Category: Wanita

  • Suami Main 4 Kutu Nak Beli Emas Ke Isteri

    Suami Main 4 Kutu Nak Beli Emas Ke Isteri

    Kisah viral dari facebook, seorang suami yang kerja makan gaji bermain kutu dengan kawan-kawan FB semata-mata untuk membeli seutas rantai tangan emas untuk isteri tersayang.

    Rantai tangan emas itu dihadiahkan bersempena annivesary mereka beberapa hari sebelum raya.

    Ini kisah benar tuan-tuan, bukan macam drama di TV, sikit-sikit lelaki anak orang kaya bawak ferari, kemudian gadis2 gedik datang nak kahwin, dapat anak, suami jatuh cinta.. kemudian kene tipu tak mengandung kemudian cuci tandas petrol pam, kemudian kaya kemudian kawan goda isteri… bla bla bla.. )(&+&_!_;

    Link: https://hrg.ms/2IIFi4b

    Jika tak ada kawan-kawan fb nak main kutu, boleh juga beli emas ansuran di shopee, check sini

  • Beli Emas Secara Ansuran di Online : Promosi Raya

    Beli Emas Secara Ansuran di Online : Promosi Raya

    Beberapa hari lagi, Hari Raya Aidilfitri bakal tiba. Baju raya dah beli, biskut raya dah beli, duit mak ayah dah bagi, cash yang ada cukup-cukup nak tukar duit raya je nak bagi ke anak-anak sedara menakan nanti.

    Apa lagi yang belum lengkap hari raya?

    Rasa macam sesuatu tak cukup je, yeee, tak indahlah beraya jika tak berkelip-kelip hiasan emas baru kat tangan, mana nak cekau duit beribu-ribu nak beli barang kemas baru. Takkan la pakai tudung Duck Swaroriski bertatah berlian palsu, nak pakai pun emas palsu. Too obvious sangat palsunyaa…tuan-tuan…

    Beli emas Ansuran Hari Raya Secara Online

    Jangan risau, setiap masalah ada penyelesaiannya, di Shopee, ada menjual emas tulen secara ansuran, ye tuan-tuan, ini emas 916 tulen dan boleh dibayar secara ansuran, langkahnya mudah sahaja

    hari raya emas shopee

    search menggunakan keyword “emas 916” ke, 22k 916 ke, anda akan boleh melihat item-item barang kemas seperti ini.

    kedai emas murah promosi emas

    Jika pada paparan item itu mempunyai button “Ansuran” bermaksud item itu boleh dibeli secara ansuran, menarik bukan? Jadi dengan modal tak sampai ribu riban, kita boleh membeli barang kemas mudah untuk dipakai waktu raya nanti, besar ke kecil ke takpe, janji berkilat sedondon dengan tudung Duck Scarf swaroski bertatah zirconia palsu tu..

    Berapa Interest Beli Ansuran, Rugi ke?

    Apa yang best lagi berkenaan ansuran ini, interest adalah 0% untuk tempoh 6 bulan (6x bayar) atau 12 bulan (12 kali bayar) bergantung kepada pakej yang ditawarkan. Visit Shopee sekarang

    emas raya ansuran murah kedai emas promosi

    Cara Kira Bayaran Emas Secara Ansuran

    Contohnya barang kemas diatas bernilai RM520, pakej 6 bulan bernilai cuma RM86.67 sahaja. Maksudnya sama sahaja anda bayar RM520 sekarang ataupun bayar dengan 6 bulan pun, nilai sama cuma RM520 sahaja.

    Membeli Emas Sambil Beraya Sakan Tanpa Rugi

    Okay atau tidak tips beli emas secara ansuran ni? biar beli emas jangan beli Huawei P30 ( ops…iphoneX ), kalau di kedai emas biasanya jika beli secara ansuran harga memang cekik darah, interest kadang-kadang mengalahkan Rothschilds kayanya…tetapi di Shopee, nilai tetap sama “0” interest tuan-tuan. Visit sekarang

    Top 5 Tips Membeli Emas Ansuran
    1. Untuk melihat item yang boleh dibayar secara ansuran, gunakan pc/desktop atau layari web shopee menggunakan desktop mode (kami cuba menggunakan apps ataupun mobile view) button ansuran tidak kelihatan
    2. Beli di Mall yang terpilih atau seller yang mempunyai rating yang baik, tidak salah mencuba seller yang baru, tetapi sentiasa berhati-hati
    3. Jika anda rasa tidak berbaloi membeli emas secara ansuran, pastikan anda membeli kereta secara cash dahulu, kerana value kereta confirm jatuh, manakala emas sentiasa bernilai malah mungkin naik
    4. Untuk membandingkan kredit/debit card yang memberi lebih pulangan, boleh compare di Ringgitplus, iMoney ataupun di BolehCompare
    5. Share post ini jika anda ingin memberi senyuman berkilat-kilat seperti emas pada mereka yang duit dah tinggal nipis nak balik raya

    akhir kata “Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin dari kami di Hargaemas

  • Hadiah Jongkong Emas Hello Kitty 100gm

    Hadiah Jongkong Emas Hello Kitty 100gm

    Bagi mereka-mereka yang belum mempunyai akaun bank Hong Leong Bank terutamanya perempuan atau gadis-gadis gedik macam King_coco , anda berpeluang untuk memenangi 100gm jongkong emas Hello Kitty dengan membuka akaun baru di Hong Leong Bank dan depositkan RM1000.00 sahaja kedalam akaun.

     

    Selain berpeluang untuk memenangi jongkong emas bernilai RM30,000 ini, anda juga akan mendapat Kad Debit Bank Hong Leong Bank Hello Kitty

    Cara-caranya seperti dibawah, tamat sehingga Mei 2017 sahaja ok..

     

    Senang je Bank nak pinjam duit anda, cuma bagi hadiah dan orang berpusu-pusu untuk menyimpan dalam bank, bank tak perlu bayar interest, tetapi jika anda ingin meminjam wang dari bank, anda akan dikenakan pelbagai interest, apapun itulah dipanggil kewangan, untuk menjadi seperti bank, anda kena ada lesen dari Bank Negara, bukan lesen MLM atau skim ponzi.

     

  • Tips: Guna Cincin Emas Uji Plumbum Pada Lipstick

    Tips: Guna Cincin Emas Uji Plumbum Pada Lipstick

    Plumbum adalah sejenis logam toksik, iaitu bahan yang berbahaya.. So kalau anda memakai pakai gincu, selalunya mesti tertelan kan, sebenarnya gincu yang mengandungi plumbum ni boleh menyebabkan keguguran, kerosakan DNA dan sel otak lebih-lebih lagi kepada gadis-gadis luar sana yang suka kelihatan cantik

    gincu-a-b

    Ramai suka suke pakai pelabagi jenis lipstik dan pilihan kalernya memang cantik2.. tapi sedikit info kepada anda kerana ada berlambak lipstik di pasaran yang mengandungi plumbum…

    Cara untuk test betul atau tidak.. sila calit kan sikit lipstick kat tangan kemudian gosok dgn cincin emas. Kalau kaler dia betukar warna hitam.. makna nye kandungan plumbum dia tggi… cuba kot-kot lipstik yang anda pakai setiap hari mengandungi toksik.. hurmmmm xtau la nk ckp pe.. anda memang berani pakai toksik…

    Sila cuba jaya… ambil lipstik masing2.. kalau bertukar warna hitam.. silalah buang..

    20150216_165427

    sila share kepada kenalan anda untuk alert perkara ini

  • Emas Lebih Murah di Pulau Penang

    Emas Lebih Murah di Pulau Penang

    kedai-emas-lebuh-penang
    GEORGETOWN – Emas 916 dijual dengan harga berlainan di kedai emas di Pulau Pinang iaitu antara RM135 hingga RM170 segram, namun tinjauan Sinar Harian mendapati emas paling murah boleh didapati di kedai sepanjang Lebuh Penang.

    Seorang pengusaha kedai emas di Lebuh Penang yang ditemui, Yuva Balan Sivasamy, 59, berkata, kualiti emas 916 adalah sama dijual di mana-mana kedai emas di Pulau Pinang kerana pengilangnya juga adalah sama.

    Begitu pun, apa yang berbeza adalah margin keuntungan yang ditetapkan setiap peniaga.

    Dia yang mengusahakan VKN Jewellers & MD Sdn Bhd, berkata walaupun keuntungan minimum diperoleh, pihaknya memberi keutamaan kepada kepuasan pelanggan.

    “Inilah antara strategi perniagaan yang digunakan selama lebih 20 tahun bagi menarik pelanggan yang tetap untuk sepanjang masa walaupun harga emas turun atau naik.

    “Bagi kaum India, nilai emas dilihat dari aspek kebudayaan dan keagamaan. Apa sahaja festival atau perayaan, emas adalah barangan keperluan untuk dibeli. Permintaan sepanjang masa membuatkan peniaga emas di Lebuh Penang tiada keperluan untuk menjual barangan kemas pada harga tinggi,” katanya kepada Sinar Harian.

    Ketika ditanya sama ada kadar upah boleh mempengaruhi harga emas, Yuva Balan berkata, peniaga tidak boleh mengenakan kadar upah sewenang-wenang ataupun lebih 50 peratus daripada harga emas yang dijual untuk barangan kemas direka dalam bentuk yang biasa.

    “Kadar upah bergantung kepada reka bentuk barangan kemas dan berat emas yang dibeli tetapi kos upah tidak akan melebihi 50 peratus daripada harga emas kecuali ia adalah barangan kemas yang mempunyai reka bentuk eksklusif,” katanya.

    Katanya, harga emas secara purata untuk tempoh dua tahun ini memang dijual pada harga murah berbanding sebelumnya.

    “Sebagai peniaga, emas yang dibeli pada harga tinggi dahulu terpaksa dijual pada harga pasaran, namun dengan pelanggan sepanjang masa, kos itu dapat diatasi,” katanya.

  • Emas Kelantan Mutu Lebih Baik Dari Semua?

    Emas Kelantan Mutu Lebih Baik Dari Semua?

    emas-kelantan-mutu-terbaik

    KLANG – Faktor upah dan pelbagai kos lain menyebabkan harga emas melambung tinggi dan berbeza antara satu kedai dengan kedai yang lain di Selangor.

    Peniaga emas, Siti Hamimmah Mohd Amin, 40, berkata, kebanyakan perniagaan emas Bumiputera di negeri ini didominasi peniaga yang berasal dari Kelantan.

    “Kebanyakan mereka mengambil emas dari Kelantan memandangkan tukang emas yang bertindak mereka dan membentuk emas beroperasi di sana.

    “Kos upah membentuk barangan kemas adalah tinggi dan disebabkan itu harga barangan kemas lebih dari yang disangkakan.

    “Namun begitu, harga yang dikenakan bagi setiap reka bentuk barangan kemas adalah berbeza-beza bergantung kepada saiz dan coraknya,” katanya ketika ditemui Sinar Harian di kedai emas kakaknya, semalam.

    Menurutnya, kos penghantaran dan sewa kedai turut mendorong kedudukan harga emas.

    “Di Selangor, kos sewa kedai adalah tinggi…jika kedudukan kedai emas itu dalam pasar raya atau di lokasi tumpuan ramai, harga emasnya lebih mahal.

    “Apatah lagi bila barang kemas itu melalui proses penjenamaan hingga ia terkenal sebagai barangan kemas ‘branded’ dan dikenali umum.

    “Proses penjenamaan itu juga meliputi pelbagai kos termasuk kos periklanan di media massa dan elektronik,” katanya.

    Beliau berkata, pihaknya mengakui perbezaan antara barangan kemas berjenama dan biasa tidak banyak bezanya.

    “Kualiti dan reka bentuknya hampir sama cuma syarikat yang mengeluarkan barangan kemas itu mempunyai nama yang tersohor dan dikenali ramai.

    “Malah kedudukan kedainya juga di lokasi tumpuan ramai serta mempunyai banyak cawangan di seluruh negeri,” katanya.

    Dalam pada itu, peniaga, Ruzaini Mohd Amin, 46, berkata, setiap negeri mempunyai persatuan masing-masing dan di negeri ini persatuan meletakkan harga emas 916 ialah RM170 bagi setiap satu gram.

    “Terdapat segelintir peniaga meletakkan harga lebih murah daripada harga berkenaan.

    “Jadi di situ berlaku perbezaan harga antara satu kedai dengan kedai yang lain…namun begitu pembeli harus bijak dengan menilai kualiti barangan kemas yang dibeli.

    “Memang harganya murah namun adakah kualitinya sama dengan kedai emas lain?,” soalnya.

    Katanya lagi, dalam kebanyakan emas di negara ini, emas dari Kelantan disifatkan terbaik dari segi kualitinya.

    “Emas 999 yang digelar emas 10 (24 karat) disifatkan emas terbaik di sana namun begitu di sini emas 916 (22 karat) paling popular dan mendapat tempat.

    “Jangan mudah tertipu bila membeli emas menerusi promosi yang tidak masuk akal.

    “Emas mahal harganya…jika diskaun yang diberi terlalu banyak…itu bermaksud kualiti emas itu tidak setanding dengan emas yang sebenarnya,” katanya.

  • Ramai Menyerbu Kedai Emas Kuala Pilah

    Ramai Menyerbu Kedai Emas Kuala Pilah

    kedai-emas-kuala-pilah

    KUALA PILAH – Laporan harga emas murah di pekan ini yang tersiar dalam akhbar, semalam menarik minat orang ramai yang mula bercerita menerusi laman sosial.

    Sebahagian mereka masih tertanya-tanya mengenai kesahihan laporan itu, selain membuat andaian sendiri kemungkinan kualiti emas dijual adalah berbeza dengan tempat lain.

    Tinjauan Sinar Harian mendapati, rata-rata pengunjung di Sinar Online dan Facebook Sinar Harian teruja dengan laporan itu sehingga ada yang mengajak rakan untuk pergi ke Kuala Pilah membeli emas.

    Salah seorang pemilik Facebook yang dikenali sebagai Siti Zubaidah Mohd Shil berkata, dia dan ahli keluarganya memang pembeli setia emas di pekan ini.

    Memandangkan dia yang berasal dari daerah ini, katanya, setiap kali jika ibunya ingin membeli emas, pasti mereka akan membeli di sini kerana harga yang ditawarkan memang sangat murah, berbanding tempat lain.

    Selain itu, menurut Julia Shuadi, berita mengenai laporan itu adalah benar, kerana adiknya sendiri baru sahaja membeli emas di pekan ini.

    Begitu juga dengan Erma Watie, dia juga mengesahkan bahawa emas di situ murah berbanding di bandar Seremban.

    Menurutnya, rakannya yang bekerja di kedai emas sekitar Seremban memberitahu agar membeli emas di Kuala Pilah, kerana harga di Seremban mempunyai perbezaan sehingga mencecah RM25.

    Bagaimanapun, terdapat juga komen yang berpendapat ketulenan emas dijual di kedai-kedai emas di pekan ini meragukan, mungkin tidak berkualiti serta tidak tulen.

    Pemilik akaun FB Zaimi Abd Ghani memberitahu, emas yang dijual disitu hanya mempunyai nilai 60 peratus emas sahaja, dan bukannya emas asli.

    Namun, dakwaan itu disangkal Ramli Sharif yang menegaskan bahawa emas di Kuala Pilah adalah berkualiti, dan disahkan Ar Rahnu.

    Katanya, emas yang dijual adalah sama kualiti dengan kedai emas tempat lain, tidak wujudnya penipuan.

    Sementara itu, tinjauan Sinar Harian di beberapa kedai emas di pekan ini mendapati, ia terus dipenuhi orang ramai.

    Pelanggan yang dikenali sebagai Maizura Ismail, 35, berkata, dia berkunjung ke kedai emas selepas membaca mengenai harga emas murah menerusi Sinar Harian.

    “Sebelum ini ada dengar sahaja emas murah di sini tapi tak pernah pergi. Bila tersiar dalam akhbar, barulah saya yakin dan singgah ke sini,” katanya.

  • Kanta sesentuh dihiasi 
emas, berlian diperkenal

    image (6)Pengguna yang inginkan kelainan, boleh mencuba kanta sesentuh yang dihiasi emas serta berlian. – Agensi

    MUMBAI 17 Feb. – Seorang pakar mata India, memperkenalkan kanta sesentuh yang dihiasi emas 24 karat bagi mewujudkan kesan ‘bersinar’ kepada si pemakainya.

    Bagaimanapun, mereka yang berminat untuk mendapatkan kanta sesentuh tersebut perlu membelanjakan antara AS$15,000 (RM52,500) dan AS$18,000 (RM63,000).

    Portal berita Mail Online me­laporkan, Dr. Chandrashekhar Cha­wan mendapat idea untuk menggabungkan kanta sesentuh biasa dengan partikel nano emas bagi menimbulkan kesan bersinar itu.

    “Partikel emas 24 karat dalam bentuk pes itu ditambah kepada kanta sesentuh biasa di Pusat Penyelidikan Mata Shekhar India.

    “Bagi mengelak sentuhan antara mata dan emas, satu lapisan lagi dibentuk pada kanta sesentuh itu,’’ katanya.
    Setiap kanta sesentuh itu mempunyai berat lima gram, namun tidak dapat dipastikan sama ada partikel emas tersebut mengganggu penglihatan penggunanya.

    Chandrashekar turut menggunakan teknik itu untuk menggabungkan berlian dengan kanta sesentuh.

    – www.utusan.com.my

    _________________________________________________________________________________________

    “Rahsia Kejayaan Emas Sebenar”“Rahsia Kejayaan Emas Sebenar”

    _________________________________________________________________________________________

    _________________________________________________________________________________________
    perlukan TUNAI dengan segera . tukarkan EMAS anda kepada TUNAI 
    sedia membeli emas terpakai dengan harga yang tinggi. sedia membeli segala jenis emas 999.9, 999, 916, 875, 835, paun, 750, pandora 916, emas lama, emas patah, bengkok, surat pajak dan lain-lain lagi.
    asalkan emas tulen. COD cheras / ke tempat anda.

    whatsapp/sms/call 013-9720910 Acikx Hargaemas
    _________________________________________________________________________________________

  • Emas perhiasan dipinjam anak-anak, apa hukum zakatnya?

    Emas perhiasan dipinjam anak-anak, apa hukum zakatnya?

    DSC_8368

    Soalan

    Ibu saya mempunyai banyak barangan kemas daripada emas yang dipusakai daripada almarhumah ibunya, tetapi telah dipinjam oleh kakak-kakak saya dan mereka tidak pula memulangkannya kembali kepada ibu, walaupun sudah lebih 10 tahun meminjamnya. Selama itu juga, ibu saya tidak mengeluarkan zakatnya ke atas emas perhiasan itu atas alasan tidak ada sempurna milik, kerana dia tidak menyimpan dan memakainya. Adakah betul tindakan ibu saya tersebut dan apakah pula hukumnya ke atas kakak-kakak saya yang tidak memulangkan emas perhiasan tersebut?

    Jawapan

    Terima kasih atas persoalan yang dikemukakan. Mungkin masih ramai wanita di luar sana yang mempunyai persoalan yang sama seperti ini akan mendapat manfaatnya, insya-Allah.

    Baiklah, emas perhiasan yang dipinjam oleh anak-anak perempuan atau kakak-kakak berkenaan, yang boleh jadi dipinjam sewaktu mereka melangsungkan pernikahan dan telah terlupa atau sengaja tidak dipulangkan kepada ibu saudara sehingga melangkaui haul selama 10 tahun. Apakah statusnya?

    Baiklah, di sini suka dijelaskan bahawa emas perhiasan itu hakikatnya adalah milik ibu saudara. Apabila ia dipinjam oleh anak-anak perempuannya, maka persoalan yang wajib ditanya, adakah ketika itu sudah hilang milikan sempurna ibu saudara ke atas semua emas perhiasan itu?

    Maka, jawapannya ialah, masih ada milikan sempurna. Ini kerana, emas perhiasan itu masih miliknya dan ibu saudara pada bila-bila masa sahaja, boleh mengambilnya semula daripada anak-anaknya, tanpa terhalang dengan suatu halangan apa-apa pun. Lainlah jika anak-anaknya telah menghilangkan diri mereka dan tidak lagi dapat dikesan, maka kala itu hilang sudah pemilikannya.

    Maka, dalam konteks ini, jelaslah bahawa biar pun ibu saudara tidak memakai, menyimpan atau memegang emas berkenaan, namun hakikatnya ia masih milik sempurna ke atas dirinya dan pada saat itu, dia masih wajib mengeluarkan zakat ke atasnya. Oleh sebab ia dipakai, maka ia dikenakan zakat emas perhiasan yang dipakai, iaitu dikenakan bagi berat emas perhiasan yang mencapai dan melebihi ‘uruf semasa (rujuk di pusat zakat negeri saudara untuk mengetahui jumlah ‘uruf).

    Tidak sekadar itu, ibu saudara juga wajiblah mengqada kesemua 10 tahun lalu yang telah diabaikan zakat ke atasnya, dengan mengambil kira jumlah berat emas yang ditukar kepada nilai RM pada masa itu dan juga ‘uruf emas pada waktu itu.

    Hakikatnya, peminjaman emas perhiasan berkenaan kepada anak-anak adalah sama dengan kondisi seseorang yang meminjamkan (atau memberi hutang) kepada orang lain, yang mana pada pandangan fuqaha, kekayaan asalnya masih milik ibu saudara dan ia tidaklah menghilangkan kewajipan zakat atas harta kekayaan berkenaan.

    Dr. Abdul Karim Zaidan ada menyatakan seperti berikut mengenai hutang, iaitu menurut terminologi fuqaha: “Hutang ialah, harta kekayaan yang secara hukum berada di bawah kekuasaan seseorang.” Ini bererti, secara perundangan seseorang itu memiliki harta kekayaan, tetapi ia berada di tangan orang lain. (Rujuk Ensaiklopedia Fiqh Wanita, Jilid 1, hal. 93).

    Kecualilah ibu saudara bertindak memindahkan hak miliknya ke atas anak-anak perempuannya, maka kewajipan itu pun berpindah pulalah kepada mereka.

    USTAZ HAMIZUL ABDUL HAMID
    www.hamizul.com

    _________________________________________________________________________________________

    “Rahsia Kejayaan Emas Sebenar”“Rahsia Kejayaan Emas Sebenar”

    _________________________________________________________________________________________

    _________________________________________________________________________________________
    perlukan TUNAI dengan segera . tukarkan EMAS anda kepada TUNAI 
    sedia membeli emas terpakai dengan harga yang tinggi. sedia membeli segala jenis emas 999.9, 999, 916, 875, 835, paun, 750, pandora 916, emas lama, emas patah, bengkok, surat pajak dan lain-lain lagi.
    asalkan emas tulen. COD cheras / ke tempat anda.

    whatsapp/sms/call 013-9720910 @ 017-8855788 Acikx Hargaemas + facebook 
    _________________________________________________________________________________________
  • GST bukan sebab utama harga emas naik

    imageMEER SADIK HABIB (dua dari kanan) bersama Zarida Noordin (tiga dari kanan) bergambar bersama model yang memperaga koleksi Tahun Baharu Cina Habib di Kuantan, kelmarin. – UTUSAN/MAHATHIR ALI

    KUANTAN Feb. – Habib Jewels Sdn. Bhd. (Habib Jewels) menegaskan pelaksanaan cukai barang dan perkhidmatan (GST) April ini bukan faktor utama jika berlaku kenaikan harga barang kemas dan aksesori keluarannya.

    Pengarah Urusan Habib Jewels, Datuk Meer Sadik Habib berkata, harga barang kemas dan aksesori keluarannya seperti Habib, Pandora dan Ice-Watch tidak terjejas dengan pelaksanaan GST kerana dijual pada harga mampu milik.

    “Masyarakat perlu faham bahawa GST bukan penyebab utama jika berlaku kenaikan, tetapi lebih kepada penyusutan nilai mata wang Ringgit Malaysia (RM) berbanding dolar Amerika Syarikat (AS).

    “Bahan mentah seperti emas, berlian dan batu permata dibeli menggunakan tukaran mata wang AS dan harganya berubah mengikut kadar semasa,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Pelancaran Koleksi Tahun Baharu Cina dan Perasmian Tiga Jenama Habib di sini semalam.

    Yang turut hadir, Pengarah Urusan Pandora Malaysia, Datin Zarida Noordin dan Pengurus Habib Kuantan, Yusof Chan.

    “Rahsia Kejayaan Emas Sebenar”“Rahsia Kejayaan Emas Sebenar”

    Menurut Meer Sadik, pada masa kini pihaknya memiliki bekalan yang mencukupi dan akan berusaha mengekalkan harga produk mampu milik walaupun dolar AS meningkat kira-kira 20 peratus sejak kebelakangan ini.

    “Saya berharap penggemar barang kemas dan aksesori tidak perlu bimbang kerana kenaikan harga emas bukan disebabkan GST semata-mata sebaliknya disebabkan kadar tukaran mata wang,” jelasnya.
    Sementara itu, katanya, Habib Jewels menyasarkan perolehan keuntungan sebanyak RM500 juta pada tahun ini dengan menjangkakan sebanyak 20 peratus daripada jualan di Pantai Timur.

    “Sempena Tahun Baharu Cina kami melancarlan produk terbaharu yang dikenali sebagai ‘Bloom’ iaitu cincin berangkai yang dijual bermula daripada RM150 setiap satu.

    “Pasukan penyelidik kami mendapati rakyat Malaysia lebih suka untuk mewujudkan set cincin menggunakan konsep suai padan dan situasi itu memberi idea kepada kami untuk melancarkan koleksi terbaharu ini,” jelasnya sambil memberitahu lebih 1,000 reka bentuk ditawarkan.

    Tambahnya, Habib Jewels turut melancarkan koleksi Pandora terbaharu untuk Tahun Baharu Cina dan Hari Valentine yang berharga daripada RM211 setiap satu.

    www.utusan.com.my

    _________________________________________________________________________________________

    “Rahsia Kejayaan Emas Sebenar”“Rahsia Kejayaan Emas Sebenar”

    _________________________________________________________________________________________

    _________________________________________________________________________________________
    perlukan TUNAI dengan segera . tukarkan EMAS anda kepada TUNAI 
    sedia membeli emas terpakai dengan harga yang tinggi. sedia membeli segala jenis emas 999.9, 999, 916, 875, 835, paun, 750, pandora 916, emas lama, emas patah, bengkok, surat pajak dan lain-lain lagi.
    asalkan emas tulen. COD cheras / ke tempat anda.

    whatsapp/sms/call 013-9720910 @ 017-8855788 Acikx Hargaemas + facebook 
    _________________________________________________________________________________________