Category: Gambar

  • Habib perkenal koleksi Harimau Malaya

    Habib perkenal koleksi Harimau Malaya

                                            Habib perkenal koleksi Harimau Malaya
    Datuk Meer Habib (kiri) bersama duta koleksi Harimau Merdeka, pemain bola sepak kebangsaan Amri Yahyah (dua, kanan) semasa pelancaran koleksi itu di Kuala Lumpur, semalam. – FOTO: MUHAMMAD ZULFADHLI AHMAD ZAKI

    HABIB Jewels Sdn Bhd (Habib) yakin mencapai sasaran jualan lebih RM400,000 menjelang hujung tahun menerusi koleksi terbarunya yang diilhamkan oleh Harimau Malaya sempena sambutan Hari Merdeka.

    Pengarah Urusan Habib, Datuk Meer Habib berkata, melihat kepada maklum balas pelanggan, beliau optimis lebih RM100,000 jualan akan dapat dicapai dalam tempoh tiga hari.

    “Pemilihan menggunakan harimau adalah sebagai inspirasi dan sebagai cara berterima kasih kepada rakyat Malaysia yang bekerja keras jadikan negara ini contoh kepada ekonomi membangun di seluruh dunia.

    “Kami juga yakin semangat harimau akan bawa Malaysia ke tahap yang lebih tinggi pada masa depan,” katanya selepas melancarkan koleksi itu di Kuala Lumpur, semalam.

    Menurutnya, koleksi terbaru itu diperbuat daripada batu permata Tiger’s Eye dari Afrika Selatan yang memancarkan warna coklat kemerahan dengan garisan halus yang menyerupai belang atau jalur pada badan harimau.

    Setakat ini koleksi Harimau Malaya yang direka khusus untuk lelaki menawarkan 20 rekaan menarik terdiri daripada cincin dan butang baju Melayu dari harga serendah RM500 dan lebih banyak rekaan baru akan diperkenalkan dari semasa ke semasa.

    Dalam perkembangan lain, Habib akan membuka cawangan baru di Seremban sebelum hujung tahun dengan pelaburan lebih RM5 juta dan memperuntuk lebih RM25 juta untuk membuka tiga hingga empat cawangan baru di negeri yang belum diterokai seperti Pahang, Kelantan dan Perlis.

    Sumber : Sinar Harian

  • Kitar Semula Barang Kemas

    Kitar Semula Barang Kemas

    Kuala Lumpur: Crane Central Sdn Bhd komited memperluaskan perkhidmatannya di seluruh Malaysia apabila merancang untuk membuka sekurang-kurangnya tujuh lagi cawangan Jewel Cafe menjelang akhir tahun ini, sekali gus mencapai sasaran jualan sebanyak RM10 juta.

    Pengarahnya, Takefumi Yoshimoto berkata, setakat ini terdapat empat cawangan Jewel Cafe yang beroperasi di pasar raya AEON Taman Maluri, Wangsa Maju, Taman Equine dan AU2.
    Katanya, bagi setiap cawangan pihaknya memperuntukkan pelaburan antara RM200,000 dan RM300,000 termasuk deposit dan bergantung pada lokasi serta saiz kerana Jewel Cafe adalah pertama di Malaysia yang menampilkan konsep kafe untuk pelanggan yang datang menjual barang kemas mereka.

     

    “Jewel Cafe adalah rangkaian utama bagi barang kemas kitar semula di Jepun dan kami juga menerima barang kemas yang sudah rosak atau lama termasuk emas, perak, platinum dan berlian. Malah, menerusi konsep kafe kami menyediakan suasana serta ruang selesa untuk pelanggan.
    “Bagi pelanggan yang membawa anak-anak juga tidak perlu risau kerana Jewel Cafe menyediakan ruang permainan untuk kanak-kanak dan konsep yang kami tampilkan di negara ini sama seperti di Jepun,” katanya kepada Bisnes Metro.
    Menurutnya, selain mengetengahkan konsep mesra pelanggan, pihaknya turut menawarkan perkhidmatan cuci barang kemas secara percuma kepada orang ramai dan tisu percuma di mana bungkusannya boleh digunakan untuk menebus 10 peratus bonus tunai.

     

    FotoJEWEL Cafe menawarkan konsep baru kitar semula barang kemas lama dan rosak.

    Yoshimoto berkata, pihaknya mahu pelanggan berasa selesa serta gembira dengan perkhidmatan yang ditawarkan Jewel Cafe dan selain itu, pelanggan juga diberi tawaran istimewa untuk mendapat ganjaran tunai dengan memperkenalkan rakan kepada Jewel Cafe dan baucar tunai sehingga RM100.

     

    Sumber : Harian Metro

  • Gudang EMAS Terbesar Di Dunia

    Gudang EMAS Terbesar Di Dunia

    Federal Reserve Bank of New York terletak di New York, 33 Liberty Steet, Manhattan, New York, Amerika Syarikat. Bank ini di buka pada tarikh 16 November 1914 dan tempat inilah anda boleh melihat emas yang banyaknya yang tidak akan pernah anda lihat seumur umur anda kerana disinilah terdapat vault (ruang penyimpanan) emas terbesar di dunia.

    Di vault ini dianggarkan terdapat 10% daripada rizab emas di dunia atau sekitar 5000 metric tons emas deposit, yang bernilai USD $270 b.

    Rizab emas ditempat ini bukan hanya berasal dari Amerika Syarikat tetapi sebahagian adalah merupakan simpanan dari 36 negara yang lain, yang mempercayai penyimpanannya di The Fed Bank of New York.
    Tidak sembarangan orang dapat memasukinya apalagi mendokumentasikan tentang apa yang ada di dalam vault tersebut.

    Jadi berbahagialah anda yang dapat melihat vault penyimpanan emas terbesar di dunia tersebut. Walaupun hanya melihat, tapi menambah pengetahuan kita.

  • Kegunaan Dan Permintaan Emas

    Kegunaan Dan Permintaan Emas

    Secara amnya, separuh daripada keseluruhan permintaan emas adalah bagi jualan barang kemas. Sekitar 10% daripada emas digunakan dalam industri teknologi seperti pembuatan komputer, telefon bimbit, kapal angkasa lepas dan juga teknologi pertahanan. Sektor yang terakhir iaitu kira-kira 40% dan semakin terus berkembang adalah pelaburan. Emas dibeli bagi tujuan pelaburan dan permintaan bagi tujuan pelaburan ini saban hari semakin meningkat.

    Kita juga dapat lihat China dan India merupakan dua negara terbesar yang menyumbang kepada permintaan terbesar emas dunia.

  • 10 Lombong Emas Terbesar Di Dunia

    10 Lombong Emas Terbesar Di Dunia

    Salah satu cara bagi mendapatkan emas ialah melalui kaedah perlombongan. Kita tidak tahu bila dan di mana lokasi pertama emas pertama dilombong tetapi para sejarawan mengatakan bahawa emas mula dilombong sekitar 7000 tahun yang lalu.

    Lombong emas terbesar di dunia mengikut kepada pengeluaran tahunan masing-masing.
    Selamat membaca !

     

    10. Lombong Boddington (Australia)

    Lombong ini dibuka semula pada Februari 2010. Lombong Emas Boddington menghasilkan 23,045 kg emas pada tahun 2011. Ia merupakan salah sebuah lombong emas yang terbesar di Australia dan juga dunia. Dalam setahun lombong ini juga menghasilkan puluhan ribu kilogram tembaga. Lombong ini dimiliki oleh Normandy Mining, Acacia Resources and Newcreast Mining.

     

    9. Lagunas Norte (Peru)

    Lagunas Norte terletak di utara Peru dan dimiliki oleh Barrick Gold Corp. Ianya juga merupakan lombong emas kedua terbesar di Peru. Lagunas Norte menghasilkan 25,188 kg emas pada tahun 2010. Syarikat pengusaha lombong ini sedang giat mengembangkan lagi projek perlombongan di tapak ini yang mana akan meningkatkan lagi jumlah pengeluaran sehingga ke tahun 2016. Lombong ini dipercayai mempunyai jumlah emas sebanyak 205,283 kg.

     

    8. West Wits (Afrika Selatan)

    Operasi perlombongan emas di West Wits dipercayai merupakan operasi perlombongan terdalam buat masa ini. Western Wits terdiri daripada 3 lombong utama iaitu Mponeng, Savuka dan lombong Tautone yang merupakan lombong paling dalam di dunia. Pada tahun 2011, Western Wits menghasilkan 24,634 kg emas di mana 7,589 kg daripadanya dihasilkan daripada lombong Tautone. Keseluruhan Western Wits yang terdiri daripada tiga lombong emas adalah dimiliki oleh AngloGold Ashanti.

     

    7. The Super Pit (Australia)

    Lombong emas The Super Pit merupakan tarikan utama pelancongan di Kalgoorlie, Barat Australia. Lombong emas ini merupakan lombong emas ‘lubang terbuka’ yang terbesar di Australia seperti yang dapat kita lihat pada gambar di atas. Ia menghasilkan 21,461 kg emas pada tahun 2009. Lombong ini dimiliki oleh Kalgoorlie Consolidated Gold Mine Pty Ltd., iaitu syarikat yang 50% dimiliki oleh Barrick Gold Corp. dan 50% lagi dipegang oleh Newmont Mining Corporation.

     

    6. Vaal River (Afrika Selatan)

    Ia merupakan operasi perlombongan emas di bawah tanah yang dimiliki oleh AngloGold Ashanti. Ia terdiri daripada beberapa lombong emas bawah tanah antaranya ialah Great Noligwa, Kopanang dan lombong Moab Khotsong. Ia menghasilkan 25,847 kg emas pada tahun 2011 dan rizab keseluruhan Great Noligwa yang terbukti adalah sebanyak 37,324 kg emas manakala lombong Kopanang memiliki rizab yang terbukti sebanyak 311,035 kg emas.

     

    5. Veladero (Argentina)

    Lombong emas Veladero merupakan lombong emas ‘lubang terbuka’ yang terbesar di Argentina. Ianya juga dimiliki oleh Barrick Gold Corporation. Pada tahun 2009, Veladero menghasilkan 19,000 kg emas dan ia mempunyai output sebanyak 27,993 kg emas pada tahun lalu. Veladero mempunyai rizab emas yang terbukti sebanyak 373,242 kg emas.

     

    4. Goldstrike (Amerika Syarikat)

    Goldstrike terletak di Nevada, Amerika Syarikat dan dimiliki oleh Barrick Gold Corporation. Goldstrike terdiri daripada tiga lombong emas – satu lubang terbuka iaitu lombong Betze-Post dan dua lagi lombong emas bawah tanah iaitu lombong Meikle dan Rodeo. Dicampur penghasilan ketiga-tiga lombong emas ini pada 2011 menghasilkan output sebanyak 33,840 kg emas. Rizab keseluruhan Goldstrike yang terbukti adalah sebanyak 379,462 kg emas.

     

    3. Yanacocha (Peru)

    Lombong emas Yanacocha merupakan lombong emas yang terbesar di Amerika Selatan. Yanacocha terdiri daripada lima lombong emas ‘lubang terbuka’. Ia menghasilkan emas sebanyak 40,217 kg pada tahun 2011. Lombong emas ini dimiliki oleh Newmont Mining Corporation, Beunaventura Group dan IFC.

     

    2. Cortez (Amerika Syarikat)

    Lombong emas Cortez terdiri daripada beberapa siri lombong emas lubang terbuka dan juga lombong-lombong emas bawah tanah. Ia merupakan lombong emas kedua terbesar di dunia dan yang terbesar di Amerika Utara berdasarkan kepada saiz dan jumlah pengeluarannya. Pada tahun 2011 sahaja ia menghasilkan 44,198 kg emas dan memiliki rizab emas yang terbukti sebanyak 451,000 kg emas. Ianya juga dimiliki oleh Barrick Gold Corporation. Untuk pengetahuan anda, lombong emas Cortez juga merupakan antara lombong emas tertua yang masih beroperasi. Ia mula beroperasi pada tahun 1862.

     

    1. Grasberg (Indonesia)

    Lombong emas Grasberg merupakan lombong emas terbesar di dunia! Bukan setakat itu sahaja, malah Grasberg juga merupakan lombong tembaga ketiga terbesar berdasarkan kepada saiz dan juga pengeluarannya. 60% pemilikannya dimiliki oleh syarikat Freeport-McMoran Copper & Gold Inc. manakala baki selebihnya dimiliki oleh Rio Tinto. Ia menghasilkan 44,913 kg emas sekaligus menjadikan pengeluaran yang terbesar untuk tahun 2011. Apa yang lebih menarik, lombong Grasberg ini memberikan kepada kira-kira 20,000 orang peluang pekerjaan.

  • 5 Misteri Harta Karun Yang Belum Ditemui Di Dunia

    5 Misteri Harta Karun Yang Belum Ditemui Di Dunia

    1. Tasik Guatavita
    Tasik Guatavita adalah tempat dimana manusia purba dari Colombia (Amerika Selatan) dulu pernah menyelimuti dirinya sendiri dengan debu emas, lalu mengayuh ke tengah tasik dan menyebarkan emas dan berlian ke dalam tasik sebagai korban kepada berhala mereka.

    Tasik Guatavita sempat menimbulkan kekacauan di Amerika Utara ketika itu yang juga ikut membangun terhadap mitos El Dorado (Kota Emas). Percubaan pertama untuk mengambil emasnya dilakukan oleh Hernan Perez de Quesada pada tahun 1545.

     

    2. Harta Karun Kapten Kidd
    Kapten Kidd adalah seorang kapten kapal bajak laut yang ditahan oleh Kerajaan Inggeris kerana rampasan dan pembunuhan, dan akhirnya digantung.

    Takut digantung, Kapten Kidd akhirnya menanam harta karunnya dan meminta para eksekusionernya untuk memburu harta karun tersebut dan mengambilnya. Para eksekusioner tersebut sempat mendapat harta itu, tetapi Kapten Kidd tetap digantung dan dimasukkan ke dalam aspal, lalu digantung di atas Sungai Thames ketika Kerajaan Kerajaan Inggeris memberikan gaji yang lebih besar kepada eksekusioner Kapten Kidd.

    Harta karun itu kini berada di sebuah lokasi yang tidak diketahui, dengan sebuah peta ini yang menjadi petunjuknya:

     

    3. Emas Montezuma
    Zaman dahulu, para Aztec bermaharajalela di Mexico. Mereka membina kerajaan-kerajaan yang megah, dipenuhi dengan kekayaan dan kemakmuran. Hingga akhirnya para peneroka Sepanyol datang. Kerana keunikan warna kulit para orang Sepanyol ini, orang Aztec yang tidak tahu apa-apa menyembahnya.

    Namun, kerana ketamakan dari para orang Sepanyol, mereka mengambil alih istana Aztec, membunuh para raja-raja mereka termasuk Montezuma, seorang raja Aztec yang terkenal. Mereka juga melelehkan patung-patung emas milik Montezuma yang tersebar di Tenochtitlan, ibukota Aztec ketika itu.

    Hingga akhirnya, masyarakat Aztec merasa mereka telah dibohongi dan memburu para orang Sepanyol keluar dari Tenochtitlan. Malangnya, kerana mereka masih terus saja rakus, para peneroka Sepanyol tersebut terus cuba membawa emas yang berjaya mereka lelehkan. Malangnya, emas yang mereka cuba bawa terlalu berat, dan Tenochtitlan dikelilingi rawa. Para orang Sepanyol tersebut akhirnya terjebak dan tidak boleh keluar. Beberapa cuba, namun mati bersama emasnya di rawa yang mengelilingi Tenochtitlan.

     

    4. Telaga Oak Island
    Oak Island, sebuah pulau kecil di Nova Scotia, Kanada, adalah sebuah pulau yang tidak berpenghuni. Suatu hari di tahun 1775, seorang penebang kayu Daniel McGinnis sedang berjalan di pulau tersebut untuk mencari kayu ketika ia menemukan sebuah sumur.

    Sumur tersebut amat dalam, dan ia begitu yakin bahwa ada harta karun di dalamnya — logika menyatakan bahwa tidak ada orang yang tinggal disitu, untuk apa membangun sumur?

    Beberapa abad kemudian, pencari harta karun mulai mencari di sumur itu, dan hingga saat ini, masih belum dapat dipastikan apakah ada emas didalamnya — atau bahkan kedalaman sumur tersebut. Sumur Oak Island tetap menjadi misteri.

     

    5. Harta Karun NAZI
    Ketika perang dunia II, NAZI mempunyai sebuah rencana rahsia yang amat picik, iaitu cuba menghancurkan ekonomi Amerika dan Inggeris dengan cara membanjiri kedua-dua negara tersebut dengan mata wang palsu yang tidak berharga. Sebahagian dari rancangan ini termasuk … menghujani bandar-bandar Amerika dan Inggeris dengan wang palsu. Modal yang digunakan untuk operasi ini adalah karya-karya seni mahal dan emas rampasan dari negara Eropah lain.

    Operasinya disebut Operasi Bernhard. Namun, operasi ini terpaksa gagal ketika Amerika mematikan NAZI pada 1945. Tidak mahu kehilangan modal mereka, para NAZI terpaksa membawa karya-karya seni dan emas mereka, membungkusnya ke dalam plastik dan peti besi, lalu menceburkannya ke dalam tasik Toplitz.

    Tasik Toplitz ini begitu tinggi di atas pergunungan dan begitu dalam, hingga beberapa meter di bawah permukaannya, sudah tidak ada oksigen. Para pemburu harta karun juga harus melewati satu lagi: Austria. Austria adalah negara yang begitu sensitif terhadap kata “NAZI” hingga sesiapa yang mengucapkannya secara literal masuk penjara.

    Mereka juga harus melawan debu bawah air, pokok-pokok tumbang yang tenggelam ke dalam tasik, dan kapal mereka terus menerus diterpa badai salju, yang menyebabkan rosaknya peralatan navigasi mereka.

  • Pelombong Emas di Brazil

    Pelombong Emas di Brazil

    Serra Pelada gold mine in Brazil. Beribu pekerja lombong emas melombong emas untuk mendapat wang. Upah dibayar pada setiap hari. Jika rajin berkerja maka dapat upah lebih daripada biasa.

  • PESAWAT Bersalut EMAS Sultan BRUNEI

    PESAWAT Bersalut EMAS Sultan BRUNEI

    Baginda Sultan Brunei juga memiliki pesawat peribadi yang dilengkapi perabot dari EMAS.
    Sangat menarik ditatap mata namun, mengidamkan sesuatu yang ada ditangan orang lain akan meletakkan kita menjadi pengemis yang tidak miskin.

  • Hadiah Emas Untuk Isteri – Farid Kamil & Diana

    Hadiah Emas Untuk Isteri – Farid Kamil & Diana

    Pada majlis pernikahan Farid Kamil dan Diana Danielle, DD telah menerima mas kahwin sebanyak RM10,000 dan wang hantaran RM20,000 dalam bentuk pelaburan emas dari suami tercinta. Barang hantaran dari pihak lelaki pula sebanyak 5 dulang dan dibalas dengan 7 dulang dari pihak perempuan. Yang uniknya, motosikal mini jenama Kawasaki menjadi antara barang hantaran antara kedua-dua belah pihak. Jom kita tengok antara barang-barang hantaran Farid Kamil dan Diana Danielle. Enjoy!

    maybank gold emas

     

    Barang Hantaran Dari Pihak Perempuan

    Produk kecantikan Hugo Boss.

    Majalah Polo International

    Dompet

    Manisan, Bubble Gum. Kata Diana, Farid sangat suka kunyah bubble gum.

    Simbolik tanda hantaran sebuah motosikal mini.

    Kredit gambar: yanmieonline.com

    Barang Hantaran Dari Pihak Lelaki

    Cincin Tiffany & Co.

    Wang hantaran RM20,000 mengikut nilai pelaburan emas.

    Telekung & Al-Quran.

    Simbolik tanda hantaran motosikal mini Kawasaki KSR 110.

  • Kahwin: Gadis Cina Pakai Perhiasan Emas 5 Kg

    Kahwin: Gadis Cina Pakai Perhiasan Emas 5 Kg

    Seorang pengantin dari Fujian, China mengenakan perhiasan emas seberat 5kg ketika majlis pernikahannya pada 28 Oktober yang lalu. Gadis cantik yang dikenali sebagai Liu Cheng memakai perhiasan yang bernilai lebih RM1 Juta itu termasuk kalung, gelang, permata dan cincin diseluruh tubuhnya dan dibantu ibunya Lin Hu mengambil masa kira-kira 1 jam untuk memasangkan keseluruh tubuh anak gadisnya.

    “Saya sudah mengumpulkan perhiasan ini bertahun-tahun, Hal ini dilakukan untuk menunjukkan kami dari keluarga yang baik-baik.”, jelasnya.

    Saya ingin membuat hari ini begitu istimewa untuk anak saya” ujar Lin Hu

    Wedding Organizer (WO) mengatakan, emas dipandang sebagai tanda murah rezeki dan bernasib baik pada pernikahan serta menandakan keluarga pengantin wanita adalah berasal dari keluarga yang baik dan berada,