Category: Terbaru

  • BlackBerry Porsche Design P’9981 berlapis emas 24 karat

    BlackBerry dan Porsche, dua Jenama ternama didunia seakan ingin memuaskan semua peminatnya dengan penghasilan Porsche Design P’9981 BlackBerry tampil istimewa dengan dilapisi emas 24 karat.

    *Porsche Design P’9981 BlackBerry ini dijual dengan harga US $ 2.000. Mengeluarkan 2 jenis variasi iaitu emas dan platinum.

     

    Porsche, BlackBerry, Porsche Design

     

     

    Porsche, BlackBerry, Porsche Design

     

    Porsche, BlackBerry, Porsche Design

     

    Porsche, BlackBerry, Porsche Design

     

     

     

     

  • Majlis Fatwa : Syarat-syarat Pelaburan Emas

    Oleh

    Majlis Fatwa Kebangsaan Malaysia:
    Setelah mendengar taklimat dan penjelasan daripada Y. Bhg. Prof. Dr. Ashraf Md. Hashim dan Y. Bhg. Ustaz Lokmanulhakim bin Hussain daripada Akademi Penyelidikan Syariah Antarabangsa Dalam Kewangan Islam (ISRA), Muzakarah bersetuju menerima dan memperakukan Parameter Pelaburan Emas seperti berikut:
    Harga Belian (al-Thaman)
    1. Harga belian (al-Thaman) hendaklah diketahui dengan jelas oleh kedua-dua pihak yang berakad ketika sesi jual beli.
    Barang Belian (al-Muthman)
    2. Barang belian (al-Muthman) hendaklah suatu yang wujud, dan dimiliki sepenuhnya oleh pihak yang menjual ketika berlangsungnya kontrak jual beli. Oleh itu, jual beli suatu yang tidak wujud secara fizikalnya dan juga jual beli suatu yang tidak dimiliki oleh pihak yang menjualnya adalah tidak sah.
    3. Barang belian (al-Muthman) hendaklah suatu yang boleh diserahkan kepada pembeli atau wakilnya. Jika barang belian tidak dapat diserahkan kepada pembeli, ataupun penjual mensyaratkan tidak menyerahnya kepada pembeli, maka akad tersebut tidak sah.
    4. Barang belian (al-Muthman) hendaklah suatu yang diketahui oleh kedua-dua pihak yang berakad ketika sesi jual beli. Ia boleh terlaksana melalui kaedah-kaedah di bawah:
    i. Melihat sendiri barangan yang hendak dibeli ketika akad jual beli, atau sebelum akad jual beli dalam tempoh yang tidak menjejaskan sifat-sifatnya.
    ii. Melihat sampel barangan yang hendak dijual beli. Ini biasanya berlaku semasa proses pemesanan sebelum akad dilaksanakan.
    iii. Menentukan sifat-sifat dan kadar barang belian secara terperinci yang secara urufnya tidak menimbulkan pertikaian. Dalam konteks emas, penentuannya adalah dengan mengenalpasti tahap ketulenan emas samada mengikut standard lama berasaskan karat (seperti emas 24 karat), atau standard baru berasaskan peratusan (seperti emas 999). Penentuan sifat juga mestilah mencakupi bentuk emas, samada dalam bentuk syiling, wafer, jongkong dan sebagainya. Timbangan emas secara tepat juga adalah suatu yang disyaratkan dalam penentuan sifat emas.
    Sighah
    5. Sighah dalam jual beli adalah suatu yang menunjukkan kepada keredhaan kedua-dua pihak untuk memetrai kontrak jual beli. Ia boleh berlaku samada melalui pertuturan, atau suatu yang boleh mengambil hukum pertuturan seperti tulisan dan seumpamanya. Manakala jual beli secara Mu’ataah (serah-hulur) juga adalah dikira sebagai sighah yang muktabar oleh sebahagian fuqaha’.
    6. Di dalam sighah jual beli tidak boleh dimasukkan unsur penempohan. Contohnya, seseorang mengatakan, ” Saya menjual barangan ini kepada kamu dengan harga RM100 untuk selama tempoh setahun”.
    7. Ijab dan qabul mestilah bersepadanan dan menepati antara satu sama lain dari sudut ciri-ciri dan kadarnya.
    Syarat Khusus Jual Beli Emas Yang Bercirikan Item Ribawi
    10. Oleh kerana emas dan wang adalah dua item ribawi yang mempunyai illah yang sama, maka syarat tambahan bagi transaksi pembelian atau penjualan emas mestilah memenuhi syarat berikut:
    i. Berlaku taqabudh (penyerahan) antara kedua-dua item yang terlibat dalam transaksi sebelum kedua-dua pihak bertransaksi berpisah daripada majlis akad.
    ii. Jual beli emas hendaklah dijalankan secara lani, dan tidak boleh berlaku sebarang penangguhan.
    Syarat-syarat tersebut adalah khas bagi emas yang bercirikan item ribawi, seperti emas jongkong dan syiling emas. Syarat ini tidak termasuk barang perhiasan emas kerana ia telah terkeluar daripada illah ribawi.
    Perincian taqabudh dan urusniaga lani adalah seperti berikut:
    Syarat Pertama: Taqabudh
    11. Taqabudh (penyerahan) hendaklah berlaku terhadap kedua-dua item jual beli iaitu harga dan juga barang belian (emas), dan ia hendaklah terlaksana sebelum kedua-dua pihak berpisah daripada majlis akad.
    12. Penyerahan harga boleh dilakukan melalui kaedah-kaedah berikut:
    a. Pembayaran secara tunai
    b. Pembayaran secara cek yang diperakui (seperti banker’s cheque)
    c. Pembayaran secara cek peribadi
    d. Pembayaran secara kad debit
    e. Pembayaran secara kad kredit
    f. Pemindahan wang daripada akaun simpanan atau semasa.
    Secara urufnya, kesemua bentuk bayaran di atas kecuali (c) adalah dianggap sebagai pembayaran tunai oleh penjual. Pembayaran melalui kad kredit masih lagi dianggap tunai kerana pihak penjual akan mendapatkan harga jualan secara penuh dari pihak yang mengeluarkan kad kredit tersebut. Hutang yang berlaku, jika ada, adalah di antara pemegang kad dengan pengeluar kad dan bukannya dengan penjual barangan.
    Status tunai ini masih lagi diterima secara urufnya oleh penjual walaupun pada hakikatnya pihak penjual akan menerima secara fizikal atau dimasukkan ke dalam akaunnya beberapa hari selepas transaksi berlaku.
    13. Penyerahan barang belian (emas) hendaklah berlaku secara penyerahan hakiki ataupun kaedah muktabar yang boleh menggantikan penyerahan hakiki. Penyerahan barang belian yang muktabar akan membawa kesan sama seperti penyerahan hakiki, iaitu:
    a. Berpindah dhaman (tanggungjawab jaminan) daripada penjual kepada pembeli.
    b. Kemampuan pembeli untuk mendapatkan barang beliannya pada bila-bila masa tanpa ada halangan.
    14. Majlis akad di dalam transaksi jual beli boleh berlaku dengan pertemuan secara fizikal, ataupun secara maknawi. Contoh majlis akad secara maknawi ialah ijab dan qabul melalui telefon, sistem pesanan ringkas (sms), emel, faksimili dan lain-lain. Tetapi disyaratkan dalam semua bentuk majlis akad tersebut, hendaklah berlaku taqabudh ketika majlis akad, contohnya melalui penyerahan secara wakalah.
    Perlu diberi perhatian bahawa majlis akad secara bertulis akan hanya bermula apabila ianya diterima oleh pihak yang berkontrak. Contohnya, pembeli menandatangani akad jual beli dan kemudian menghantarnya melalui pos kepada penjual. Selepas tiga hari, akad tersebut sampai ke tangan penjual. Maka majlis akad bermula pada waktu tersebut, jika pihak penjual bersetuju, maka akad tersebut perlu disempurnakan oleh penjual dengan menandatanganinya, dan barang belian hendaklah diserahkan kepada pembeli secara hakiki atau hukmi.
    Syarat Kedua: Secara Lani
    15. Transaksi jual beli emas hendaklah berlaku secara lani dan tidak boleh dimasuki sebarang unsur penangguhan, samada dalam penyerahan harga atau dalam penyerahan emas.
    16. Penangguhan penyerahan harga yang tidak dibenarkan adalah meliputi pembelian secara hutang secara keseluruhannya atau pembelian secara bayaran ansuran.
    17. Kelewatan penyerahan emas yang melebihi tempoh tiga hari selepas akad jual beli dimeterai adalah tidak dibenarkan sama sekali.
    Manakala bagi kelewatan penyerahan emas dalam tempoh kurang daripada tiga hari, Muzakarah mengambil maklum bahawa terdapat perbezaan pandangan ulama di dalam hal ini. Namun Muzakarah lebih cenderung untuk mengambil pakai pendapat yang tidak membenarkan berlakunya kelewatan walaupun tempohnya kurang daripada tiga hari. Dengan kata lain, penyerahan emas mestilah di lakukan di dalam majlis akad tanpa ada penangguhan. Ini adalah kerana di dalam urusniaga emas, kelewatan tiga hari bukanlah suatu uruf, berbeza dengan isu tukaran matawang asing.
    Di dalam pertukaran mata wang asing, tempoh T+2 diperlukan kerana ianya melalui proses tertentu yang melibatkan tempoh masa bekerja yang berbeza antara negara, perpindahan wang elektronik, clearing house dan lain-lain lagi. Proses-proses yang disebutkan ini tidak terdapat di dalam perniagaan jual beli emas fizikal. Maka adalah tidak tepat untuk membuat qiyas ke atas proses pertukaran matawang asing.
    Namun secara praktikal, pihak penjual akan menyerahkan emas selepas amaun bayaran yang dibuat melalui cek dan sebagainya dikreditkan ke dalam akaunnya. Proses ini biasanya akan mengambil masa tiga hari bekerja. Di dalam menangani tempoh antara penyerahan cek dan penerimaan emas, maka pihak penjual dan pembeli bolehlah mengambil pakai aturan berikut:
    Pihak pembeli akan hanya membuat pesanan (order) kepada penjual dengan dinyatakan jenis dan berat emas yang ingin dibelinya. Pesanan ini akan disertai dengan pengiriman wang ke akaun penjual. Pada tahap ini, perkara berikut perlu diberi perhatian:
    i. Pada peringkat ini, akad jual beli emas masih belum berlaku.
    ii. Wang yang berada di dalam akaun penjual masih lagi bukan milik penjual tersebut. Ianya masih milik pembeli dan disimpan sebagai amanah oleh penjual. Di dalam hal ini, adalah lebih baik jika satu akaun khas yang bersifat amanah (trust account) dibuka oleh penjual.
    iii. Emas masih lagi kekal menjadi milik penjual dan ia bertanggungjawab penuh ke atas emas milikannya itu.
    iv. Di dalam peringkat ini, pembeli masih boleh membatalkan pesanan yang dibuat dan penjual hendaklah memulangkan wang kepada pembeli. Namun, jika berlaku kerugian sebenar disebabkan pembatalan tersebut, bolehlah dibuat syarat bahawa ia perlu ditanggung oleh pembeli. Contohnya, pembeli membuat pesanan 100gm emas 999 dengan harga RM20,000. Ketika ini, pihak penjual telah menyimpan emas tersebut dan tidak menjualkannya kepada pihak lain yang telah bersedia untuk membelinya. Selepas tiga hari, apabila penjual bersedia untuk membuat akad jual beli dan seterusnya menyerahkan emas tersebut kepada pembeli, pembeli membatalkan pesanannya. Pada hari tersebut harga emas telah jatuh kepada RM19,000. Dengan kata lain, penjual akan kerugian RM1,000 jika menjualnya kepada pihak lain. Di dalam hal ini, kerugian sebenar adalah sebanyak RM1000.
    Apabila wang pesanan sudah diberi clearance oleh bank, maka akad jual beli perlu dilakukan. Wang di dalam trust account (jika ada) bolehlah dipindahkan ke akaun penjual dan emas hendaklah diserahkan kepada pembeli.
    Akad Dan Unsur Sampingan
    18. Penglibatan hibah dalam transaksi jual beli samada hibah dalam bentuk barangan ataupun wang tunai adalah dibenarkan jika mencukupi syarat-syarat hibah, dan tidak melibatkan unsur-unsur yang bercanggah dengan syarak. Perlu diberi perhatian bahawa hibah secara hakikatnya adalah akad sukarela dan ia bukanlah di dalam bentuk lazim. Dengan kata lain, jika janji hibah ini tidak ditunaikan oleh penjual, maka pembeli tidak boleh memaksanya memberi hibah tersebut.
    19. Penglibatan wadiah dalam pelan pelaburan emas hendaklah menepati hukum hakam wadiah, yang antara lain ialah pegangan wadiah adalah berasaskan kepada Yad Amanah.
    20. Seseorang yang membeli emas bebas mengendalikan (tasarruf) emasnya, termasuklah memberi pinjaman (qardh) kepada orang lain. Tetapi hendaklah memenuhi kriteria qardh yang dibenarkan syarak, yang antara lain tidak boleh membawa unsur faedah, tidak wujud unsur ”salaf wa bay” iaitu hutang yang diikat bersama dengan jual beli.
    21. Seseorang yang membeli emas bebas mengendalikan (tasarruf) emasnya termasuk menjadikannya sebagai pajakan untuk wang secara hutang, selagi konsep al-Rahn yang digunakan adalah bertepatan dengan hukum syarak. Namun secara teorinya, perkara ini seharusnya tidak digalakkan kerana secara tidak langsung ia menggalakkan aktiviti berhutang di dalam keadaan yang tidak perlu.
    22. Wa’d boleh dimasukkan dalam pelaburan emas, selagi mana ia adalah wa’d dari sebelah pihak dan bukannya muwa’adah dari kedua-dua belah pihak. Contoh aplikasi wa’d dalam konteks ini ialah membuat purchase order, iaitu pelanggan membuat perjanjian untuk membeli emas dengan harga tertentu. Perjanjian pembelian ini dinamakan ’kunci harga’. Sekiranya proses kunci harga adalah menyamai proses akad jual beli, ia tidak dibenarkan kerana akan berlaku penangguhan.
    23. Transaksi jual beli hendaklah bebas daripada unsur-unsur riba, perjudian, gharar yang berlebihan, dan kezaliman. Jika sekiranya terdapat unsur-unsur tersebut, transaksi jual beli adalah dikira tidak memenuhi kriteria syarak.
  • Media Prima Lancar Impian Emas Negara di Sukan Olimpik

     

    MEDIA PRIMA BERHAD MENYEMARAKKAN SEMANGAT OLIMPIK
    Bersama, kita gapai “Impian Emas Negara”

    Media Prima Berhad (MPB) hari ini melancarkan sebuah inisiatif baru yang dinamakan “Impian Emas Negara” sempena temasya sukan utama dunia yang bakal berlangsung lebih kurang 80 hari lagi.

     

    Inisiatif ini bakal membawa harapan tertinggi negara dalam menggapai pingat emas pertama Malaysia di samping memberi inspirasi kepada rakyat Malaysia untuk meneruskan sokongan mereka kepada kontinjen Malaysia di sukan Olimpik London 2012 yang bakal berlangsung pada 27 Julai sehingga 12 Ogos nanti.

     

    Perhatian diberikan kepada beberapa atlet harapan untuk membawa impian emas negara antaranya pemain no.1 dunia, Datuk Lee Chong Wei untuk sukan Badminton, Pandalela Rinong untuk Acara Terjun, dan Azizulhasni Awang untuk acara Basikal.

     

    Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid, Chef de Mission kontinjen Malaysia yang pernah ditemubual sebelum ini juga tidak menafikan bahawa acara lain juga mungkin mampu memberi kejutan untuk membawa pulang pingat.

  • Cermin mata paling mahal di dunia bersalut emas

    Apabila bercakap pasal Dubai, kita seringkali  mendengar cerita-cerita tentang “paling besar” ” paling tinggi” dan semestinya “paling mahal.”

    Sekarang Kacamata untuk membaca termahal di dunia diperbuat di Dubai. Sepasang kacamata membaca ini adalah 18karat emas, ditaksir sebagai yang paling mahal di dunia,  dijual sebanyak $ 75,000 oleh Al Jaber optik di Dubai Mall.

     

     

    PHOTO: Al Jaber Optical

     

  • Meja emas Foosball Cristallino

     

    Cristallino Gold Football Table by Teckell
    Cristallino Gold Football Table by Teckell
    Teckell telah diumumkan beberapa hari lalu bahawa ia mungkin menjadi meja foosball yang paling menakjubkan di dunia . Kemewahan meja  emas Foosball  Cristallino adalah sebahagian daripada jenama baru kepada Koleksi Balilla Calcio. Bahagian yang paling menakjubkan akan meja  emas Foosball  Cristallino  ini adalah ia dihiasi dengan emas 24-karat aksesori bersalut emas.
    Ia juga adalah kesinambungan yang besar kerana Teckell sering mengutamakan kesempurnaan dan ia sentiasa dibuktian dalam produknya. Koleksi ini adalah yang paling elegan dan mewah daripada semua koleksi-koleksi Balilla Calcio Teckell yang lain.Ia bertujuan untuk menarik para peminat bola sepak sepak untuk memilikinya. Meja emas Foosball ini  mempunyai berat sebanyak 142 kg yang menakjubkan dan ia diperbuat daripada aluminium dan kaca kristal.

  • kalung emas pengantin Cleopatra perhiasan unik diperbuat daripada dawai renda.

    Cleopatra gold necklace unique bridal jewelry made of crocheted wire
    Pengantin barang kemas buatan tangan yang unik diperbuat daripada dawai crocheted, ia adalah kalung Cleopatra dalam linkungan 1.9 “(4cm) lebar.
    Kalung pengantin dibuat dawai emas yang diisi dalam teknik mengait jarang dan eksklusif.
    Ini adalah permata yang mengagumkan yang akan menonjol di khalayak ramai dalam apa jua keadaan.

    panjang setiap kalung ini akan diukur mengikut ukuran anda, tetapi biasanya ia adalah 19 inci.

    Klien yang memiliki kalung pengantin Cleopatra menulis saya:
    “Tentu sekali ia sangat menakjubkan! Berkilauan cantik!! Saya terkedua pabila saya membuka kotak itu. Saya mempunyai banyak perhiasan crocheted dan ini merupakan kerja terbaik yang saya telah dibeli setakat ini!”

  • UNIK, KACAMATA DARI TANDUK KERBAU BERLAPIS EMAS

    UNIK, KACAMATA DARI TANDUK KERBAU BERLAPIS EMAS

     

    Berita Unik Lucu Terbaru ― Kacamata dari tanduk kerbau Perancang asal Amerika Serikat, Tom Ford, baru saja mengeluarkan koleksi kacamata bergaya 50-an, bentuk dan rekaannya sangat unik. Kali ini, Ford memanfaatkan tanduk kerbau yang diubahnya kepada kacamata denagn fesyen terkini.Kriteria  mewah juga ditonjolkan, iaitu dengan  lapisan emas pada kacamata itu. Dengan bahan yang unik dan reka bentuk mewah, tentunya harga kacamata ini sudah tentulah tidak murah,ianya mencapai $ US 2.950 atau Rp27 juta. Pembelinya adalah dikalangan selebriti Hollywood seperti Julianne Moore dan Gwyneth Paltrow.

  • Pameran Al-Quran, Emas & Perak di Muzium Kelantan

    Pameran Al-Quran, Emas & Perak di Muzium Kelantan

    Sepanjang 1 Mei hingga 31 Ogos, Muzium negeri Kelantan akan mengadakan pameran Al-Quran, Emas dan perak, sesuai sebagai salah satu acara cuti sekolah akan datang jika anda ingin melawat negeri pantai timur. Antara item yang menarik adakah Al-Quran yang bersadur emas dan perak berusia lebih 600 tahun dari Dinasti Ming serta pameran emas-emas kelantan dan perak yang kami confirm semua orang tahu dengan keindahan dan keaslian negeri che siti wan kembang ini. berikut adalah info dari Pusat Penerangan Pelancongan Negeri Kelantan. (facebook). Tiket yang disediakan adalah RM5.00 untuk dewasa, RM3.00 untuk kanak2 dan RM2.00 untuk mereka yang beruniform.

     

    pameran emas negeri kelantan

     

    PAMERAN AL QURAN EMAS & PERAK : KHAZANAH ISLAM DARI CHINA akan berlangsung dari 1 Mei 2012 sehingga 31 Ogos 2012 bertempat di Galeri Muzium Negeri, Kelantan. Anda semua dijemput hadir untuk menyaksikan keindahan Al-Quran bersadur EMAS dan PERAK berusia lebih 600 tahun dari Dinasti Ming.
    Harga Tiket :
    Dewasa : RM5.00
    Kanak-kanak: RM3.00
    Pelajar Sekolah Beruniform : RM2.00

  • RM2 Juta untuk pingat emas Olimpik pertama Malaysia

    Pemenang pingat emas Sukan Olimpik London Julai-Ogos ini sudah pastinya akan pulang sebagai seorang jutawan dengan ganjaran minimum RM2 juta menanti mereka.

    Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Gan Ping Sieu ketika mengumumkan demikian berkata, sebuah syarikat korporat telah pun memberi kata janji untuk menyumbang RM1 juta untuk pemenang pingat emas negara pada temasya yang akan berlangsung mulai 27 Julai hingga 12 Ogos itu.

    Bagaimanapun beliau enggan mendedahkan lagi identiti syarikat berkenaan.

    Ganjaran tersebut adalah tambahan kepada RM1 juta daripada Majlis Sukan Negara (MSN) untuk mana-mana pemenang pingat emas negara.

    MSN juga telah menjanjikan elaun sebanyak RM5,000 sebulan kepada pemenang pingat emas Olimpik negara sepanjang hayatnya.

    Secara realistiknya, wakil Malaysia yang berupaya bersaing merebut pingat emas dalam Sukan Olimpik ialah pemain badminton Lee Chong Wei, Koo Kien Keat-Tan Boon Heong, perenang Pandelela Rinong, pelumba basikal Azizul Hasni Awang dan pasukan memanah yang diketuai Cheng Chu Sian.

    Dalam pada itu, Gan turut mengalu-alukan penyertaan penajaan daripada 100Plus sebanyak RM4 juta untuk program televisyen menjelang bermulanya Sukan Olimpik.

  • Arahan untuk keluarkan jongkong emas lebih 11 bulan

    Dari maklumat yang kami terima, agrobank akan mengeluarkan arahan untuk mengeluarkan jongkong emas yang melebihi tempoh 11 bulan di Ar-Rahnu tidak berapa lama lagi, berkemungkinan pihak agrobank tidak akan membenarkan penyambungan semula surat pajak ar-rahnu. bagi pelabur yang telah menyimpan jongkong emas melebihi 11 bulan anda boleh menghubungi kami di talian 012-2864232 atau pejabat 03-92264232 samada untuk trade in dengan barang kemas atau menjual jongkong emas tersebut, harga pajakan semasa jongkong emas ketika dibekukan sekitar RM157/gram awal tahun lalu. Pihak harga emas membenarkan anda  menukar jongkong emas dengan emas 999 atau emas 916, atau boleh juga membuat tempahan untuk produk barang kemas padu yang lain. Produk terbaru kami adalah emas pintal 999 dan 916 selain gajah, rotan, pasir, roda dan melur. Jika ingin trade dengan design-design lain pun boleh , tetapi harga dan upah bergantung kepada design yang anda order.

    Jongkong emas yang biasa menjadi pilihan pelabur seperti Pamp Suisse, Lady Fortuna, Public Gold, Bunga Raya, One World, Emas kijang, dinar kelantan diterima, produk yang tidak mempunyai cop assayor seperti GCP tidak dibeli dengan harga yang tinggi. Pastikan anda membeli jongkong emas yang diiktiraf sahaja.