Category: Perniagaan

  • Kedai Pajak Dibenar Beroperasi 2 Hari Seminggu – Covid 19

    Kedai Pajak Dibenar Beroperasi 2 Hari Seminggu – Covid 19

    “Kerajaan bersetuju agar premis syarikat kredit komuniti dan pajak gadai dibenarkan beroperasi selama dua hari seminggu dari 9 pagi hingga 2 petang sahaja.

    Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Zuraida Kamaruddin berkata, ia susulan perbincangan dengan persatuan berkenaan susulan pengumuman Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengenai Langkah Tambahan Bagi Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (Prihatin-Tambahan) yang diumumkan pada 6 April lalu.

    “Namun syarikat kredit komuniti itu diingatkan tidak mengenakan caj faedah melebihi yang ditetapkan dalam Akta Pemberi Pinjam Wang 1951 (Akta 400) iaitu sebanyak 12 peratus bagi pinjaman bercagar dan 18 peratus bagi pinjaman tidak bercagar kepada peminjam sepanjang tempoh PKP,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

    Menurut Zuraida, kementeriannya menerima banyak pertanyaan daripada orang awam mengenai perkhidmatan kredit komuniti dan pajak gadai.

    “Pihak berkenaan diingatkan agar mematuhi arahan dan peraturan sepanjang tempoh PKP.

    “Orang awam dan syarikat PKS yang terlibat boleh mendapatkan maklumat dan perkhidmatan KPKT yang lain di talian hotline KPKT iaitu 03-88913975,” katanya.

  • Yapeim rugi RM500,000.00 bagi pengecualian upah – Covid 19

    Yapeim rugi RM500,000.00 bagi pengecualian upah – Covid 19

    Ar Rahnu YaPEIM membenarkan penangguhan penebusan gadaian dan pengecualian bayaran upah simpan gadaian selama 10 bulan semasa PKP bagi membantu pelanggan-pelanggannya

    Pemangku Ketua PEngarah Yayasan Pembangunan Ekonomi Malaysia (YaPEIM), Parihah Hasan berkata, ar-rahnu yang juga merupakan salah satu cabang mikro-kredit merupakan antara jalan termudah, selamat dan amanah untuk mendapatkan pinjaman.

    Katanya, Koperasi YaPEIM Bhd. terpaksa menangung kos pengecualian bayaran upah simpan tersebut sebanyak RM500,000.

    “Ramai yang dijangka datang untuk mendapatkan kemudahan kewangan bagi aktiviti-aktiviti produktif.

    “Aktiviti-aktiviti produktif ini sebenarnya menggalakkan ekosistem ekonomi supaya pengekonomian bergerak dengan pantas.

    “Sekarang kita lihat aktiviti ekonomi seperti sektor perkhidmatan tidak dapat dijalankan jadi kami berharap pinjaman yang disediakan di Ar Rahnu YaPEIM ini membolehkan ekonomi negara akan terus bercambah,” katanya kepada MalaysiaGazette di sini.

    Tambahnya, menurut perspektif ar rahnu, gadaian adalah satu urusniaga produktif kerana ia digunakan untuk tujuan perniagaan dan pendidikan.

    Tambah Parihah, meskipun pendapatan Ar Rahnu YaPEIM terkesan akibat PKP namun begitu mereka masih prihatin terhadap situasi yang melanda negara dan sentiasa bersedia untuk menyokong pelanggan dalam usaha merangsang ekonomi Malaysia.

  • Poh Kong catat keuntungan berganda  155% tahun ini

    Poh Kong catat keuntungan berganda 155% tahun ini

    Poh Kong dilaporkan mencatatkan keuntungan berganda daripada kenaikan harga emas pada tahun 2019 sebanyak hampir 3 kali ganda.

    Keuntungan bersih Poh Kong berjumlah hampir RM8.08 juta untuk suku pertama tahun ini pada 31 Okt lalu berbanding RM3.16 juta yang dicatatkan pada tahun yang lalu

    Poh Kong Group berfikiran positif permintaan untuk produk berasaskam emas masih tinggi walaupun ekonomi pasaran semasa kelihatan tidak menentu pada tahun hadapan.

  • Kenapa Design Italy Boleh Popular Di Malaysia?

    Kenapa Design Italy Boleh Popular Di Malaysia?

    Design Italy sememangnya terkenal di pasaran tempatan, tapi kenapa Italy? bukannya design negara eropah yang lain..

    Emas yang popular di Malaysia adalah emas 916, walaupun ada juga emas 750, 375 dan sebagainya, tetapi amatlah kurang laris berbanding emas 916.

    Manakala di eropah, jarang barang dijual pada mutu 916, biasanya pada mutu 750 dan kebawah.

    Design barang kemas di Malaysia pula unik, oleh kerana Malaysia mempunyai komposisi “Truly Asian”, design barang kemas cina, india dan melayu berbeza satu sama lain.

    Contoh design cina orang melayu takkan beli.

    Design barang kemas melayu lebih kepada unsur tumbuhan, manakala cina binatang / zodiak dan india pula lebih kepada ketuhanan, ketiga-tiga design ini tidak infusion antara satu sama lain.

    Design Italy berjaya masuk ke Malaysia kerana design Italy mempunyai perantara ketiga-tiga design diatas, bukan daun, bukan binatang dan bukan penyembahan, jadi ramai hijabister yg gemarkan design yang berbeza dan moden termimpi-mimpi design italy.

    Lagipun satu dunia tahu italian design, Italy adalah trend setter hampir semua design di seluruh dunia sejak berabad dulu lg.

    Cuma masalah dengan design italy, kos pembuatannya tidak murah, dan kadang kala perlu gunakan emas berkualiti rendah dari 916 untuk menguatkan supaya tidak mudah tercabut.

    Contoh jenama yang popular

    Oro Italian by Habib Jewel

  • 3D Printing – Reka Barang Kemas 916 Dari Rumah

    3D Printing – Reka Barang Kemas 916 Dari Rumah

    3D Printing adalah teknologi masa depan untuk barang kemas. Kadang-kadang mungkin anda jemu dengan design barang kemas di kedai emas.

    Hampir sama saja saban tahun, tidak unik dan sama dengan jiran sebelah rumah.

    Ada masanya anda terniat untuk reka sendiri barang kemas atau rasa nak tiru sebijik macam barang kemas JLo.

    Kini teknologi 3D sudah advance, tak perlu beli printer 3D printer harga ribu riban, cukup sekadar anda tahu design apa yang nak.

    Video 3D Printing Process

    3D Software Senang Guna

    Samada nak guna software 3D sendiri atau minta tolong kawan buat mana2 pun boleh.

    Antara software paling senang guna untuk reka model 3D adalah

    1. Sketchup ( by google) paling senang macam microsoft paint.

    2. Figuro – Online based 3D model creator, antara yang senang guna

    3. Fusion 360 (by autodesk) software free guna untuk guru dan student (daftar sbg student 🙂

    4. AutoCAD (by autodesk) ini yang profesional selalu guna tidak free.

    Kemudian design dengan segala penuh imaginasi anda, nak letak love boleh, nak letak payung pun boleh

    ( nasihat orang tua : perempuan jgn pakai design payung2 emas ni, mcm meminta minta dimadukan )

    3D Printing On Demand

    Kemudian selepas siap, hantar ke syarikat 3D Printer On Demand dan pilih material/bahan yang nak guna untuk print emas, silver, alloy, stainless steel etc

    Antara contoh syarikat 3D Printer On Demand adalah;

    1. Shapeways – hantar 3d model anda dan pilih material untuk print.

    2. Sculpteo – sama seperti shapeways diatas, ada marketplace sendiri untuk jual produk anda.

    3. Craftcloud -seperti namanya, adalah untuk pusat barang kemas custom dalam talian.

    Kesemua printing service on demand diatas menyediakan penghantaran worldwide.

    Di Malaysia mungkin ada servis ini, jika anda jumpa sila tinggalkan comment dibawah.

    Jana Pendapatan Pasif

    Selain untuk print untuk diri sendiri, anda juga boleh menjual design anda di marketplace barang kemas seperti Etsy, Shopee ataupun Mudah.

    Mana tahu design anda boleh meletup viral, dapatlah income hanya dengan khayalan 3d sahaja. Tuan-tuan…

    Success Story 3 Printing

  • 10 Peralatan Asas Peniaga Emas

    10 Peralatan Asas Peniaga Emas

    Ramai yang bertanya bagaimana untuk memulakan perniagaan emas sejak ekonomi merudum ni, oleh itu dalam artikel ini kami cuba untuk menggambarkan secara ringkas perniagaan emas dan alatan asas yang diperlukan untuk memulakan perniagaan emas, pertamanya ya anda memerlukan tunai yang banyak, “cash is the king”, untuk perniagaan emas modal untuk bermula agak besar, paling minimum sekurang-kurang RM10,000 keatas untuk kecil-kecilan atau untuk membuka kedai emas, minimum dalam lingkungan RM500k atau RM1 juta keatas barulah pelanggan datang dan beli, bukan sekadar datang melihat sahaja.

    Antara peralatan asas untuk peniaga emas adalah

    1. Penimbang (pocket scale)
    2. Asid/blackstone (alat uji emas)
    3. Jarum kunci emas
    4. Kanta / Teropong emas
    5. Alat uji ketulenan diamond
    6. Pengukur saiz cincin
    7. Torch
    8. Resit menjual beli emas
    9. Excel / google spreadsheets
    10. Precision scale

    Perniagaan emas adalah antara perniagaan paling tua didunia, jadi untuk mereka yang ingin masuk kedalam bisnes ini anda bukan sahaja perlu mempunyai ilmu malah memerlukan alatan-alatan seperti dibawah untuk mengelak ditipu dan rugi,tidak rugi berbelanja sedikit untuk mengelak kerugian lebih besar.. bayangkan perniagaan internet yang baru bermula 20 tahun lalu penuh dengan scammer dan penipuan inikan pula perniagaan yangsudah berusia lebih beratus ribu abad, tentu sahaja lebih banyak helah dan madah dari pelanggan dan peniaga lainnya.

    Jadi untuk melengkapkan perniagaan emas anda, kami senaraikan peralatan asas yang diperlukan sebelum memulakan perniagaan emas supaya anda tidak rugi dan tidak ditipu.

    1. Penimbang digital, pocket scale, 10 penimbang emas terbaik

    Pertamanya opkos anda perlukan penimbang untuk menimbang berat emas, daripada pengalaman kami, anda perlukan dua penimbang, satu penimbang pocket scale digital yang boleh dibawa kemana-mana, senang untuk berjumpa pelanggan dan satu lagi penimbang yang besar untuk mendapat bacaan yang lebih tepat untuk jual beli emas. Kami recommendkan untuk penimbang pocket scale, adalah dalam skala 500gram dan mempunyai bacaan dua tempat perpuluhan 0.01gram, jika lebih adalah bonus, jangan mencari yang terlalu kecil atau yang besar gedabak, design seperti ini adalah antara favourite, ada banyak penimbang yang dijual, ori dan juga clone, yang terbaik kami cadangkan adalah jenama TANITA, tetapi jika anda tidak sanggup membayar ratusan ringgit, penimbang ciplak pun boleh, cuma perlu dijaga lebih teliti sebab mudah rosak apabila terjatuh dan bacaannya selalu lari.

    2. Alat uji ketulenan emas – batu black stone

    Ada banyak cara untuk menguji ketulenan emas, tetapi cara paling murah dan konservatif adalah menggunakan teknik aqua regia, iaitu dengan melarutkan torehan emas pada batu black stone dan menguji berapa persent yang hilang selepas dilarutkan dengan asid, batu black stone mempunyai banyak gred, peniaga lama biasanya sanggup membeli batu yang berharga ribuan ringgit untuk mendapat ujian yang jitu, tetapi untuk asas sahaja, batu blackstone seperti dibawah cukup untuk memulakan perniagaan emas

    3. Asid storage – botol kaca asid

    Asasnya anda memerlukan asid HNO3 (Nitrik) dan HCL (hidroklorik) pada kemolaran tertentu untuk membuat larutan aqua regia, jadi untuk menyimpan asid ini anda memerlukan bekas kaca yang tidak mudah terhakis, kebelakangan ini ramai yang menggunakan botol plastik, kami nasihatkan guna botol plastik HDPE (high density polyethylene) sahaja yang tahan asid, walaupun asid yang digunakan tidaklah begitu pekat, tetapi berasap jugalah.. hampir semua kedai emas, kedai pajak dan ar-rahnu akan mempunyai botol kaca seperti ini, jadi tidak salah anda membeli satu just in case.

    4. Jarum kunci emas – untuk membandingkan ketulenan emas

    Pertamanya untuk mereka yang baru melangkah dalam perniagaan emas, anda perlu tahu emas mempunyai banyak karat atau jenis ketulenan dan setiap ketulenan mempunyai sifat fizik dan kimia yang berbeza (malah harga pun berbeza), jika anda pergi ke kursus emas sehari atau dua hari atau tiga hari, anda tidak akan mahir untuk menguji setiap ketulenan emas, jadi untuk langkah selamat, bolehlah membeli jarum kunci emas seperti gambar dibawah, dengan ada jarum seperti ini, anda boleh membandingkan setiap ketulenan emas dengan lebih mudah.

    5. Kanta mikro (magnifying loupe) – teropong emas

    Kebanyakan barang kemas terkini mempunyai cop ketulenan seperti 916, 750, 999 tetapi masih banyak lagi barang kemas dipasaran menggunakan cop lama, walaubagaimanapun cop ini hanyalah sekadar cop, semua org boleh ketuk dan cop setiap barang kemas, jadi gunakan kanta ini untuk melihat cop barang kemas sebagai reference sahaja, ujian ketulenan masih perlu dilakukan untuk menguji ketulenan emas. Kami recommendkan kanta seperti dibawah, mudah dan senang dibawa kemana-mana

    6. Asid / alat uji ketulenan emas / gold purity liquid

    Kebiasanya hanya dua larutan digunakan, tetapi zaman moden sekarang, sudah ada larutan untuk menguji setiap ketulenan emas, anda boleh membeli mana-mana larutan dibawah dan sila youtubing sendiri bagaimana cara untuk menggunakannya

    7.  Alat mengukur saiz jari dan dan saiz cincin

    Cincin merupakan item kedua paling laris didalam kategori barang kemas selepas rantai tangan, walaupun manusia normal dikurniakan 2 tangan dan 10 jari, tetapi item paling cepat laris adalah rantai tangan dan yang kedua barulah cincin, jika  rantai tangan senang diukur menggunakan benang, pembaris atau pita tape malah dari saiz badan pembeli pun anda boleh agak2, tetapi untuk jari, nak atau tidak anda memerlukan item seperti dibawah, salah satu walaupun sebenarnya kedua-duanya penting untuk perniagaan emas.

    8. Alat menguji ketulenan diamond / diamond purity tester

    Jika anda menjual atau membeli emas, alat ini juga penting, contohnya jika anda menjual barang kemas permata , anda boleh menguji ketulenan dahulu sebelum menjual, atau jika anda terbeli barang kemas diamond, anda boleh simpan untuk dijadikan barang kemas permata edisi akan datang dan bukan dibuang begitu sahaja. Menggunakan mata kasar amatlah sukar, selain dari membeli alat dibawah, anda boleh juga membela ikan emas, jatuhkan batu tersebut kedalam akurium, jika ikan makan, maknanya ia adalah diamond, cuma masalahnya teknik ini, anda perlu sembelih ikan dan goreng untuk dapatkan balik diamond, hampir tidak ekonomik, maka baiklah beli alat dibawah dari goreng ikan kesayangan anda.

    9. Precison scale / Penimbang tepat emas / Penimbang emas density metre

    Jika alatan pertama tadi adalah pocket scale, anda memerlukan penimbang kedua dirumah atau kedai untuk menimbang berat emas lebih tepat supaya item yang dijual mempunyai berat yang tepat dan perniagaan yang diredhai, kata orang tua, menjual item bertimbang ini lebih baik kurang dari lebih jika tidak dapat berat tepat, pocket scale tidak dapat memberi bacaan tepat, maka gunakan penimbang yang lebih tepat samada precision scale sahaja, atau untuk lebih advanced boleh menggunakan density metre sama seperti ar-rahnu, tidaklah mahal sangat sebenarnya. Density metre juga boleh digunakan untuk menguji ketulenan emas yang tidak sekata

    10. Pembakar mikro / lightning toch / jet torch butane

    Selain dari menggunakan asid untuk menguji ketulenan, anda juga boleh membakar emas sehingga lutsinar untuk menguji ketulenan emas, emas yang tulen boleh menjadi lutsinar apabila dibakar, ada banyak kelebihan memiliki lightning torch seperti dibawah samada untuk membuang kotoran pada emas atau untuk menukang kecil-kecilan,better ada dari tiada

    11. Supplier dan pembekal barang kemas

    Ini adalah subjek yang sensitif, biasanya peniaga emas tidak akan memberi dengan mudah siapa supplier mereka atau berapa harga mereka (sama seperti perniagaan lainpun), kami ada mengenali beberapa supplier dan kilang emas yang boleh supply barang kemas, tetapi pastikan anda tahu target market anda siapa, lokasi dan jumlah belian, harga untuk membeli 100gram tak akan sama dengan harga membeli 2 kilo.

    Selain item-item diatas, anda boleh menjenguk alatan-alatan asas yang lain dalam perniagaan emas seperti dibawah

  • Hadiah Jongkong Emas Hello Kitty 100gm

    Hadiah Jongkong Emas Hello Kitty 100gm

    Bagi mereka-mereka yang belum mempunyai akaun bank Hong Leong Bank terutamanya perempuan atau gadis-gadis gedik macam King_coco , anda berpeluang untuk memenangi 100gm jongkong emas Hello Kitty dengan membuka akaun baru di Hong Leong Bank dan depositkan RM1000.00 sahaja kedalam akaun.

     

    Selain berpeluang untuk memenangi jongkong emas bernilai RM30,000 ini, anda juga akan mendapat Kad Debit Bank Hong Leong Bank Hello Kitty

    Cara-caranya seperti dibawah, tamat sehingga Mei 2017 sahaja ok..

     

    Senang je Bank nak pinjam duit anda, cuma bagi hadiah dan orang berpusu-pusu untuk menyimpan dalam bank, bank tak perlu bayar interest, tetapi jika anda ingin meminjam wang dari bank, anda akan dikenakan pelbagai interest, apapun itulah dipanggil kewangan, untuk menjadi seperti bank, anda kena ada lesen dari Bank Negara, bukan lesen MLM atau skim ponzi.

     

  • Teksi Bawa Jongkong Emas RM3 Juta Disamun

    Teksi Bawa Jongkong Emas RM3 Juta Disamun

    teksi4gambar hiasan

    Kuala Lumpur – Kumpulan lelaki hanya menggunakan alat pemadam api untuk merompak jongkong emas bernilai RM3 juta.

    Dalam kejadian jam 8.30 malam kelmarin, kumpulan lelaki terbabit dikesan menunggu masa sesuai di Jalan Raja berhadapan Bangunan Sultan abdul Samad, di sini sebelum menyerang dan menyamun jongkong emas berkenaan daripada dua pekerja syarikat perniagaan emas yang menaiki sebuah teksi.

    Sumber berkata, rompakan berlaku ketika dua mangsa itu menaiki teksi selepas diarah pemilik syarikat mengambil jongkong emas bernilai RM3 juta di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.

    Menurutnya, ketika pemandu teksi itu melalui lokasi kejadian tiba-tiba seorang lelaki muncul dengan membawa alat pemadam api sebelum menyemburnya ke arah cermin hadapan teksi kenderaan.

    “Tindakan itu menyebabkan cermin hadapan teksi kabur menjadi kabur, sekali gus memaksa pemandu teksi terbabit memberhentikan kenderaan.

    “sebaik teksi berhenti, beberapa lelaki membuka pintu belakang kenderaan lalu mengacukan parang terhadap kedua-dua mangsa,” katanya.

    Menurutnya, lelaki itu kemudian merampas beg berisi jongkong emas itu sebelum melarikan diri dengan menaiki sebuah kenderaan pacuan empat roda.

    “Difahamkan, kejadian berlaku sekelip mata dan mangsa gagal mengecam plat pendaftaran kenderaan dinaiki kumpulan lelaki berkenaan.

    “Mangsa yang juga pekerja sebuah syarikat perniagaan emas di ibu negara dikatakan dalam perjalanan ke sebuah pusat membeli belah untuk menyerahkan jongkong emas berkenaan kepada pembeli,” katanya.

    menurutnya, dua pekerja lelaki berusia 35 dan 40 tahun itu kemudian membuat laporan polis di Balai Polis Dang Wangi di sini.

    Sementara itu, Ketua Polis Daerah Dang Wangi Asisten Komisioner Zainol Samah ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu namun enggan mengulas lanjut.

    Sumber : Harian Metro ( 21 April 2015 )
    Penulis : Asmah Rusman

    penunggu-emas.blogspot.com

    _________________________________________________________________________________________

    “Rahsia Kejayaan Emas Sebenar”“Rahsia Kejayaan Emas Sebenar”

    _________________________________________________________________________________________

    _________________________________________________________________________________________
    perlukan TUNAI dengan segera . tukarkan EMAS anda kepada TUNAI 
    sedia membeli emas terpakai dengan harga yang tinggi. sedia membeli segala jenis emas 999.9, 999, 916, 875, 835, paun, 750, pandora 916, emas lama, emas patah, bengkok, surat pajak dan lain-lain lagi.
    asalkan emas tulen. COD cheras / ke tempat anda.

    whatsapp/sms/call 013-9720910 @ 017-8855788 Acikx Hargaemas
    _________________________________________________________________________________________

  • Emas bernilai RM300,000 disamun di Jalan TAR

    Emas bernilai RM300,000 disamun di Jalan TAR

    emas (3)

    Kurang daripada lima minit, sebuah kedai emas di Jalan Tuanku Abdul Rahman di ibunegara mengalami kerugian kira-kira RM300,000 selepas disamun lapan lelaki bersenjatakan pistol dan parang.

    Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, SAC Zainuddin Ahmad berkata kejadian berlaku pada pukul 6 petang semalam ketika kedai tersebut masih beroperasi.

    “Tiba-tiba tiga lelaki menyerbu masuk dengan seorang daripada mereka mengacukan pistol, seorang membawa bawa tukul besi dan seorang lagi membawa parang.

    “Bagaimanapun tiada tembakan yang dilepaskan dan suspek bertindak memecahkan cermin rak pameran barangan kemas dengan menggunakan tukul dan melarikan barang kemas dari tujuh dulang barang kemas,” katanya ketika dihubungi Bernama malam tadi.

    Beliau berkata kesemua suspek kemudiannya dipercayai melarikan diri ke arah Dataran Merdeka dengan menaiki motosikal.

    Zainuddin berkata hasil rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di premis itu mendapati empat buah motosikal jenis Yamaha 125Z yang masing-masing dinaiki lima suspek sedang menanti di luar premis itu.

    “Kedai itu telah beroperasi selama 20 tahun dan ketika kejadian terdapat dua pekerja di dalamnya. Terdapat juga beberapa saksi melihat kejadian itu, namun mereka tidak berani untuk membantu,” katanya.

    Kes disiasat di bawah Seksyen 4 Akta Senjata Api Penalti Berat 1971.

    Sementara itu, sebuah lagi kedai emas nyaris dirompak oleh empat lelaki di Rawang pada pukul 3.45 petang semalam.

    Ketua Polis Daerah Gombak, ACP Ali Ahmad berkata empat lelaki yang memakai topi keledar bermuka penuh menyerbu masuk ke premis itu dengan seorang daripada mereka mengacukan senjata menyerupai pistol manakala tiga lagi memegang tukul dan memecahkan meja pameran.

    “Semasa kejadian terdapat empat pekerja dan tiada pelanggan di dalam premis itu. Namun suspek gagal merompak setelah menyedari kehadiran polis.

    “Suspek melarikan diri dengan motosikal jenis Yamaha LC.3,” katanya ketika dihubungi.

    www.malaysiakini.com

    _________________________________________________________________________________________

    “Rahsia Kejayaan Emas Sebenar”“Rahsia Kejayaan Emas Sebenar”

    _________________________________________________________________________________________

    _________________________________________________________________________________________
    perlukan TUNAI dengan segera . tukarkan EMAS anda kepada TUNAI 
    sedia membeli emas terpakai dengan harga yang tinggi. sedia membeli segala jenis emas 999.9, 999, 916, 875, 835, paun, 750, pandora 916, emas lama, emas patah, bengkok, surat pajak dan lain-lain lagi.
    asalkan emas tulen. COD cheras / ke tempat anda.

    whatsapp/sms/call 013-9720910 @ 017-8855788 Acikx Hargaemas + facebook 
    _________________________________________________________________________________________

  • Emas, Batu Permata Nilai Ratus Juta Dirompak

    Emas, Batu Permata Nilai Ratus Juta Dirompak

    ht3

    SEBUAH kedai emas yang turut menyimpan suku daripada emas di ibu kota itu dipecah masuk oleh sekumpulan perompak mahir pada Isnin.

    Kumpulan perompak yang dipercayai menggunakan alat pemotong berkuasa tinggi telah berjaya memecah sebanyak 300 peti deposit Keselamatan yang menyimpan emas milik warga London di Hatton Garden Jewellery.

    Selain emas, perompak juga berjaya melarikan batu permata bernilai puluhan juta pound selepas memasuki bangunan berkenaan melalui saluran lif.

    ht2

    Walaupun kedai emas itu menyimpan sebahagian besar barangan milik pengusaha emas dan individu di London tetapi tahap keselamatan yang digunakan didakwa tidak begitu sempurna.

    Seorang pengusaha kedai emas, Norman Bean berkata, Hatton Garden tidak dikawal selama 24 jam dan tindakan itu memudahkan perompak memasuki bangunan berkenaan.

    “Saya menyimpan berlian bernilai £500,000 di dalam peti deposit keselamatan di Hatton Garden selain barangan kemas bernilai £35,000.

    “Saya bimbang ia telah hilang dilarikan kumpulan perompak kerana kami tidak dibenarkan memasuki bangunan berkenaan,” katanya.

    ht1

    Seorang penjual batu permata, Mohammad Shah, 53, memberitahu, perompak tersebut bukan sahaja mahir tetapi bijak menyesuaikan masa untuk melakukan rompakan – ketika orang ramai bercuti.

    “Saya menyimpan banyak barangan di dalam peti deposit keselamatan di sini yang bernilai ratusan ribu pound. Memang saya mempunyai perlindungan insurans tetapi terdapat barangan yang sukar ditemui.

    “Saya mungkin tidak akan mendapat ganti bagi barangan yang sukar ditemui walaupun mendapat pampasan insurans sekiranya ia hilang,” ceritanya.

    www.mstar.com.my

    _________________________________________________________________________________________

    “Rahsia Kejayaan Emas Sebenar”“Rahsia Kejayaan Emas Sebenar”

    _________________________________________________________________________________________

    _________________________________________________________________________________________
    perlukan TUNAI dengan segera . tukarkan EMAS anda kepada TUNAI 
    sedia membeli emas terpakai dengan harga yang tinggi. sedia membeli segala jenis emas 999.9, 999, 916, 875, 835, paun, 750, pandora 916, emas lama, emas patah, bengkok, surat pajak dan lain-lain lagi.
    asalkan emas tulen. COD cheras / ke tempat anda.

    whatsapp/sms/call 013-9720910 @ 017-8855788 Acikx Hargaemas + facebook 
    _________________________________________________________________________________________