Category: Harga

  • Mengetahui harga pelaburan emas dengan cepat

    Mengetahui harga pelaburan emas dengan cepat

    harga emas hari ini

    Untuk mendapat maklumat berkenaan harga emas dengan pantas, hanya perlu taip “harga emas hari ini” di google. harga emas di bank, arrahnu, setiap jenis kualiti emas boleh diperolehi dengan mudah, tak perlu lagi membelek-belek setiap laman web untuk mengetahui harga terkini, kami update harga emas setiap hari

    Antara harga emas yang boleh diperolehi adalah Harga emas di Public Bank, Kuwait Finance House (KFH), CIMB, Maybank, UOB, Arrahnu Exchange, Bank Rakyat, Agrobank, Index emas terkini, dan kadar tukaran matawang usd /myr untuk emas.

     

  • Video analisis Harga emas minggu terakhir Mac

    Cuba lihat peratus kenaikan harga emas di bawah:

    •  Tiap-tiap tahun harga emas meningkat. So, terjawab tak kenapa kita mesti beli emas?
    • Kenapa tak boleh simpan emas lama-lama? Jawabnya kurang untung sebab apa yg anda simpan itulah yg anda ada. Contohnya anda beli 1 Dinar hari ini kalau simpan 10 tahun ia akan tetap 1 Dinar (cuma harga lebih tinggi). Tetapi jika anda membeli ketika harga rendah kemudian jual pada harga tinggi dan proses ini diulang-ulang maka anda akan dapat memaksimakan keuntungan anda.
    • Menentukan harga rendah dan harga tinggi adalah kunci untuk membeli dan menjual emas. Mahu tahu lebih lanjut tentang harga rendah dan harga tinggi sila klik video di bawah.

     

    KLIK PADA IMAGE DIBAWAH UNTUK LIHAT VIDEO

    Paparan video mungkin besar. Sila right click ketika video dimainkan dan pilih Show All.
  • Sasaran harga emas semasa 30 Mac melepasi USD1708

    Salam buat mantee dan pelayar blog Pendita Emas yang dihormati,
    Malam ini baru ada kelapangan masa untuk membuat posting setelah seharian bersama anak-anak murid PE mengikuti Kursus Kepimpinan Pengawas di Bandar Penawar. Penat tetapi berbaloi walaupun pergerakan aktiviti bermula jam 7.00pagi dan berakhir jam 7.00 malam, apa yang penting pemimpin-pemimpin cilik ini mendapat input berguna untuk melaksanakan tugasan yang terbaik.
    Berbalik kepada matlamat posting mahu membicarakan harga emas yang akan datang, rakan-rakan selalu ternanti-nantikan akan posting Pendita. Terutama tentang harga emas masa depan dalam seminggu. So bila Pendita dan bersuara tentang harga emas dalam posting PE, masing-masing akan dapat satu semangat baru bahawa harga emas pasti positif.
    Sentimen Bullish Mengatasi Bearish
    Kita mulakan dengan sentimen harga emas minggu depan. Mengikut pelabur forex, sentimen harga emas berada dalam keadaan bullish yang kekal mengatasi bearish iaitu 66% berbanding 34%.
    Bullish tetap berlaku, walau bagaimanapun kejatuhan harga sudah pasti. Ia berdasarkan kepada pivot point yang menyaksikan bahawa harga sokongan yang ketiga menghampiri paras harga USD1600 berdasarkan kepada trading sehari penuh.
    Walau bagaimanapun ini hanya jangkaan sahaja disebabkan faktor fundamental harian mempengaruhi pergerakan harga emas samada melonjak atau menyentap. Mengikut jadual mingguan terdapat beberapa peristiwa penting yang akan mempengaruhi tingkahlaku harga emas semasa.
    Jika minggu lepas, isu-isu seluruh dunia mempengaruhi penurunan harga emas secara kerap disebabkan oleh kenaikan dolar dan kelemahan EURO, namun diakhir minggu harga emas melonjak kepada USD20/aun. Peristiwa penting yang mempengaruhi Kesihatan harga emas disebabkan perkara berikut:
    Fundamental yang membantu kekurangan harga emas adalah:
    Punca kenaikan harga emas pada 19 hingga 23 Mac 2012:
    1. Data jualan rumah yang rendah di US dalam bulan Februari sebanyak 1.6% kepada 313,000 menjatuhkan nilai dolar.
    2. Jaminan kadar faedah yang rendah sehingga 2014 atas kelembaban ekonomi US memaksa FED membisukan diri terhadap kaedah-kaedah pelonggaran lain berkaitan dasar moniteri US.
    3. Penjualan saham dan dolar berterusan ke pasaran menjadi kebimbangan FED bagi menyelamatkan aset bank-bank
    4. Pembelian harga emas pada paras rendah oleh pelabur memastikan harga emas melantun pada hari Jumaat
    5. Ada ura-ura pengepaman semula dolar dalam pasaran dunia untuk pusingan ketiga bagi menyelamatkan bank-bank bakal melonjakkan harga emas dunia.
    Punca Kejatuhan harga emas pada 19 hingga 23 Mac 2012
    1. Protes kedai emas di India Utara dan India Timur atas kenaikan 4% Duti Kastam ke atas import komoditi emas menyebabkan 50% kedai emas di India menutup operasi sehingga Jumaat (23 Mac 2012)
    2. Kelembaban ekonomi di China dan Industri Jerman mendorong penurunan harga bahan api telah mengheret kejatuhan harga emas.
    3. Kebimbingan di Eropah, hutang Itali, Sepanyol yang semakin meninggi menimbulkan tentangan masyarakat dan mogok ke atas langkah berjimat cermat. Portugal juga menghadapi tindakan mogok 24 jam oleh tenaga buruhnya atas langkah berjimat cermat yang dikenakan.
    4. Pembetulan harga selepas harga MA 200 hari menghampiri USD1675/aun pada 14 Mac 2012.
    5. Jangkaan harga emas jangka panjang dibawah paras sokongan USD1512/aun bakal memberi kerugian besar telah menjauhkan pelabur dari pasaran.
    6. Penguncupan sektor pengilangan Jerman dan Perancis dan zon Euro sepanjang bulan Mac menjejaskan kenaikan harga emas.
    7. Maklumat terkini di USA, FED menyatakan tiada pelonggaran moniteri US dikeluarkan.
    8. Bank-bank pusat diseluruh dunia telah menyimpan banyak emas.
    Sumber : Ringkasan dari Forexpros
    Sasaran Harga Emas Pada 26 Mac hingga 30 Mac 2012


    Harga emas akan Malatop sehingga jam 8.00 malam, Rabu, 28 Mac 2012 tetapi akan merudum semula pada lewat malam Rabu berkenaan.

    Target PENDITA terhadap harga emas minggu depan 26 Mac-30 Mac 2012

    HARGA BONUS : USD1708 -RABU
    HARGA TERTINGGI : USD1700 – SELASA
    HARGA PERTENGAHAN : USD1690 ISNIN
    HARGA RENDAH:USD1679 – ISNIN
    HARGA LANTAI : USD1580 (RABU/KHAMIS)

    Jadual ekonomi semasa di Asia dan Eropah dan US yang akan an mempengaruhi harga emas menaik adalah seperti berikut:

    Walau bagaimanapun sila stop trading sebelum ucapan Ben Bernaki berkumandang untuk mengelakkan diri kita mengalami nasib yang sama 2 minggu lepas.

    Kesimpulannya:

    Pergerakan harga emas pada hujung bulan Mac 2012 memberi impak kepada harga emas. Laporan kelemahan data ekonomi US sangat dan ucapan Ben Bernaki merupakan pencetus utama naik dan turun harga emas berbanding USD.
  • Untung atau tidak beli emas sekarang

    Harga emas hari ini berada pada harga yang agak murah berbanding kenaikan sebelum ini(tahun lepas) yang mececah sehingga USD1900 per oz. Buat masa ini nilai emas pada harga USD 1660 per oz. Bagi penyimpan dan penggemar emas ini merupakan satu peluang untuk menambah jumlah simpanan emas anda. Pada graph 10 tahun, penurunan harga yang berlaku kini tidak lama kerana ia hampir sampai pada line support yang pernah tersentuh pada penghujung tahun lepas. Ia kemungkinan boleh turun sehingga USD 1560/oz., itu pun kalau dia boleh turun lagi lah.

    harga emasIhsan Dari Google

    Harga emas terkini public gold untuk bar 20 gram adalah pada RM182.25. 1 setengah tahun lepas aku beli 20 gram bar adalah pada nilai RM 138.25, perbezaan adalah RM 44. Ini bermakna dalam tempoh tersebut berlaku peningkatan harga sebanyak 31.8%. Jika 20 gram bermakna keuntungan adalah RM880. Tetapi anda kene tau jugak, jika nak dijual harga yang valid ialah pada harga belian bukan harga jualan,  perlu tau tentang term we sell and we buy. Bermakna harga yang anda dapat kurang sebanyak antara 8%-9%..Apapun  kita masih untung lebih kurang 24%.

    Jika anda bijak, juallah kepada individu yang mencari emas dan jangan jual balik kepada public gold atau agen public gold. Dengan cara ini kita boleh jual pada harga lebih tinggi, kerana siapa tak nak kalau agen jual RM3642+RM 20(shipping cost), tetapi kita jual 3600, pasti berebut orang nak beli. Aku pernah jual di facebook public gold untuk 1 bar 20gram pada harga lebih rendah dari public gold. Baru seminit buat post terus aku dihujani panggilan telefon dan message. Akhirnya terjual dengan aku mendapat keuntungan RM 2oo dan si pembeli dapat beli dengan harga RM 70 lebih murah dari agen public gold. Ini kira win-win situation lah.

    harga emasIhsan dari google

    Jika duit anda banyak atau anda memang teringin nak melabur tapi tak tahu bagaimana, cuba lah buat simpanan emas secara fizikal. Banyak kelebihan menyimpan emas. Salah satunya ia dapat mengatasi inflasi yang berlaku setiap tahun, sebab nilainya tidak terkesan dari peningkatan inflasi. Kelebihan lain, emas itu boleh digadai jika kita memerlukan duit. Kini telah banyak tempat yang menyediakan gadaian mengikut Islam seperti di Ar-rahn dan public gold ar-rahnu.

    Cuma yang menjadi masalah ialah keselamatan simpanan emas fizikal. Kalau dah banyak memang risau nak simpan kat rumah, bayangkan lah kalau anda dah menyimpan hingga nilai beratus ribu. Pernah seorang rakan hendak pergi berkelah terpaksa masukkan emasnya dalam poket seluar yang dibalut dengan plastik sebab nak mandi laut. Bayangkan lah emas 1kg dalam poket pastu nak mandi laut. Tapi 1 kg emas ni saiznye kecil aje.

    Itu lah sahaja coretan aku tentang emas. Sebenarnya aku tak ada idea nak tulis ape,  jadi aku cerita pasal emas berdasarkan pengalaman. Nasihat aku jika anda bijak cubalah ambil peluang ini untuk mendapatkan emas ketika harga emas masih dalam trend menurun. Sebab dia pasti akan bergerak kembali kepada harga USD 1900/oz. Tambahan pulak kini semakin hebat dengan spekulasi perang antara Iran dan Israel yang memungkinkan berlakunya kenaikan nilai emas dan minyak.

    link: http://segalabenda.com/harga-emas/

  • Harga emas jatuh lagi

     

    Petikan dari kitco.com

     

    When the US Dollar gets stronger, it takes fewer dollars to buy any commodity that is priced in $USD. When the US Dollar gets weaker it takes more dollars to purchase the same commodity.

    The price of all US Dollar denominated commodities, like gold, will change to reflect the fact that it will take fewer or more dollars to buy that commodity. So it’s quite possible, in fact it’s almost always the case that a portion of the change in the price of gold is really just a reflection of a change in the value of the US Dollar. Sometimes that portion is insignificant. But often the opposite is true where the entire change in the gold price is simply a mathematical recalculation of an ever-changing US Dollar value.

    When the dollar gets strong, gold appears to go down, and vice versa. That accounts for part of the fluctuations that we see in the value of gold.

    The other part is an actual increase in the supply or demand for gold. If the price is higher when being measured not only in US Dollars, but also in Euros, Pounds Sterling, Japanese Yen, and every other major currency, then we know the gold demand is higher and it has actually increased in value.

    Consequently, if gold is higher in US Dollars while at the same time cheaper in every other currency, then we can conclude that the US Dollar has weakened, and that gold has actually lost value in all other currencies. But the price, because it is being quoted in $USD will be higher and give the illusion of gold becoming more valuable. In such a case the devaluation of gold, due to increased supply on the market, is camouflaged by a weakened US Dollar.

     

    Apa yang berlaku pada harga emas sekarang ni?

    Tahun baru 2012 dimulakan dengan harga $1567.04/oz. Kemudian mendaki sehingga $1763.11/oz pada 3/2/2012 memberikan kenaikan sehingga 12.51% !!. Sebulan je dah lebih 12%  !! Lebih bagus dari simpanan ASB. Seronok? Baca sampai habis dulu.

    Kemudian jatuh ke harga $1705.2/oz melantun ke harga $1790.51/oz dan kemudiannya turun ke harga $1664.63 (20/03/2012 1:06am).

    Apa maksud semua ni? Ini menunjukkan harga emas sentiasa naik dan turun. Walaubagaimana pun, mengikut sejarah pergerakan harga emas sejak 10 tahun yang lepas, harga tetap naik dan terus naik. Rujuk www.kitco.com. Ini adalah kerana permintaan emas yang tinggi di negara China dan India dan banyak faktor lain lagi.

     

    Apa yang berlaku kepada pembeli emas sekarang ni?

    Rata-rata semuanya menunggu tanpa membeli emas kerana takut harga akan turun lagi. Bila nak beli? Ramai yang beli bila harga naik tinggi nanti kerana rasanya harga akan naik lebih tinggi. Tak percaya? Cuba pergi ke pejabat Public Gold di tempat masing-masing dan tengok sendiri. Masa harga rendah ni pejabat Public Gold lengang. Hehe. Saya baru pergi pagi tadi.

    Akhirnya, ramai yang membeli pada harga yang tinggi. Ini adalah kerana tiada sesiapa yang tahu berapa rendah harga emas akan turun dan berapa tinggi harga emas akan naik. Tahukah anda, harga rendah sekarang ni adalah harga yang tinggi sesuatu masa dahulu?

     

    Apa yang patut dibuat sekarang ni?

    BELI SEKARANG !! Beli secara berkala. Sekiranya anda mempunyai modal yang banyak, pecahkan kepada beberapa bahagian. Buat pemurataan dan sekurang-kurangnya anda tidak membeli emas dengan harga yang terlalu tinggi sekiranya  harga jatuh lagi.

    Jika dahulu anda telah membeli emas dengan harga yang tinggi, pelbagai cara boleh digunakan kerana anda memiliki asset untuk membeli emas lagi. ‘Pajak’kan, ‘PSP’ kan atau jual saja untuk membolehkan anda membeli lagi emas dalam harga yang sangat rendah sekarang ni.

    Jika anda belum menukarkan simpanan wang kepada pelaburan emas fizikal, bertindak sekarang !!. Harga sekarang dianggap sangat rendah dan sangat sesuai untuk mula melabur.

     

    Takut lagi? Kenapa?

    1. Harga emas akan terus menaik kecuali nilai matawang tidak lagi disandarkan kepada emas atau seluruh warga dunia tidak suka menyimpan emas sebagai pelaburan atau kaum wanita seluruh dunia tidak lagi memakai emas sebagai barang hiasan emas. Lagi lama disimpan, lagi mahal harganya.

    2. Emas bernilai di mana-mana ceruk dunia. 1 Dinar lebih 1000 tahun dahulu mempunyai nilai yang sama pada zaman sekarang. Tapi kalau jumpa 1 dinar yang berusia lebih 1000 tahun, dah kita barang antik dan lagi berharga.. hehehe

    3. Emas adalah kalis inflasi. Harga emas tidak pernah jatuh sehingga hilang nilainya berbanding saham, duit dan sebagainya. Tetapi saban hari nilai matawang makin jatuh. Berapa ketul karipap boleh kita beli dengan harga RM1 pada 3 tahun lepas? Hmm..

     

    Tepuk dada tanya selera. Ibarat makan semangkuk mee kenyang sehari kalau makan 2 mangkuk mee memang kuat selera budak ni. Hahahaha

     

    Selamat Melabur

    link asal: http://sarjanaemas.com/berita-emas/mas-jatuh-lagi/


  • Harga Emas Bakal Naik Lebih Tinggi

    Emas adalah logam berharga yang dicari untuk membuat syiling, barang kemas dan hasil seni sejak zaman dahulu lagi. Logam yang secara aslinya boleh didapati di dalam bentuk ketulan kecil dalam batuan ini adalah logam emas yang padat, lembut, berkilat dan merupakan logam asli yang paling mudah ditempa dan di mulur.

    Pada 2009, sebanyak 165,000 tan emas dilombong. Jumlah ini adalah lebih kurang sama dengan 5.3 bilion auns atau kira-kira 8.500m dari segi isi padu air. Penggunaan emas di dunia ialah sekitar 50 peratus untuk barang kemas, 40 peratus untuk pelaburan dan 10 peratus untuk kegunaan dalam industri.

    Pelaburan emas 2011

    Dalam nilai pasaran AS$, harga emas meningkat kepada 50 peratus pada 2007, 22 peratus pada 2009 dan 27 peratus pada 2010, atau dalam erti kata lain, purata kenaikan adalah 24 peratus setahun antara 2007 hingga 2010. Kenaikan nilai harga emas ini dijangka akan terus naik pada 2011 sejajar dengan kenaikan harga komoditi yang lain.

    Namun, kenaikan harga emas pada 2011 dilihat akan lebih sederhana iaitu kira-kira AS$1,500 satu auns. Hal ini mungkin kerana, hampir semua negara lebih menumpukan dalam mengukuhkan ekonomi masing-masing.

    Antara agenda yang dilakukan ialah mengurangkan kadar pengangguran adalah perkara paling penting untuk meningkatkan kepercayaan rakyat terhadap sesebuah negara itu.

    Selain itu, kegagalan mengukuhkan posisi ekonomi pada hari ini hanya akan mengakibatkan negara tersebut ketinggalan apabila keadaan ekonomi kembali pulih mulai tahun 2015 atau seawal 2013.

    Dalam pada itu, Utusan Malaysia pada 6 Januari lalu turut menyiarkan, harga emas bakal mencecah paras USD 1500 (RM4650) untuk satu auns pada tahun ini. Hal ini dikuatkan lagi dengan kenyataan dari Pengerusi Eksekutif dan Pengarah Urusan Poh Kong Holdings Bhd. (Poh Kong), Datuk Eddie Choon.

    Menurutnya, peningkatan harga emas itu dijangka berlaku berikutan keadaan semasa dan permintaan yang berterusan di pasaran.

    Tahun lalu, harga emas bagi satu auns ialah kira-kira AS$1,400 (RM 4,340), dan pada hari terakhir 2010, harga emas ditutup pada paras AS$1,421.40 (RM4,406.34) untuk satu auns dan naik 31 peratus berbanding tahun sebelumnya.

    Penganalisis turut menjangkakan trend peningkatan harga ini akan berterusan tahun ini kerana emas adalah komoditi paling baik dari aspek peningkatan harga pada tahun lalu.

    Secara tradisinya, ia dilihat sebagai pelaburan perlindungan nilai yang sering digunakan sebagai mekanisme untuk melindungi nilai terhadap deflasi.

    Dinar emas

    Pada 1998, Kerajaan Malaysia mencadangkan penggunaan emas sebagai mata wang perdagangan dunia seperti mana yang diperkenalkan ketika zaman Rasulullah S.A.W dahulu.

    Pemilihan emas ini adalah kerana sifat kimianya yang stabil dan nilainya yang tidak berubah. Selain itu, dinar emas juga diharap dapat menggantikan pergantungan dunia terhadap Dolar Amerika dan Euro.

    Mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad berpendapat, dinar emas tidak akan menggantikan mata wang setempat, tetapi mata wang ini hanya akan digunakan sebagai mata wang perdagangan antara negara saja.