup haul setahun.

    Dalil Wajib Zakat
    Firman Allah s.w.t:
    “Dan orang-orang yang menyimpan emas dan perak dan tidak dibelanjakan pada jalan Allah (tidak mengeluarkan zakat), maka khabarkanlah kepada mereka dengan balasan azab seksa yang tidak terperi sakitnya (iaitu) pada hari dibakar emas dan perak (dan harta benda) itu dalam neraka jahanam lalu diselar dengannya dahi, rusuk serta belakang mereka (sambil dikatakan kepada mereka), inilah apa yang telah kamu simpan untuk diri kamu, oleh itu rasakan (azab dari) apa yang kamu simpan itu”
    (Surah At-Taubah: 34-35)

    Sabda Rasulullah S.A.W.:
    “Setiap pemilik emas dan perak yang tidak menunaikan haknya maka pada hari kiamat dijadikan kepingan lalu dibakar dalam api neraka kemudian diselar rusuk dan belakang mereka; setiap kali kepingan itu menjadi sejuk ia kembali dibakar semula pada hari yang kadarnya bersamaan dengan lima puluh ribu (50,000) tahun sehingga ia dihukum di antara hamba-hamba Allah maka dilihat jalannya sama ada ke syurga atau ke neraka”.
    (Hadis riwayat Abu Hurairah)

    Kaedah Kiraan Zakat Emas dan Perak

    1. Emas Perhiasan Wanita
    Emas perhiasan wanita ialah emas yang dibeli atau digunakan sebagai perhiasan di badan. LZS (MAIS) mengambil kira kadar uruf emas bagi pemakaian perhiasan tersebut. Jika kadar pemakaian itu tidak mencapai atau melebihi kadar uruf, maka tidak wajiblah membayar zakat emas perhiasan tersebut. Kadar uruf emas di negeri Selangor ialah sebanyak 800 gram. Mungkin anda boleh mencari kadar uruf bagi negeri lain.

    Contoh:
    (Timbangan emas x harga semasa x 2.5%)

    1000 gram x RM140 = RM139000 x 2.5% = RM3500

    2. Emas Yang Disimpan
    Bermaksud emas yang selain daripada perhiasan wanita yang dipakai di badan samaada dalam bentuk mata wang,jongkong emas, simpanan, galian, peralatan rumah dan sebagainya.

    Ia dikenakan zakat sebanyak 2.5% daripada jumlah yang ada sekiranya kadar yang dimiliki itu sama atau melebihi nisabnya iaitu 85 gram. Ia tidak sama dengan emas perhiasan yang dipakai. Nisab emas yang tidak dipakai ialah sebanyak 85 gram

    Contoh:
    Timbangan emas x harga semasa x 2.5%

    100 gram x RM140 = RM14000 x 2.5% = RM350

    3.Perak
    Bagi logam perak, samaada dipakai sebagai barang perhiasan ataupun tidak (disimpan sebagai perhiasan di rumah), maka pengiraannya adalah berdasarkan nilai barang perak tersebut. Nisab bagi perak adalah sebanyak 595 gram atau lebih

    Contoh:
    1000 gram perak x RM3(segram) x 2.5% = RM75

    ———————————————————————————————
    Zakat ialah cara untuk kita bersihkan harta kita, zakat juga boleh dibayar dengan menggunakan dinar dan dirham. Rukun Islam yang ke-4 ialah mengeluarkan zakat, berzakatlah anda, jangan terasa rugi apabila anda mengeluarkan zakat. Rezeki datang dari Allah Yang Esa, dan berada dimana. carilah!

  • Lady Gaga Guna Kerusi Roda Bersalut Emas

    Lady Gaga Guna Kerusi Roda Bersalut Emas

    LOS ANGELES – Diva pop Lady Gaga nyata tidak mensia-siakan kekayaannya apabila menggunakan sebuah kerusi roda bersalut emas.

    Penyanyi lagu Poker Face berusia 26 tahun itu menggunakan kerusi roda emas 24 karat itu selepas menjalani pembedahan pinggul.

    Kerusi roda itu dilengkapi tempat duduk kulit dan kanopi mudah alih, juga daripada kulit serta boleh diturunkan jika penyanyi itu ingin baring.

    Gaga meminta Ken Borochov dari syarikat pembuat barang berjenama Modekai untuk menghasilkan kerusi roda unik itu.

    “Saya gembira dapat mencipta apa yang saya gelar ‘The Chariot’ – kerusi roda sesuai untuk seorang permaisuri,” kata Borochov.

    Gaga menjalani pembedahan bulan lalu untuk merawat pinggulnya yang cedera, menyebabkan dia membatalkan konsert jelajahan dunianya.- The Sun

  • Beli Emas Secara Ansuran

    Beli Emas Secara Ansuran

    1. Dengan modal sekitar RM400 – RM500 sebulan anda dapat memiliki sekurang-kurangnya 30 gram emas 999.9 pada setiap tahun! (Zakat emas belum dikenakan kerana masih kurang dari kadar nisab iaitu 85 gram).

    2. Kenaikan harga emas secara purata sekitar 20% setahun!

    3. Kaedah ini anda membolehkan anda bebas hutang!

    4. Kenaikan harga emas tak perlu tunggu 31 December pada setiap tahun. Anda boleh monitor sepanjang bulan dan boleh decide nak jual balik anytime as long harga jual balik sudah melepasi harga belian anda dulu.

    5. Suami isteri pakat seorang keluar modal RM200 – 250 seorang setiap bulan. Lebih mudah nak beli emas.

  • 30 Minit Amah Lesap RM25,000

    Petaling Jaya: Seorang warga emas kerugian kira-kira RM25,000 selepas barang kemas serta wang tunai sebanyak RM3,000 miliknya dilarikan pembantu rumah yang hanya ditinggalkan selama 30 minit dalam kejadian di Kampung Tunku, di sini, kelmarin.

    Dalam kejadian jam 5.30 petang itu, mangsa yang berusia 63 tahun dikatakan keluar dari rumahnya sebelum kembali setengah jam kemudian apabila mendapati pembantu rumah warga Sri Lanka terbabit sudah tiada.

    Menurut sumber, mangsa yang cuba mencari pembantu rumahnya yang berusia 31 tahun itu kemudian terkejut selepas melihat biliknya berselerak sebelum mendapati laci tempat menyimpan barangan kemas seberat kira-kira sembilan kilogram (kg) turut digeledah.

    “Selepas memeriksa laci berkenaan, mangsa mendapati semua barangan kemas bernilai lebih RM20,000 miliknya berserta wang tunai sebanyak RM3,000 lesap,” katanya.

    – www.hmetro.com.my

  • Rugi RM50,000 Ditipu Skim Pelaburan Emas

    Rugi RM50,000 Ditipu Skim Pelaburan Emas

    BATU PAHAT – Seorang pembekal bahan binaan kerugian RM50,000 setelah terperdaya dengan skim pelaburan emas yang ditawarkan menerusi laman Internet oleh sebuah syarikat beralamat di Klang, Selangor.

    Ketua Polis Batu Pahat, Asisten Komisioner Din Ahmad berkata, mangsa berusia 38 tahun itu pergi ke pejabat syarikat berkenaan, apabila tertarik dengan tawaran keuntungan 15 peratus yang dijanjikan.

    Menurutnya, selepas melihat sendiri pejabat syarikat berkenaan dan diterangkan keuntungan yang bakal diperoleh, mangsa bersetuju untuk melabur menerusi skim pelaburan emas itu dan mendepositkan RM50,000 ke dalam akaun syarikat berkenaan.

    “Mangsa yakin untuk melabur dalam skim itu berikutan syarikat terbabit turut menyediakan dokumen perjanjian untuk ditandatangani, selain berjanji akan menghantar dokumen perjanjian berkenaan selepas selesai menguruskannya.

    “Bagaimanapun, selepas dua bulan, syarikat terbabit masih gagal menyerahkan dokumen perjanjian itu. Mangsa cuba menghubungi syarikat berkenaan namun tidak berhasil.

    “Malah keuntungan yang dijanjikan selepas sebulan melabur tidak diterimanya. Mangsa yang menge­syaki dirinya ditipu akhirnya membuat laporan polis,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis (IPD) Batu Pahat, semalam.

    Din berkata, walaupun mangsa membuat laporan polis pada 31 Januari lalu, pihaknya masih memburu suspek utama kes berkenaan.

    “Polis juga berjaya menangkap dan mendakwa pemilik akaun yang menerima wang RM50,000 yang dideposit mangsa,” katanya.

    Beliau berkata, polis kini mencari seorang wanita, Rimaliza Mustafa, 28, yang beralamat terakhir di Kuantan, Pahang, untuk membantu siasatan kes berkenaan.

    “Kita meminta kerjasama orang ramai yang mengenali Rimaliza supaya dapat menghubungi pihak polis,” katanya.

  • Hadiahkan ‘Taj Mahal’ Buat Insan Tersayang

    Golongan lelaki kini berpeluang membeli ‘Taj Mahal’ dan menghadiahkannya kepada insan tersayang sebagai lambang cinta sejati seperti yang dilakukan oleh Shah Jahan untuk isterinya, Mumtaz Mahal.

    Perkara itu bukanlah mustahil selepas satu kumpulan yang dianggotai kira-kira 35 tenaga kerja di sini, menghasilkan sebuah replika bangunan Taj Mahal setinggi 106 sentimeter.

    Replika bangunan ikonik itu dibina daripada 20 kilogram emas, 400 kilogram perak dan dihiasi dengan lapan butir berlian.

    Menurut ketua kumpulan tersebut, Syed Hanif, sebanyak 25 kubah Taj Mahal dihasilkan daripada emas, manakala 20,000 kepingan perak dijadikan lantai bangunan tersebut.

    Syed berkata, sebanyak 32 pintunya turut diperbuat daripada emas, selain seorang ulama ditugaskan untuk memastikan ayat-ayat Al-Quran yang dihiaskan pada replika bangunan abad ke-16 itu dihasilkan dengan teliti dan tepat.

    “Saya merupakan seorang pekerja biasa yang hanya menerima upah sebanyak 11 pound (RM53) sehari sewaktu pertama kali melihat Taj Mahal.

    “Sejak dari itu, saya menjadi taksub akan bangunan ikonik tersebut dan bercita-cita menghasilkan replikanya yang diperbuat daripada emas,” kata pemilik syarikat barangan kemas Star Gems itu.

    Bagi merealisasikan impiannya, usahawan berusia 50 tahun itu mengarahkan sekumpulan pekerjanya untuk meneliti setiap sudut Taj Mahal bagi menghasilkan replika yang benar-benar serupa.

    “Kami mengambil beribu-ribu keping gambar Taj Mahal untuk membuat lakaran pembinaan replika.

    “Biarpun menelan belanja yang banyak untuk menghasilkannya, saya bercadang untuk menjual replika tersebut pada harga sekurang-kurangnya 11.5 juta pound (RM55.2 juta),” ujarnya. – Agensi

  • Contact Lens Daripada Emas Dan Berlian

    Contact Lens Daripada Emas Dan Berlian

    Seorang optometrist (ahli mata) di Shekhar Eye Research Center, India, mengembangkan contact lens yang bertatahkan berlian dan berlapis emas untuk memberi “sinar” pada mata Anda. Karyanya ini terinspirasi dari permata yang diimplan pada gigi isterinya.

    Untuk memiliki sepasang lens eksotis ini Anda harus mengeluarkn wang dari kocek sebesar $ 15.000. Beberapa kritikan mengatakan bahawa mengeluarkan wang sebanyak itu untuk lens ini adalah hal yang agak berlebihan.

    Menurut sang pencipta, Chandrashekhar Chawan,keuntungan dari penjualan lens akan digunakan untuk membiayai pengubatan para penderita Stevens Johnson Syndrome, iaitu penyakit kulit yang dapat menyebabkan hilangnya penglihatan.

    Apakah lensa contact lens yang tidak biasa ini cukup menarik minat Anda? Chawan berharap ini dapat menjadi tren fashion yang selanjutnya di Bollywood.

  • Hadiah Emas Untuk Isteri – Farid Kamil & Diana

    Hadiah Emas Untuk Isteri – Farid Kamil & Diana

    Pada majlis pernikahan Farid Kamil dan Diana Danielle, DD telah menerima mas kahwin sebanyak RM10,000 dan wang hantaran RM20,000 dalam bentuk pelaburan emas dari suami tercinta. Barang hantaran dari pihak lelaki pula sebanyak 5 dulang dan dibalas dengan 7 dulang dari pihak perempuan. Yang uniknya, motosikal mini jenama Kawasaki menjadi antara barang hantaran antara kedua-dua belah pihak. Jom kita tengok antara barang-barang hantaran Farid Kamil dan Diana Danielle. Enjoy!

    maybank gold emas

     

    Barang Hantaran Dari Pihak Perempuan

    Produk kecantikan Hugo Boss.

    Majalah Polo International

    Dompet

    Manisan, Bubble Gum. Kata Diana, Farid sangat suka kunyah bubble gum.

    Simbolik tanda hantaran sebuah motosikal mini.

    Kredit gambar: yanmieonline.com

    Barang Hantaran Dari Pihak Lelaki

    Cincin Tiffany & Co.

    Wang hantaran RM20,000 mengikut nilai pelaburan emas.

    Telekung & Al-Quran.

    Simbolik tanda hantaran motosikal mini Kawasaki KSR 110.

  • 10 beg tangan bertaktah emas dan permata termahal

    Jika disebut kisah beg tangan perempuan, kami hanya ingat satu cerita je berkenaan beg tangan yang femes di Malaysia, tapi kali ini kita tidak akan bercakap sekadar dalam negara, kami ingin menunjukkan anda senarai beg-beg tangan termahal didunia. Beg tangan merupakan satu lambang kemewahan wanita, jenama seperti LV, Marc jacobs, Channel, Birkins menjadi kegilaan wanita berkerjaya, mereka sanggup berhabis  ribuan ringgit untuk mendapat perhatian , jika ada orang tanya kenapa perlu beli beg mahal2, makcik2 ini semua akan jawab untuk mendapat keyakinan diri…yakin boleh, Malaysia

    1. 1001 Night Diamond Purse

     

    Beg tangan ini diperbuat dari emas 18 karat dan dihiasi dengan 4,157 berlian bernilai 2.35 juta GBP atau RM11.45 juta ringgit. Berlian yang dihiasi pada beg tangan ini terdiri dari 105 berlian bewarna kuning, 56 bewarna pink dan 4,356 berlian bewarna putih, berat keseluruhan berlian yang diletakkan pada beg ini 38,192 karat, sebab itu jangan pelik jika beg ini dikatakan termahal didunia.

    2. The Hermes Birkin

    Hermez Birkin Bag 10 Most Expensive Designers Handbags

    Beg Hermes Birkin ini dihasilkan menggunakan platinum dan diletakkan lebih 2000 berlian, beg tangan ini dijual pada tahun 2008 dengan harga USD 1.9 juta atau RM3.6 juta ringgit. Kecanggihan beg ini kerana designnya versatile, pemilik boleh menanggalkan berlian pada beg dan memakainya sebagai rantai tangan. Turut diletakkan pada beg ini  berlian 8 karat berbentuk pear yang boleh dicabut dan digunakan secara berasingan.  psst..Beg tangan ini mungkin ada di Malaysia….pssst

    Visit – The Hermes Birkin Official Site

    3. Chanel ‘Diamond Forever’ Classic Bag

     

     

    Beg tangan Channel ini dikeluarkan pada Disember 2006 oleh kedai Mode Chanel, beg tangan klasik ini terdiri dari 334 berlian dengan jumlah berat 356 karat dan dilapisi emas 18 karat. Harga untuk sebuah beg tangan ini adalah USD261 ribu atau RM764 ribu ringgi. Beg tangan ini cuma ada 13 sahaja di seluruh dunia dan lima diantaranya dibeli oleh jutawan Amerika.

    4. Urban Satchel Louie Vuitton Bag

    Urban Satchel Louie Vuitton Bag 10 Most Expensive Designers Handbags

    Price: $150,000

    Beg ini sangat pelik, dihasilkan oleh mode LV (Louie Vuitton menggunakan sampah sarap yang biasa ada dalam beg seperti botol air, kotak rokok, uncang teh, pembalut luka dan macam2 lagi, kami sangat tidak faham kenapa sampah seperti ini boleh dijual sehingga usd 150 ribu atau RM450 ribu ringgit.

    Visit – Urban Satchel Louie Vuitton Bag Official Site

     

    5. Hermes Matte Crocodile Birkin Bag

     

    Beg tangan jenama Hermes dengan pelbagai variasi warna dihiasi dengan berlian 10 karat, beg-beg ini berjaya dilelong dengan harga USD120 ribu atau RM360 ribu sebuah.

    6. Lana Marks Cleopatra Bag

     

    Beberapa tahun lalu, Marks memperkenalkan Beg Clucth Cleopatra bagi edisi terhad yang dihasilkan menggunakan kulit buaya berwarna perak, pada bahagian atas beg ini diletakkan 1500 berlian hitam dan putih serta emas putih 18 karat, beg tangan ini telah dijual dengan harga USD100 ribu atau sekitar RM300 ribu ringgit

    7. Leiber Precious Rose

    Beg tangan yang diberi bentuk bunga rose  ini dihiasi dengan 1,106 berlian dengan jumlah berat 4,256 karar serta diletakkan 1,169 batuan ruby dan 800 kristal tourmalines, beg tangan ini dijual pada harga USD 92 ribu atau lebih kurang RM276 ribu ringgit.

    8. LV Tribute Patchwork Bag

    LV Tribute Patchwork Bag 10 Most Expensive Designers Handbags


    Beg tangan LV Tribute Pathwork bernilai USD42, 000 atau RM 124 ribu ringgit, ia dihasilkan dengan menggabungkan semua beg LV yang dijual didalam pasaran, menarik bukan, semua design beg anda anda, beli 1 dapat seribu dan pakai sepanjang hayat ok!

    Visit – LV Tribute Patchwork Bag Official Site

     

    9. Gadino Bag

    Gadino Bag by Hilde Palladino 10 Most Expensive Designers Handbags

    Beg tangan Gadino dicipta oleh Hilde Palladino, iaitu seorang pereka terkenal Norway, beg ini mempunyai 39 berlian yang diletakkan secara terperinci dan dilapisi dengan emas putih, harga untuk satu beg ini bernilai USD38 ribu atau RM114 ribu ringgit.

    Visit – Gadino Bag Official Site

    10. Fendi Selleria Bag

    Fendi Selleria Bag 10 Most Expensive Designers Handbags

    Beg tangan berjenama Fendi Selleria dihasilkan menggunakan kulit binatang yang paling jarang dan mahal. Beg ini berharga RM38 ribu, sekitar RM114 ribu ringgit malaysia

     

  • Rahsia batu pada cincin emas

     


     

    TANPA menghiraukan keadaan di sekelilingnya, Rahim Hanipah leka menghadap meja kecil pada ruang tamu rumahnya yang terletak di Taman Puchong Intan di Puchong, Selangor. Berbekalkan sebuah kanta pembesar, dia memerhatikan objek kecil berwarna hijau gelap yang berada di tangannya dengan penuh teruja.

    Lelaki berusia 53 tahun itu kemudian mengambil salah sebuah buku tebal yang tersusun rapi di atas meja di hadapannya sebelum mula menyelak lembarannya.

    “Inilah batu maldovite. Ia merupakan batuan semula jadi yang dipercayai wujud akibat impak meteor di bumi sekitar 14.2 juta tahun dahulu. Masyarakat neolitik di Eropah Timur percaya batu ini mampu memberi kuasa spiritual dan metafizik kepada pemiliknya,” terangnya sambil menunjukkan helaian yang menunjukkan imej seperti objek sebesar saiz syiling 20 sen itu.

    Ujar Rahim, batuan kristal jernih daripada jenis tektite berbentuk bulat atau berkedut yang sering dijadikan batu kalung dan cincin batu permata itu diperoleh daripada seorang rakan di Singapura sejak setahun lalu.

    Katanya, batu itu telah diagnosis dan disahkan asli, malah harganya di pasaran mampu mencecah RM2,000 hingga RM3,000.

    “Biarpun ada yang berminat, saya tidak mahu menjualnya kerana mahu menjadikannya bahan kajian dan penyelidikan pada masa hadapan,” katanya yang memberitahu batu itu hanya boleh diperoleh di sekitar Republik Czech.

    Jelasnya, batu maldovite dan batuan semula jadi seperti agate (batu akik), amethyst (kecubung), aquamarine, beryl bloodstone (batu darah), citrine, cubic zirconia, zamrud, berlian, firuz, batu bulan, opal, batu nilam, batu delima dan topaz sering menjadi buruan peminatnya di negara ini.

    OBSES Rahim terhadap batu-batu permata bermula kira-kira 12 tahun lalu.

     

     

    Jelasnya, setiap kategori batuan itu memiliki komposisi kimia, struktur, warna dan kekerasan yang berbeza-beza.

    Ada batu-batu permata yang terhasil daripada fosil haiwan dan tumbuhan jutaan tahun dahulu seperti batu belut, batu mani gajah, batu teras kelor dan batu jarum emas.

    “Ada juga yang cincin yang terhasil melalui teras kayu. Misalnya, kayu tas, raja kayu merah, kayu ibo, teras kayu nibong tunggal dan kayu naga sari dikatakan bernilai tinggi terutamanya dalam bidang perubatan,” katanya yang kini memiliki ratusan batuan, fosil dan cincin sebagai koleksi peribadi.

    Kisah pelik

    Bercerita tentang hobinya, anak kelahiran Temerloh, Pahang itu berkata, ia bermula kira-kira 12 tahun lalu selepas sering mendengar kisah-kisah pelik dan mistik mengenai batu permata.

    “Bagaimanapun, kebanyakannya hanya cerita lisan yang disampaikan dari mulut ke mulut tanpa bukti saintifik dan fakta yang kukuh. Saya mula melakukan kajian dan mendalami ilmu ini melalui pembacaan dalam buku dan Internet serta sanggup menjelajah ke seluruh negara bagi membongkar kisah-kisah di sebaliknya,” katanya yang mengambil keputusan berhenti kerja sebagai pengurus pemasaran untuk terlibat secara sepenuh masa dalam bidang berkenaan.

    Melalui kajian dalam beberapa buku seperti The Crystal Bible, The Complete Guide to Fossils and Fossils Collecting dan Batu Permata: Antara Hikmah dan Hakikat dia dapat mengenal pasti keistimewaan dan sifat sesuatu batu permata dengan lebih mendalam.

    “Misalnya, ramai yang percaya batu lek lai atau batu leleh mampu membuatkan seseorang menjadi kebal atau berkhasiat sebagai penawar bisa. Secara faktanya, ia merupakan batu biasa yang mengandungi kombinasi ferum dan silika.

    “Dari sudut saintifik, kedua-dua kombinasi ini sebenarnya mampu bertindak balas dengan tubuh manusia bertujuan melancarkan pengaliran darah dan saraf,” terangnya.

    RAHIM menunjukkan sebahagian daripada koleksi cincin batu permata yang berada dalam simpanannya.

     

    Ujarnya, perkembangan teknologi moden pada hari ini menyaksikan batu-batu permata kini boleh dihasilkan di dalam makmal melalui beberapa proses utama iaitu melt growth (pertumbuhan cairan), solution growth (pertumbuhan sebatian) atau high-temperature, high-pressure growth (pertumbuhan suhu tinggi, tekanan tinggi).

    “Melalui kaedah itu, ia mempunyai ciri dan sifat seakan-akan batu permata asli tetapi mempunyai sedikit kelainan dari segi ciri optikal, fizikal, dan struktur kimia.

    “Bagaimanapun, disebabkan ia sukar dibezakan dengan mata kasar, ada pembeli yang tertipu kerana menyangkakan ia adalah asli sedangkan harganya jauh lebih murah,” jelasnya.

    Keaslian

    Rahim berkata terdapat beberapa teknik yang boleh digunakan untuk mengenal pasti keaslian batu permata.

    Antara teknik yang lazim digunakan ialah dengan menitikkan air ke atas permukaan batu berkenaan.

    “Ion-ion kimia di dalam air lazimnya akan bertindak balas dengan ion-ion kimia pada batu permata dan membentuk satu gelembung air.

    “Jika gelembung itu pecah, maka ia bukan asli sebaliknya sintetik,” katanya yang telah menghasilkan dua buah buku berkenaan fosil dan batu-batu permata iaitu Mistik Teras dan Kayu dan Mistikal Mistik: Menyingkap Rahsia Mistik.

    Sementara itu, seorang pengamal perubatan tradisional dan juga pengumpul cincin batu permata, Saiful Ibidullah Al Qudsi, 34, berkata, keistimewaan aksesori itu terletak kepada keunikan jenis dan bentuk, warna serta sesetengahnya dipercayai mempunyai khasiat tertentu.

    Ratusan ribu ringgit

    Ciri-ciri yang ada menyebabkan batu-batu permata mampu dijual pada harga yang mencecah ratusan ribu ringgit dan menjadi buruan peminat fanatik.

    “Semakin sukar sesuatu batu permata itu ditemui, sekali gus menjadikan cincin itu semakin mahal di pasaran.

    “Harganya kadangkala boleh mencecah sehingga ratusan ribu ringgit, apatah lagi kalau disertai ukiran batu seperti nilam, zamrud dan delima yang menarik,” ujarnya yang berasal dari Kudus, Jawa Tengah, Indonesia.

    SELAIN batuan semula jadi ada juga batu-batu permata yang dihasilkan secara sintetik.

     

    Tambah Saiful, kebanyakan batu permata mudah ditemui di negara ini termasuk yang diimport dari luar negara seperti Brazil, China, Sri Lanka dan India.

    Namun, katanya, ada juga batu permata yang menjadi buruan kerana dipercayai berasal dari alam ghaib.

    “Antara yang paling popular ialah geliga ular dan geliga lipan. Diceritakan pemiliknya bukan sahaja mampu menahan sengatan haiwan-haiwan berbisa, malah mampu memiliki ilmu kebal dan halimunan.

    “Bagaimanapun, batu-batu permata itu hanya diberikan kepada orang-orang tertentu melalui mimpi. Malah, ia juga dikatakan mempunyai khadam atau penjaganya,” ujarnya.

    Jelas Saiful, biar apapun tujuannya, pemiliknya digalakkan bersederhana dan tidak terlalu taksub bagi mengelakkan jatuhnya hukum syirik.