Category: Jenayah

  • Terpedaya beli emas lelaki Ghana


    Emas seberat 58 kilogram (kg) dengan harga lebih RM90,000. Itu yang ditawarkan seorang lelaki warga Ghana kepada pelancong warga China menyebabkan mangsa terpedaya dan menyerahkan wang lebih RM90,000 dalam kejadian di sebuah hotel di Jalan Ampang, di sini, kelmarin.

    Mangsa berusia 50 tahun itu percaya selepas melihat contoh emas sebanyak 8kg yang dibawa lelaki itu yang menawarkan dengan harga rendah.

    Menurut sumber polis, mangsa yang berehat di kawasan hotel didatangi lelaki berusia 28 tahun itu yang kemudian mengeluarkan emas dan menawarkan kepada mangsa.

    Katanya, mangsa tertarik membeli emas itu selepas melihat kilauan kuning yang seakan-akan emas tulen sebelum menyerahkan wang RM90,000.

    “Lelaki warga Ghana itu memberi 8kg jongkong emas masing-masing seberat 1kg, 2kg dan 5kg.

  • Emas Tiruan Banjiri Hong Kong

    Ramai peniaga barang kemas dan pemilik kedai pajak gadai mengalami kerugian besar gara-gara penipuan satu sindiket canggih.

    Financial Times melaporkan, kejadian itu adalah ‘satu daripada penipuan paling licik dalam pasaran emas Hong Kong sejak beberapa dekad lalu’.
    Ia berlaku ketika emas hampir mencatat harga tertinggi, iaitu kira-kira RM4,400 seauns (28 gram). Menurut sumber, penipuan itu sangat sukar dikesan.

    “Peniaga emas dan pajak gadai di Hong Kong mengesan sekurang-kurangnya 5.7 kilogram emas tiruan – bernilai RM882,699 di pasaran – sepanjang tahun ini,” katanya. – AFP

    Singapore jewelers and pawnshops are on the alert on news that their counterparts in Hong Kong were hammered by a gold scam where they unwittingly bought hundreds of ounces of fake bullion.

    The scam has been described by the Financial Times (FT) as “one of the most sophisticated scams to hit the Chinese territory’s gold market in decades.”

    The FT quoted Haywood Cheung, president of the Chinese Gold & Silver Exchange Society, Hong Kong’s gold exchange, saying that jewelers and pawnshops in the city had discovered at least 200 ounces of fake gold worth about US$280,000 so far this year.

    In Singapore, Ho Nai Chuen, president of the Singapore Jewelers Association, told The Straits Times it was considering issuing a directive to its members to warn them to be vigilant.

    However, he was confident that industry players in Singapore had adequate measures in place to detect fakes.

    One of the checks in Singapore is that local goldsmiths are required by law to record sellers’ identity cards or passports. These records are routinely checked by the authorities.

    Ivan Ho, president of the Singapore Pawnbrokers’ Association, noted that there are sophisticated chemical tests to detect fakes. These are used if members’ suspicions were aroused.

    A minute portion of the gold will be taken and tested. “It’s highly unlikely that such cases (as in Hong Kong) will occur here,” Ho said.

    He understands that his members have come across “one or two” foreign syndicates trying to peddle fake jewelry in recent months. However, these scams do not seem to be a serious issue.

    The owner of Arthesdam Jewelry, Francis Woo, noted that “in this business, one is sure to get cheated, but so far we have only encountered small scams.”

    He said that these mostly involved copper coins, coated on the outside with gold and passed off as the real thing. He added that his business mostly bought gold from trusted suppliers.

    Still, with gold prices having risen to new records this year and now hovering around US$1,400 an ounce, there is every incentive to try and profit from the precious metal.

    The FT reported that even Luk Fook Group, one of Hong Kong’s largest jewelers, had fallen prey to the deception, paying US$11,500 for fake gold. Its executive director Paul Law was quoted as saying, “This was the biggest hit ever.”

    The Hong Kong scam saw fakes with a pure gold coating that masked a complex alloy with similar properties to gold, suggesting that the fakes were produced with sophisticated equipment and an extensive knowledge of metallurgical engineering.

    The FT quoted Chinese Gold & Silver Exchange Society’s Cheung as saying that fake gold could be making its way through the city’s retail market.

    But Hong Kong industry insiders stressed that the scam targeted the sale of scrap gold to jewelers and that the gold bar market, which has stricter controls, had not experienced any problems.

  • Pencelop emas tukar emas palsu

    Gara-gara hanya mahu mencuci emas serendah RM2, seramai kira-kira 20 suri rumah dari Rancangan Penempatan Semula (RPS) Kampung Orang Asli Kedaik, di sini, ditipu ‘tukang celup emas’ yang datang dari rumah ke rumah penduduk.

    Modus operandi yang dilakukan sindiket itu sungguh licik dengan mendakwa mereka dari negara China serta tidak pandai berbahasa Melayu dan mahu menolong penduduk mencuci emas dengan tawaran harga yang rendah.

    Bagaimanapun, penduduk yang ‘termakan janji manis’ dua wanita dan seorang lelaki dipercayai warga China itu, terkejut besar apabila mendapati emas yang disadur bertukar warna serta kandungan emasnya jauh menyusut daripada nilai asalnya.

    Kesemua penduduk yang ditipu sindiket terbabit dianggarkan mengalami kerugian lebih RM50,000 dalam sekelip mata sahaja apabila kehadiran tetamu asing yang tidak diundang itu menyebabkan mereka kini hidup dalam tekanan.

    Alami kerugian hampir RM20,000

    Sarimah Ada, 32, berkata, kesemua emas yang disimpannya itu diserahkan kepada warga asing tersebut kononnya mahu mencuci emasnya bagi mengembalikan warna emas yang lebih berkilat.

    Namun, sangkaannya untuk melihat emasnya kembali kilat jauh meleset apabila kesemua barangan emas yang dicelup dalam bekas cecair yang dibawa seorang lelaki China itu tiba-tiba bertukar warna.

    “Pada masa itu, saya hanya diam membisu dan tidak banyak cakap serta menuruti sahaja apa yang disuruh oleh pihak terbabit.

    “Namun, setelah mereka beredar dan pulang saya menyedari telah menjadi mangsa tipu apabila melihat emas yang diserahkan kepada mereka bertukar warna dan barangan kemas saya menjadi lebih ringan,” katanya kepada Sinar Harian.

    Menurutnya, antara barang kemas yang dileburnya kepada ketiga-tiga suspek adalah, seutas rantai tangan, empat cincin dan tiga rantai leher dengan anggaran kesemuanya bernilai hampir RM20,000.

    Suspek wanita dipercayai muda, kelihatan cantik

    Wati Acha, 43, berkata, dua wanita itu mempunyai kulit yang halus dan gebu serta berpenampilan menarik serta dipercayai masih berusia dalam lingkungan 20-an berdasarkan paras rupa paras wanita tersebut.

    Katanya, dua wanita itu juga memakai beg poket pinggang bagi memudahkan mereka memasukkan wang yang diterima mereka daripada ‘pelanggan’ selepas kerja menyadur emas dilakukan.

    “Wanita muda itu kelihatan berperwatakan menarik dan hanya dengan senyuman mereka sahaja, kami terus terpukau dan menyerahkan emas seperti yang diminta suspek melalui bahasa isyarat,” katanya.

    Menurut Wati, semasa kejadian itu, dia hanya tinggal keseorangan bersama dua orang anaknya yang masih kecil dan aktiviti itu dilakukan dalam tempoh masa tidak kurang 10 minit sahaja.

    “Mereka datang dengan tergesa-gesa dan minta saya keluarkan emas kononnya mahu sadur, namun selesai mengambil upah menyadur emas, mereka pulang dengan selamba,” katanya.

    Bagaimanapun, katanya, dia tergerak hati melihat semula emas yang disadur, namun alangkah terkejutnya apabila mendapati sebentuk cincin gred 916 bertukar warna menjadi putih, manakala barangan kemas lain kelihatan semakin ringan.

    “Saya berasa sungguh kesal kerana emas ini adalah harta yang saya simpan jika berlakunya kecemasan dan memerlukan wang untuk perbelanjaan keluarga, tetapi kesemuanya hilang begitu sahaja,” katanya.

    Cari suri rumah yang tinggal keseorangan di rumah

    Timah Bidun, 60, berkata, suspek biasanya mencari suri rumah yang tinggal keseorangan pada waktu itu di rumah kerana bimbang kegiatan licik mereka memperdaya suri rumah mungkin boleh ‘dihidu’ suami.

    Timah berkata, biasanya mereka akan mengintai terlebih dahulu ke dalam rumah sebelum masuk ke dalam setelah yakin hanya suri rumah sahaja yang ada dalam rumah itu, sebelum suspek bertindak ‘memasang jerat’.

    Katanya, walaupun tidak diundang, namun dua wanita itu terus menyelinap masuk ke dalam rumah, sementara seorang lagi rakan lelaki mereka tunggu di dalam kereta sebelum lelaki itu dipanggil suspek masuk ke rumah yang sama.

    “Lelaki yang sedia menanti di luar terus masuk ke rumah dengan membawa barangan untuk mencuci emas dan menjalankan aktiviti itu selepas meminta kami mengambil emas yang disimpan,” katanya.

    Menurutnya, kesemua mereka yang terpedaya dengan taktik licik itu seolah-olah dipukau suspek tersebut dan modus operandi yang dilakukan suspek adalah sama iaitu dengan mengintai, menyelinap masuk ke dalam rumah dan meminta barang kemas untuk dicuci,”
    katanya.