Category: Selebriti

  • Set Barang Kemas RM150,000 ABPBH

    Ampang: Penaja emas Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) 2012, Habib Jewels Sdn Bhd, memperkenalkan set barang kemas bernilai RM150,000 yang bakal menjadi milik Bintang Paling Popular di bilik pamerannya di sini, semalam.

    Penyanyi dan pelakon, Elly Mazlein, dipilih menggayakan set perhiasan berkenaan yang merangkumi subang, rantai, cincin dan gelang tangan.
    Selain Elly, dua selebriti lain yang turut memperagakan barang kemas Habib semalam ialah Anzalna Nasir dan Aishah Sinclair.

    Barang kemas yang direka khas itu diperbuat daripada gabungan moganite, berlian dan batu permata, serta dicipta mengikut reka bentuk unik dan tersendiri.

    Jika sebelum ini Habib menghadiahkan kerongsang untuk pemenang kategori itu, namun kali ini mereka menggantikannya dengan gelang tangan potongan kelopak bunga.

    Perkenal barang kemas

    Majlis memperkenalkan hadiah utama itu dihadiri Pengarah Urusan Habib, Datuk Meer Sadik Habib dan Pengerusi Bersama Jawatankuasa Pengelola ABPBH 2012 merangkap Pengarang Hiburan BH, Shamshul Azree Samshir.
    Selain hadiah utama, majlis petang itu turut memperkenalkan barangan kemas yang bakal digayakan pengacara, penyampai trofi, artis persembahan serta selebriti terpilih.

    Pada malam kemuncak nanti, pengacaranya, Fara Fauzana, bakal menggayakan cincin bernilai RM10 juta, yang juga aksesori paling mahal pada acara yang bakal berlangsung di Stadium Putra Bukit Jalil, 7 April ini.

  • PESAWAT Bersalut EMAS Sultan BRUNEI

    PESAWAT Bersalut EMAS Sultan BRUNEI

    Baginda Sultan Brunei juga memiliki pesawat peribadi yang dilengkapi perabot dari EMAS.
    Sangat menarik ditatap mata namun, mengidamkan sesuatu yang ada ditangan orang lain akan meletakkan kita menjadi pengemis yang tidak miskin.

  • Lady Gaga Guna Kerusi Roda Bersalut Emas

    Lady Gaga Guna Kerusi Roda Bersalut Emas

    LOS ANGELES – Diva pop Lady Gaga nyata tidak mensia-siakan kekayaannya apabila menggunakan sebuah kerusi roda bersalut emas.

    Penyanyi lagu Poker Face berusia 26 tahun itu menggunakan kerusi roda emas 24 karat itu selepas menjalani pembedahan pinggul.

    Kerusi roda itu dilengkapi tempat duduk kulit dan kanopi mudah alih, juga daripada kulit serta boleh diturunkan jika penyanyi itu ingin baring.

    Gaga meminta Ken Borochov dari syarikat pembuat barang berjenama Modekai untuk menghasilkan kerusi roda unik itu.

    “Saya gembira dapat mencipta apa yang saya gelar ‘The Chariot’ – kerusi roda sesuai untuk seorang permaisuri,” kata Borochov.

    Gaga menjalani pembedahan bulan lalu untuk merawat pinggulnya yang cedera, menyebabkan dia membatalkan konsert jelajahan dunianya.- The Sun

  • Kemeja Emas Pikat Wanita ?

    Kemeja Emas Pikat Wanita ?

    Datta berharap kemeja yang dibuat daripada emas 24 karat itu dapat membantunya memikat wanita.

    PUNE – Seorang lelaki kaya di India sanggup membelanjakan sebanyak £14,000 (RM68,526) bagi menempah sehelai kemeja emas tulen dengan harapan ia akan menarik perhatian golongan wanita.

    Peminjam wang berasal dari Pimpri-Chinchwad, Datta Phuge, 32, berkata, seramai 15 tukang emas digunakan bagi menyiapkan sehelai kemeja yang mengambil masa lebih 16 jam sehari serta selama dua minggu untuk disiapkan.

    “Saya bukan seorang lelaki paling kacak di dunia dan disebabkan itulah saya menghasilkan kemeja ini kerana yakin mana-mana wanita pasti akan terpesona dengan keindahan baju diperbuat daripada emas ini,” kata Datta.

    Datta memberitahu, selain bakal menarik perhatian wanita di luar sana, baju emas itu turut melambangkan dirinya sebagai ‘lelaki emas Pimpri’.

    Lapor akhbar Pune Mirror, kemeja emas tulen yang dicampur fabrik baldu putih import itu, turut dihiasi dengan enam butir kristal Swarovski pada bahagian butang serta tali pinggang emas.

    – MailOnline

  • 8,000 Pelabur Genneva Malaysia Belum Dapat Emas

    8,000 Pelabur Genneva Malaysia Belum Dapat Emas

    SHAH ALAM – Bank Negara mendedahkan lebih daripada 8,000 pelabur syarikat pelaburan emas Genneva Malaysia Sdn Bhd masih belum menerima emas mereka dengan jumlah berat melebihi 4,000 kilogram (kg) walaupun telah menyelesaikan bayaran.

    Dalam satu kenyataan semalam, Bank Negara berkata, terdapat juga pelabur yang telah menyerahkan emas mereka berjumlah lebih RM80 juta kepada syarikat tetapi masih belum menerima bayaran balik tunai.

    “Perakaunan forensik awal telah mendedahkan kerugian besar yang dialami oleh syarikat itu pada tahun 2012. Syarikat mempunyai liabiliti melebihi 10 kali asetnya.

    “Menjual emas pada kira-kira 20 hingga 25 peratus lebih tinggi daripada harga pasaran, membayar pulangan kira-kira dua hingga tiga peratus setiap bulan kepada pelanggan dan membeli balik emas daripada pelanggan pada harga belian awal bukan merupakan satu usaha yang mampan,” kata kenyataan dari Bank Negara.

    Ia juga menyatakan bahawa aliran tunai bagi syarikat itu untuk mengekalkan operasinya bergantung sepenuhnya kepada jumlah yang dikumpulkan daripada pelanggan baru.

    Genneva, telah diserbu oleh Bank Negara, polis, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan dan Suruhanjaya Syarikat Malaysia pada 2 Oktober lalu.

    Tiga hari kemudian, pihak berkuasa menjalankan serbuan ke atas premis perhiasan Emas Bhd, Caesar Gold Sdn Bhd dan Worldwide Far East Bhd yang disyaki terlibat dengan pengambilan deposit haram, pengubahan wang haram pengelakan cukai dan dan keterangan palsu.

    Menurut kenyataan itu, wang Genneva sebanyak RM99.8 juta telah dibekukan dan 126kg emas disita, di mana pihak bank berkata, ia diperlukan untuk siasatan dan hanya akan diuruskan mengikut perintah mahkamah. Orang ramai dinasihatkan merujuk laman web Bank Negara untuk maklumat lanjut.

  • Hadiah Emas Untuk Isteri – Farid Kamil & Diana

    Hadiah Emas Untuk Isteri – Farid Kamil & Diana

    Pada majlis pernikahan Farid Kamil dan Diana Danielle, DD telah menerima mas kahwin sebanyak RM10,000 dan wang hantaran RM20,000 dalam bentuk pelaburan emas dari suami tercinta. Barang hantaran dari pihak lelaki pula sebanyak 5 dulang dan dibalas dengan 7 dulang dari pihak perempuan. Yang uniknya, motosikal mini jenama Kawasaki menjadi antara barang hantaran antara kedua-dua belah pihak. Jom kita tengok antara barang-barang hantaran Farid Kamil dan Diana Danielle. Enjoy!

    maybank gold emas

     

    Barang Hantaran Dari Pihak Perempuan

    Produk kecantikan Hugo Boss.

    Majalah Polo International

    Dompet

    Manisan, Bubble Gum. Kata Diana, Farid sangat suka kunyah bubble gum.

    Simbolik tanda hantaran sebuah motosikal mini.

    Kredit gambar: yanmieonline.com

    Barang Hantaran Dari Pihak Lelaki

    Cincin Tiffany & Co.

    Wang hantaran RM20,000 mengikut nilai pelaburan emas.

    Telekung & Al-Quran.

    Simbolik tanda hantaran motosikal mini Kawasaki KSR 110.

  • Vokalis utama D’lloyd meninggal dunia (suara emas)

    Vokalis utama D’lloyd meninggal dunia (suara emas)

    Tiada lagi alunan mendayu Cinta Hampa mahupun Oh Di Mana daripada Sam berikutan kematian vokalis utama kumpulan D’lloyd itu, pagi semalam.

    Sam, yang nama sebenarnya Syamsuar Hashim, 64, mengidap penyakit jantung dan kanser paru-paru yang dirahsiakan selama ini, menghembuskan nafas terakhir di Rumah Sakit Cempaka Putih, Jakarta, Indonesia, sekitar jam 9.15 pagi waktu Malaysia.

    Berita kematian Allahyarham dimaklumkan kepada Metro Ahad oleh sahabatnya, komposer Richard Kyoto yang turut menziarahi jenazah Sam di kediaman kakaknya sebelum dikebumikan di Tanah Kuasir, Jakarta. Richard, komposer lagu Kasih, menyifatkan sahabatnya itu seorang yang memendam rasa kerana di sebalik wajahnya yang sentiasa senyum, ramai di kalangan ahli keluarga, teman dan peminat tidak menyedari penyakit kanser paru-paru Allahyarham sudah di peringkat serius.

    “Saya terkejut apabila diberitahu penyakit kanser Allahyarham sudah sampai tahap empat. Hairannya bila bertemu, beliau tidak pernah menceritakan perihal penyakitnya itu. Sedih saya mengenangkannya tetapi bersyukur dapat menziarahi jenazahnya,” katanya.

    Kumpulan D’lloyd turut dianggotai Bartje Van Houten selaku pemain gitar dan ketua kumpulan, Yuhanny Fatmarida Susilo, Chairul Daud, Candra Casmala dan Ucep Tekol. Lagu lain dipopularkan D’lloyd seperti Keagungan Tuhan, Oh Tak Mungkin dan Semalam Di Malaysia.

    Di kalangan anggota D’lloyd, Sam dilihat agak misteri kerana statusnya yang hidup membujang. Bagaimanapun, kata Richard, seingatnya Allahyarham pernah berkahwin dengan seorang perempuan Singapura tetapi jodoh tidak panjang dan mereka juga tidak dikurniakan zuriat.

    D’lloyd yang ditubuhkan pada 1969, antara kumpulan muzik berpengaruh di rantau ini pada era 1970-an, julung kali mengadakan konsert di Kuala Lumpur pada 1978 di Stadium Negara. Sekitar awal 1990-an, Harian Metro membawa D’lloyd untuk satu persembahan khas manakala konsert terakhir D’lloyd di sini, pada 6 hingga 8 Mei tahun lalu di Istana Budaya melalui persembahan Semalam Di Malaysia, bergandingan dengan Datuk Ahmad Jais.

    Ketika sidang akhbar, Sam membuatkan pihak media terharu apabila dia tiba-tiba sebak hingga mengalirkan air mata. Kesedihan itu diperjelaskan Sam betapa jiwanya tersentuh mengenang walau sudah setengah abad peminat di Malaysia masih mengagumi D’lloyd.

    Apa yang pasti air mata Sam itu, petanda salam perpisahan kepada peminat Malaysia untuk tidak bertemu kembali. -MA

    PSB juga minat dengan kemerduan suara emas Abg Sam, moga rohnya mendapat keampunan dan bersama orang beriman.

  • Aidil ambil emas Rita

    Aidil ambil emas Rita

    Apa guna saya bersuami, jika bil bersalin pun diungkit. Kalau Aidil terpaksa berhutang kad kredit, itu bukan salah saya. Kos bersalin tidak sampai RM10,000 kerana saya bersalin bukannya melalui pembedahan. Itupun Aidil dapat tuntut balik RM5,000 daripada persatuan. Apa yang Aidil nak ungkit sangat? Kalau saya tahu dia jenis berkira, lebih baik saya bayar sendiri.

    Dia sebagai suami kena mementingkan keselamatan dan keselesaan anak isteri, bukannya bersikap berkira. Ketika dalam pantang, saya beli ubat guna duit saya sendiri, dia tidak pernah ambil tahu atau menghulur duit.
    Sampaikan baju dan keperluan dia dan anak juga saya tanggung. Boleh kira dengan jari jika guna duit dia. Saya tidak kisah soal duit asalkan kami hidup bahagia. Kalau saya mata duitan, takkan saya tahan hidup dengan dia sampai empat tahun. Duit nafkah saya dan anak-anak, kalau saya tidak mintak tiadalah.

    Saya bukan jenis minta duit orang. Kadang-kala saya biarkan saja asalkan tidak bergaduh. Saya tidak suka bising-bising, dia hanya tahu pergi main bola, balik rumah, makan dan tidur. Semua urusan anak dan rumah, tanggungjawab dia pun saya kena fikirkan. Nak sewa rumah saya yang cari dan kena keluar dulu duit pendahuluan, saya tidak kisah.
    Kalau dia cerita dia tidak mampu, beli kereta mewah dan motosikal berkuasa tinggi dan barang keperluan dia, mampu pula! Tapi nak hulur duit pada anak isteri seolah-olah seperti mahu menjerut leher. Saya selalu pesan dia, dahulukan anak.

    Motosikal berkuasa tinggi, rim dan cat kereta tu penting ke? Tapi, semua tu tidak peduli. Dia sanggup keluar berpuluh-puluh ribu untuk keperluannya. Beli motosikal tu boleh pula, tapi soal anak sendiri, zuriat sendiri berkira. Waras ke Aidil ni? Makin lama makin melalut dengan hal yang tidak masuk akal. Kalau anak dengar dan faham, mesti mereka kecil hati.

    Tapi berbeza dengan saya. Sejak berkahwin dan mempunyai anak, baju pun saya susah nak beli. Jika saya tidak menyimpan duit untuk anak-anak, saya tak tahulah apa nasib kami. Tanggungjawab saya besar, tapi selalu dia tinggalkan saya dan anak-anak tanpa satu sen. Sampaikan pernah saya SMS dia ketika di lapangan terbang. Dia boleh jawab terlupa! Allahuakbar, macam mana dia boleh lupa ada anak dan isteri?

    Kalau dia cakap tidak mampu, beli motosikal berkuasa tinggi mampu pula. Baik duit pendahuluan simpan untuk anak-anak. Saya pernah kata jangan sampai anak-anak makan pasir. Memang saya bekerja dan ada duit sendiri, tapi nampaknya Aidil ambil kesempatan. Saya bercakap untuk masa depan bersama, bila sudah ada anak, jangan terlalu mementingkan diri dan fikir nak bergaya saja. Rim kereta dan tayar motosikal tu bukan boleh makan! Perlu ke beli motosikal jika sudah ada kereta? Kenapa nak tunjuk hebat pada orang?

    Saya melakukan pemeriksaan ketika hamil kedua-dua anak pun kadang-kadang saya bayar sendiri. Apa lagi yang tidak kena? Terlalu banyak saya bantu tetapi dia langsung tidak menghargai dan berterima kasih atas tolak ansur yang melampau-lampau dari seorang isteri. Kerana terlalu sayang, saya tidak pernah merungut dan tidak kisah walaupun tanggung diri sendiri.

    Dia berkira sangat, tetapi rezeki yang diberi pun sebab anak isteri. Jangan sampai sekelip mata Tuhan tarik balik. Jangan riak! Dia kalau ada duit, hanya fikir nak tukar cat, rim dan cantikkan kereta. Itu semua lagi penting daripada anak-anak! Nasihat saya dia pandang macam sampah. Kita ni ada anak isteri buat cara ada keluarga, jangan nak ikut perangai orang tiada tanggungan. Pakai motosikal berkuasa tinggi pun buat apa kalau tahu tak mampu. Jadi, tak payahlah nak ungkit soal hutang kad kredit bayar bil saya bersalin. Kenapa tidak guna kad kredit bayar beli motosikal?

    Walaupun Aidil pernah memberi hadiah gelang emas kepada saya, tapi saya bukan jenis minat barang kemas. Tetapi apabila lari, dia ambil semula gelang emas itu. Saya memang nak tergelak apabila teringatkan tingkah laku Aidil. Terima kasih Aidil kerana terlalu berkira Dia juga ada menyebut pasa saya tabur duit di hadapan rumah, janganlah nak menipu dan memutar beli cerita. Duit itu diberikan pada Rayyan. Dia pun tahu Rayyan suka main duit. Saya membiarkan Rayyan memegang duit kerana tidak mahu dia mengamuk tapi lain pula tuduhan Aidil.

    Aidil saya mohon maaf, saya kena bela diri. Saya berkahwin dengan dia bukan kerana duit. Sebab itulah, saya tidak berkira dan boleh tahan hidup dengannya walaupun terpaksa sara diri seperti orang bujang. Saya kecewa sangat apabila pasal anak dan duit dia nak ungkit menungkit. Saya pantang betul kalau mengungkit, berkira dan kedekut.

  • Trend Fesyen Emas pada malam Gala 2012

     

     

     

     

     

     

     

     

     

     

  • Cermin mata hitam bersalut emas milik Victoria Beckham

     

     

    Beberapa bulan yang lepas,keadaan penuh dengan kontroversi buat sosialit Victoria Beckham,antaranya, beliau menggunakan nama anaknya sebagai koleksi beg tangan baru dan meggunakan Evogue,edisi khas Range Rover. Waris perempuan yang bergaya ini telah melancarkan produk baru iaitu cermin mata hitam bersalut emas 18karat.Cermin mata ini menampakkan setiap penglihatan dengan sentuhan emas.Cermin mata hitam rangka persegi ini disudahkan dengan sepasang uber-sejuk untuk dimiliki oleh setiap wanita yang mementingkan gaya keunggulan. Nama cermin mata hitam yang dipanggil  “Victoria Beckham Butterfly” bersalut emas 18karat ini berharga $850.