Category: Menarik

  • Warga emas makan sabun dan bedak talkum

    KUALA KANGSAR: “Bagi orang lain, perbuatan ini dianggap tidak masuk akal dan boleh menjejaskan kesihatan, tapi bagi saya ia menjadi menu harian sejak 17 tahun lalu,” kata Mohd Razali Ishak, 63, yang mempunyai tabiat luar biasa apabila menjadikan sabun mandi dan bedak sebagai makanan kegemarannya.

    Bapa kepada sembilan anak yang juga bekas penoreh getah itu berkata, pada mulanya dia hanya makan bedak, namun menambah ‘menu’ eksotiknya dengan memakan sabun mandi sejak tujuh bulan lalu.

    “Saya mula makan sabun mandi selepas tertarik melihat bentuk dan baunya. Selepas menggigit sedikit cebisannya, saya rasa ia begitu enak dan sejak itu mula menjadikannya makanan harian.

    “Sejak tujuh bulan lalu, saya mula makan bedak talkum pula, juga kerana saya suka baunya yang harum. Kini saya mampu menghabiskan dua atau tiga botol bedak 100 gram sehari,” katanya ketika ditemui di rumah anaknya di Padang Rengas di sini, semalam.

    Segelintir penduduk yang mendapat tahu mengenai minat pelik warga emas itu yang tinggal di Kuala Lipis, Pahang pada mulanya beranggapan Mohd Razali tidak waras.

    “Saya akui pada beberapa tahun pertama dulu bukan saja jiran sekampung, malah anak-anak termasuk isteri mengatakan saya gila.

    “Selepas gagal meyakinkan mereka, saya membuat keputusan pergi menjalani pemeriksaan di sebuah hospital dan keputusannya mengesahkan saya waras,” katanya. Dia yang berasal dan tinggal di Sungai Temau, Kuala Lipis berkata, sehingga sekarang, dia masih tidak tahu punca dan kenapa dia memiliki tabiat pelik itu.

    “Sudah ribuan kali saya ditanya soalan ini, tapi saya sendiri tidak tahu jawapannya. Ia masih menjadi misteri bagi saya dan keluarga. Tabiat ini bukan sengaja diada-adakan untuk mencari publisiti kerana tiada sebab untuk saya buat begitu,” katanya.

    Bagaimanapun, Mohd Razali tidak menolak kemungkinan ia ada berkaitan dengan unsur mistik kerana pernah menemui pengamal ilmu perubatan tradisional dalam usahanya menghentikan tabiat ini.

    Katanya, usahanya itu selepas gagal mendapatkan jawapan daripada doktor bertauliah, juga menemui jalan buntu menyebabkan dia berserah segala-galanya kepada Tuhan.

    “Isteri (Rohani Yusup, 57,) dan anak-anak sudah berputus asa menasihatkan saya supaya berhenti. Malah, isteri pernah cuba meletakkan tepung gandum dalam bekas bedak kerana bimbang saya jatuh sakit kerana makan bedak setiap hari.

    “Namun, usaha itu gagal kerana saya dapat membezakan rasanya. Saya tidak tahu bagaimana menjelaskan perasaan saya ketika makan bedak dan sabun, tetapi jika sehari tidak menjamahnya, saya gelisah seperti ada sesuatu tidak kena,” katanya. Sementara itu, anak Mohd Razali, Roslinda, 32, berkata, dia dan adik beradik lain sudah letih menasihatkan bapa mereka supaya berhenti mengamalkan hobi pelik itu.

    “Kami percaya ayah menjadi begini akibat terkena buatan orang menggunakan sihir atau ilmu hitam. Justeru, saya berharap jika ada pihak boleh membantu merawat penyakit ‘unik’ ayah ini.

    “Kami tidak mahu ayah meneruskan tabiatnya makan bedak dan sabun mandi kerana bimbang bakal memudaratkan lagi keadaan kesihatannya yang semakin uzur sekarang,” katanya

  • 15 item termahal didunia

    Sekarang ni dah tak payah nak sembang banyak-banyak,apa kata kita terus je tengok apa 16 benda ni..yela mana tahu salah satu benda ni ada kt rumah korang..masyukkkk!

     

    16.Saffron – $ 11/gram

    Saffron ialah tumbuhan berbunga yang boleh digunakan sebagai ubat semulajadi hampir semua penyakit bermula dari kemurungan dan berakhir dengan kitaran haid. Antara kehebatannya ialah ianya boleh menyembuhkan mata yang sudah terlalu rabun..

     

    15. Gold – $ 56/gram

    Emas….tak payah bagila info pasal emas ni..korang semua dah tahu kan?..next!

     

    14. Rhodium – $ 58/gram

    Rhodium digunakan terutamanya dalam penukar pemangkin untuk mengurangkan pelepasan karbon dari kereta. Tiada peranan biologi dalam kehidupan manusia,pecaya atau tidak,walaupun beharga,logam yang sangat bertoksik ini dianggap tidak penting.

    13. Platinum – $ 60/gram

    Platinum digunakan secara meluas bagi pengeluaran perhiasan. Setiap tahun industri perhiasan dunia menggunakan kira-kira 50 tan platinum.Platinum terbesar yang wujud pada masa ini adalah seberat 7 kg..

    12. Methamphetamine – $ 100/gram

    Dadah ini walaupun boleh menyebabkan ketagihan namum,ianya tetap menjadi bahan utama dalam pembuatan ubat.


    11. Rhino horn – $ 110/gram

    Tanduk badak ini didakwa boleh menyembuhkan kanser,demam panas dan lain-lain

     

    11.1. Heroin – $ 130/gram

    Dadah…

     

    9. Cocaine – $ 215/gram

    Dadah lagi..kaya penagih-penagih dadah kat dunia ini rupanya,yang jual lagi la bapak kaya!

     

    8. LSD – $ 3000/gram

    Ini pun sejenis dadah..dadah lagi…

     

    7. Plutonium – $ 4000/gram

    Logam radioaktif rapuh berwarna putih perak ini digunakan secara meluas dalam pembuatan senjata nuklear, Ianya juga menjadi bahan api nuklear sebagai sumber tenaga untuk kapal angkasa. Plutonium sering digunakan dalam bom nuklear. Fakta sejarah bom nuklear di Nagasaki pada 1945, yang digugurkan oleh tentera Amerika mempunyai sekilogram plutonium.

     

    6. Pain – $ 9000/gram or $ 1800/karat

    Permata yang diberi nama “Pain” ini adalah mineral oren atau perang kemerah-merahan. Ia telah ditemui di Burma pada pertengahan tahun 1950-an. dan sejak itu dianggap sebagai batu permata paling unik pernah ditemui di dunia.

     

    5. Taffeit – up to $ 20,000 / gram or $ 4000/karat

    Batu permata Lilac.Hanya digunakan sebagai batu untuk tujuan perhiasan.

     

    4. Tritium – $ 30,000 / gram


    Pengeluaran satu kilogram tritium berharga $ 30 juta. Digunakan dalam sumber cahaya, sebagai pencahayaan tritium.

     

    3. Diamonds – $ 55,000 / gram

    Berlian lagi…

     

    2. California 252 – $ 27 million / gram


    Isotop California ini tidak mempunyai apa-apa kegunaan yang praktikal. Di Barat, elemen ini telah dibuka sekali sahaja sejak pada tahun 1950.

    Dah jangan tanya lebih-lebih.aku sendiri pun tak paham ape bendanya ni.


    1. Antimatter – $ 62.5 trillion / gram


    Antimatter dikenali sebagai bahan yang paling mahal di bumi – menurut NASA pada tahun 2006, pengeluaran positron miligram bernilai kira-kira $ 25 juta. Antimatter pada masa akan datang secara teori boleh digunakan sebagai bahan api untuk kapal angkasa ke planet lain.

    Link original : http://tukangkarut.com/blog/trivia/16-benda-paling-mahal-didunia.html

  • Pesta mendulang emas di Johor

    mendulang-emas

    JOHOR BAHRU – Bagaikan pesta keramaian apabila ratusan penduduk membanjiri Jalan Mewah, Kampung Melayu Majidee dekat sini apabila kawasan berkenaan didakwa mempunyai emas.

    Tinjauan Sinar Harian semalam, mendapati lebih 50 individu pelbagai peringkat umur tekun mendulang apabila kawasan di situ dimaklumkan mengandungi bahan berharga berkenaan.

    Kehadiran butir-butir yang dikatakan emas itu disedari sejak seminggu lalu selepas salah seorang penduduk di situ mendakwa menemui ketulan batu yang mengandungi hablur emas.

    Ketulan batu di kawasan berkenaan sebenarnya dilonggokkan di situ dari tiga lori bagi projek membina sistem saliran yang terletak kurang tiga meter dari situ.

    Keghairahan penduduk di situ semakin luar biasa apabila batu yang bersinar keemasan dan lebih berat daripada batu biasa itu dikatakan emas yang belum diproses dan telah disahkan oleh beberapa pemilik kedai emas.

    Berita mengenai lubuk emas itu menarik individu dari luar kawasan terbabit yang tidak melepaskan peluang sanggup datang dari Pontian dan Mersing.

    Penduduk yang ditemui, Maimun Mohd Warti, 43, berkata, dia mengetahui mengenainya melalui seorang penduduk yang menyedari longgokan tanah di hadapan rumahnya itu berkilauan seperti emas.

    “Saya bertanya kepadanya mencari apa, dia cakap, batu aquarium, namun keadaan semakin pelik apabila semakin ramai orang yang datang ke kawasan itu dan akhirnya baru saya dimaklumkan longgokan batu itu mengandungi emas.

    “Pada mulanya memang seakan tidak percaya tetapi apabila diteliti batu tersebut berkilau dan berwarna keemasan.

    “Ada individu yang telah bertanya ke kedai emas mengenai kesahihan batu tersebut dan disahkan ia emas yang masih muda.

    “Sejak itu orang ramai mula berkampung di sini dari jam 8 pagi hingga awal pagi, semata-mata untuk mencari emas,” katanya.

    Manakala bagi seorang penjawat awam, Shahrizal Mohd, 30, beliau menghabiskan masa hampir 12 jam sehari bagi mencari emas di situ dan kini menyimpan hampir setengah kilogram batu yang dipercayai emas.

    “Saya tidak peduli apa tanggapan orang ramai dan saya percaya ini bukan kerja sia-sia, jika ia benar-benar emas, alangkah bertuahnya.

    “Saya telah menelefon tukang lebur emas dari Pulau Pinang dan dijangka akan sampai ke sini dua, tiga hari ini, dan saya hanya akan berhenti mencari emas ini apabila disahkan batu yang kami temui ini bukan emas sebenarnya,” katanya.

    Sementara itu, seorang lagi penduduk yang datang dari luar kampung itu, Fadilah Sabtu, 25, berkata, beliau mula berkampung di situ sejak dua hari lalu.

    “Saya dimaklumkan mengenai ketulan emas ini dari seorang rakan, sejak itu saya teruja untuk mencari emas yang dimaksudkan.

    “Saya akan terus mencari selagi ada,” katanya.

    Sinar Harian difahamkan kehadiran orang ramai akan bertambah menjelang petang hingga lewat malam apabila malam proses mencari batu berkilau itu lebih mudah.

  • Menu Makanan Emas

    Menu Makanan Emas

    makanan emas menarik


    emas boleh dimakan

    Mineral berharga dijadikan hiasan makanan kesihatan cara orang kaya tonjol kemewahan

    LAZIMNYA, kita mende­­ngar emas mineral pa­­ling berharga di muka bumi ini hanya digunakan dalam pembuatan barang kemas dan dijadikan pengu­­kur untuk penentuan mata wang.

    Namun, penggunaan emas yang harganya kini mencecah RM215 satu gram sebenarnya lebih daripada itu. Malah bagi orang kaya, emas bukan saja digunakan sebagai barang perhiasan diri dan kediaman tetapi juga dijadikan bahan makanan. Percaya atau tidak, itulah hakikatnya jika seseorang itu mempunyai kekayaan dan suka bermegah dengan kekayaan yang dimiliki.

    Sebenarnya, gaya hidup memakan emas ini sudah diamalkan beratus tahun dulu, malah masyarakat Mesir kuno di zaman kegemilangan Firaun menjadikan emas sebagai bahan makanan bagi menunjukkan kemewahan selain percaya tabiat memakan serbuk emas mampu mengekalkan kecantikan yang abadi.

    Golongan bangsawan zaman Pertengahan di Eropah pula percaya pengambilan coklat dan gula-gula emas sebagai pembuka selera mampu ‘mengekalkan hati yang sihat’.
    Mengikut fakta sains, emas boleh dimakan namun tidak menawarkan apa-apa khasiat pemakanan, malah mineral ini tidak mempunyai sebarang rasa atau dalam lain perkataan tawar.

    Soalnya, bolehkah emas dimakan? Emas yang dimakan biasanya lebih lembut dan bukannya emas pe­­pejal yang digunakan dalam barang kemas bagi membuat cincin, anting-anting atau rantai leher, tetapi daun emas, kepingan emas, atau habuk emas yang ditambah untuk menjadi penghias makanan.
    Daun emas tulen 24 karat adalah sangat lembut dan halus. Untuk dijadikan perhiasan biasanya dicampur de­­ngan aloi lain untuk mewujudkan tahap kekerasan yang berbeza selain melaraskan nada warna. Di pasaran, barang perhiasan boleh didapati dalam 14 karat, 18 karat atau 22 karat kerana ia dicampur dengan tembaga dan bahan mineral lain.

    Emas 24 karat terlalu lembut untuk perhiasan bagi pemakaian seharian malah ia cepat lusuh. Daun emas mengambil prinsip yang sama yang mana kebanyakannya bercampur dengan tembaga dan tidak sesuai untuk dimakan. Namun, emas yang bercampur dengan perak masih boleh dimakan kerana dikatakan boleh dihadam.
    Secara umum, emas dikategorikan sebagai unsur logam yang toksik untuk badan, emas tidak boleh pecah atau diserap badan kita.

    Justeru, penggunaan emas yang boleh dimakan atau emas edibel ini sebenarnya hanya digunakan untuk menghias makanan dan minuman bagi menampakkan lebih mewah dan berharga. Mengikut kod pemakanan, emas dilabelkan dengan kod E175 sebagai pewarna makanan.

    Di Abu Dhabi, Hotel Emirates Palace memperuntukkan lima kilogram emas yang boleh dimakan setiap tahun untuk dijadikan hiasan hidangan pencuci mulut.

    Hotel itu mendapatkan bekalan kira-kira 5,000 botol serbuk emas daripada pengedar dan pengilang dari Jerman yang dianggarkan membabitkan kos RM15.8 juta (ASS$500,000) setahun.

    Selain itu, serbuk emas menjadi bahan tambahan dihidangkan dalam minuman kopi ‘cappuccino’ dan penghias pencuci mulut coklat.

    Di Russia, penggemar makanan dengan campuran emas biasanya akan mengambil serbuk emas untuk dimakan bersama kaviar dan tiram.

    Beberapa restoran mewah di Amerika Syarikat turut menyediakan sajian emas bagi penggemar aksesori mewah itu dengan menjanjikan ‘gemerlapan di dalam’ seperti ‘bagel’ seumpama donat dengan krim keju putih dihiasi beri goji dan daun emas berharga RM3,176 (AS$1,000) setiap satu.

    Pembuat gula-gula Los Angeles pula menjual Holiday Nougat, yang dibuat dengan kepingan daun emas 23 karat dan pemilik kedai aiskrim Serendipity yang terkenal di New York, Stephen Bruce, menjual ‘chocolate sundae Haute’ beku bersalut emas 23 karat berharga RM79,404 (AS$25,000).

    Selain menjadi bahan makanan, emas juga digunakan dalam bidang perubatan bagi merawat beberapa jenis kanser, malah ia dikatakan mampu menjadi sebagai penyurih dalam tubuh manusia.

    Satu sebatian mengandu­­ngi emas yang dikenali sebagai ‘disodium aurothiomalate’, digunakan dalam suntikan untuk rawatan penyakit artritis. Satu molekul organik yang kompleks dikenali auranofin, pula digunakan dalam rawatan beberapa kes artritis reumatoid.

    Masyarakat zaman perte­­nga­­han di Eropah pada kurun ke-15 juga dicatatkan pernah menggunakan serbuk emas untuk memulihkan orang mabuk.

    Kesimpulannya, jika anda mempunyai wang yang banyak dan memang suka bermegah maka tidak salah rasanya mencuba resipi 24 karat ini. Namun, tidak semua orang kaya ‘gila’ dan menjadikan hidangan emas untuk dijadikan sebagai makanan. Tepuk dada tanya selera. Adakah anda juga berselera emas?

    Ayam Panggang Emas
    Restoran Steakhouse Blackstone Long Island di Amerika Syarikat menyajikan ayam panggang disalur daun emas 24 karat dihidangkan bersama kentang lenyek dan lobak. Harga tidak dinyatakan.

    Sushi bersalut Daun Emas
    Sushi Roku di Caesars Palace Las Vegas digulung bersama daun emas 24 karat berintikan daging lembu Kobe, udang karang dan cendawan hitam.

    White truffle Bagel
    Restoran di Westin New York menyajikan sandwic dan bagel berinti krim keju putih ditabur serbuk emas serta beri goji dan Riesling berharga RM3,176 (AS$1,000) setiap satu

    Aiskrim Sundae
    Restoran New York Serendipity menjual aiskrim coklat Sundae Emas, diliputi 23 karat daun emas daun disertakan sudu khas emas 18 karat juga berharga RM3,176 (AS$1,000).

    Kek Coklat Emas dan Berlian 
    Usahawan Angelito Araneta Jr menjual kek coklat yang mengandungi daun emas 24 karat dan berlian kecil berharga kira-kira RM7940.42 (AS$2,500) seke­­ping. Kek itu dibuat khusus untuk lelaki yang berhasrat melamar teman wanita mereka.

    Kek Perkahwinan Emas 
    Kek perkahwinan bersalut daun emas banyak dijual di beberapa kedai kek di Britain namun harganya murah iaitu pada kadar RM24.50 bagi sekeping daun emas.

    Capuccino Emas
    Hotel Emirates Palace menjual cappuccino dengan campuran serbuk emas 24 karat dengan kulit kayu manis berharga RM79.40 9 (AS$25) secawan.

    Kaviar
    Kaviar atau telur ikan yang menjadi sajian mewah Russia ini ditabur serbuk emas dan dibalut dengan daun emas 24 karat berharga RM155,000 (AS$49,000).

  • Makanan Bersalut Emas Dari Seluruh Dunia

    As-Salam.
    Kalau HH kaya raya pun takkan ada hasrat nak menjamah makanan-makanan yang bersalut emas ni. Kenapa? Sebab ia dilarang mengikut syarak … kita dilarang makan dalam pinggan atau bekas yang bersalut emas dan perak … kalau tak silap la – maafkan HH kalau salah.

    Namun, itulah .. apalah sedapnya makan minum yang ada emas ni? Tak faham … aduh manusia, bila dunia didahulukan …beginilah ..makanan pun nak disalut dan disadur emas. Emas itu bahan dagangan dan merupakan hiasan. Bila ada yang guna untuk sesuatu yang lain, tak ke pelik? Sama pelik juga menggunakannya sebagai susuk demi kecantikan.

    Ehemm… ada kawan kata, pakai alat2 mekap yang ada sadur2 emas pun, sama je jugak macam pakai susuk…. adehhh … dia cakap la…. masa ni belum lagi terbaca fatwa mengenainya.

    Makanan Bersalut Emas Seluruh Dunia

    Ayam Panggang Emas

    Restoran Steakhouse Blackstone Long Island di Amerika Syarikat menyajikan ayam panggang disalur daun emas 24 karat dihidangkan bersama kentang lenyek dan lobak. Harga tidak dinyatakan.
    Sushi bersalut Daun Emas
    Sushi Roku di Caesars Palace Las Vegas digulung bersama daun emas 24 karat berintikan daging lembu Kobe, udang karang dan cendawan hitam.
    White truffle Bagel
    Restoran di Westin New York menyajikan sandwic dan bagel berinti krim keju putih ditabur serbuk emas serta beri goji dan Riesling berharga RM3,176 (AS$1,000) setiap satu

     

    Kek Coklat Emas dan Berlian. Foto: The Telegraph

     

    Kek Coklat Emas dan Berlian
    Usahawan Angelito Araneta Jr menjual kek coklat yang mengandungi daun emas 24 karat dan berlian kecil berharga kira-kira RM7940.42 (AS$2,500) seke­­ping. Kek itu dibuat khusus untuk lelaki yang berhasrat melamar teman wanita mereka.
    Kek Perkahwinan Emas
    Kek perkahwinan bersalut daun emas banyak dijual di beberapa kedai kek di Britain namun harganya murah iaitu pada kadar RM24.50 bagi sekeping daun emas.

     

    Kopi Capucinno Emas. Foto: TendToTravel

     

    Capuccino Emas
    Hotel Emirates Palace menjual cappuccino dengan campuran serbuk emas 24 karat dengan kulit kayu manis berharga RM79.40 9 (AS$25) secawan.
    Kaviar
    Kaviar atau telur ikan yang menjadi sajian mewah Russia ini ditabur serbuk emas dan dibalut dengan daun emas 24 karat berharga RM155,000 (AS$49,000)

     

    Aiskrim Sundae. Foto: Daily Olive
    Aiskrim Sundae
    Restoran New York Serendipity menjual aiskrim coklat Sundae Emas, diliputi 23 karat daun emas daun disertakan sudu khas emas 18 karat juga berharga RM3,176 (AS$1,000).