Category: Politik

  • Trade War Trump dan China Berterusan Menaikkan Harga Emas

    Trade War Trump dan China Berterusan Menaikkan Harga Emas

    Laporan berita Starbiz menyebut Trump dan rakan sejawatannya dari China, Xin Jian Ping bersetuju untuk kembali ke meja rundingan bagi menghentikan tariff US kepada produk dari China.

    Perjanjian sementara ini menyebabkan kenaikan harga emas dunia dan Malaysia tersekat dan mula susut setelah berada pada rekod paling tinggi dalam sejarah Malaysia dengan indek paling tinggi mencecah 7265/tael atau 1425usd/onz.

    Hari ini indeks emas Malaysia kembali jatuh dibawah mata 7000 pertama kali sejak hari raya Aidilfitri bulan lalu.

    Bagaimanapun perjanjian sementara ini mungkin tidak akan bertahan lama kerana pilihanraya Presiden US bakal bermula akhir tahun ini dan banyak janji Trump belum terlaksana

    Antaranya:

    • Membina tembok us-mexico -gagal
    • Menghentikan imigren dari amerika selatan – gagal
    • Menang perang dagangan dengan china, jepun, euro – gagal
    • Menyelesaikan perang diplomatik iran, korea utara, israel – gagal
    • Meningkatkan sekatan kepada Rusia – gagal

    Tekanan Dari Demokrat

    Senator-senator dari kem Demokrat akan menggunakan kegagalan polisi Trump-republican ini dalam pilihanraya presiden akan datang untuk menukar presiden

    Untuk rekod Trump kalah undi majoriti dalam pilihanraya US dan tewas dalam pilihanraya senator terakhir tahun lalu.

    Kem trump kini berada dalam tekanan dan perjanjian sementara antara China dan US amat rapuh dan Naga dari China ini bukannya binatang ternak yang senang untuk dijinakkan oleh Trump.

    Harga emas masih mempunyai potensi besar untuk terus naik kerana rekod emas dunia 1900usd/onz masih jauh. Hari ini emas hanya baru sekitar 1400usd/onz.

  • Benar ke Ar-Rahnu Yapeim rugi 12 juta?

    Benar ke Ar-Rahnu Yapeim rugi 12 juta?

    Pada 13 Mei, sebuah laporan berita memetik laporan sulit kerajaan yang menunjukkan kerugian berlaku apabila yapeim gagal membuat lelongan keatas barang kemas tidak ditebus sebanyak 300kg dengan nilai RM80 juta dari 2012 sehinggalah 2014.

    Kerugian ini dikatakan berpunca dari kejatuhan harga emas sepanjang tempoh tersebut.

    Penafian Yapeim Rugi

    Hari ini, Yapeim pula menafikan dakwaan mereka kerugian 12 juta, sebaliknya barang kemas yang tidak ditebus adalah sebenarnya sebanyak 388kg dengan nilai RM62.8 juta

    Pergerakan Harga Emas 2012-2014

    Betul ke harga emas jatuh sepanjang 2012 – 2014, jika kita semak balik graf pergerakan harga emas pada tempoh masa tersebut

    Kelihatan memang berlaku kejatuhan mendadak harga emas bermula dari akhir 2011.

    Untuk rekod harga emas paling tinggi dalam sejarah Malaysia adalah pada November 2011 ( Indeks 6960, RM184.12/gm spot price)

    Kejatuhan teruk harga emas pada lewat 2011 adalah berpunca dari lambakan gold paper menyebabkan nilai emas melonjak dan jatuh secara tiba-tiba.

    Siapa rugi Tragedi 2012?

    Pada tragedi 2012, Perdana Menteri Britain Gordon Brown dipersalahkan kerana menyebabkan Britain kehilangan kira-kira GBP 9 Billion apabila menjual 400 tan simpanan emas britain sebelum harga melonjak naik.

    Barclays Bank telah didenda sebanyak GBP 29 Juta kerana memanipulasikan harga emas dan silver

    HSBC, Deutsche Bank dan Nova Scotia Bank juga didenda USD 46.7 juta, UBS juga didenda USD 15 juta kerana terlibat dalam memanipulasikan harga emas dan silver di pasaran.

    3 Bank utama yang terlibat dalam penentuan harga emas dunia ( London Gold Fixing ) didenda dan ditendang keluar.

    Sejarah Terbesar Dalam Emas

    Disebabkan pemanipulasian oleh bank bank terbesar ini, “London Gold Fixing” yang telah digunakan hampir seratus tahun sejak 1919 dalam menentukan harga emas dunia telah ditukar ke ICE pada 2015.

    Bagaimana proses lelongan emas

    Pada sekitar 2012, Yapeim adalah antara pemain utama gadaian emas arrahnu disamping Xchange dan Agrobank, proses lelongan emas biasanya berlaku selepas tempoh masa 11 bulan selepas tarikh pajak tidak ditebus.

    Dengan jumlah yang disimpan sebanyak 388kg, rasanya hampir mustahil untuk mana-mana syarikat dapat mengelak kerugian apabila harga emas jatuh mendadak seperti graf diatas. Barang yang dipajak pelanggan tidak boleh dijual ketika harga jatuh, lagi-lagi tempoh masa pajakan masih belum tamat.

    Harga emas pula menjunam jatuh dari 180 ke 120 ( kira-kira 33% ), manakala beza harga pajakan dengan harga lebur cuma 15%-20% (buffer zone), memang ajaib lah jika Yapeim lansung tidak terkesan atau rugi sikit pun

    Kesimpulan

    Berkemungkinan besar, serangan ke atas yapeim hari ini hanyalah bermotif politik dan wayang semata-mata tanpa memahami sejarah pergerakan turun naik harga emas.

    Siapalah yang suka bermain wayang itu?

  • Nilai Undi Ibarat Emas Kali Ini

    Nilai Undi Ibarat Emas Kali Ini

    SANDAKAN: Beberapa orang gadis sedang melihat melalui paparan kaca. Seorang wanita mencuba seutas rantai tangan emas, rakannya pula mengangguk tanda setuju.

    “Saya tidak gemar bergambar. Jangan rakam gambar saya,” kata lelaki pertengahan umur di belakang kaunter.

    “Jangan risau pak cik, pak cik nampak baik sahaja,” saya berkata menggunakan pertuturan Mandarin yang tidak lancar cuba memujuk Encik Liang ditemuramah menggunakan kamera.

    “Saya cuma ingin tahu apa yang dimahukan penduduk Sandakan terutamanya kaum Cina,” saya mencuba nasib.

    Selepas beberapa cubaan, kami hanya dapat merakamkan gambar dia melakukan tugasnya sebagai tukang emas.

    Kedai Emas Kaw San III terletak di tengah Bandar Lila di Sandakan. Satu diantara beberapa kedai emas yang terdapat di situ.

    “Kami telah menjalankan perniagaan selama tiga generasi,” kata Liang Bing Koon yang akhirnya setuju untuk ditemubual, dengan syarat tidak dirakam.

    Dia berkata dia tidak boleh bertutur Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu dengan baik.

    “Setakat ini tiada masalah menjalankan perniagaan di sini. Perniagaan berjalan baik,” dia berkata sambil membetulkan kedudukan cermin matanya.

    “Jadi, adakah pak cik akan keluar mengundi nanti?” saya bertanya.

    Dia hanya mengangguk kepalanya.

    “Tidak berminat,” dia menjawab dengan hambar.

    “Sekiranya pak cik perlu mengundi. Siapa yang akan dipilih?” saya bertanya untuk cuba mendapatkan jawapan kepada mitos yang mengatakan kaum Cina terutamanya di kawasan bandar akan mengundi pembangkang.

    “Saya akan mengundi BN demi kestabilan,” dia menjawab selepas berfikir sejenak.

    “Untuk menjalankan perniagaan memerlukan suasana yang aman dan stabil. Tanpa kestabilan perniagaan akan terjejas,” dia menambah.

    “Saya fikir kebanyakan kaum Cina akan memilih DAP atau SAPP bukan?” saya bertanya.

    “Mungkin itu pilihan peribadi mereka?” katanya yang merenung menerusi cermin matanya yang hampir jatuh.

    “Boleh saya mengambil gambar? Saya menulis untuk laman web dan pak cik tidak mahu ditemuramah menggunakan kamera,”.

    Dia akhirnya bersetuju tetapi dengan syarat gambarnya diambil bersama dua orang pekerja wanitanya.

    Jelas sekali dia tidak gemar bergambar.

    Pengundi kaum Cina terdiri daripada 53% dari pengundi di Sandakan. Sekiranya mereka semua keluar mengundi , mampu membawa perubahan besar.

    Seperti emas di dalam kedai emas ini, undi mereka sangat bernilai.

    Presiden Parti Liberal Demokratik (LDP), Datuk VK Liew mempertahankan kerusi parlimennya di Sandakan. Dia menang dengan majoriti tipis dengan hanya 176 undi pada 2008.

    Di bawah parlimen Sandakan pula terdapat dua kerusi negeri iaitu Tanjong Papat dan Elopura, yang dimenangi Parti Progresif Sabah (SAPP) yang berada di bawah Barisan Nasional (BN) sehingga mereka menarik diri dari BN dalam pilihan raya sebelum ini.

    “Berapa harga emas di sini?” saya bertanya kepada Pakcik Liang.

    Dia menunjukkan harga emas untuk setiap gram yang dipaparkan, “RM170”

    “Wow, harga di Kuala Lumpur telah jatuh kepada RM135 segram!” saya berkata.

    “Harga emas di sini masih tinggi,” dia menjawab lebih bersemangat berbanding apabila doajak berbicara tentang pilihan raya. – Astro Awani

  • SPR Rahsia Warna Dakwat Kekal

    SPR Rahsia Warna Dakwat Kekal

    PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hanya akan mendedahkan warna sebenar dakwat kekal yang digunakan pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) pada hari mengundi 5 Mei nanti.

    Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof (gambar kecil) berkata, tindakan itu bagi memastikan tidak ada pihak mengeksploitasi penggunaan dakwat kekal.

    Selain itu, SPR juga akan memastikan bilik kebal yang menyimpan dakwat kekal itu dikawal ketat oleh pasukan keselamatan selain dipantau televisyen litar tertutup (CCTV).

    Abdul Aziz berkata, warna dakwat kekal itu berbeza sama sekali dengan warna dakwat lain yang terdapat di pasaran.

    “Warna dakwat kekal itu unik serta tersendiri dan kandungannya mempunyai spesifikasi khas dan menjadikannya sukar ditiru,” katanya di sini semalam.

    Penggunaan dakwat kekal itu adalah langkah pembaharuan yang diperkenalkan oleh SPR sebagai jaminan mengelak pengundian berulang.

    Dakwat itu akan menggunakan warna berbeza untuk pengundian awal pada 30 April dan pada hari mengundi 5 Mei.

    Peraturan dakwat kekal mewajibkan setiap individu yang ingin mengundi dicalit jari telunjuk kiri mereka sebelum diberi kertas undi.

    Bagi pengundi yang enggan mematuhi peraturan itu, kertas undi tidak akan dikeluarkan kepada mereka.

    Tatacara penggunaan dakwat kekal itu bermula dengan dakwat dicalitkan di permukaan atas jari telunjuk kiri pengundi sehingga meliputi kuku dan ke bawah.

    Sejumlah 230,000 botol dakwat kekal akan digunakan iaitu 10,000 botol untuk pengundi awal dan selebihnya pada hari pengundian biasa.

    Setiap botol dakwat boleh digunakan untuk kira-kira 100 pengundi.

  • RTM Tetap Tawar Siaran 10 Minit

    Kuala Lumpur: Tawaran siaran manifesto parti selama 10 minit oleh Radio Televisyen Malaysia (RTM) tetap terbuka walaupun menerima pelbagai celaan daripada pembangkang.

    Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim, berkata penyiaran itu akan diberikan sekali saja dan bukan sepanjang tempoh kempen pilihan raya.
    Harap tukar fikiran

    Tempoh 10 minit mencukupi untuk mereka menghuraikan manifesto sebanyak lima muka surat kerana kementerian sudah buat percubaan. Walaupun menerima pelbagai celaan daripada pembangkang mengenai usaha ini, saya berharap mereka menukar fikiran dan menerima tawaran diberikan ini, katanya.

    Bercakap kepada pemberita selepas meluangkan masa bersama penghibur jalanan di sekitar Jalan Tunku Abdul Rahman, di sini semalam, Rais berkata, hasil perbincangan kementeriannya bersama Jabatan Penyiaran mendapati 10 minit itu mencukupi.

    Diminta mengulas saranan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin supaya Majlis Fatwa Kebangsaan meneliti kenyataan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat berkaitan isu agama, Rais berkata, tuduhan Menteri Besar Kelantan itu bahawa solat orang UMNO tidak dapat pahala adalah perkara besar dan mengejutkan.

    Majlis Fatwa perlu memberi panduan jelas mengenai isu agama dan menggunakan pegangan Islam.
    Ia adalah jalan penyelesaian supaya beliau (Nik Aziz) tidak terus mengeluarkan fatwa sendiri menjelang pilihan raya, katanya.

    Rais turut mengumumkan cadangan skim insurans buat penghibur jalanan seperti penyanyi dan pelakon, sekali gus mengiktiraf bakat mereka dan memberi lebih banyak peluang untuk golongan itu mencari nafkah setiap hari. -BH

  • Tarikh Mengundi Pilihan Raya Umum Ke-13 PRU13

    Tarikh Mengundi Pilihan Raya Umum Ke-13 PRU13

    update 10 april 2013
    Pengumuman SPR : PRU 13

    1) Tarikh penamaan Calon : 20 April 2013 (Sabtu)
    2) Tarikh Pengundian Awal : 30 April 2013 (Selasa)
    3) Tarikh Pembuangan Undi : 05 Mei 2013 (Ahad)

    Tarikh Mengundi Pilihan Raya Umum Ke-13 PRU13 | PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengumumkan tarikh-tarikh penting berkaitan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) di sini hari ini.

    Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Yusof berkata, pengumuman itu dibuat selepas ahli-ahli Panel SPR selesai mengadakan mesyuarat khas bagi membincangkan dan memutuskan perkara berkaitan hari penamaan calon, hari pengundian awal, pengundian biasa dan daftar pemilih yang akan digunakan pada PRU-13.

    “Kita perlu memikirkan banyak faktor sebelum memilih tarikh yang sesuai. Kita tidak mahu tarikh itu nanti bertembung dengan hari perayaan agama tertentu kerana Malaysia mempunyai banyak komuniti yang berbeza.

    “Kita juga perlu dapatkan ramalan cuaca daripada Jabatan Meteorologi, ini semua perlu diambil kira,” katanya.

    Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis taklimat kepada 116 perwakilan asing mengenai sistem pilihan raya di Malaysia di sini semalam.

    Abdul Aziz turut menjelaskan, hari pengundian bagi PRU-13 nanti berkemungkinan diadakan pada hari bekerja walaupun kelazimannya diadakan pada hujung minggu.

    Katanya, pengundian boleh diadakan pada mana-mana hari, tetapi SPR perlu menimbangkan banyak faktor sebelum memutuskan tarikhnya.

    Dalam pada itu, beliau berkata, daftar pemilih untuk PRU-13 adalah yang paling bersih dan tiada siapa dapat menghalang pemilih berdaftar untuk menjalankan kewajipan mereka sebagai pengundi.

    “Saya sangat berpuas hati dan daftar pemilih kita bersih, tidak ada pengundi bukan warganegara, pendaftaran berganda, pengundi berusia bawah 21 tahun atau yang telah meninggal dunia. Ia dibuat dengan bantuan Jabatan Pendaftaran Negara dan polis.

    “Bagi yang masih mengatakan daftar pengundi masih kotor, kita minta mereka datang ke pejabat SPR untuk semak dan lihat peruntukan undang-undang yang digunakan bagi menukar atau membuang nama seseorang pemilih,” ujarnya.

    selamat berkempen !! selamat mengundi !!