Category: Perniagaan

  • Tips memulakan perniagaan emas

    Ada orang tanya saya cammana nak jadi tokey emas, ada yang minta pendapat saya tentang business model emas dan macam-macam lagi…

    Untuk posting kali ini, saya ingin memberikan panduan bagaimana anda boleh memulakan perniagaan emas. Bagi mereka yang nak panduan berniaga emas maka artikel ini boleh membantu.

    Perniagaan emas.

    Rasulullah pernah bersabda, 9/10 daripada rezeki datangnya daripada perniagaan. Best tu…

    Sekarang cuba bayangkan… Anda mempunyai perniagaan emas sendiri… bila orang beli emas anda dapat duit.. orang beli emas dapat lagi duit… dan duit itu pula datang sepanjang masa.. kekadang pagi.. tengahari…petang… malam… hari bekerja..hari cuti… semuanya duit.

    Best tak?

    Perniagaan emas ialah perniagaan yang sangat menarik dan menguntungkan. Ini kerana:

    1. Minat manusia terhadap emas tidak pernah pudar. Makin bertambah ada lah….

    2. Orang tetap akan beli emas walaupun harga tinggi atau rendah.

    3. Kalau anda simpan stok emas, nilainya akan naik dalam jangkamasa panjang.

    4. Senang jual dan beli. Bila pelanggan tahu anda jual emas, diorang yang akan cari anda untuk beli… nak jual pun diorang akan cari anda.

    Tips perniagaan emas yang berjaya:
    Berdasarkan kajian saya, terdapat 5 perkara yang sangat penting kalau anda nak jadi peniaga emas yang berjaya:

    1. Anda mempunyai pembekal (supplier) yang baik.

    2. Anda mempunyai pembeli yang baik

    3. Banyak cash (lagi banyak lagi bagus)

    4. Sifat amanah dan boleh dipercayai

    5. Banyak ilmu berkenaan emas.

     

    Ok, mari saya huraikan satu persatu:

    1. Pembekal yang baik.

    1. Boleh memberikan stok emas dalam kuantiti yang anda kehendaki.

    2. Kalau boleh dapat stok segera lagi bagus. Kalau kena tunggu lama then susah lah..

    3. Supplier mesti mampu memberikan emas ketika harga emas naik ataupun turun. Kalau supplier anda boleh supply ketika harga emas naik tapi takder stok waktu harga turun, then anda akan hadapi masalah nak buat business.

    4. Sanggup membeli balik emas pada spread yang kecil. Bukan setakat jual lepas tu tak nak ambil balik emas diorang ataupun potong sampai 10% keatas.

    2. Pembeli yang baik.

    Selain daripada pembekal yang baik. Anda perlukan pembeli yang baik. Pembeli yang bermasalah akan memeningkan kepala anda dan boleh merugikan masa dan perniagaan anda.

    1. Pembeli mesti membayar cash bila beli emas ataupun semasa lock harga emas. Emas nie tak boleh beli secara hutang atau ansuran. Hukumnya haram (baca sini)

    2. Pembeli anda mesti jujur. Kalau dah bersetuju untuk membeli atau “lock” pada harga tertentu, maka kenalah ikut harga yang dipersetujui.

    (p/s: lock bermaksud pembeli dan penjual bersetuju membeli dan menjual emas pada satu harga yang dipersetujui bersama).

    Dalam business ini anda akan jumpa pembeli yang tidak jujur dan pentingkan diri sendiri. Mula-mula setuju untuk ‘lock’ harga, tetapi bila harga emas turun daripada harga yang dia booking… maka jadilah adegan drama minta diskaun lah… takut rugilah… nak lock harga baru lah…nak batalkan pembelian lah.. telepon tak angkat lah..dan macam-macam lagi…

    3. Banyak cash (lagi banyak lagi bagus)

    1. Dalam business emas, lebih banyak cash lebih bagus. Anda boleh simpan banyak stok. Tambahan pula kalau stok dibeli pada harga murah dan dijual pada harga tinggi. Anda menggandakan keuntungan.

    2. Cash diperlukan untuk membeli balik emas daripada pelanggan jika mereka nak jual balik emas mereka. So cash kena ada banyak.

    3. Kalau dalam business emas terpakai memang banyak tunai diperlukan.

    4. Sifat amanah dan boleh dipercayai.

    1. Dalam business emas, sifat amanah, jujur dan boleh dipercayai sangat penting. Bila pelanggan bank-in duit, kita kena hantar emas.

    2. Jangan mungkir janji atau tipu pelanggan. Kalau ada masalah, just beritahu pelanggan. Jangan nak sembunyi-sembunyi.

    3. Kalau order emas dari supplier.. jangan batalkan.

    Kalau dah lock harga dengan pelanggan, kita kena ikut harga tu..

    5. Banyak ilmu tentang emas.

    1. Lebih banyak ilmu dan pengetahuan mengenai emas yang anda ada,

    maka pelanggan lebih yakin terhadap anda.

    2. Lebih yakin pelanggan anda terhadap anda, lebih banyak jualan anda.

    3. Anda pun akan lebih yakin apabila berhadapan dengan pelanggan.

    4. Nak dapat ilmu emas? baca dan print semua artikel blog jutawanemas

    5. Banyakkan bertanya kepada orang yang tahu.. contohnya tanya saya.

    6. Banyak baca buku, website, artikel dan lain-lain.

    Saya sendiri memiliki banyak koleksi buku-buku berkenaan emas. Kat Malaysia nie buku-buku pasal pelaburan emas amat terhad. Kalau anda berminat, boleh order daripada www.amazon.com atau gi tengok kat kedai buku Popular atau MPH.

  • 6 Perkara ditakuti bila beli emas

    Salam semua pembaca! ktk orang semua nang best sbb sedang membaca satu-satu nya blog Pelaburan dan Simpanan Emas dalam bahasa Sarawak tok. Satu-satu nya ka? i guess

    Hasil dari perkongsian Emas kmk melalui posting dan inbox di FB dan hasil perbincangan dgn kawan-kawan dalam session TT dari Kuching, Sri Aman, Sibu, Bintulu, Miri, Kuala Belait, Bandar Sri Begawan, Limbang, Lawas, Kota Kinabalu, Kuala Lumpur etc yang kmk polah selamak tok, kmk telah mengenal pasti beberapa perkara yang menyebabkan banyak orang ‘Takut nak melabur Emas’.

    1# Takut Meli Emas sebab sik paham

    Yes. tok satu perkara utama yg menyelubungi banyak orang. tok perkara biasa. bukan sbb ktk sik paham ya salah ktk. sik. tapi mmg normal bah. sapa mok ngeluar duit utk benda yg nya lom paham pa pun cerita nya nak? Walaupun camya tek, sidak tetap tauk bahawa Emas tok ada bernilai dan menguntongkan. Cuma sidak sik tauk camney cara nya?

     

    2# Takut Emas di simpan di curi atau ilang

    Bila dah faham dan nampak kelebihan emas, timbul gik rasa takut mok nyimpan emas. bahaya kata nya. kenak tanyak kmk? “sbb emas ya mahal dan org mok ngambik” jawab nya tek. menati juak. hehe! Emas mun di simpan ktk geley-geley rah tempat sik selamat dan sik dijaga mmg org ngambik nya.

     

    jgn madah Emas, helmet motosikal eh, cuba ktk engkah nya geley-geley rah bakol moto masa diat Sarawak main bol di stadium? ilang ndak? “ya helmet pok. helmet lain cerita. tok emas tok aih..” kata nya gik tek. hehe! so, mun sik mok hilang helmet, ktk pun yg bertanggungjawab jaga helmet ya. embak kan helmet ya masok stadium. mun sik pun, hantar kan helmet ya rah sidak nak mukak kaunter jaga helmet ya. sik helmet ya ilang nak?

    camya juak mun ktk nyimpan emas. Emas ya tapok kan nya rah tempat yg selamat. jgn ktk sepasar-pasar besusir ngelaka madah aku meli emas sekilo marek eh. Mun emas ktk dah tahap banyak, boleh simpan di ‘safe deposite box’ yang sangat banyak di offer kemudahan nya oleh sidak bank :) dgn bayaran tahunan yg minimum sekitar RM160~RM300 (RM13~RM25 sebulan jak) utk safe deposite box, Emas ktk selamat di simpan dgn rapi :)

    3# Takut rugi emas di beli mahal, lekak meli alu turun harga emas ya tek

    yah.. dah paham emas.. dah tauk seney nak nyimpan, nektok takut gik nak meli sbb takut lekak meli esok alu turun rega emas. jangan bimbang. mun ktk takut utk sebab tok, normal lah ya. sbb kita dah terbiasa dgn jenis simpanan static yg bertambah jumlah nya hasil dari effort kita pun. dalam kes ya, hanya jumlah yg nait jak akan kita nampak. atas sebab ya juak rami org biasa sik main saham sbb nya takut lak duit nya abis rugi. (terkecuali utk risk taker dan out side box thinker. sidak tok jenis deraz. dgn ilmu dan pengalaman pernah gagal, sidak sik takut dan terus polah jak pa2 yg boleh menguntongkan even nya berisiko tinggi utk rugi. dari pemerhatian kmk, sidak tok mmg jenis taknikal dari segi kewangan/ekonomi).

    sigek gik, sbb minded org kita banyak berkonsep ‘cepat kaya’ dan berjiwa MLM yg kelaka untong RM pulohan ribu sebulan dgn kereta mewah dan rumah besar sebagai ‘icon’ utama. Secara lansung, idelogy tok menyebabkan pada kita, sebarang penurunan adalah dianggap RUGI.. secara lansung juak telah menyebabkan kita lupak.. Harga emas dah nait lebih 500% semenjak 10tahun lepas. Even tho berlaku juak penurunan minor dalam tempoh tersebut, tapi  kita sekali lagik lupak, harga emas tahun tok sik pernah lebih murah dari harga tahun lepas :)

    3 igek TAKUT yg kmk akan explain lepas tok biasa nya akan berlaku lepas 3igek takut di atas berjaya di atasi…

    4# Takut bila masa EMERGENCY mok makey duit, Emas sikpat pakey mayar barang emergency ya tek

    Emergency ya pun dah takut jak bunyi nya :) Apa jak hal Emergency dlm banyak minda org? biasa nya tok bukan membawa 100% maksud ada eksiden atau kecederaan. biasa nya, yg di maksudkan emergency di ctok boleh jadi,

    1. Tiba-tiba kereta rusak? mok bikik ka mok turun kerja makey Bas?
    2. Anak tiba-tiba mintak RM200 pakey mayar molah kerja krusus dan pegi lawatan Sambil belajar
    3. Tiba-tiba mok disuroh dak opis travel outstation seminggu di KL. mok bayar dikpun dolok, claim dudi.
    4. Terlibat ngan eksiden kereta dan kereta masok bengkel bebikik 3minggu. Extra cost utk turun kerja pa indah gik.

    dan pelbagai lagi keperluan luar jangka especially yang berlaku di tengah bulan.. yalah emergency sebenar.. lepas ya last sekali bok lam otak kita mikey emergency berkaitan ngan kecederaan dan kita memerlukan kos perubatan. (yg ada apply Insurance/Takaful Peribadi akan lebih secure lam hal tok) :)

    Selagi Emas ktk di simpan rah tangan dikpun, senang-senang jak boleh di jual balit :) Call kmk balit, jual harga buy back, kmk bank in to your account. (atau contact dealers PG seluruh Malaysia)  dan emas ya dikpun pun sangat berharga dan sgt mudah dicairkan. Even tanpa wujud nya PG sekalipun, Emas yg ktk simpan ya masih boleh di jual dan diterima pakai diseluroh dunia :)

    5# Takut dapat emas bulak

    Hasil pemerhatian kmk juak, rami org takut kenak bulak meli emas. kenak bulak dari segi apa? meli emas mayar harga 999.9 tapi dapat emas 950, 916,850 etc. Nasih kmk, cara terbaik utk memastikan ktk sik tertipu, sila beli Emas dgn certificated yg di sahkan oleh metal assayer yg bertauliah. Apa assayer? Assayer adalah.. Lepas ya, hati senang  sik duak tiga duak tiga :)

    6# Takut bila emas dah untong alu kenak tolak untong pakey mayar Zakat

    Alhamdulilah. toklah yang bagus. sbb org kita mmg anggap zakat ya adalah penting dan sik pernah diabaikan. Tapi takut RUGI duit abis mayar zakat emas yg satu mentality yg kita perlu buang jaoh2x. Sbb zakat ya dikpun nak kah satu ibadah? dan sigek sbb nya, masih rami org siktauk camney ngira zakat emas dan sebelum nya tauk cara ngira nya, dolok gik sidak assume zakat emas makan abis duit sidak :)

     

    Cara ngira zakat Emas camtok, Emas akan di kenakan zakat bila nya cukup haul, simpanan lebih dari 85g yg tidak digunakan akan di zakatkan pada kadar 2.5% dari harga emas semasa.

    Contoh: ktk simpan 100g emas setahun lam bentuk gold bar yg sik digunakan. so, 15g akan di zakat kan. 15g x 2.5% x harga emas semasa. boleh refer Baitulmal Sarawak –> http://www.tabung-baitulmal-sarawak.org.my/zakatemas.html

     

    link: http://www.publicgoldsarawak.com/ver2/2012/03/14/perkara-yang-ditakut-orang-kita-bila-sebut-hal-emas/

  • CIMB bakal lancarkan Ar-Rahnu di Malaysia – Pertengahan Tahun

    CIMB ISLAMIC BANK RANCANGKAN PERNIAGAAN AR RAHNU DI MALAYSIA,CIMB Islamic Bank merancang melancarkan perniagaan Ar Rahnu di Malaysia pada separuh kedua tahun ini susulan kejayaan peniagaan yang serupa di Indonesia menerusi CIMB Niaga Syariah, kata Ketua Pegawai Eksekutifnya Badlisyah Abdul Ghani.

    “Kami berjaya dalam perniagaan Ar Rahnu di Indonesia, dan sudah sampai masanya untuk kami menawarkan perniagaan itu di sini. Kami sudah memperoleh kelulusan Bank Negara Malaysia dan sebaik kami sudah memuktamadkan kerangka kerjanya, kami akan melancarkan produk itu, dan besar kemungkinan bermula di Pantai Timur.”

    Saiz pasaran Malaysia besar dan kami yakin ada banyak peluang untuk kami meskikan kami agak lewat memulakannya,” katanya kepada Bernama dalam temu bual.

    Walaupun beliau agak berhati-hati terhadap 2012, Badlisyah menjangkakan CIMB Islamic Bank dan keseluruhan francais kumpulan perbankan Islam, akan melalui tahun yang baik.

    “Saya yakin namun berhati-hati terhadap 2012, berikutan apa yang berlaku di dunia, selain kerangka kerja kawal aturan yang ketat serta deman pilihan raya di dalam negara, namun saya percaya kami akan mencatat prestasi yang baik tahun ini, lebih baik berbanding 2011.”

    “Kami memberi tumpuan terhadap meluaskan CASA (Akaun Simpanan Akaun Semasa)dan berharap untuk mencatat pertumbuhan dua angka dalam asas deposit dan pembiayaan,” katanya.

    Prestasi CIMB Islamic dalam pelaburan Islam sangat baik dan meneraju kedudukan sukuk global sekali lagi pada 2012 dan memperkukuh kedudukannya sebagai bank Islam kedua terbesar dari segi aset di Malaysia dan Asean.

    Bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2011, CIMB Islamic Bank mencatatkan satu lagi tahun yang mencatatkan rekod, merekodkan keuntungan sebelum zakat sebanyak RM447 juta, kira-kira sembilan peratus daripada keuntungan sebelum cukai kumpulan.

    Beliau berkata aset bank itu meningkat 24.7 peratus kepada RM28.4 bilion manakala akaun kewangan berkembang 28.9 peratus kepada RM29.2 bilion, membabitkan 15 peratus daripada jumlah pembiayaan kumpulan dan 13 peratus daripada keseluruhan aset pembiayaan industri kewangan Islam.

    Di peringkat kumpulan, Badlisyah berkata jumlah perolehan meningkat menerusi operasi perbankan Islam merentas Kumpulan CIMB berjumlah RM1.47 bilion, perolehan Islam terbesar yang dijana sejak kumpulan itu mewujudkan francais “CIMB Islamic” pada 2002.

    Beliau berkata operasi Malaysia menyumbang lebih daripada 89 peratus daripada jumlah perolehan perbankan Islam kumpulan, dengan Indonesia dan Singapura masing-masing menyumbang kira-kira tujuh peratus dan satu peratus.

    “Kami yakin ada banyak potensi besar yang menguntungkan di Indonesia, dan kami berharap meningkatkan sumbangannya terhadap keseluruhan perniagaan kepada 10 peratus atau lebih pada 2012. Ideanya ialah mewujudkan perniagaan Islam serantau yang selari dengan perniagaan konvensional CIMB Group,” kata Badlisyah.