Tahukah Anda Air Laut Mengandungi Emas!
Tahukah Anda? Ketika manusia hanya mengetahui emas cuma boleh diperolehi daripada batuan yang kaya dengan unsur-unsur logam, ramai terlepas pandang tentang peluang yang satu ini.
Kajian yang dilakukan oleh ahli kimia Inggeris, S. Sonstadt, pada tahun 1872 mendapati emas bukan saja terdapat di daratan tetapi turut terkandung dalam limpahan air laut.
Dia menjadi orang pertama yang berjaya mengesan kewujudan emas dalam air laut. Persoalannya, berapa banyak sebenarnya emas yang terkandung di dalam air laut?
Menurut pakar, kepekatan emas di dalam air laut ialah sebanyak 0.00005 ppm (Parts per million) atau bahagian per juta. Jika keperkatan emas di dalam air laut sebanyak itu, bermakna kandungan emas dalam setiap satu liter air laut ialah 0.00005 miligram emas.
“Rahsia Kejayaan Emas Sebenar”
“Rahsia Kejayaan Emas Sebenar”
Jumlah tersebut dilihat memang sedikit tapi jika dihitung berapa banyak emas yang terkandung dalam satu kilometer padu air laut, jumlahnya sangat luar biasa!
Dianggarkan dalam satu kilometer padu air laut, terdapat 50,000 gram emas atau bersamaan 50 kilogram emas!
Nilai menguntungkan ini membuatkan banyak percubaan dilakukan untuk mengekstrak air laut menjadi emas.
Ahli kimia dari Jerman, Fritz Haber, merupakan antara orang yang memberi tumpuan terhadap perkara ini. Dia menghabiskan seluruh usahanya mengkaji dan mencipta teknik pengekstrakan yang berdaya maju.
Dia berharap usahanya akan berjaya dan berhasrat supaya emas tersebut akan digunakan untuk membayar hutang negaranya ketika pasca perang dunia kedua. Namun, usahanya gagal mencapai kejayaan.
Ramai pakar sependapat idea dan teori Sonstadt memang bagus tetapi mempunyai masalah dari segi praktikalnya. Sehingga ke hari ini, masih belum ada teknologi yang boleh digunakan untuk mengasingkan emas dari air laut.
Keadaan itu menyebabkan usaha untuk mengaut keuntungan daripada sumber paling berharga di bumi ini terbantut.
Sekiranya usaha itu mahu diteruskan dengan kapasiti teknologi yang ada ketika ini, saintis menjangkakan kerja-kerja memproses air laut dan menyaring emas akan memakan masa berpuluh-puluh tahun lamanya.
Sekiranya berjaya mengekstrak emas sekalipun, ianya tidak berbaloi dengan kos yang terpaksa dikeluarkan untuk menampung usaha tersebut. Mengekstrak emas tidaklah semudah mengasingkan garam dari air laut.
Garam merupakan satu-satunya mineral yang boleh di ekstrak dari lautan menerusi kaedah pengewapan. Malah, garam yang diasingkan dari satu mililiter kubik air laut hasilnya sangat banyak iaitu bersamaan 116,120 kilogram. Jumlah tersebut cukup untuk membekalkan garam ke seluruh dunia selama setahun.
Namun, keadaan ini sangat jauh berbeza dengan emas. Walaupun logam kuning itu ditemui dalam larutan air laut, kandungannya tidak sebanyak garam yang telah diekstrak. Jumlah kandungan emas dalam air laut juga bergantung kepada lokasi dimana ia dilombong.
Data yang dikumpulkan sejak tahun 1988 menunjukkan kepekatan emas paling tinggi dilaporkan telah datang dari sampel air laut yang di ambil dari Laut Bering yang merupakan sebahagian dari Lautan Pasifik.
Jumlah emas yang banyak dalam lautan itu dikaitkan dengan aliran sungai dari Alaska dan Siberia. Sungai-sungai di dua buah negara terbabit memang terkenal memiliki emas yang banyak dan dipercayai telah mengalir masuk ke Laut Bering.
Selain itu, emas turut dikesan di lautan Nome di Alaska, California, Austria, Laut Atlantik dan Laut Pasifik.
Kehadiran emas dalam air laut di sebahagian kawasan itu dipercayai terbentuk daripada bakteria. Bakteria seperti Chemosynthetic terbukti memiliki kebolehan dan sangat cekap menghasilkan emas, perak, tembaga, mineral dan logam berharga lain menerusi kaedah Akueus.
Dan ketika ini, manusia hanya menunggu teknologi yang benar-benar sesuai dan cekap untuk mengaut kekayaan daripada limpahan air laut itu.
sumber – sentiasapanas.com
_________________________________________________________________________________________
“Rahsia Kejayaan Emas Sebenar”
“Rahsia Kejayaan Emas Sebenar”
_________________________________________________________________________________________
perlukan TUNAI dengan segera . tukarkan EMAS anda kepada TUNAI
sedia membeli emas terpakai dengan harga yang tinggi. sedia membeli segala jenis emas 999.9, 999, 916, 875, 835, paun, 750, pandora 916, emas lama, emas patah, bengkok, surat pajak dan lain-lain lagi.
asalkan emas tulen. COD cheras / ke tempat anda.
whatsapp/sms/call 013-9720910 @ 017-8855788 Acikx Hargaemas + facebook
_________________________________________________________________________________________