Category: Tradisi

  • Hukum memakai jam emas lelaki

    Hukum memakai jam emas lelaki

    Apakah hukum memakai jam emas? . Terdapat larangan yang jelas dari Nabi –sallallahu ‘alaihi wasallam- terhdaap orang lelaki memakai perhiasan dari emas. Sabda Nabi (bermaksud); “Diharamkan memakai sutera dan emas ke atas lelaki-lelaki umatku dan dihalalkan kepada wanita-wanita mereka” (HR Imam at-Tirmizi dari Abu Musa al-Asy’ari –radhiyallahu ‘anhu-. Menurut Imam at-Tirmizi; hadis ini hasan soheh).

    (link: http://ilmudanulamak.blogspot.com/2011/03/jam-emas.html )

    Video jawapan Ustaz Azhar

  • RM2 Juta untuk pingat emas Olimpik pertama Malaysia

    Pemenang pingat emas Sukan Olimpik London Julai-Ogos ini sudah pastinya akan pulang sebagai seorang jutawan dengan ganjaran minimum RM2 juta menanti mereka.

    Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Gan Ping Sieu ketika mengumumkan demikian berkata, sebuah syarikat korporat telah pun memberi kata janji untuk menyumbang RM1 juta untuk pemenang pingat emas negara pada temasya yang akan berlangsung mulai 27 Julai hingga 12 Ogos itu.

    Bagaimanapun beliau enggan mendedahkan lagi identiti syarikat berkenaan.

    Ganjaran tersebut adalah tambahan kepada RM1 juta daripada Majlis Sukan Negara (MSN) untuk mana-mana pemenang pingat emas negara.

    MSN juga telah menjanjikan elaun sebanyak RM5,000 sebulan kepada pemenang pingat emas Olimpik negara sepanjang hayatnya.

    Secara realistiknya, wakil Malaysia yang berupaya bersaing merebut pingat emas dalam Sukan Olimpik ialah pemain badminton Lee Chong Wei, Koo Kien Keat-Tan Boon Heong, perenang Pandelela Rinong, pelumba basikal Azizul Hasni Awang dan pasukan memanah yang diketuai Cheng Chu Sian.

    Dalam pada itu, Gan turut mengalu-alukan penyertaan penajaan daripada 100Plus sebanyak RM4 juta untuk program televisyen menjelang bermulanya Sukan Olimpik.

  • Pinggan pertabalan agung berlapis emas RM6juta

    Berikut adalah pendedahan yang disebarkan oleh Dr. Asri Zainul Abidin, bekas Mufti Perlis. Beliau telah menerima e-mel yang merupakan pendedahan seorang individu berkenaan penyalahgunaan kuasa dan amalan ‘kickback money’ yang semakin manjadi-jadi oleh pegawai Kerajan pusat yang berkhidmat di Istana Negara. Baca pendedahan lanjut..
    Salam Dr,
    Saya ingin menarik perhatian Dr kepada satu isu terbaru. Isu ini adalah mengenai penyalahgunaan kuasa dan amalan ‘kickback money’ yang semakin manjadi-jadi oleh pegawai Kerajan pusat yang berkhidmat di Istana Negara.
    Sempena Istiadat Pertabalan Seri Paduka Baginda, adalah menjadi amalan bagi pihak Istana untuk memberi Pingggan Pertabalan sebagai cenderamata kepada tetamu yang hadir pada hari tersebut.
    Bagaimanapun bagi Majlis Pertabalan SPB baru-baru ini, pinggan pertabalan yang dibekalkan telah mencecah harga RM 6 ribu sebiji..! Pesanan adalah sebanyak 1000 biji. Jadi kos keseluruhan adalah RM 6 juta…!
    Memang benar pinggan pertabalan biasa dihiasi dengan emas, tapi walaupun begitu, harga RM 6 ribu sebiji adalah jumlah yang melampau..
    Sebagai perbandingan, pinggan santapan Istana Negara, juga yang disalut emas, yang baru dibeli tetapi MELALUI TENDER JPM adalah kurang dari RM 240 sebiji sahaja… Di masa Tuanku Azlan Shah dan Tuanku Mizan pun, harga Pinggan Pertabalan tidak sampai RM 300 sebiji. Cuma pada masa ini, pegawai (tidak)bertanggungjawab tersebut menjadikan harga Pinggan Pertabalan melonjak setinggi-tinggi nya disebabkan oleh amalan ‘kickback money’.
    Harap perkara ini dapat menarik perhatian Dr untuk diketengahkan agar pihak yang diamanahkan sebagai pegawai Kerajaan tersebut tidak hanyut mindanya sehingga memikirkan yang Istana Negara itu milik mereka dan bajet kerajaan itu adalah hak mereka.. insyallah…
  • 10 tempat nenek sorok emas

    10 tempat nenek sorok emas

    rumah nenek

    Mungkin ramai yang dah tahu kat mana nenek sorok kan?, tapi kecik-kecik dulu korang tak tahu, kadang-kadang nenek tak kunci pun pintu bilik tapi jarang benar orang boleh jumpa kat mana nenek simpan barang kemas dia. Walaupun one day nenek mungkin terlupa (nyanyuk) tapi dia tak lupa barang kemas dia, setiap hari raya, dia bagi cucu dia jika mampu, jika x mampu dia bagi pinjam je. Untuk perhatian bukan saiz subang je macam korang semua , nenek punye saiz tali pinggang , korang ada?

    1.  Bawah Tilam

    bawah tilam nenek kekabu

    2. Dalam tin milo/biskut jagung

    tin milo emas

    tin biskut jagung

     

    3. Bawah tikar getah

    tikar getah emas

    4. Dalam almari lama bilik nenek

    almari lama emas

     

    5, Celah baju yang dilipat

     

    6. Dalam poket baju yang tergantung\

    baju tergntung dalam bilik

    7. Dalam kotak sireh dalam bilik

    kotak sireh emas

     

    8. Sorok bawah katil, celah2 beg/kayu/kotak banyak

    katil lama emas

    9. bawah tempat isi beras

    bekas isi beras

    10. Kedai pajak cina

    kedai pajak emas cina

     

    rasa-rasanya kat mana nenek korang simpan emas ye? share kat komen dibawah…. dan jika korang pun simpan kat tmpt hampir2 sama, mmg jelas dan terang la korang ada pertalian darah… haha terima kasih kerana membaca entry x seberapa ini

     

  • Najib dituduh memakai rantai leher emas

    Najib dituduh memakai rantai leher emas

    najib zaman muda duluSebuah video yang dimuat turun didalam laman youtube semalam dijadikan bukti  tuduhan keatas Datuk Seri Najib Tun Razak, Perdana Menteri Malaysia memakai rantai leher emas oleh seorang blogger. Didalam video selama 0.49 minit jelas tertayang ada kilauan seperti emas pada leher beliau pada minit ke 0.36-0.40, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor dalam video tersebut sedang mengadakan lawatan ke rumah 2 beranak yang terpisah selama 12 tahun di Temerloh, Pahang. Walaupun tidak pasti samada rantai leher yang dipakai itu emas atau tidak, tetapi kami letakkan video dibawah untuk anda nilaikan.

    pautan: http://allanpakdoe.blogspot.com/2012/04/najib-pakai-rantai-emas-di-leher-mahu.html

  • Sial memakai susuk emas

    Sial memakai susuk emas

    SERAP...susuk emas meresap ke dalam kulit pemakai.
    SERAP…susuk emas meresap ke dalam kulit pemakai.

    KUALA TERENGGANU: Melihat rakan karib mati dalam keadaan ngeri apabila wajah berubah hodoh dengan kulit seolah-olah hangus akibat memakai susuk, seorang wanita insaf dan nekad membuang susuk dipakainya lebih 20 tahun.

    Wanita berusia 48 tahun itu yang hanya mahu dikenali sebagai Hayati berkata, kematian sahabatnya menginsafkannya menyebabkan dia bertaubat dan kembali ke pangkal jalan kerana tidak sanggup mengalami nasib serupa.

    “Bagaimanapun, bukan senang untuk membuang pelbagai susuk yang lebih 20 tahun tertanam di beberapa anggota tubuh kerana prosesnya amat menyeksakan.
    “Saya terpaksa berendam seminggu dalam kubang kerbau dengan bantuan bomoh yang membuang debu-debu susuk di dalam tubuh.

    “Sepanjang seminggu itu, makanan dihantar bomoh berkenaan kerana kubang kerbau tempat saya berendam jauh daripada orang ramai,” katanya yang sedia berkongsi keterlanjuran silamnya sebagai iktibar kepada masyarakat.

    Hayati berkata, dia mula memakai susuk ketika berusia 25 tahun berikutan ingin kelihatan cantik supaya kedai makan diusahakannya menarik pelanggan.

     

    Bentuk susuk yang biasa dipakai

     

     

    Cara Pakai Susuk

     

    KERANA mahu cantik manusia sanggup melakukan apa sahaja. Demi menghilangkan kedutan, memutihkan wajah dan melangsingkan tubuh, pengguna di Malaysia pada tahun 2010 sahaja menghabiskan sebanyak RM3.42 bilion untuk membeli produk kecantikan.

    Kerana mahu cantik jugalah sejak dahulu sehinggalah pada zaman moden ini susuk masih lagi kuat berlegar dalam masyarakat Melayu.

    Mengikut kamus Dewan Bahasa dan Pustaka, susuk merujuk kepada jarum emas dan lain-lain logam yang dimasukkan ke dalam badan supaya seseorang itu kelihatan manis atau berseri.

    “Jika kita lihat, susuk ini ada beberapa kategori iaitu susuk jenis logam seperti emas, perak dan raksa. Ada juga susuk jenis galian seperti berlian dan jenis organik seperti susu dan air biasa.

    “Tapi selalunya susuk yang popular ialah susuk logam seperti susuk emas, perak dan besi. Cara pemakaian kesemua jenis susuk ini sama dengan tujuan selalunya untuk kecantikan,” kata Abdul Rahman Hamat, 35, yang merupakan seorang pengamal perubatan Islam.

    Ungkap Abdul Rahman lagi, selain kecantikan seseorang itu memakai susuk untuk kekebalan, kekuatan, ilmu penunduk, keberanian malah, ada juga yang memakai susuk di kemaluan untuk kekuatan nafsu syahwat.

    Walaupun ada antara kita tahu bahawa susuk dilarang dalam Islam namun, masih ada yang khilaf mengenainya kerana terlalu mengikut nafsu duniawi untuk cantik. Lebih menyedihkan ada yang percaya susuk boleh dipakai selepas bertemu dengan bomoh yang menggunakan potongan ayat al-Quran sedangkan hakikatnya ia hanyalah untuk menutup ilmu hitam mereka.

    “Benda-benda sebegini syirik semuanya walaupun menggunakan ayat al-Quran. Kaedah memasukkan susuk ayat ini dilakukan dengan membacakan beberapa potong ayat al-Quran beberapa ribu kali pada air kemudian dibasuhkan pada muka, ia seolah-olah memasukkan susuk tersebut ke dalam wajah,” katanya.

    Tambahnya, antara ayat-ayat yang biasa digunakan untuk susuk ayat ialah Surah Yusuf, ayat 4 yang dibacakan sebanyak 4,444 kali untuk kecantikan, manakala untuk tujuan kuat atau kebal pula dibacakan Surah Al-Hadid sebanyak 1,000 kali.

    “Semua ini amalan syaitan walaupun dengan menggunakan ayat al-Quran. Susuk diharamkan kerana dua perkara iaitu ada unsur penipuan yang dipanggil gharar dan ada unsur mengubah ciptaan Tuhan walaupun dengan mata kasar kita tidak dapat lihat fizikalnya berubah.

    “Orang yang banyak membaca al-Quran, mukanya akan nampak berseri disebabkan amalan tersebut dan ia berbeza dengan susuk ayat kerana susuk ayat mempunyai bacaan ayat-ayat khusus untuk mencantikkan diri dan ini dilarang Islam disebabkan ada pendustaan serta gharar,” katanya.

    Berunsur pemujaan

    SUSUK sering dipakai di wajah, dada atau kemaluan untuk tujuan kecantikan, sedangkan hakikatnya si pemakai didampingi jin yang mengubah bentuk wajah manusia.

     

    Ditanya sama ada susuk yang dimasukkan itu sekadar material sahaja atau mempunyai ‘penjaganya’, Abdul Rahman memberitahu bahawa pemakaian susuk itu adalah sesuatu yang berbentuk pemujaan.

    “Ia akan menyeru jin-jin yang akan berdamping dengan si pemakai. Jin inilah yang akan mengubah wajah secara spiritual bentuk wajah.

    “Orang bukan tengok wajah si pemakai tetapi, melihat jin yang berada di sekitar kawasan muka si pemakai kerana jin mampu mengubah bentuk seseorang,” jelasnya sambil memberitahu susuk merupakan sihir mata dan biasanya si pemakainya tergolong dalam orang yang melakukan maksiat.

    Menurutnya, susuk merupakan amalan sihir yang dipelopor pada zaman Firaun atau lebih tepat ia mula tercipta pada zaman kerajaan Firaun lagi.

    “Apabila turunnya ayat sihir di Babylon, orang Yahudi mengambil ayat-ayat sihir itu untuk dijadikan amalan. Maka, amalan-amalan sihir ini dipelajari oleh orang Firaun apabila orang Israel pergi ke Mesir.

    “Ia berlaku sejak zaman Nabi Sulaiman lagi. Jenis susuknya sama, cuma amalan susuk ini disesuaikan di setiap generasi. Contohnya, pengamalan dan bahan yang digunakan sama tetapi, disesuaikan dengan keadaan semasa serta tujuannya.

    Walaupun susuk dipakai untuk pelbagai tujuan namun, ia paling kerap disinonimkan dengan kecantikan atau sebagai pemikat.

    Betis memukau

    Lina (bukan nama sebenar), 42, mula memakai susuk emas dan berlian ketika usianya 14 tahun.

    “Ibu mengesyorkan saya memakai susuk sedangkan saya tidak tahu kegunaan dan untuk tujuan apa. Susuk emas diletakkan di betis, manakala susuk berlian di kening,” katanya yang nekad membuang susuk kerana seringkali mengalami mimpi ngeri dan tidak boleh tidur malam.

    Menceritakan betapa hebatnya penangan susuk tersebut, mana-mana lelaki yang melihat betis Lina akan mengikutnya hingga ke rumah.

    “Kini, saya sudah insaf dan menasihatkan agar orang di luar sana terutamanya wanita supaya tidak terjebak dalam pemakaian susuk kerana kesannya akan tiba apabila meningkat usia selain berdosa,” ujarnya.

    Kemaluan bernanah

    Seorang lagi pengamal perubatan Islam, Shamsuri Shafie memberitahu, susuk dipakai oleh lelaki dan wanita tetapi selalunya menjadi amalan kaum wanita.

    “Ada seorang wanita mengaku memakai susuk untuk tujuan kecantikan. Dia memakainya di kening dan pipi menyebabkan ramai lelaki tergila-gilakannya walaupun rupanya tidak secantik mana pun.

    “Apabila sudah meningkat usia dan menopaus, sendi-sendinya mula bengkak dan dia sukar untuk tidur malam akibat gangguan,” katanya.

    Ceritanya, ada seorang wanita berusia dalam lingkungan usia 60-an mengalami kesukaran untuk tidur selama empat tahun, sakit sendi hingga keluar ulat.

    PEMAKAIAN susuk biasanya disusuli dengan ritual pemujaan yang bercanggah dengan hukum Islam. – Gambar hiasan

     

    Apabila ditanya, wanita tersebut mengaku bahawa dia memakai 10 susuk di seluruh bahagian badannya antaranya di kemaluan, buah dada, lengan, betis dan bibir.

    “Cerita wanita tersebut kepada saya, walaupun pada usia 50 tahun ramai yang tergila-gilakannya. Apabila putus haid pada usia 55 tahun, badannya mula rasa sakit-sakit dan mengalami pelbagai masalah selain kemaluannya bernanah.

    “Sebaik sahaja susuk dikeluarkan mukanya mula berkedut,” ujarnya.

    Menceritakan lebih lanjut mengenai pantang larang pemakai susuk, Shamsuri mengakui memang terdapat syarat-syarat tertentu yang perlu diikuti oleh si pemakai.

    “Kebiasaannya, mereka yang memakai susuk ini tidak boleh lalu di bawah ampaian besi bukannya ampaian tali. Selain itu, mereka juga tidak boleh memakan pisang emas, sate dan makanan bercucuk yang lain.

    “Air zam-zam juga tidak boleh diminum oleh mereka. Jika pantang larang dilanggar muka mereka akan bernanah. Ada seorang wanita yang terlupa akan pantang larang tersebut menyebabkan kemaluannya bernanah selama dua tahun selain darah haid tidak putus-putus keluar selama empat tahun,” katanya.

    Setiap perbuatan pasti ada akibatnya dan penggunaan susuk tidak terkecuali. Mereka yang memakai susuk berhadapan dengan saat azab sewaktu berdepan dengan sakaratulmaut malah, fizikalnya akan sakit jika melanggar pantang larang yang perlu dipatuhi

  • Rahsia tengkolok emas melayu

    TANJAK, tengkolok atau destar merupakan penutup kepala tradisional lelaki Melayu yang berkait rapat dengan istana, kepahlawanan atau sinonim dengan adat istiadat bangsa Melayu. Lazimnya, ketiga-tiga penutup kepala itu dipakai bersama baju Melayu yang dilengkapi kain samping, keris dan capal.

    Pada zaman dahulu, tanjak, tengkolok dan destar dipakai oleh golongan yang berbeza-beza dan mengikut status meskipun fungsi utamanya menutup kepala untuk aspek keselamatan serta tampil kemas.

    Misalnya, golongan petani sentiasa memakai destar sewaktu bekerja kerana ingin melindungi kepala daripada panas terik.

    Segelintir pihak menyifatkan tanjak biasanya digunakan oleh golongan berpangkat tinggi dan pertengahan seperti laksamana serta bendahara.

    “Daripada hasil pembacaan saya dapati sultan, raja, pembesar negara dan golongan bangsawan lebih cenderung memakai tengkolok yang diperbuat daripada kain berkualiti dari China dan India. Sementara itu, golongan bawahan pula seperti hulubalang dan rakyat jelata menyarungkan destar.

    “Lagipun ikatan ketiga-tiga penutup kepala ini juga berbeza. Jika diperhatikan dengan teliti tengkolok dan tanjak mempunyai ciri lilitan dan lipatan yang hampir sama. Destar pula lebih kepada kain pengikat kepala tanpa perlu dijahit,” terang pembuat tengkolok Mohd. Yatim Mustaffa, 34, ketika ditemui Kosmo! di rumahnya di Tongkang Yard, Alor Setar, Kedah.

    Tambah Yatim sambil menggosok kain samping songket untuk dijadikan tengkolok, bagaimanapun kini antara destar, tanjak dan tengkolok tiada lagi perbezaan yang ketara.

    Untuk adat istiadat diraja

    Cuma tengkolok sinonim dalam kalangan raja-raja Melayu dan kerabat diraja. Masyarakat biasa pula hanya mengenakan tengkolok pada majlis perkahwinan dan ketika menghadiri majlis adat istiadat yang melibatkan raja.

    KOLEKSI tengkolok hasil kreativiti Yatim yang diperbuat daripada kain songket pelbagai warna serta corak.

     

    Bicara lanjut bekas penuntut teknologi fabrik dan jahitan di Giat Mara, Kedah itu, tengkolok terdiri dalam bermacam-macam jenis namun, tengkolok koleksi Dendam Tak Sudah paling popular dan digemari ramai. Bukan saja cara pembuatannya mudah, malah ia selesa untuk digayakan serta rekaannya yang ringkas.

    “Tahun 1998 merupakan fasa baharu dalam hidup saya apabila menceburkan diri dalam bidang pembuatan tengkolok.

    Padahal, saya langsung tidak memiliki pendidikan secara formal membuat tengkolok. Namun, dek minat mendalam dan tertarik dengan seni rekaan penutup kepala ini, saya berusaha mencari guru yang arif.

    “Malangnya, saya gagal bertemu golongan yang pakar membuat tengkolok sehingga saya terpaksa belajar sendiri. Peringkat permulaan saya membeli sebiji tengkolok Dendam Tak Sudah yang berharga RM40. Saya buka satu persatu ikatan dan melipatnya semula sehingga mahir,” jelas Yatim yang kini turut mengusahakan jahitan tengkolok dan pakaian pengantin bersama isterinya, Mariah Shahban, 31.

    Hampir 15 tahun berkecimpung dalam bidang itu, Yatim yang suka bereksperimen dengan bermacam-macam lilitan dan lipatan gemar membuat tengkolok pada pukul 11 malam ke atas. Tutur bapa kepada empat cahaya mata itu, suasana malam yang tenang menjadikannya lebih fokus memikirkan konsep rekaan tengkolok yang menarik dan unik.

    Dia akan duduk di depan cermin sambil meletakkan kain batik atau kain songket di kepala. Kemudian dengan perlahan-lahan, jari-jemarinya mula membentuk konsep tengkolok yang ditempah atau mengikut cita rasanya sendiri.

    “Biasanya idea rekaan tengkolok inspirasi daripada flora dan fauna. Dari segi fabrik pula saya gunakan songket kain samping yang dibeli dari Pekan Rabu, Kedah atau Pulau Pinang. Bagi sehelai kain samping boleh menghasilkan dua biji tengkolok.

    “Harga tengkolok pula bergantung pada kualiti dan rekaan lilitan. Jenis kain yang murah dijual pada harga antara RM60 hingga RM90, manakala tengkolok daripada kain berkualiti bermula RM400 ke atas,” jelas Yatim sambil menunjukkan tengkolok konsep ayam teleng, gagak di rimba dan solek ketam batu iaitu tengkolok Kelantan.

    Akuinya, tengkolok solek ketam antara tengkolok yang paling sukar dihasilkan kerana lipatannya sangat rumit.

    Kongsi Yatim lagi, menyentuh mengenai tempahan sambutan yang diterimanya adalah sangat baik terutama ketika musim perkahwinan.

    Dia yang turut aktif dalam Persatuan Seni Silat Bunga Negeri Kedah memberitahu, dia pernah bersengkang mata selama tiga hari berturut-turut untuk menyiapkan 150 biji tengkolok.

    Walau tempoh yang diberikan sangat singkat, tetapi dia melakukan dengan teliti kerana ia dipakai sempena sambutan Jubli Emas Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah.

    Selain itu, Yatim yang kini giat menghasilkan 200 tengkolok yang akan dipamerkan di muzium mini tengkolok miliknya, turut menerima tempahan daripada pihak istana, institusi pengajian tinggi (IPT), persatuan silat dan kumpulan kebudayaan.

    HARI ini tengkolok juga dijadikan cenderamata dalam kebanyakan majlis.

     

    Ikut jejak bapa

    Dalam pada itu, anak sulung Yatim, Omar Dani, 9, sudah menunjukkan minat pada bidang menghasilkan tengkolok. Acap kali selesai menyiapkan kerja rumah dan mengulangkaji pelajaran, Omar akan meluangkan masa membantu Yatim menyiapkan koleksi tengkolok.

    “Biasanya saya membantu ayah membuat tengkolok cenderamata yang bersaiz tapak tangan. Setakat ini, saya hanya mahir melipat atau menghias tengkolok saiz kecil dan sedang belajar sebelum melangkah ke fasa yang seterusnya,” terang Omar yang bersekolah di Sekolah Kebangsaan Seberang Perak Baru, Alor Setar.

    Omar yang bercita-cita menjadi polis memberitahu dia sentiasa memegang pesanan ayahnya yang berbunyi, ‘jika tengkolok diabaikan maka tidak mustahil suatu hari nanti identiti Melayu ini akan pupus’.

    Signatur bangsa Melayu

    Sementara itu, anak muda bernama Farabi Sheikh Said Al Jabri, 29, mengakui bertuah kerana berpeluang memakai tengkolok sewaktu menghadiri acara istiadat Hari Keputeraan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir ke-64 di Istana Besar Seri Menanti, Negeri Sembilan.

    “Sebelum ini dalam kebanyakan majlis formal saya hanya berbaju Melayu lengkap bersongkok atau memakai sut bersama tali leher. Ini disebabkan acara yang dihadiri melibatkan para jemputan dalam kalangan orang kebanyakan saja.

    PENAMPILAN Farabi (kiri) sewaktu dikurniakan Pingat Jasa Kebaktian daripada Tuanku Muhriz pada Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran kali ke-3 Januari lalu.

     

    “Tapi, acara ini berbeza kerana ia melibatkan adat istiadat diraja yang memerlukan saya tampil kemas dan sesuai dengan institusi istana. Atas faktor itu, saya memilih untuk berbaju Melayu bersama tengkolok bagi menggantikan songkok,” terang Farabi yang dikurniakan Pingat Jasa Kebaktian (PJK) daripada Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir.

    Bercerita detik manis memakai tengkolok, graduan Universiti Teknologi Mara (UiTM) itu memberitahu, tengkolok kain songket nuansa hitam dan benang warna perak menjadi pilihannya pada hari itu.

    Ia sepadan apabila digayakan bersama baju Melayu rona putih dan kain samping yang menggabungkan warna hitam, kelabu dan putih.

    “Bagi saya, tengkolok signatur yang melambangkan semangat dan jati diri bangsa Melayu. Saya berharap penutup kepala tradisional ini dikekalkan supaya setiap generasi baharu mengenali dan menghormati tengkolok. Lagipun tengkolok sinonim dengan kedaulatan raja-raja Melayu yang memayungi rakyat jelata,” jelas Farabi.

  • Rahsia batu pada cincin emas

     


     

    TANPA menghiraukan keadaan di sekelilingnya, Rahim Hanipah leka menghadap meja kecil pada ruang tamu rumahnya yang terletak di Taman Puchong Intan di Puchong, Selangor. Berbekalkan sebuah kanta pembesar, dia memerhatikan objek kecil berwarna hijau gelap yang berada di tangannya dengan penuh teruja.

    Lelaki berusia 53 tahun itu kemudian mengambil salah sebuah buku tebal yang tersusun rapi di atas meja di hadapannya sebelum mula menyelak lembarannya.

    “Inilah batu maldovite. Ia merupakan batuan semula jadi yang dipercayai wujud akibat impak meteor di bumi sekitar 14.2 juta tahun dahulu. Masyarakat neolitik di Eropah Timur percaya batu ini mampu memberi kuasa spiritual dan metafizik kepada pemiliknya,” terangnya sambil menunjukkan helaian yang menunjukkan imej seperti objek sebesar saiz syiling 20 sen itu.

    Ujar Rahim, batuan kristal jernih daripada jenis tektite berbentuk bulat atau berkedut yang sering dijadikan batu kalung dan cincin batu permata itu diperoleh daripada seorang rakan di Singapura sejak setahun lalu.

    Katanya, batu itu telah diagnosis dan disahkan asli, malah harganya di pasaran mampu mencecah RM2,000 hingga RM3,000.

    “Biarpun ada yang berminat, saya tidak mahu menjualnya kerana mahu menjadikannya bahan kajian dan penyelidikan pada masa hadapan,” katanya yang memberitahu batu itu hanya boleh diperoleh di sekitar Republik Czech.

    Jelasnya, batu maldovite dan batuan semula jadi seperti agate (batu akik), amethyst (kecubung), aquamarine, beryl bloodstone (batu darah), citrine, cubic zirconia, zamrud, berlian, firuz, batu bulan, opal, batu nilam, batu delima dan topaz sering menjadi buruan peminatnya di negara ini.

    OBSES Rahim terhadap batu-batu permata bermula kira-kira 12 tahun lalu.

     

     

    Jelasnya, setiap kategori batuan itu memiliki komposisi kimia, struktur, warna dan kekerasan yang berbeza-beza.

    Ada batu-batu permata yang terhasil daripada fosil haiwan dan tumbuhan jutaan tahun dahulu seperti batu belut, batu mani gajah, batu teras kelor dan batu jarum emas.

    “Ada juga yang cincin yang terhasil melalui teras kayu. Misalnya, kayu tas, raja kayu merah, kayu ibo, teras kayu nibong tunggal dan kayu naga sari dikatakan bernilai tinggi terutamanya dalam bidang perubatan,” katanya yang kini memiliki ratusan batuan, fosil dan cincin sebagai koleksi peribadi.

    Kisah pelik

    Bercerita tentang hobinya, anak kelahiran Temerloh, Pahang itu berkata, ia bermula kira-kira 12 tahun lalu selepas sering mendengar kisah-kisah pelik dan mistik mengenai batu permata.

    “Bagaimanapun, kebanyakannya hanya cerita lisan yang disampaikan dari mulut ke mulut tanpa bukti saintifik dan fakta yang kukuh. Saya mula melakukan kajian dan mendalami ilmu ini melalui pembacaan dalam buku dan Internet serta sanggup menjelajah ke seluruh negara bagi membongkar kisah-kisah di sebaliknya,” katanya yang mengambil keputusan berhenti kerja sebagai pengurus pemasaran untuk terlibat secara sepenuh masa dalam bidang berkenaan.

    Melalui kajian dalam beberapa buku seperti The Crystal Bible, The Complete Guide to Fossils and Fossils Collecting dan Batu Permata: Antara Hikmah dan Hakikat dia dapat mengenal pasti keistimewaan dan sifat sesuatu batu permata dengan lebih mendalam.

    “Misalnya, ramai yang percaya batu lek lai atau batu leleh mampu membuatkan seseorang menjadi kebal atau berkhasiat sebagai penawar bisa. Secara faktanya, ia merupakan batu biasa yang mengandungi kombinasi ferum dan silika.

    “Dari sudut saintifik, kedua-dua kombinasi ini sebenarnya mampu bertindak balas dengan tubuh manusia bertujuan melancarkan pengaliran darah dan saraf,” terangnya.

    RAHIM menunjukkan sebahagian daripada koleksi cincin batu permata yang berada dalam simpanannya.

     

    Ujarnya, perkembangan teknologi moden pada hari ini menyaksikan batu-batu permata kini boleh dihasilkan di dalam makmal melalui beberapa proses utama iaitu melt growth (pertumbuhan cairan), solution growth (pertumbuhan sebatian) atau high-temperature, high-pressure growth (pertumbuhan suhu tinggi, tekanan tinggi).

    “Melalui kaedah itu, ia mempunyai ciri dan sifat seakan-akan batu permata asli tetapi mempunyai sedikit kelainan dari segi ciri optikal, fizikal, dan struktur kimia.

    “Bagaimanapun, disebabkan ia sukar dibezakan dengan mata kasar, ada pembeli yang tertipu kerana menyangkakan ia adalah asli sedangkan harganya jauh lebih murah,” jelasnya.

    Keaslian

    Rahim berkata terdapat beberapa teknik yang boleh digunakan untuk mengenal pasti keaslian batu permata.

    Antara teknik yang lazim digunakan ialah dengan menitikkan air ke atas permukaan batu berkenaan.

    “Ion-ion kimia di dalam air lazimnya akan bertindak balas dengan ion-ion kimia pada batu permata dan membentuk satu gelembung air.

    “Jika gelembung itu pecah, maka ia bukan asli sebaliknya sintetik,” katanya yang telah menghasilkan dua buah buku berkenaan fosil dan batu-batu permata iaitu Mistik Teras dan Kayu dan Mistikal Mistik: Menyingkap Rahsia Mistik.

    Sementara itu, seorang pengamal perubatan tradisional dan juga pengumpul cincin batu permata, Saiful Ibidullah Al Qudsi, 34, berkata, keistimewaan aksesori itu terletak kepada keunikan jenis dan bentuk, warna serta sesetengahnya dipercayai mempunyai khasiat tertentu.

    Ratusan ribu ringgit

    Ciri-ciri yang ada menyebabkan batu-batu permata mampu dijual pada harga yang mencecah ratusan ribu ringgit dan menjadi buruan peminat fanatik.

    “Semakin sukar sesuatu batu permata itu ditemui, sekali gus menjadikan cincin itu semakin mahal di pasaran.

    “Harganya kadangkala boleh mencecah sehingga ratusan ribu ringgit, apatah lagi kalau disertai ukiran batu seperti nilam, zamrud dan delima yang menarik,” ujarnya yang berasal dari Kudus, Jawa Tengah, Indonesia.

    SELAIN batuan semula jadi ada juga batu-batu permata yang dihasilkan secara sintetik.

     

    Tambah Saiful, kebanyakan batu permata mudah ditemui di negara ini termasuk yang diimport dari luar negara seperti Brazil, China, Sri Lanka dan India.

    Namun, katanya, ada juga batu permata yang menjadi buruan kerana dipercayai berasal dari alam ghaib.

    “Antara yang paling popular ialah geliga ular dan geliga lipan. Diceritakan pemiliknya bukan sahaja mampu menahan sengatan haiwan-haiwan berbisa, malah mampu memiliki ilmu kebal dan halimunan.

    “Bagaimanapun, batu-batu permata itu hanya diberikan kepada orang-orang tertentu melalui mimpi. Malah, ia juga dikatakan mempunyai khadam atau penjaganya,” ujarnya.

    Jelas Saiful, biar apapun tujuannya, pemiliknya digalakkan bersederhana dan tidak terlalu taksub bagi mengelakkan jatuhnya hukum syirik.

  • 40 dinar emas kerajaan melayu lama

    Kami menyenaraikan gambar-gambar dinar emas yang pernah digunakan oleh kerajaan melayu lama, setiap negeri biasanya mempunyai dinar emas sendiri dan biasanya akan berubah apabila raja baru menaiki takhta, berikut adalah senarai dinar emas digunakan kerajaan melayu lama

    Penyebaran pegangan Islam di rantau ini, mengilhamkan Kesultanan-kesultanan Melayu mengguna pakai sistem ekonomi yang diterapkan oleh Khalifah-khalifah Islam dari Empayar-empayar Agung Islam (terutamanya Ummaiyah, Abbasiyah dan Uthmaniyyah). Penerapan ini telah menjadikan kepulauan ini suatu kuasa ekonomi yang hebat, sehinggalah saat kejatuhannya di tangan penjajah-penjajah Kristian (Portugis, Sepanyol, Belanda dan British).

    Perlak, Sumatera

    Islam telah sampai ke Perlak pada awal kurun ke 9 lagi, ajaran islam dibawa oleh 100 ulama syiah yang diketuai Nakhoda Khalifah yang berjaya mengislamkan sultan perlak bernama Shahr Nuwi, adik kepada Raja Shahr Nuwi telah mengahwini salah seorang ulama’ syiah tersebut dan anak keturunan mereka kemudiannya dilantik sebagai Raja Pertama Pasai dengan gelaran Sultan Syeid Maulana Abdul Aziz, pada tahun 840AD.

    Period : Makhdum Dynasty – Sultan Abdul Jalil Syah Johan Berdaulat (1196-1225AD)
    Obv : Abdul Jalil Malik Az Zahir  Reverse : Al Sultan Al Adil
    Metal/Denomination : Gold Mas/Dinar

    Pasai-Samudera, Sumatera

    Mengikut dari catatan “Sejarah Melayu” dan “Hikayat Raja- Raja Pasai”, Merah Silau ataupun Malik Az-Zahir (1261-1289AD) merupakan raja pertama Pasai memeluk islam

    Period : Sultan Muhammad Malik Az Zahir (1297-1326AD)
    Obv : Muhammad Malik Az Zahir  Reverse : Al Sultan Al Adil
    Metal/Denomination : Gold 1/4 Mas/Dinar

    Period : Sultan Mahmud Malik Az Zahir (1326-1345AD)
    Obv : Mahmud Malik Az Zahir  Reverse : Al Sultan Al Adil
    Metal/Denomination : Gold 1/4 Mas/Dinar

    Period : Sultan Mansur Malik Az Zahir (1326?AD)
    Obv : Mansur Malik Az Zahir  Reverse : Al Sultan Al Adil
    Metal/Denomination : Gold 1/4 Mas/Dinar

    Period : Sultan Ahmad Malik Az Zahir (1346-1383AD)
    Obv : Ahmad Malik Az Zahir  Reverse : Al Sultan Al Adil
    Metal/Denomination : Gold 1/4 Mas/Dinar

    Period : Sultan Zain al Abidin Malik Az Zahir (1383-1405AD)
    Obv : Zainal Abidin Malik Az Zahir  Reverse : Al Sultan Al Adil
    Metal/Denomination : Gold 1/4 Mas/Dinar

    Period : Sultan Sallah ad din Malik Az Zahir (1297-1326AD)
    Obv : Callah ad din Malik Az Zahir  Reverse : Al Sultan Al Adil
    Metal/Denomination : Gold 1/4 Mas/Dinar

    Period : Sultan Abu Zaid Malik Az Zahir (1412?AD)
    Obv : Abu Zaid Malik Az Zahir  Reverse : Al Sultan Al Adil
    Metal/Denomination : Gold 1/4 Mas/Dinar

    Aceh Darussalam, Sumatera

    Kerajaan Acheh berkuasa di kawasan utara sumatera, yang berada pada tempat strategik pintu masuk ke selat Melaka, pada tahun 1511, apabila portugis menyerang dan menguasai kota Melaka, penduduk melayu melaka, bangsawan, kerabat dan pedagang arab mula berpindah ke Acheh dan mula membangunkan Kerajaan Acheh Darussalam bagi bersaing dengan armada portugis, Sultan Ali Mughayat Shah merupakan raja pertama Aceh pada tahun 1514 dari keturunan raja melaka.

    Period : Sultan Ali Mughayat Shah (1514-1530AD) founder of Aceh
    Obv : Ali Malik Az Zahir  Reverse : Al Sultan Al Adil
    Metal/Denomination : Gold 1/4 Mas/Dinar



    Period : Sultan Calah ad Din (1530-1537AD)
    Obv : Calah ibn Ali Malik Az Zahir  Reverse : Al Sultan Al Adil
    Metal/Denomination : Gold 1/4 Mas/Dinar

    Period : Sultan Alau addin Riayat Shah al Qahhar (1537-1571AD)
    Obv : Alau ad din bin Ali  Malik Az Zahir  Reverse : Al Sultan Al Adil
    Metal/Denomination : Gold 1/4 Mas/Dinar

    Period : Sultan Husein alias Sultan Ali Riayat Shah (1571-1579AD)
    Obv : Ali bin Ala addin Malik Az Zahir  Reverse : Al Sultan Al Adil
    Metal/Denomination : Gold 1/4 Mas/Dinar



    Period : Sultan Husein alias Sultan Ali Riayat Shah (1571-1579AD)
    Obv : Ali bin Ala addin Malik Az Zahir  Reverse : Al Sultan Al Adil
    Metal/Denomination : Gold 1/4 Mas/Dinar

    Period : Sultan Zain al Abidin Shah (1579) prince of Sultan Abdullah from Aru.
    Obv : Zain al Abidin Malik Az Zahir   Reverse : Al Sultan Al Adil
    Metal/Denomination : Gold 1/4 Mas/Dinar

    Period : Sultan Aladdin Mansur Shah (1579-1586AD) prince from Sultan Ahmad of Perak.
    Obv : Ala ad Din ibn Ahmad   Reverse : Al Sultan Al Adil
    Metal/Denomination : Gold 1/4 Mas/Dinar

    Period : Sultan Buyung alias Sultan Ali Riayat Shah (1586-1589AD) a prince from Sultan Munawar Shah of Indrapura
    Obv : Ali ibn Munawar Shah  Reverse : Al Sultan Al Adil
    Metal/Denomination : Gold 1/4 Mas/Dinar

    Pidie, Sumatera

    Pidie adalah kerajaan dibawah lindungan Aceh terletak pada sebelah timur utara Sumatera, bagaimanapun kerajaan Pidie telah dihancurkan oleh Sultan Ali Mughayat Shah pada tahun 1521 apabila Raja Pidie (Sultan Ahmad) berpaling tadah dan menyokong armada portugis. Akibat serangan itu, kerajaan Pidie dan penguasaan portugis di sumatera utara ditamatkan, mereka juga telah dihalau keluar dari Sumatera dan kerajaan Acheh menjadi kuasa utama di pintu masuk selat melaka. Kubu pertahanan portugis di sumatera juga akhirnya menjadi milik Acheh.

    Period : Sultan Ahmad Shah (circa early 16th century).
    Obv : Ahmad Shah  Reverse : Malik az zahir
    Metal/Denomination : Gold 1/8 Mas (1/2 kupang)

    Indrapura, Sumatera
    Indrapura a state in East Sumatra (Sumatera Timur), formed by the states of Tanjung, Tanjung Kassau, Si Pare Pare and Pagurawan.

    Period : mid 16th century
    Obv :  Munawar Shah    Reverse : Al Adil
    Metal/Denomination : gold half kupang (1/8 Mas) 7.5mm

    Period : mid 16th century
    Obv :  Munawar Shah    Reverse : ?
    Metal/Denomination : gold half kupang (1/8 Mas) 7mm

    Makassar, Sulawesi

    Period : Sultan Ala al-Din (1593-1639AD)
    Obv :  Al Sultan Ala al din    Reverse : Khalad Allah Mulkahu (May Allah Perpetuate His Reign)
    Metal/Denomination : Gold kupang

    Period : Sultan Hassanuddin (1629.-1690AD)
    Obv :  Sultan Hasanuddin    Reverse : ?
    Metal/Denomination : Gold kupang

    Period : Sultan Adbul Hadi (1781-1810)
    Obv :  Al Adil Al Hadi    Reverse : ‘La ilah illah Allah Muhammad rasul Allah’
    Metal/Denomination : Gold kupang

    Kedah, Tanah Melayu

    Period : Sultan Muhammad Jiwa Zainal Shah II (1710-1773AD)
    Obv: Sultan Muhammad Jiwa Khalifatul Rahman   Reverse : Bebalad Kedah Darul Aman sanat 1154AH = 1741AD
    Metal/Denomination : Silver 1 Reale (Satu Rial)

    Perak, Tanah Melayu

    Sultan Hussein Alias Ali Riayat Shah dari Acheh telah menakluk Perak pada tahun 1573, selepas berjaya menguasai seluruh kerajaan perak, baginda membawa semua keluarga diraja perak ke Acheh dan Perak menjadi tanah jajahan baru Acheh dan  baginda ditabalkan sebagai raja perak yang baru. Baginda  meninggal dunia tanpa meninggalkan seorang pewaris, akhirnya  Putera Raja Perak, Tengku Mansur dipilih dan ditabalkan sebagai Raja Perak yang baru pada tahun 1573 dengan gelaran Sultan Alaudin Mansur Shah, bagaimanapun Tengku Mansur tidak disenangi oleh kerabat-kerabat Acheh dan dibunuh pada tahun 1586, adik baginda kemudiannya diangkat menjadi sultan perak yang baru.

    Period : Sultan Aladdin Mansur Shah (1579-1586AD) ruler of Aceh. A prince from Sultan Ahmad bin Muzaffar Shah of Perak,
    Obv : Ala ad Din ibn Ahmad   Reverse : Al Sultan Al Adil
    Metal/Denomination : Gold Mas/Dinar

    Kelantan – Pattani, Tanah Melayu

    Pada abad ke 15, Kelantan mempunyai kerajaan yang bebas dan berdaulat sehinggalah diserang oleh tentera melaka yang diketuai Sultan Mahmud Shah (1488-1511). Kelantan kemudiannya menjadi tanah jajahan melaka. Pada kurun ke 18, kerajaan kelantan kemudiaanya berada dibawah pengaruh kerajaan terengganu dan ditadbir oleh pewaris sultan terengganu. Bagaimanapun,kerabat diraja kelantan telah memberontak dan meminta bantuan siam akhirnya kelantan sekali lagi bebas dari jajahan negeri lain dan menjadi negeri lindungan siam. Pada tahun 1909 dibawah perjanjian bangkok, Kelantan kemudiannya menjadi naungan British selepas siam melepaskan negeri lindungan mereka pada masa yang sama british membatalkan tuntutan mereka di wilayah siam.

    Period : circa 16th-17th century (Patani/Kelantan)
    Obv : Hump Bull facing left. Tail pointing below  Reverse : Al Adil (The Just)
    Metal/Denomination : Gold Kupang
    Period : circa 16th-17th century (Patani/Kelantan)
    Obv : Hump Bull/Kijang deer facing right!. Tail pointing below. A crescent moon and sun above.  Reverse : Malik Al Adil (The Just Ruler)
    Metal/Denomination : Gold Kupang
    Period : circa 16th-17th century (Patani/Kelantan)
    Obv : Hump Bull/Kijang deer facing left. Salivary flow in the mouth with tail rising. A crescent moon and sun above  Reverse : Malik Al Adil (The Just Ruler) in 3 rows and different style
    Metal/Denomination : Gold Kupang
    Period : circa 16th-17th century (Patani/Kelantan)
    Obv : Hump Bull/Kijang deer facing left with tail rising  Reverse : Malik Al Adil (The Just Ruler)
    Metal/Denomination : Gold Kupang
    Period : circa 16th-17th century (Patani/Kelantan)
    Obv : Al Julus Kelantan Shah Reverse : Khalifatul Rahman
    Metal/Denomination : Gold Kupang
    Period : circa 16th-17th century (Patani/Kelantan)
    Obv : Malik Al Adil  Reverse : 6 petalled flower
    Metal/Denomination : Gold Kupang
    Period : circa 16th-17th century (Patani/Kelantan)
    Obv : Iqamuddin  Reverse : Malik Al Adil
    Metal/Denomination : Gold Kupang
    Terengganu, Tanah Melayu
    Masyarakat Islam telah dipercayai wujud di Terengganu pada akhir kurun ke 14, bukti paling awal awal menunjukkan kedatangan islam ke tanah melayu dicatatkan pada Batu Bersurat terengganu bertarikh 1303AD (702H) yang dijumpai di Kuala berang. Apabila melaka telah jatuh ke tangan portugis pada tahun 1511, Johor membuat tuntutan untuk menjadikan Terengganu sebagai wilayah mereka tetapi gagal. Pada tahun 1781, Terengganu mula menghantar hadiah dan bunga emas kepada kerajaan siam sebagai tanda persahabatan, tetapi disalah anggap kerajaan siam sebagai hantaran lindungan, oleh itu siam mula masuk campur dalam hal ehwal kerajaan Terengganu. Pada tahun 1909, Perjanjian Bangkok yang ditandatangai oleh siam dan british meletakkan  Terengganu dibawah pengaruh british. Terengganu menjadi salah sebuah negeri tanah melayu pada tahun 1948 dan menjadi sebahagian dari Malaysia pada tahun 1963
    Period : Sultan Zainal Abidin Shah II (1793-1808)
    Obv : Sultan Zainal Abidin Shah  Reverse : Khalifah Muminin
    Metal/Denomination : gold Kupang
    Pahang, Tanah Melayu
    In year 1618 Sultan Ahmad of Pahang was invaded by Sultan Iskandar Muda from Aceh Darulsalam. His son Raja Mughal (alias Raja Iskandar) was captured and brought to Aceh. Raja Mughal was later handed the throne of Aceh in 1636 by his adopted father.
    Obv : Sri Sultan Ala ad din  Mughayat Shah   Reverse : bin Sultan Ahmad Shah
    Metal/Denomination : Gold Mas/Dinar
    Johor, Tanah Melayu
    Nama Johor berasal dari nama Arab iaitu Jauhar bermaksud “batu berharga”. Johor diasaskan oleh Sultan Alauddin anak kepada Sultan Mahmud Shah (sultan melaka terakhir) selepas melarikan diri dari serangan Portugis di Melaka. Pusat Kerajaan johor banyak kali bertukar kerana sentiasa diserang portugis dalam Perang 130 tahun. Empayar johor meliputi kepulauan riau, singapura, pahang dan sebahagian sumatera selatan seperti Rokan, Siak, Kampar dan Indragiri.
     Period : Sultan Alauddin Riayat Shah (1527-1564)
    Obv : Sultan Alauddin  Reverse : Khalifatul Muminin Shah
    Metal/Denomination : Gold Kupang
    Period : Sultan Abdul Jalil Shah II (1571-1597)
    Obv : Sultan Abdul Jalil Shah Reverse : Khalifatul Muminin
    Metal/Denomination : Gold Kupang
    Period : Sultan Abdullah Haayat Shah (1615-1623)
    Obv : Sultan Abdullah Shah  Reverse : Khalifatul Muminin
    Metal/Denomination : Gold Kupang
    Period : Sultan Abdul Jalil Shah III (1623-1677)
    Obv : Sultan Abdul Jalil Shah (10)78AH = 1667AD  Reverse : Khalifatul Muminin
    Metal/Denomination : Gold Mas
    Period : Sultan Mahmud Shah II (1685-1699)
    Obv : Sultan Mahmud Shah Reverse : Khalifatul Muminin
    Metal/Denomination : Gold kupang
    Period : Sultan Abdul Jalil Rahman Shah (1718-1722) alias Raja Kechil. Proclaimed royal Malacca dynasty lineage, With the help of Minangkabau seized the throne of Johore and deposed the reigning Bendahara Sultan Abdul Jalil IV. Expelled to Siak Sumatera in 1722 by the Bugis in Johore.
    Obv : Sultan Abdul Jalil Rahman  Reverse : Khalifatul Muminin
    Metal/Denomination : Gold kupang
  • Pokok jarum emas yang gempar dulu-dulu

    Kalau ia betul-betul jarum yang dibuat daripada emas, masa harga emas terus menaik sekarang ini, alahai, akan kembung selalulah dompetku.

    Pokok ini membuat saya mengimbas kembali semasa zaman kanak-kanak dahulu, waktu sekolah rendah (hampir 18 tahun yang lalu agaknya, sekejap betul masa berlalu). Biasanya, kegiatan ini dilakukan bersama rakan sebaya selepas balik dari sekolah atau waktu cuti sekolah. Kegiatan apa agaknya tu? Ya.. Mencari pokok jarum mas !! Kononnya pokok ini boleh dibuat ubat dan boleh dijual dikedai ubat. Bila dijual dapatlah duit saku. Maklumlah budak-budak. Kedai ubat tersebut memang dekat sangat rumahku ketika itu. (sekarang kedai ubat tu pun dah tutup).
    Waktu dan saat itu, saya sendiri tidak pasti bagaimana cerita pokok jarum mas tersebut bermula apatah lagi boleh menjualnya. Memang seronok cari pokok jarum mas bersama kawan-kawan. Pokok ini memang banyak tumbuh di padang-padang rumput. Hendak kenal pokok ini pun mudah. Berebut-rebutlah kami mencari pokok ini dan masukkan dalam plastik. Boleh tahan juga banyaknya bila dikumpulkan dari hari ke hari. Kononnya, bila dah jual berkilo-kilo dapatlah lebih duit. Oh ye.. saya pun masih teringat, ada di antara kami yang cuba menanam pokok tersebut tetapi satu pun tidak menjadi. (maklumlah, akal belum panjang lagi). Hari yang dinantikan pun tiba, kami pun ke kedai ubat tersebut. Cerita punya cerita, dan dipendekkan cerita, taukeh kedai ubat tersebut sebenarnya memang tidak membeli jarum mas tersebut. Akhirnya, kami pun pulang dengan hampanya dan punahlah harapan untuk mendapat pulangan yang lumayan.
    18 tahun sudah pun berlalu, aku pun semakin dewasa. Akal pun dah makin panjang. He..he.. Petang tadi sambil berjalan di tepian padang, terjumpa pula pokok jarum mas yang sempat aku cabut dan bawa balik. Maka terhasilah artikel yang sengaja aku panjang-panjangkan ceritanya. Kebetulan beberapa jam tadi, aku ada terbaca satu artikel dalam sebuah buku, menyatakan pokok jarum mas mempunyai khasiat perubatan dalam merawat senggugut. Caranya dengan minum air rebusan pokok tersebut sebelum datangnya haid. Di dalam sebuah blog yang lain pula menyatakan, pokok ini dapat merawat penyakit keputihan dan mampu menjaga kesihatan rahim.
    Begitulah cerita mengenai pokok jarum mas. Mungkin anda juga mempunyai cerita mengenai pokok ini sewaktu zaman kanak-kanak anda. Harap boleh kongsikan di sini.

    Ada orang kata, jarum emas boleh dijadikan ubat. Termasuk untuk kembalikan tenaga. Direbus dan diminum airnya.
    contoh ditulis di wikipedia

    “Nama Tempatan: Jarum Mas Nama Saintifik: Striga Asiatica Nama Lain: Rempah padang, witchweed Famili: Scrophulariaceae Lokasi dijumpai: Dipadang-padang rumput. Asal: keterangan:

    Jarum mas adalah sejenis rumput yang selalu akan tumbuh diantara rumput biasa dipadang-padang rumput dan ditepi-tepi lebuh raya. jenisnya dibezakan oleh warna bunganya yang selalunya berwarna kuning, merah dan ungu. Jenis berbunga kuning ialah jenis yang paling mudah dijumpai di Malaysia. kegunaan:

    Khasiatnya untuk perubatan telah diketahu turun temurun, menurut satu cerita jarum mas mula digunakan untuk mengembalikan kecergasan seleoas bersalin selepas melihat kucing yang baru melahirkan anak selalunya akan mencari dan mengunyah rumput ini. cara digunakan ialah satu atau dua batang rumput jarum mas yang dikeringkan direbus hingga mendidih dan diminum airnya dua kali sehari. pastikan tidak terlalu banyak tumbuhan ini dimasukkan kedalam rebusan kerana pengmbilan berlebihan boleh menimbulkan kesan sampingan seperti mual dan loya.Selain dari mengembalikan kesihatan rahim dan sistem reproduktif ia juga dapat mengubat penyakit keputihan dan menghilankan sakit urat dan sengal badan dengan penyediaany yang sama.”

    Masalah “ubat” buatan sendiri ini banyak berkait dengan sukatan “lebih kurang”nya – masa menyediakannya, juga masa hendak memakannya. Kita tak tahu dengan tepat, contohnya, banyak mana air atau ramuan daunnya yang diperlukan, banyak mana ubat perlu diambil, sekerap mana, dan macam-macam lagi.
    Tentulah kita berasa lebih jelas bila diarahkan menelan “1 biji pil paracetamol, seberat 500mg, 4 kali sehari”. Sifar elemen “lebih kurang”nya.