Category: Menarik

  • Jin jaga lombong emas Gua Musang

    Jin jaga lombong emas Gua Musang

    Mungkin ramai yang tidak tahu, ada golongan lelaki di daerah ini menjadikan aktiviti mendulang emas sebagai mata pencarian utama, apatah lagi apabila penglibatan itu sudah bertahun lamanya.

    Bagaimanapun, aktiviti ini bukan boleh dilakukan oleh calang-calang orang kerana sekiranya tidak cukup ilmu di dada, sudah pasti kembara di hutan itu tidak berhasil dan akhirnya pulang dengan tangan kosong tanpa emas.

    Kisah misteri si pendulang emas

    Mengakui banyak pantang larang dan kejadian misteri yang pernah dilalui sepanjang proses mendulang emas, lelaki berusia 26 tahun ini berkata, kerja-kerja ini bukanlah jalan alternatif untuk kaya sekiranya kesabaran diketepikan.

    Menurut Wan Nurul Firki Wan Abdullah, dia mula terlibat dalam pencarian emas sejak berusia 12 tahun lagi, di mana ketika itu dia mengikut bapanya ke hutan.

    Bapanya ketika itu menyara keluarga dengan hasil khazanah alam itu.

    Menurutnya, ketika berusia 18 tahun, dia pernah melalui pengalaman diganggu ketika mendulang emas di mana ketika sedang mengayak, dia didatangi sekumpulan ular yang mengelilinginya di pinggir sungai.

    “Ketika mengayak, saya sudah nampak emas sebesar biji jagung ‘naik’ dalam dulang. Ketika tu juga saya rasa ada sesuatu yang tarik kaki saya dan tiup telinga.

    “Selepas tu, ada pula sekumpulan ular kecil yang banyak datang keliling saya, tapi saya tak kena patuk,” katanya kepada Sinar Harian.

    Firki berkata, sebelum ini ayahnya pernah berpesan jika ada gangguan dia kena lawan.

    “Ayah saya juga pesan kalau kita putus asa, kita tak akan dapat emas tu kerana apa yang muncul tu adalah penunggu kawasan.

    “Saya juga difahamkan kawasan yang ada emas akan ada penunggu termasuk jin dan ular,” katanya.

    Tambah Firki, kebiasaannya cara untuk menghalau gangguan itu adalah dengan membaca surah Al-Fatihah, selawat, tiga Qul (Surah al-Ikhlas, al-Falaq dan an-Naas) dan ayat Kursi.

    “Kalau kita ‘lawan’ dia dengan cara bertahan dan tak hiraukan gangguan tu, kita akan dapat lebih banyak hasil emas. Kalau kita tak lawan, mungkin pulang dengan tangan kosong.

    “Sebelum saya mendulang, saya akan ambil wuduk dan niat atas perkara yang baik-baik. Selain tu, pantang larang emas ni kita tak boleh terlalu banyak bercakap atau buat bising.

    “Kalau dapat sekalipun, kita kena diam saja. Tak boleh cakap besar. Ada masa, kita gali luas namun sedikit saja dapat emas. Esoknya kita gali sedikit di kawasan sama, boleh banyak hasil. Ini dinamakan rezeki,” katanya.

    Menurutnya, sepanjang 14 tahun terlibat dalam aktiviti mendulang emas, dia mampu menyara keluarganya dengan hasil penjualan emas selain membeli kebun dan belanja untuk majlis perkahwinannya.

    Muncul api atas bukit

    Sementara itu, bagi pemilik salah satu syarikat perlombongan emas di daerah ini, Mohd Razali Ibrahim, 55, berkata, dia pernah didatangi api di atas bukit ketika sedang mendulang emas.

    Katanya, api berkenaan dilihat marak seolah-olah membakar bukit yang berada 100 meter daripada tempat dia mendulang, namun kejadian itu gagal dirakam menggunakan telefon bimbit.

    “Kejadian tu berlaku dua bulan lalu, saya nampak api atas bukit. Saya hanya tengok dan ada rakan mahu merakam, namun bila rakaman dipasang api itu hilang dan bila ditutup api nyala semula.
    “Masa berlaku tu kira-kira jam 9 malam, api tu tak ganggu kami. Saya tak ada pengalaman mengenai kejadian ini dan tak tahu apa petandanya. Mungkin orang lebih arif tahu,” katanya.

    Kisah misteri si pendulang emas

    Namun, menurutnya, seperti kepercayaan orang-orang tua, sememangnya ada makhluk lain di kawasan hutan dan orang ramai tidak boleh melakukan perkara yang tidak senonoh di kawasan berkenaan.

    “Kalau orang-orang tua dulu, mereka selalu cakap dengan makhluk di satu-satu tempat seperti meminta izin dan sebagainya. Namun, saya rasa ia tak patut diamalkan kerana makhluk yang ada di hutan juga makhluk ALLAH seperti kita.

    “Namun kita tak nampak ia sedangkan ia nampak kita. Elak buat perkara tak baik contohnya kencing merata tempat dan buat bising,” katanya.

    Jin jaga kawasan emas

    Bagi penduduk yang hanya mahu dikenali sebagai Lan, sepanjang penglibatan dalam kerja-kerja mendulang emas, dia tidak pernah berdepan gangguan yang teruk kerana sering mengingati pesan orang-orang tua.

    Katanya, sekiranya menemui banyak hasil emas ketika mengayak, dia tidak akan mengatakan ‘banyak’ namun perlu menggunakan perkataan ‘lebat’.

    Kisah misteri si pendulang emas

    “Kalau ada banyak, kita tak boleh kata banyak kena kata lebat. Kalu dapat besar, kena guna perkataan kasar. Contohnya, ‘kasarnya barang yang ada di sini’.

    “Kita tahu setiap kawasan ada emas mesti ada penunggu dan penunggu itu adalah jin. Jadi, jagalah kelakuan kita dalam hutan dan tak boleh terlalu riak.

    “Namun dah lama saya tak masuk ke hutan untuk mengayak kerana kekangan masa dan keluarga. Mungkin bila dah lega sedikit, saya akan masuk hutan semula,” katanya.

  • Bagaimana membeli emas di dinarpal

    Bagaimana membeli emas di dinarpal

    Bagi mereka yang belum lagi pernah mendengar dinarpal, adalah arrahnu dalam talian, ye arrahnu dalam talian? masih lagi belum faham..baik..  kata mudahnya Dinarpal adalah tempat anda menyimpan emas dengan upah simpan yang rendah, sangat-sangat rendah tetapi abaikan dulu bahagian ini.  Dinarpal adalah seperti bank emas, dimana pelanggan boleh menyimpan emas samada dalam bentuk jongkong, barang kemas dan sebagainya.

    DinarPal-arrahnu

    Selain dari fungsi arrahnu seperti diatas, pelanggan juga boleh membeli sebahagian dari jongkong emas dalam bentuk yang kecil, contohnya membeli 0.1gram emas dari 50gram jongkong, ia seperti REITs, atau Real Estate Investment Trust, dimana pembeli berpakat untuk membeli sebuah bangunan dan setiap pembeli diberikan dalam bentuk unit bukannya sorg satu bilik (paling untung sapa dapat jamban, boleh caj skali masuk berapa -lawak geng2 REITs), berbeza dengan Dinarpal ialah pelanggan berpakat secara jemaah untu membeli jongkong emas yang berat, dan setiap seorang diberikan dalam bentuk gram yang kecil dan bersandarkan kepada jongkong emas yang sebenar.

    DinarPal-jual beli emas

    Apa yang menguntungkan pelanggan adalah, jumlah simpanan gram emas di boleh digunakan terus untuk membeli barang di talian, sepertimana anda gunakan paypal (mungkin features akan datang), berbeza jika anda menyimpan unit, mungkin terpaksa tunggu untuk jual dulu, tunggu agent, tunggu hq proses, sain borang, jawab soalan kenapa nak keluar dan pelbagai-pelbagai lagi dan yang penting Dinarpal boleh dikeluarkan bila-bila masa dalam bentuk fizikal

    Untuk membeli emas di l, anda perlu mendaftar sebagai ahli dahulu, caranya daftar disini dan teruskan dengan proses pendaftaran

    DinarPal-daftar-dinarpal

     

    1. Next step adalah login dan memasukkan sejumlah wang untuk membeli emas, contohnya saya memasukkan RM100 untuk membeli 2 bar 0,1gm dinarpal

    DinarPal-topupu duit

     

    2. Kemudiannya pergi ke menu “Souq Anshar” (x faham apa maknanya setakat ini), dan teruskan ke “”

    dinarpal-beli-emas

    3. Kemudiannya pilih no bar atau no pilihan yang anda suka dan klik buy, seterusnya item tersebut berada di ruangan cart dan pilih amil atau (skip sahaja) dan klik button “Puchase & Keep in Our Vault”

    dinarpal-beli-emas-2

     

    4. Dan yang terakhir ada proceed button untuk membeli 0.1gram emas , simple sahaja,

    Setiap jualan 0.1gram dari ahli dibawah anda (RM30 je per pcs) anda akan nikmati komisyen RM2, tapi jika anda mendaftar dealer akan dpt tambahan RM3/pcs , keseluruhannya RM5 per pcs yang anda dapat apabila ahli dibawah anda membeli 0.1gram dinarpal. Itu baru 0.1gm, bayangkan jika ada yang beli 100gm,..apapun jadilah org pertama dlm circle anda untuk mendaftar,, daftar disini sekarang  (FREE je daftar)

    DinarPal-membeli emas 3

    Dinarpal adalah satu usaha murni dari foundernya Encik Arash Al Saadi dengan sokongan kerajaan negeri Melaka untuk memartabatkan urusan jual beli bersandarkan kepada seperti zaman kegemilangan islam dahulu, dan idea-idea ini telah dipatentkan dengan nilai melebihi RM5 bilion seperti terkandung didalam “kitab” ini… jangan lupa untuk (FREE lagi setakat ini)

    patent-dinarpal

  • Ingatkan Bauxite, rupanya gali emas di Kuantan

    Ingatkan Bauxite, rupanya gali emas di Kuantan

    08nt08bauxite.transformed

    Sapa-sapa yang pernah lalu Lebuhraya Pantai Timur dari karak sehingga kuala terengganu, pasti akan terserempak dengan laluan yang diliputi tanah merah di jalan raya, pokok sawit di tepi jalan dan juga kereta lalu lalang disitu bertukar warna menjadi merah, langit pun kadang-kadang berwarna merah disebabkan debu-debu perlombongan bauxite di sepanjang highway gambang sehingga gebeng.

    Perlombongan bauxite yang dilakukan secara terbuka, tidak terkawal ini mencemarkan dan membahayakan penduduk sekitar,  walaupun banyak kali aduan orang ramai dibuat, tiada tindakan diambil pihak berkuasa, malah pelombong lebih rakus mengorek segala hasil perut bumi yang ada untuk poket mereka.

    Jika ramai berfikir mereka melombong bauxite sahaja disitu, sebenarnya silap, rupa-rupanya pelombong bauxite bukan saja menggali logam aluminium itu rupanya mereka turut menggali emas dikawasan sekitar, patutlah tak pernah berhenti melombongnya

    Ini didedahkan oleh seorang pengguna FB  disini: http://on.fb.me/1MYfmdI

    fb-dr-amirul-amin

  • Pencarian harta karun Pulau Nangka dihentikan

    Pencarian harta karun Pulau Nangka dihentikan

    NSTPHARTA karun peninggalan Kerajaan Kesultanan Melayu Melaka dipercayai terdapat di sekitar Pulau Nangka. – Foto Rasul Azli Samad

    MELAKA: Sejak kebelakangan ini, nama Pulau Nangka tiba-tiba menjadi popular dan sebutan ramai. Tiada siapa menyangka, pulau yang dinamakan berdasarkan bentuk fizikalnya seperti buah nangka itu ada satu rahsia besar.

    Pulau kecil tidak berpenghuni dengan keluasan kira-kira 20 hektar, terletak kira-kira 17 kilometer dari kawasan pantai serta empat kilometer dari Pulau Besar, berhampiran Umbai dikatakan menyimpan 1,001 rahsia tersendiri yang belum terungkai sehingga kini.

    Rahsia berkenaan adalah harta karun dipercayai milik sultan terakhir Melaka, Sultan Mahmud Shah yang dikatakan ditanam di pulau itu dengan nilainya dianggarkan berbilion ringgit.

    Mengikut sejarah, Sultan Mahmud dikatakan menanam sebahagian hartanya berupa wang emas, pakaian dan jongkong di pulau itu ketika penjajahan Portugis pada tahun 1511, manakala sebahagian lagi dibawanya bersama.

    Pulau Nangka diwartakan sebagai milik Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) pada tahun 1997 dikelilingi kira-kira 10 pulau kecil yang tidak dihuni, kecuali Pulau Besar dan Pulau Undan.

    Di tengah Pulau Nangka ini pula terdapat sebuah bukit dengan ketinggian sekitar kira-kira 50 meter dari paras laut, manakala di puncak bukit itu pula terdapat banyak tumbuhan renek, pokok besar, makam lama dan pelbagai lagi tinggalan sejarah.

    Terdapat juga makam pahlawan di sekitar lereng bukit itu yang menghadap ke arah laut. Namun, tidak dapat dipastikan makam siapa ia sebenarnya.

    Namun, pendedahan media sejak tahun lalu mengenai pencarian harta karun menarik lebih perhatian apabila kerajaan Melaka melantik sebuah syarikat, Smart Partnership International Sdn Bhd bagi mengkaji dan mengeluarkan harta dipercayai masih tertanam di pulau itu.

    Ketua Menteri, Datuk Seri Idris Haron sendiri mendedahkan usaha mencari harta karun itu sebenarnya sudah bermula secara senyap sejak kira-kira 30 tahun lalu.

    “Emas yang ada di situ bukan berbentuk jongkong, tetapi berbentuk seperti timun. Sebelum ini, ada individu yang sudah berjaya menembusi tempat itu. Tapi, apabila mereka pegang emas untuk bawa keluar, kaki mereka tidak boleh melangkah. Apabila diletakkan kembali emas itu, barulah mereka boleh melangkah semula,” katanya.

    Sementara itu, Pengurus Besar PERZIM, Datuk Khamis Abas, mengulas perkembangan terkini berkata, segala kerja pencarian harta karun kini sudah dihentikan.

    NSTP

    Katanya, ia berikutan kegagalan sebuah syarikat mematuhi syarat yang ditetapkan apabila merosakkan alam sekitar pulau berkenaan.

    “Setakat ini, hanya dua syiling lama saja yang berjaya ditemui sepanjang kerja pencarian harta karun di pulau ini,” katanya kepada BH.

    Dua syiling berkenaan ditemui oleh syarikat Smart Partnership pada April tahun lalu ketika melakukan kerja penggalian di lokasi dipercayai laluan ke pintu masuk tempat harta itu ditemui.

    NSTPPENGURUS Besar, Perbadanan Muzium Melaka, Datuk Khamis Abas menunjukkan duit syiling yang dijumpai semasa pencarian harta karun di Pulau Nangka pada April tahun lalu. – Foto Rasul Azli Samad

    Syiling itu dikatakan dibuat oleh kerajaan Majapahit berdasarkan tulisan yang tertera di atasnya. Melalui teknik imbasan yang dilakukan oleh syarikat berkenaan, sebanyak 96 peti besi dikesan mengandungi pelbagai syiling emas berada dalam satu ruang kosong di bawah lubang di kawasan tempat syiling itu ditemui.

    Seorang penduduk tempatan, Yaakop Husin, 75, berkata beliau tidak pernah mendengar mengenai kewujudan harta karun di pulau Nangka sejak kecil.

    Katanya, beliau kurang percaya dengan dakwaan mengenai harta karun itu kerana jika tidak sudah tentu ramai masyarakat di sekitar Umbai dan Serkam mengetahuinya lebih awal.

    “Pulau ini sudah tentu menjadi rata sekarang jika benar ada harta karun di dalamnya, tetapi sehingga kini tiada sesiapa yang pernah menjumpainya,” kata pesara kakitangan kerajaan itu lagi.

    NSTPKERJA menebuk bahagian bongkah batu oleh syarikat Smart Partnership International (M) Sdn Bhd di Pulau Nangka. – Foto Rasul Azli Samad

    INFO:
    Teori harta karun yang ditanam di Pulau Nangka

    * Ia dikatakan sebahagian daripada kekayaan yang disimpan oleh sultan terakhir Melaka, Sultan Mahmud Shah.

    * Sultan Mahmud dikatakan membawa sebahagian besar jongkong emas daripada dirampas Portugis yang menakluk Melaka pada tahun 1511.

    * Buku sejarah mengatakan Sultan Mahmud cuba menawan semula Melaka tetapi tidak berjaya beberapa kali, mungkin kerana kekayaan yang masih ditinggalkan baginda.

    * Menurut pakar sejarah Portugis pada abad ke-16, Portugis Fernao Lopes de Castanheda, tentera yang menawan Melaka tidak dapat mencari kekayaan Sultan.

    * Apa yang dicari adalah emas dalam bentuk jongkong, sutera, lakuer dan porselin.

    * Pulau Nangka terletak kira-kira empat kilometer dari pulau utama Melaka, iaitu Pulau Besar, destinasi tarikan pelancong yang popular.

    * Pulau berbatu berkeluasan kira-kira 20 hektar itu mempunyai pantai berpasir begitu luas dengan air jernih yang mengelilinginya.

    * Terumbu karang berdekatan pulau berkenaan turut menarik perhatian menarik penyelam.

    www.bhplus.com.my

    _________________________________________________________________________________________

    “Rahsia Kejayaan Emas Sebenar”“Rahsia Kejayaan Emas Sebenar”

    _________________________________________________________________________________________

    _________________________________________________________________________________________
    perlukan TUNAI dengan segera . tukarkan EMAS anda kepada TUNAI 
    sedia membeli emas terpakai dengan harga yang tinggi. sedia membeli segala jenis emas 999.9, 999, 916, 875, 835, paun, 750, pandora 916, emas lama, emas patah, bengkok, surat pajak dan lain-lain lagi.
    asalkan emas tulen. COD cheras / ke tempat anda.

    whatsapp/sms/call 013-9720910 @ 017-8855788 Acikx Hargaemas + facebook 
    _________________________________________________________________________________________

  • Jumpa ketulan emas 2.7 kg

    Jumpa ketulan emas 2.7 kg

    image (8)Brown memegang ketulan emas yang ditemui.

    SYDNEY – AUSTRALIA. Seorang pencari gali di Australia menemui ketulan emas seberat 2.7 kilogram ketika sedang mengimbas sebuah kawasan di Wedderburn, Victoria, menurut media, semalam.

    Agensi berita The Age melaporkan, pada awalnya Mick Brown menyangka ia adalah gumpalan besar tembaga lebur ketika alat pengesan logamnya mengesan objek itu beberapa minggu lalu.

    “Selepas menggali lebih dalam, permukaan objek jelas menunjukkan ia adalah emas. Saya ingin jual ia kepada pengumpul peribadi dan wang itu akan digunakan untuk membayar hutang serta belanja isteri dan anak-anak,” katanya.

    Difahamkan, ketulan emas berkenaan dianggarkan bernilai AS$103,400 (RM 382,000). – dpa

    _________________________________________________________________________________________

    “Rahsia Kejayaan Emas Sebenar”“Rahsia Kejayaan Emas Sebenar”

    _________________________________________________________________________________________

    _________________________________________________________________________________________
    perlukan TUNAI dengan segera . tukarkan EMAS anda kepada TUNAI 
    sedia membeli emas terpakai dengan harga yang tinggi. sedia membeli segala jenis emas 999.9, 999, 916, 875, 835, paun, 750, pandora 916, emas lama, emas patah, bengkok, surat pajak dan lain-lain lagi.
    asalkan emas tulen. COD cheras / ke tempat anda.

    whatsapp/sms/call 013-9720910 @ 017-8855788 Acikx Hargaemas + facebook 
    _________________________________________________________________________________________

  • Emas Murah di Kuala Pilah

    image (7)Sebuah kedai emas di pekan Kuala Pilah yang terus dikunjungi orang ramai, semalam.

    KUALA PILAH – Laporan harga emas murah di pekan ini yang tersiar dalam Sinar Harian, semalam menarik minat orang ramai yang mula bercerita menerusi laman sosial.

    Sebahagian mereka masih tertanya-tanya mengenai kesahihan laporan itu, selain membuat andaian sendiri kemungkinan kualiti emas dijual adalah berbeza dengan tempat lain.

    Tinjauan Sinar Harian mendapati, rata-rata pengunjung di Sinar Online dan Facebook Sinar Harian teruja dengan laporan itu sehingga ada yang mengajak rakan untuk pergi ke Kuala Pilah membeli emas.

    Salah seorang pemilik Facebook yang dikenali sebagai Siti Zubaidah Mohd Shil berkata, dia dan ahli keluarganya memang pembeli setia emas di pekan ini.

    Memandangkan dia yang berasal dari daerah ini, katanya, setiap kali jika ibunya ingin membeli emas, pasti mereka akan membeli di sini kerana harga yang ditawarkan memang sangat murah, berbanding tempat lain.

    Selain itu, menurut Julia Shuadi, berita mengenai laporan itu adalah benar, kerana adiknya sendiri baru sahaja membeli emas di pekan ini.

    Begitu juga dengan Erma Watie, dia juga mengesahkan bahawa emas di situ murah berbanding di bandar Seremban.

    Menurutnya, rakannya yang bekerja di kedai emas sekitar Seremban memberitahu agar membeli emas di Kuala Pilah, kerana harga di Seremban mempunyai perbezaan sehingga mencecah RM25.

    Bagaimanapun, terdapat juga komen yang berpendapat ketulenan emas dijual di kedai-kedai emas di pekan ini meragukan, mungkin tidak berkualiti serta tidak tulen.

    Pemilik akaun FB Zaimi Abd Ghani memberitahu, emas yang dijual disitu hanya mempunyai nilai 60 peratus emas sahaja, dan bukannya emas asli.

    Namun, dakwaan itu disangkal Ramli Sharif yang menegaskan bahawa emas di Kuala Pilah adalah berkualiti, dan disahkan Ar Rahnu.

    Katanya, emas yang dijual adalah sama kualiti dengan kedai emas tempat lain, tidak wujudnya penipuan.

    Sementara itu, tinjauan Sinar Harian di beberapa kedai emas di pekan ini mendapati, ia terus dipenuhi orang ramai.

    Pelanggan yang dikenali sebagai Maizura Ismail, 35, berkata, dia berkunjung ke kedai emas selepas membaca mengenai harga emas murah menerusi Sinar Harian.

    “Sebelum ini ada dengar sahaja emas murah di sini tapi tak pernah pergi. Bila tersiar dalam akhbar, barulah saya yakin dan singgah ke sini,” katanya.

    _________________________________________________________________________________________

    “Rahsia Kejayaan Emas Sebenar”“Rahsia Kejayaan Emas Sebenar”

    _________________________________________________________________________________________

    _________________________________________________________________________________________
    perlukan TUNAI dengan segera . tukarkan EMAS anda kepada TUNAI 
    sedia membeli emas terpakai dengan harga yang tinggi. sedia membeli segala jenis emas 999.9, 999, 916, 875, 835, paun, 750, pandora 916, emas lama, emas patah, bengkok, surat pajak dan lain-lain lagi.
    asalkan emas tulen. COD cheras / ke tempat anda.

    whatsapp/sms/call 013-9720910 @ 017-8855788 Acikx Hargaemas + facebook 
    _________________________________________________________________________________________

  • Apple Keluarkan Jam Bersadur Emas 18 Karat

    Apple Keluarkan Jam Bersadur Emas 18 Karat

    jam

    CALIFORNIA – Syarikat Apple semalam melancarkan jam tangan edisi terhad bersalut emas 18 karat, batu nilam dan kristal yang dijual pada harga AS$10,000 (RM36,800).

    Jam tangan istimewa itu akan menjadi produk paling mahal firma berkenaan sejak pengeluaran komputer Lisa yang dibangunkan oleh pengasasnya, Steve Jobs pada harga yang sama tahun 1983.

    Produk ini merupakan inovasi baharu pertama Apple sejak Jobs meninggal dunia pada 2011 dan dilancarkan oleh Ketua Eksekutif Apple, Tim Cook kelmarin.

    Penganalisis berpandangan pengeluaran produk baharu ini sebagai satu percubaan untuk Apple menembusi pasaran barangan mewah Asia dan mampu menjadi permulaan terhadap keseluruhan pasaran baharu.

    “Apple merupakan satu-satunya jenama teknologi yang berpotensi untuk beralih daripada barangan teknologi kepada jenama mewah. Ia belum pernah terjadi sebelum ini,” kata Ketua Analisis Teknologi Penyeli­dikan Jackdraw, Jan Dawson.

    Sempena pelancaran jam tangan Apple ini, Cook menerangkan secara terperinci bagaimana pelanggan boleh menggunakan butang yang ada di bahagian tepi jam tersebut untuk menghidupkan aplikasi di skrin seperti iPhone.

    Selain jam tangan mewah bersalut emas yang disasarkan untuk golongan atasan, App­le turut menawarkan produk bagi golongan pertengahan iaitu jam tangan sukan yang dijual pada harga bermula AS$349 (RM1,284) – AGENSI

    _________________________________________________________________________________________

    “Rahsia Kejayaan Emas Sebenar”“Rahsia Kejayaan Emas Sebenar”

    _________________________________________________________________________________________

    _________________________________________________________________________________________
    perlukan TUNAI dengan segera . tukarkan EMAS anda kepada TUNAI 
    sedia membeli emas terpakai dengan harga yang tinggi. sedia membeli segala jenis emas 999.9, 999, 916, 875, 835, paun, 750, pandora 916, emas lama, emas patah, bengkok, surat pajak dan lain-lain lagi.
    asalkan emas tulen. COD cheras / ke tempat anda.

    whatsapp/sms/call 013-9720910 @ 017-8855788 Acikx Hargaemas + facebook 
    _________________________________________________________________________________________

  • Fakta Penting Tentang Emas

    Fakta Penting Tentang Emas

    Brazil, Minas Gerais state, Ouro Preto, gold nugget from a mine (Gold Route, Estrada Real)

    Emas Logam Berharga
    “Kita mempunyai emas kerana kita tidak boleh mempercayai Kerajaan.” Presiden Herbert Hoover

    Ciri-ciri emas

    Emas ialah unsur kimia yang hanya boleh didapati dan tidak dikeluarkan. Emas dikenali kelangkaan, kelembutan, ketumpatan, dan baik dalam kekonduksian elektrik. Sehingga hari ini, sebanyak 161,000 tan emas telah dilombong dalam sejarah manusia, 2009 (National Geographic: “Harga Tanah Emas” oleh Brook Larmer).

    Ini adalah lebih kurang bersamaan dengan 5,175 bilion auns troy. Berikut adalah ciri-ciri beberapa emas:

    Kimia simbol: Au
    Tiada atom: 79
    Berat atom: 196,967
    Graviti tentu: 19,32
    Kekuatan tegangan: 11.9
    Takat lebur: 1063 ijazah
    Kekerasan (Brinell): 25

    Karat Emas Penukaran

    Karat adalah ukuran kesucian emas dalam aloi. Karat setiap mewakili nisbah 1/24 ¬ kesucian, menunjukkan berapa banyak bahagian daripada 24 adalah suci.

    Oleh itu, 24 Karat emas tulen, manakala 18 Karat emas ¾ emas dan ¼ aloi (Kamus perdagangan antarabangsa: buku panduan komuniti perdagangan global oleh Edward G. Hinkelman). Berikut adalah beberapa contoh biasa yang digunakan dalam bulion: –

    24-Karat = 0,995 hingga 0,000 tulen (denda) emas
    22-Karat = 0,916 tulen (denda) emas
    18 Karat = 0,750 tulen (denda) emas
    14-Karat = 0,583 tulen (denda) emas
    10-Karat = 0,4167 tulen (denda) emas

    Sumber: ABC Emas Pelaburan “Bagaimana untuk Melindungi dan Membina Kekayaan Anda Dengan Emas” Edisi Kedua – Michael J. Kosares

    Emas Timbang dan Sukat

    Emas tradisi dipetik dan diniagakan dalam auns troy, ini telah diterima pakai oleh Mint Amerika Syarikat (AS) bagi mengawal selia sistem mata wang pada tahun 1828.

    Tidak seperti pound ‘normal’ dan auns terdapat 12 troy auns kepada paun troy berbanding 16. Tetapi satu paun troy berat kurang daripada dalam paun imperialis (0,82 British / pound AS).

    Memotong melalui semua emas bahawa auns troy adalah lebih kurang 0.031kg atau 31 gram.
    Berikut memberikan penukaran hampir antara berat tradisional dan metrik.
    Grams kilogram Auns Troy
    1 ,031104 31,104
    12 0,37325 373,25
    32,150 1.000 1000

    Sumber: (http://www.galmarley.com)

    “Rahsia Kejayaan Emas Sebenar”“Rahsia Kejayaan Emas Sebenar”

    KELAS BERLAINAN ASET:

    Kebanyakan portfolio pelaburan yang melabur terutamanya dalam aset kewangan tradisi seperti saham dan bon. Sebab untuk mengadakan pelaburan yang pelbagai adalah untuk melindungi portfolio terhadap turun naik dalam nilai mana-mana kelas aset yang tunggal.

    Dalam membina portfolio pelaburan, pelabur harus mengelakkan risiko yang tidak perlu melalui kepelbagaian bijak. Kepelbagaian adalah peruntukan dana yang boleh dilabur untuk pelbagai pelaburan.

    Dengan mempelbagaikan, pelabur boleh mengurangkan risiko bahawa mereka akan menanggung selainnya. Juga, faedah pengurangan risiko kepelbagaian boleh dicapai tanpa mengurangkan pulangan keseluruhan ke atas portfolio anda.

    Kuasa daripada Kepelbagaian

    Kunci kepada kepelbagaian mencari pelaburan yang tidak berkait rapat dengan satu sama lain. Perkara lain tidak berubah, yang kurang korelasi antara dua pelaburan, lebih sesuai mereka adalah kepelbagaian yang berkesan.

    Ini menimbulkan masalah bagi kebanyakan pelabur kerana kebanyakan stok yang agak rapat antara satu sama lain dan kebanyakan bon agak rapat antara satu sama lain. Di samping itu, terdapat juga hubungan yang rapat antara saham dan bon.

    Pelabur perlu untuk mencari pelaburan yang tidak berkait rapat kepada stok dan bon dan termasuk mereka sebagai elemen tambahan dalam portfolio mereka.

    Kepelbagaian Mengurangkan Risiko

    Ramai pelabur menggabungkan aset ketara dengan portfolio saham dan bon untuk mengurangkan risiko. Ini adalah disebabkan oleh hakikat bahawa aset ketara sejarah yang sangat rendah, malah negatif, hubungan dengan saham dan bon.

    Ini bermakna bahawa mereka adalah berguna untuk memegang bersempena dengan pelaburan kertas untuk mengurangkan risiko jumlah. Bukan sahaja risiko dikurangkan kerana korelasi negatif di antara aset ketara dan kertas, tetapi aset ketara telah menghasilkan pulangan pelaburan yang luar biasa pada mereka sendiri.

    “Rahsia Kejayaan Emas Sebenar”“Rahsia Kejayaan Emas Sebenar”

    Setiap tanda mata hari ini semakin penting untuk mempelbagaikan; yang juga bermakna semakin penting bagi aset ketara.

    I. EMAS – KEDAI NILAI

    Salah satu sebab pelabur utama melihat emas sebagai satu kelas aset adalah kerana ia akan sentiasa mengekalkan nilai intrinsik. Emas tidak akan tersesat dalam skandal perakaunan atau keruntuhan pasaran.Ekonomi Stephen Harmston Bannock Consulting mempunyai ini berkata dalam satu laporan 1998 untuk Majlis Emas Dunia,

    “… Walaupun harga emas boleh berubah-ubah, lebih emas sangat lama berjalan secara konsisten dibalikkan kepada purchasing power parity bersejarah terhadap komoditi dan produk perantaraan lain. Dari segi sejarah, emas telah dibuktikan untuk menjadi pemelihara kekayaan yang berkesan.

    Ia juga telah dibuktikan untuk menjadi selamat semasa ketidakstabilan ekonomi dan sosial. Dalam tempoh lembu jantan yang panjang berjalan dalam ekuiti, dengan inflasi yang rendah dan kestabilan relatif dalam pasaran pertukaran asing, ia adalah menarik kepada pelabur untuk mengharapkan kadar yang tinggi yang berterusan pulangan ke atas pelaburan.

    Kadang-kadang sampai tempoh kejatuhan harga saham dan kegawatan pasaran untuk menumpukan fikiran pada fakta bahawa ia mungkin penting untuk melabur sebahagian daripada portfolio seseorang dalam aset yang akan, sekurang-kurangnya, memegang nilainya. “

    Hari ini adalah senario bahawa laporan Majlis Gold Dunia merujuk kepada pada tahun 1998.

    II. DIVERSIFIER EMAS – PORTFOLIO

    Cara yang paling berkesan untuk mempelbagaikan portfolio anda dan melindungi kekayaan yang dicipta dalam pasaran saham dan kewangan adalah untuk melabur dalam aset yang negatif dikaitkan dengan pasaran.

    Emas adalah diversifier yang ideal untuk portfolio saham, semata-mata kerana ia adalah antara aset yang paling negatif dikaitkan dengan stok.

    Kepelbagaian: Kunci Pelaburan Emas

    Salah satu aspek yang paling penting melabur kawalan risiko dalam portfolio anda, berbanding dengan pulangan yang dijangka. Aset ketara adalah alat yang sangat berguna untuk pelabur dalam hal itu.

    Portfolio yang mengandungi emas pada umumnya lebih kukuh dan lebih berupaya untuk menghadapi ketidaktentuan pasaran daripada orang-orang yang tidak.

    Menambah emas untuk portfolio memperkenalkan kelas aset yang sama sekali berbeza. Emas sesuatu yang luar biasa kerana ia adalah kedua-dua komoditi dan aset kewangan. Ia adalah satu ‘diversifier berkesan’ kerana prestasi cenderung untuk bergerak bebas daripada pelaburan lain dan penunjuk ekonomi utama.

    Baru-baru ini kajian bebas telah menunjukkan bahawa diversifiers tradisional (seperti bon dan aset alternatif) sering gagal semasa kali tekanan pasaran atau ketidakstabilan. Walaupun peruntukan kecil emas telah terbukti untuk meningkatkan konsistensi prestasi portfolio semasa tempoh kewangan yang stabil dan tidak stabil.

    Terdapat enam sebab utama mengapa pelabur memiliki emas:
    1. Sebagai lindung nilai terhadap inflasi.
    2. Sebagai lindung nilai berbanding dolar menurun.
    3. Terkenal sebagai destinasi yang selamat dalam masa ketidakstabilan pasaran kewangan dan geopolitik.
    4. Sebagai satu komoditi, berdasarkan bekalan dan emas asas permintaan.
    5. Sebagai simpanan nilai.
    6. Sebagai diversifier portfolio.

    III. Pelindung nilai terhadap inflasi

    Emas terkenal sebagai lindung nilai terhadap inflasi. Faktor yang paling konsisten menentukan harga emas telah inflasi – sebagai inflasi naik, harga emas naik bersama-sama dengan. Sejak akhir Perang Dunia II, lima tahun di mana inflasi AS adalah yang paling tinggi ialah 1946, 1974, 1975, 1979, dan 1980.

    Dalam tempoh lima tahun itu, pulangan purata sebenar kepada saham, seperti yang diukur oleh Dow, adalah -12,33% pulangan purata sebenar pada emas adalah 130.4%.

    Hari ini, beberapa faktor telah berkonspirasi untuk mewujudkan ribut yang sempurna inflasi: sangat merangsang dasar monetari, 1 potong cukai utama, 1 penurunan jangka panjang dalam dolar, 1 naik mendadak harga minyak, 1 defisit perdagangan raksasa, dan status Amerika sebagai di dunia penghutang terbesar negara.

    Hampir di seluruh papan, harga komoditi walaupun ketiadaan jangka pendek dolar yang semakin lemah yang sering dilihat sebagai sebab utama bagi harga komoditi yang lebih kukuh.
    Minyak, Inflasi dan Emas

    Walaupun harga emas dan minyak tidak tepat mencerminkan satu sama lain, tidak ada persoalan bahawa harga minyak memberi kesan kepada harga emas. Jika harga minyak naik atau jatuh dengan ketara, pelabur boleh menjangkakan reaksi yang sama dalam harga emas, sering dengan sela masa satu.

    Terdapat dua langkah menaik dalam harga emas sejak ia dibebaskan terapung pada tahun 1968. Yang pertama berlaku di antara 1972 dan 1974 apabila harga minyak naik 325%, dari US $ 2,44 kepada AS $ 10,36. Dalam tempoh yang sama, harga emas meningkat 268% (pada asas purata suku tahun) dari US $ 47,45 kepada AS $ 174,76. Langkah harga yang utama kedua berlaku antara 1978 dan 1980, apabila harga minyak meningkat 105%, dari US $ 12,70 US $ 26,00. Dalam tempoh yang sama, suku purata harga emas yang meningkat 254% dari US $ 178,33 kepada AS $ 631,40.

    “Rahsia Kejayaan Emas Sebenar”“Rahsia Kejayaan Emas Sebenar”

    IV. EMAS – lindung nilai MENENTANG DOLAR A MENURUN

    Emas dibeli dan dijual dalam dolar AS, jadi sebarang penurunan dalam nilai dolar menyebabkan harga emas meningkat. Dolar AS adalah mata wang rizab di dunia – medium utama untuk transaksi antarabangsa, di kedai utama nilai untuk simpanan, yang mata wang di mana yang bernilai komoditi dan ekuiti yang dikira, dan mata wang utama yang diadakan sebagai rizab oleh bank-bank pusat di dunia.

    Walau bagaimanapun, sekarang bahawa ia telah dilucutkan bank sokongan emas dan Negara dan antarabangsa sedang mengkaji terdapat pilihan rizab mata wang

    V. EMAS SEBAGAI PENYELAMAT

    Walaupun fakta bahawa Amerika Syarikat adalah kuasa besar hanya baki di dunia, terdapat pelbagai masalah yang membarah di seluruh dunia, mana-mana satu yang boleh meletus dengan amaran sedikit.

    Emas sering dipanggil “komoditi krisis” kerana ia cenderung untuk mengatasi prestasi pelaburan lain semasa tempoh ketegangan dunia.Faktor-faktor yang sama yang menyebabkan pelaburan lain menderita menyebabkan harga emas meningkat.

    Sebuah ekonomi yang buruk boleh menenggelamkan buruk berjalan bank. Bank-bank yang buruk boleh menenggelamkan seluruh ekonomi.

    Dan, mungkin yang paling penting ke seluruh dunia, integrasi ekonomi global telah dibuat mungkin bagi perbankan dan kegagalan ekonomi untuk meranapkan economyAs krisis perbankan dunia berlaku, orang ramai mula aset kertas kesangsian dan giliran untuk emas bagi yang selamat syurga.

    Apabila segala-galanya gagal, kerajaan menyelamatkan diri mereka dengan mesin cetak, membuat mata wang mereka bernilai kurang dan emas bernilai lebih. Emas sentiasa meningkat keyakinan yang paling apabila dalam kerajaan adalah pada tahap paling rendah.

    VI. EMAS – BEKALAN DAN PERMINTAAN

    Pertama, permintaan daripada pacing bekalan menyeluruh.Pengeluaran emas menurun, pengeluaran tembaga semakin merosot; pengeluaran logam plumbum dan lain-lain semakin merosot. Ia adalah amat sukar untuk membuka lombong baru apabila keseluruhan proses mengambil masa kira-kira tujuh tahun secara purata, menjadikan sukar untuk menangani isu bekalan dengan cepat.

    Pengeluaran emas di Afrika Selatan, pengeluar emas terbesar di dunia, jatuh ke tahap paling rendah sejak 1931 ini tahun lepas kerana keuntungan yang rand mendorong Harmony Gold Mining Co dan saingan untuk menutup lombong walaupun 16 tahun tertinggi dalam harga emas.

    Permintaan yang semakin meningkat – China, India dan Emas India adalah negara yang memakan emas yang terbesar di dunia. China, di sisi lain, mempunyai ekonomi yang paling pesat berkembang dalam sejarah moden.

    Kedua-dua India dan China dalam proses undang-undang yang meliberalisasikan berkaitan dengan import dan penjualan emas dalam cara yang akan memudahkan pembelian emas pada skala raksasa.

    China belajar sesuatu yang baru dari Barat. Ekonominya, berkembang pada 9 peratus setahun, dijangka menjadi kedua terbesar di dunia menjelang 2020, di belakang hanya Amerika Syarikat.

    Amerika tahun lepas membelanjakan $ 162 bilion lanjut mengenai barangan China berbanding kaum Cina dibelanjakan ke atas produk Amerika Syarikat.Bahawa jurang perbezaan telah meningkat lebih daripada 25 peratus setahun.

    Sementara itu, pengguna kelas China, perbelanjaan ke atas segala-galanya dari Bagel untuk Bentleys – dan tidak lama lagi akan melebihi seluruh penduduk AS. Ledakan pertumbuhan China “boleh menjadi acara dominan abad ini,” kata Stapleton Roy, bekas Duta Besar AS ke China.

    “Jangan sekali-kali sebelum mempunyai sebuah negara yang bangkit sepantas seperti China yang dilakukan.”

    “Rahsia Kejayaan Emas Sebenar”“Rahsia Kejayaan Emas Sebenar”

    Peristiwa Penting dan Harga Emas dalam 50 Tahun Terakhir

    1961: Kolam London Emas telah ditubuhkan; bank pusat AS dan tujuh negara
    bersetuju untuk membeli dan menjual emas untuk menyokong $ 35 per troy auns harga ditubuhkan pada Januari 31, 1934
    1968: Kolam Emas London itu telah dihentikan; harga emas dua peringkat telah ditubuhkan
    – Satu peringkat adalah untuk urusan rasmi kewangan, yang lain untuk pasaran terbuka
    urus niaga
    1968: Zurich Emas Kolam, kartel membeli yang dicipta oleh bank-bank utama Switzerland, ditubuhkan,
    memberikan Switzerland kedudukan dominan kewangan di pasaran
    1969: Emas Bursa Singapura membuka; berfungsi sebagai penghubung penting antara Jauh
    Negara-negara Timur dan London
    1971: Presiden Amerika Syarikat menggantung kebolehtukaran dolar kepada emas; dolar menurunkan nilai sebanyak 7.9%
    1973: Rasmi AS emas harga meningkat kepada $ 42,22 per oz / dolar AS menurunkan nilai; dua peringkat.
    minyak harga emas ditamatkan; Pertubuhan Negara-negara Pengeksport Petroleum (OPEC)
    sekatan bermula
    1974: Hong Kong pasaran lonjakan emas; sekatan kerajaan ke atas import mengangkat
    1975: warga Amerika Syarikat yang dibenarkan untuk memegang bulion emas dan syiling emas untuk kali pertama dalam 40
    tahun
    1978: pelabur Timur Tengah meningkatkan pembelian emas dengan keuntungan minyak 1980: Emas
    kemuncak pada harga tinggi harian yang bersejarah pada 21 Januari
    1987: Kelahiran London Bullion Market Association (LBMA) mewujudkan kriteria bagi
    penapis dan kualiti menjamin bar bulion emas di seluruh dunia
    1989-1991: Konflik di Teluk Parsi; keruntuhan Kesatuan Soviet menandakan akhir Perang Dingin;
    pertumbuhan di seluruh dunia ekonomi yang lemah
    1997-1998: Bank Negara beberapa negara menjual pegangan emas dalam kuantiti yang besar untuk
    memenuhi kriteria mata wang untuk Euro; Asia Timur mengalami krisis ekonomi
    2000: China deregulates pasaran emas; warga China dibenarkan untuk membeli bulion emas
    selepas 50 tahun pasaran tertutup
    2000: USA sektor teknologi dan “Dot-com” kejatuhan pasaran saham
    2001: USA “9-11″ serangan pengganas di New York City; emas bermula kenaikan bersejarah
    pelabur mencari “selamat” dalam emas fizikal
    2002: China melancarkan pasaran emas, merasmikan Shanghai Gold Pertukaran 2003:
    Pengenalan Euro merendahkan nilai dolar AS di pasaran antarabangsa; minyak
    harga melanda $ 78/barrel; emas melebihi $ 350/oz.
    2006: Barrick Gold dan Newmont Perlombongan meramalkan rizab emas akan berkurangan dalam 10
    tahun pada kadar pengeluaran semasa, harga emas melonjak 20% setiap tahun sejak 2001 hingga
    lebih daripada $ 650/oz. 2007: Dubai dan pengeluar minyak Saudi mengumumkan bulion emas utama
    pembelian disimpan di Dubai; China mengumumkan rancangan untuk meningkatkan bulion emas
    pembelian dengan rizab tunai berlebihan; Vietnam membuka Ho Chi Minh Trading
    Pusat, pertukaran emas pertama Vietnam; outpaces pada permintaan Emas membekalkan
    2007: China menjemput lima bank dunia, termasuk HSBC, Societe générale, dan Standard Chartered untuk menyertai Bursa Shanghai Emas, membuka pertukaran untuk global perdagangan
    2008: harga Emas rehat melalui halangan $ 1,000 pada awal
    2008; China membuka Shanghai Bursa Niaga Hadapan meletakkan permintaan tambahan pada emas
    bekalan; harga minyak melebihi peristiwa $ 100/setong; petrol terkena sepanjang masa-tinggi dalam
    AS . AS dilumpuhkan oleh krisis kewangan Dolar AS mencecah paras terendah baru.

    sumber – hadzrin.com

    _________________________________________________________________________________________

    “Rahsia Kejayaan Emas Sebenar”“Rahsia Kejayaan Emas Sebenar”

    _________________________________________________________________________________________

    _________________________________________________________________________________________
    perlukan TUNAI dengan segera . tukarkan EMAS anda kepada TUNAI 
    sedia membeli emas terpakai dengan harga yang tinggi. sedia membeli segala jenis emas 999.9, 999, 916, 875, 835, paun, 750, pandora 916, emas lama, emas patah, bengkok, surat pajak dan lain-lain lagi.
    asalkan emas tulen. COD cheras / ke tempat anda.

    whatsapp/sms/call 013-9720910 Acikx Hargaemas
    _________________________________________________________________________________________

  • Warga emas simpan 226kg syiling di bank

    Warga emas simpan 226kg syiling di bank

    pennies-4

    SLATON – TEXAS. Selepas 65 tahun memenuhkan tabung syiling, seorang warga emas berusia 81 tahun akhirnya membuat keputusan untuk menyimpan wang syilingnya di Bank Prosperity di Slaton, baru-baru ini.

    Ira Keys, berasal dari Slaton dikatakan membawa timbunan wang syiling 1 sen yang mencecah berat sehingga 226 kilogram ke bank.

    Memetik laporan daripada portal berita Metro.co.uk, dia menyimpan wang syiling tersebut sejak berusia 17 tahun selepas mendengar nasihat daripada orang tuanya.

    penny20n-1-web

    “Saya berhenti belanjakan wang syiling pada tahun 1952 setelah mengikut nasihat bapa. Bapa saya pernah berpesan, apa pun yang kita lakukan, kita perlu menyimpan wang yang kita ada.

    “Pada masa itu saya tidak mempunyai banyak wang, jadi saya simpan sahaja wang syiling yang saya ada dan masih mengamalkan tabiat tersebut sehingga sekarang,” katanya seperti yang dipetik menerusi laporan tersebut.

    Difahamkan, pegawai bank terpaksa mengambil masa sehingga satu jam untuk memproses penyimpanan wang warga emas itu.

    Keys mengumpul sehingga $816 (RM2952.62) ketika usianya mencecah 80 tahun. -sinarharian

    _________________________________________________________________________________________

    “Rahsia Kejayaan Emas Sebenar”

    “Rahsia Kejayaan Emas Sebenar”

    _________________________________________________________________________________________

    _________________________________________________________________________________________
    perlukan TUNAI dengan segera . tukarkan EMAS anda kepada TUNAI 
    sedia membeli emas terpakai dengan harga yang tinggi. sedia membeli segala jenis emas 999.9, 999, 916, 875, 835, paun, 750, pandora 916, emas lama, emas patah, bengkok, surat pajak dan lain-lain lagi.
    asalkan emas tulen. COD cheras / ke tempat anda.

    whatsapp/sms/call 013-9720910 @ 017-8855788 Acikx Hargaemas + facebook 
    _________________________________________________________________________________________

  • Tips Cara Mengira Susut Nilai Emas

    272472_254872411190827_205920982752637_1133581_6098333_o

    Apa Yang Perlu Anda Tahu:
    Sekiranya anda nak trade-in @ cash kan emas anda, perkara paling penting yang harus anda tahu:-

    • Jumlah berat emas anda (Supaya bila kedai timbang anda boleh pastikan timbangan tu betul)
    • Harga semasa @ harga jual kedai yang anda nak trade-in /jual emas anda
    • Berapa susutnilai yg dikenakan. (Sila tanya kedai..penting nanti anda boleh kira betul @ tak nilainya)
    • Kalau ada resit pembelian terdahulu lagi bagus. (Sbb ada detail jenis emas & berat emas yg anda beli dulu).

    “Rahsia Kejayaan Emas Sebenar”

    “Rahsia Kejayaan Emas Sebenar”

    Macam Mana Nak Kira??
    Mudah sahaja!! Okey andaikan berat emas anda 20 gram ye.
    Berat emas : 20 gram
    Jenis emas : 916
    Harga jual semasa kedai : RM 195/gram (Retail price pd Oktober 2012)
    Susutnilai kedai : 20% ( depend pd kedai susutnilai setiap kedai ada yg berbeza)

    Dengan info yg kita ada di atas, apalagi..anda tekanlah juga kalkulator kat kedai tu, dan kira sama tak value yg anda kira dgn kedai kira. Ok jom kita kira..saya buat contoh dgn dua harga semasa yg berbeza.

    Kedai A : Harga jual RM 195 & Susut Nilai 20%
    Nilai Emas semasa =(20grm x RM 195) = RM 3900
    Jumlah susut nilai = (20grm x RM 195) x 20% =RM 780
    Nilai Emas Anda = 3900 – 780 = RM 3120 (Inilah nilai emas anda)

    Kedai B : Harga jual RM 175 & Susut Nilai 15%
    Nilai Emas semasa =(20grm x RM 175) = RM 3500
    Jumlah susut nilai = (20grm x RM 175) x 15% =RM525
    Nilai Emas Anda = 3500 – 525 = RM 2975 (Inilah nilai emas anda)
    **biasanya kadar susut nilai tradein 15~25% dan cash 30~35%..sila rujuk kedai

    Penting Untuk Anda!!!
    Berdasarkan pengiraan di atas, anda mesti lagi teruja dgn harga yang ditawarkan oleh kedai A kan. Nanti dulu..penting untuk anda tahu…bila anda bercadang nak trade-in emas anda jangan sekadar tengok nilai RM yang ditawarkan tapi..YG PENTING berapa jumlah gram emas baru yang anda dapat nanti. Anda sepatutnya pilih kedai yg dapat menawarkan jumlah gram tertinggi pada anda. Kalau saya..saya pilih kedai B. Macam mana pula nak kira..berapa jumlah gram emas baru yang sepatutnya anda boleh dapat??

    Berapa Gram Emas Baru Anda Boleh Dapat
    Berdasarkan pengiraan saya, selepas ditolak jumlah susutnilai, Nilai emas anda di kedai A, RM3120 manakala kedai B, RM2975. Ok jom kira berapa gram emas baru yg anda boleh dapat sekiranya anda tak bercadang nak tambah ape2 duit lagi. Andaikan emas baru yang anda pilih kos upah nya adalah RM100. Kos upah ini anda perlu tolak dari nilai emas terlebih dahulu utk mendapatkan jumlah gram emas baru anda.

    Kedai A–> RM3120 dan Harga Jual RM 195
    Nilai setelah tolak kos upah- 3120-100 = 3020
    Jumlah gram emas baru = 3020/195 = 15.49 gram (Nilai emas bahagi dgn harga jual kedai)

    Kedai B–> RM2975 dan Harga Jual RM 175
    Nilai setelah tolak kos upah- 2975-100 =2875
    Jumlah gram emas baru = 2875/175 = 16.43 gram (Nilai emas bahagi dgn harga jual kedai)

    Bagaimana??
    Anda faham tak maksud saya. Pertamanya..emas anda yg 20 grm tu..dah susut beberapa gram la kan. Keduanya, wlwpun nilai emas di kedai B lebih rendah berbanding kedai A, tapi kedai B anda boleh dapat jumlah gram yg lebih banyak dari kedai A..betul tak?. Ketiga..kos upah juga memainkan peranan dlm menentukan jumlah gram anda. Kos upah sesuatu kedai adalah berbeza. Kadang2 design sama tapi kos upah ada yg mahal ada yg murah. Lg murah kos upah..lagi byk jumlah gram emas baru yg anda boleh dapat. Kalu kos upah lg mahal..maka sikit la jumlah gram yg anda dapat sebab nilai emas tu nak cover kos upah emas yg baru tu..betul tak.

    “Rahsia Kejayaan Emas Sebenar”

    “Rahsia Kejayaan Emas Sebenar”

    Bagaimana kalau emas baru anda lagi berat gramnya?
    Katakan emas baru yg anda pilih lagi berat dari jumlah gram yg sepatutnya anda dapat, berapa pula nilai yg anda kena top up? Jom kira..andaikan emas baru yang anda pilih beratnya 19 gram dan kos upah RM 100

    Kedai A–> RM3120 dan Harga Jual RM 195
    Nilai Emas Baru – (19grm x 195)+ 100 = RM3805
    Jumlah Nilai kena Topup – 3805-3120 = RM685

    Kedai B–> RM2975 dan Harga Jual RM 175
    Nilai Emas Baru – (19grm x 175)+ 100 = RM3425
    Jumlah Nilai kena Topup – 3425-2975 = RM450

    Macam mana? Faham…maknanya anda kena byr lebih utk gram yang sama di kedai A berbanding kedai B sebab harga jual semasa di kedai A adalah tinggi dari harga kedai B.

    Macam mana pula kalau nak tukar dengan cash
    Kalau anda berhasrat nak cash kan emas anda…biasanya susut nilai yg dikenakan adalah tinggi berbanding susut nilai trade in…kenapa?? Saya pun tak tau kenapa kedai buat rules camtu. Cara nak kira sama je macam nak kira nilai susut nilai dekat entri Part 1 cuma tukar peratus susut nilai tu je. Bagi saya kalau anda nak cash kan emas anda survey la dulu pada mana2 tempat @ individu yg boleh offer harga tertinggi utk emas anda

    Kesimpulan
    Pendapat 10 sen saya..kalau anda bercadang nak tukar emas lama anda pada yang baru, anda harus ingat..jangan pandang nilai dalam RM saje ye..tapi berapa gram emas baru yang anda boleh dapat @ anda kena lihat berapa gram emas lama anda tu hilang. Kalau rajin cari la tempat yg offer susut nilai yg terendah. Sama juga kalau nak cash kan emas anda..cari lah plak yg offer harga tertinggi tapi kalau anda bercadang nak tambah gram emas anda…cari lah yang boleh offer harga terendah…pilihan di tangan anda..so..renung2kan dan selamat beramal…okehyy..

    duniaemaskini.blogspot.com

    _________________________________________________________________________________________

    “Rahsia Kejayaan Emas Sebenar”

    “Rahsia Kejayaan Emas Sebenar”

    _________________________________________________________________________________________

    _________________________________________________________________________________________
    perlukan TUNAI dengan segera . tukarkan EMAS anda kepada TUNAI 
    sedia membeli emas terpakai dengan harga yang tinggi. sedia membeli segala jenis emas 999.9, 999, 916, 875, 835, paun, 750, pandora 916, emas lama, emas patah, bengkok, surat pajak dan lain-lain lagi.
    asalkan emas tulen. COD cheras / ke tempat anda.

    whatsapp/sms/call 013-9720910 @ 017-8855788 Acikx Hargaemas + facebook 
    _________________________________________________________________________________________

    “Rahsia Kejayaan Emas Sebenar”

    “Rahsia Kejayaan Emas Sebenar”