Category: Diari

  • Pengaruh Harga Emas

    Pengaruh Harga Emas

    resiko-investasi-emas130707c

    Emas adalah wang sepanjang masa, diiktiraf atau tidak. Hakikatnya setiap kerajaan di dunia yang sentiasa cuba mengawal nilai wang kertas untuk mempengaruhi bekalan emas di pasaran. Emas adalah nilai sebenar dan kekal pada kuasa beli, tidak seperti AS $, Ringgit Malaysia, Rupiah atau mata wang kertas lain. Nilai Emas tidak ditentukan oleh mana-mana pemerintah dunia.

    Emas adalah nilai sebenar ditentukan oleh pasaran, tiada satu pun kerajaan di dunia yang dapat mengawal dan memberi kesan kepada harga emas dan serantau.

    Emas adalah wang di tengah-tengah krisis dunia. Kebanyakan orang memilih untuk membeli dan menyimpan emas untuk keperluan mereka.

    Emas juga digunakan sebagai unit standard berdasarkan sistem Bretton Woods. Simbol Gold berasaskan standard ISO adalah XAU. Saiz ketulenan emas dikenali sebagai karat atau 24 karat adalah paling tulen.

    Kali pertama kerajaan Amerika Syarikat menetapkan harga emas untuk $20,67 per troy auns ($664,56/kg), pada tahun 1934 meningkat kepada $35 per auns troy. Pada tahun 1961 di Amerika Syarikat dan Eropah membuat manipulasi harga di pasaran sehingga harga emas terus meningkat. Pada masa ini harga emas adalah dalam lingkungan $ 1500 per auns troy (sudah meningkat hampir 50x kali ganda).

    Pada tahun 2005 badan Majlis Emas Dunia menganggarkan bahawa bekalan emas di dunia mencapai 3859 tan.

    Emas adalah nilai taraf mata wang di Amerika Syarikat. Jadi boleh dikatakan emas adalah komoditi berharga kedua selepas minyak. Negara-negara yang paling sensitif kepada turun naik harga emas adalah AUD.

    Dalam era moden ini emas juga boleh dijual beli dalam talian melalui talian internet, supaya orang tidak mengganggu untuk menjual dan membeli emas. Dalam melakukan perdagangan emas dalam talian, anda tidak perlu pergi jauh untuk membeli atau menjual emas, kerana semua transaksi dilakukan pada satu skrin atau lebih dikenali sebagai platform dagangan dalam talian.

    Jadi dalam melakukan perdagangan emas dalam talian, anda tidak memegang emas fizikal, tetapi anda memegang emas anda dalam bentuk unit perdagangan. Jumlah emas yang anda ada, ditentukan daripada bilangan lot yang anda mampu milik.

    Perkembangan harga komoditi dan indeks semasa memberi kesan yang besar kepada pembangunan mata wang dalam perdagangan Forex. Kenaikkan dan kejatuhan harga emas dipengaruhi oleh kenaikan dan kejatuhan USD dan mata wang lain dan lain-lain faktor .

    artikel dari laman web Indonesia

    _________________________________________________________________________________________

    “Rahsia Kejayaan Emas Sebenar”“Rahsia Kejayaan Emas Sebenar”

    _________________________________________________________________________________________

    _________________________________________________________________________________________
    perlukan TUNAI dengan segera . tukarkan EMAS anda kepada TUNAI 
    sedia membeli emas terpakai dengan harga yang tinggi. sedia membeli segala jenis emas 999.9, 999, 916, 875, 835, paun, 750, pandora 916, emas lama, emas patah, bengkok, surat pajak dan lain-lain lagi.
    asalkan emas tulen. COD cheras / ke tempat anda.

    whatsapp/sms/call 013-9720910 @ 017-8855788 Acikx Hargaemas + facebook 
    _________________________________________________________________________________________

  • Kepentingan Emas

    Kepentingan Emas

    emas3

    Secara konsepnya, pelaburan emas adalah “Menyimpan Emas”, dengan melabur didalam emas, ia bermakna emas tersebut disimpan dan tidak diniagakan dimana-mana pasaran. Harga emas didunia yang naik dan turun secara moderate akan mengubah nilai emas saudara menjadi semakin tinggi. Ada banyak faktor naik turun emas di pasaran semasa dunia, lima antaranya;

    “Rahsia Kejayaan Emas Sebenar”“Rahsia Kejayaan Emas Sebenar”

    1. Harga pasaran dolar (USD) dan Pasaran Makroekonomik Dunia
    Kenaikan tekanan inflasi semasa, defisit dagangan menggunakan dollar dan pengelakan penggunaan matawang dollar dalam dagangan global akan menaikkan nilai emas.

    2. China, India dan Pasaran Asia.
    Dua negara yang mempunyai populasi terbesar didunia seperti China dan India turut mengubah landskap harga emas pasaran dunia. Memiliki emas di China baru sahaja dibenarkan pada tahun 2004, kemampuan rakyat China untuk memiliki emas semakin naik, permintaan emas menjadi lebih tinggi dan India, pembeli emas terbesar didunia pada masa kini, turut mengalami kenaikan permintaan untuk pelaburan emas disebabkan dagangan emas yang semakin ketat di Pasaran Dunia. Perkara yang berlaku di negara-negara ini contohnya Sukan Olimpik, Asia dan sebagainya turut mengubah harga pasaran emas semasa.

    3. Permintaan Bank Pusat Negara.
    Kelembapan jualan produk ekonomi dan jumlah hutang yang ditanggung menyebabkan banyak Bank Pusat setiap negara cuba membeli emas sebagai simpanan.

    4. Kekurangan Pengeluaran Emas di Lombong
    Hampir semua pengeluar emas utama didunia tidak mencapai target mereka dan kos pengeluaran serta pemprosesan yang semakin tinggi menyebabkan harga emas dunia semakin naik. Afrika Selatan sebagai negara pengeluar emas terbesar didunia turut mengalami penurunan dalam pengeluaran emas mereka.

    5. Permintaan Pelaburan.
    Ramai mula menyedari keperluan untuk melabur dan menyimpan emas didalam ekonomi sekarang menyebabkan permintaan untuk emas semakin tinggi dari sehari ke sehari.

    “Rahsia Kejayaan Emas Sebenar”“Rahsia Kejayaan Emas Sebenar”

    Semua diatas antara 5 faktor utama yang mempengaruhi harga emas di pasaran dunia, untuk anda di Malaysia, apakah bentuk pelaburan yang terbaik? Untuk anda yang baru ingin bermula didalam pelaburan emas, anda mungkin tertanya-tanya waktu yang sesuai untuk mula membeli?

    Mungkin info ini dapat membantu. Lihat ekonomi dunia, adakah harga Dollar semakin naik atau tidak? Jika Dollar jatuh harga emas akan naik, itu yang pertama.

    Yang kedua, apakah ada sebarang acara terbesar di Cina, India atau negara lain yang sinonim dengan Emas. Jika ada ia mungkin waktu terbaik anda beli sebelum event tersebut, Harga emas naik ketika Piala Dunia di Afrika Selatan, Olimpik di Beijing dan Sukan Komanwel di India baru-baru ini, adalah bukti event di negara-negara tersebut mempengaruhi harga emas dunia.

    Ketiga, apakah Landskap ekonomi sekarang, harga emas akan naik ketika ekonomi dalam keadaan jatuh, seperti kejatuhan ekonomi dunia, kejatuhan matawang dollar dan sebagainya, seeloknya anda beli ketika ekonomi bergerak perlahan.

    Keempat, berapakah pengeluaran emas semasa (banyakkan membaca dan research), jika pengeluaran emas di lombong semakin rendah, harga emas akan naik. dan yang terakhir? Sudah lamakah anda mendengar pelaburan emas? Apa yang kami tahu, pelaburan emas masih agak baru di negara kita, masih ramai yang tidak menyedari pentingnya melabur didalam emas. Jika ini kali pertama sampai ke telinga anda, maka jangan tunggu lagi untuk bermula. Lebih awal anda bertindak, lebih banyak keuntungan anda.

    Kadang-kadang ada yang bertanya kepada kami, apakah jenis emas terbaik untuk mereka beli? emas mempunyai banyak jenis, ada 24 karat, 22k, 18k, 14k dan bermacam lagi, kalau ditanya kami, jawapannya tentulah emas 24 karat, atau orang tua di kampung lebih senang memanggilnya emas sepuluh atau emas 999. Emas 916 pula, bukannya tidak elok, tetapi peratus susut nilainya lebih tinggi berbanding emas 999. Emas putih pula sama sekali harus dielakkan untuk dibeli. (bagi mereka yang berniat untuk menyimpan emas) kerana susut nilainya yang sangat tinggi malah ada banyak tempat emas putih tidak akan dinilai.

    Okey seterusnya, apakah bentuk emas yang sesuai untuk pelaburan, ada banyak pendapat mengatakan jongkong emas, dinar emas dan sebarang bentuk emas bukan perhiasan lebih sesuai untuk pelaburan. Itu pendapat mereka. Pada pendapat kami pula, emas perhiasan lebih sesuai untuk disimpan ketika ini. Ini kerana;

    Pertama: Apabila pelabur membeli emas jongkong, dinar dan sebagainya, pelabur akan cenderung untuk menjual apabila harga naik. Bila sahaja harga naik, pelabur mula ingin menjual jongkong-jongkong emas tersebut. Ini adalah kerana stigma yang bermain di fikiran kita sebagai Pelabur. Kita menyimpan emas untuk mendapatkan keuntungan segera, bukannya sebagai medium simpanan kekayaan.

    Kedua: Emas jongkong pula hampir tiada fungsi, hanya terbaring pegun dibilik pelabur, tidak boleh dipakai malah sukar dibawa kemana-mana, emas itu sendiri hilang kilauannya.. icon smile Pelaburan emas, apakah yang terbaik? . Berbeza dengan emas perhiasan, yang mana boleh dipakai, dibawa kemana-mana dan kilauannya cantik di leher isteri saudara-saudara semua. Jadi sebagai manusia, kita mungkin lebih cenderung untuk menyimpan sesuatu yang kita gunakan, berbanding suatu yang tidak digunakan.

    Ketiga: Zakat untuk emas bukan perhiasan akan dikenakan bagi simpanan emas melebihi 90gram, berbeza dengan emas perhiasan(hanya dikenakan zakat sekiranya memiliki lebih 900gram emas). Bermaksud, apabila saudara membeli pamp suisse 100g, automatik diwajibkan zakat keatas saudara. Mungkin banyak syarikat yang menawarkan pelaburan emas dengan jongkong, tetapi, cuba kita siasat susur galur syarikat tersebut, pemiliknya mungkin tidaktahu hal berkenaan zakat dan berkata jongkong emas adalah pelaburan terbaik. Adakah kita akan angguk2 sahaja?

    Keempat: Krisis yang melibatkan skim pelaburan Etika Emas beberapa ketika dulu, mengengkang jongkong/dinar daripada dipajak di Ar-Rahnu, ini sedikit sebanyak menghadkan pelabur dari mendapatkan wang apabila perlu kecuali menjual jongkong walaupun pada harga yang rendah. Emas perhiasan pula dengan mudah dapat dipajak dimana-mana.

    Kelima: Beberapa syarikat pelaburan emas, membeli balik emas jongkong saudara secara tidak tunai (cek) juga menghadkan saudara untuk mendapatkan tunai dengan segera. Emas sepatutnya boleh ditunaikan bila-bila masa sahaja. Ada juga agen syarikat tersebut enggan membeli pada harga semasa kerana jumlah keuntungannya yang sedikit.

    Lima diatas mungkin perkara yang patut pelabur baru pertimbangkan sebelum mula melabur. Okey kita berbalik kepada akaun pelaburan emas GIA Public Bank dan juga Maybank.

    Pelaburan menggunakan akaun pelaburan ini mungkin antara yang terbaik, kerana peratus susut nilainya yang rendah dan caj yang dikenakan juga tidak terlalu tinggi. Kekurangnya hanyalah kita tidak mendapat emas secara fizikal, kita hanya menambat wang kita pada nilai emas pergram dan minimum yang harus ada didalam akaun adalah 2g (~RM300) , berbeza dengan akaun simpanan biasa (RM10) . Mungkin itu antara sedikit kelemahannya. Apapun ia sangat menarik sebagai permulaan untuk pelabur baru dan juga yang mencari tempat security untuk simpanan mereka.

    sumber – internet

    _________________________________________________________________________________________

    “Rahsia Kejayaan Emas Sebenar”“Rahsia Kejayaan Emas Sebenar”

    _________________________________________________________________________________________

    _________________________________________________________________________________________
    perlukan TUNAI dengan segera . tukarkan EMAS anda kepada TUNAI 
    sedia membeli emas terpakai dengan harga yang tinggi. sedia membeli segala jenis emas 999.9, 999, 916, 875, 835, paun, 750, pandora 916, emas lama, emas patah, bengkok, surat pajak dan lain-lain lagi.
    asalkan emas tulen. COD cheras / ke tempat anda.

    whatsapp/sms/call 013-9720910 @ 017-8855788 Acikx Hargaemas + facebook 
    _________________________________________________________________________________________

  • Dinar Emas – Tun Dr. Mahathir Mohamad

    Dinar Emas – Tun Dr. Mahathir Mohamad

    PM3

    1. Ramai juga yang bertanya berkenaan Dinar Emas termasuk juga BBC yang mengadakan wawancara dengan saya baru-baru ini.

    2. Apa yang sudah jadi kenyataan yang tidak lagi dapat dinafi oleh negara-negara di dunia ialah sistem kewangan yang ada sekarang sudah gagal untuk diguna dalam ekonomi dan dagangan baik dalam negeri atau antarabangsa.

    3. Keputusan Bretton-Woods selepas Perang Dunia Kedua ialah semua matawang negara di dunia ditentukan nilainya mengikut nilai tukaran dengan matawang Amerika Syarikat.

    4. Tetapi di tentukan juga yang nilai Dolar Amerika ialah sebanyak 35 Dollar untuk satu ouns emas. Ini bermakna secara tidak langsung semua matawang dinilai mengikut sekian banyak emas.

    5. Di masa itu semua matawang adalah kukuh. Tetapi Britain, pada tahun 1966 telah turunkan nilai Pound British. Malaysia telah rugi banyak kerana simpanan (reserve) kita adalah dalam matawang Pound. Pada satu masa Pound yang bernilai Ringgit Malaysia 8.30 telah turun kepada Ringgit Malaysia 3.60.

    6. Kemudian Presiden Richard Nixon membuat keputusan bahawa Dollar Amerika tidak lagi terikat dengan emas. Amerika telah tolak apa yang dipanggil sebagai “Gold Standard”. Amerika juga memutuskan bahawa pasaran akan tentukan nilai Dolar Amerika.

    7. Tetapi negara-negara lain masih percaya akan kekuatan ekonomi Amerika dan meneruskan ikatan nilai matawang mereka dengan Dollar.

    8. Satu lagi keputusan dunia antarabangsa ialah nilai dagangan antarabangsa ditentukan dengan nilai Dollar Amerika dan bayaran juga dibuat dengan Dollar Amerika. Ini menyebabkan permintaan bagi Dollar Amerika menjadi kuat dan sekali gus menjamin nilai Dollar Amerika tidak jatuh walaupun tidak lagi diukur dengan sekian banyak emas.

    9. Pada satu masa dahulu bank besar dibenarkan mencetak dan mengeluarkan “Bank Notes” sebagai wang yang sah dipergunakan. Kemudian pemerintah mengambil alih pengeluaran matawang.

    10. Bank mengeluarkan pinjaman daripada modal dan deposit oleh pelanggan. Kadang-kadang jumlah pinjaman melebihi wang yang ada dalam bank. Tetapi ini dihadkan. Walaupun demikian pinjaman yang dikeluarkan kerap kali jauh lebih banyak dari had yang ditentukan.

    “Rahsia Kejayaan Emas Sebenar”“Rahsia Kejayaan Emas Sebenar”

    11. Apabila pendeposit mengeluarkan simpanan mereka beramai-ramai maka bank tidak mampu untuk membayar balik kepada pendeposit kerana semua wang telah diberi pinjam bahkan lebih daripada itu. Dalam keadaan ini bank mesti di selamatkan (bail-out) oleh Kerajaan.

    12. Melihat bahawa bank boleh mengeluarkan pinjaman hampir tanpa had (unlimited) maka penyangak pun merancang untuk guna duit bank yang tidak terhad ini untuk meraih keuntungan atas angin. Maka berlakulah dagangan matawang, pinjaman kepada peminjam yang keupayaan membayar tidak terjamin, penjualan pinjaman yang dikeluarkan oleh bank kepada syarikat insurans dan syarikat gadaian (mortgage company) dan lain-lain. Jumlah semua transaksi ini amat besar, bernilai berbilion dolar. Apabila ramai peminjam tidak dapat bayar hutang atau servis hutang, maka mereka yang membeli pinjaman bank dapati mereka akan rugi berbilion dolar.

    13. Dan banyak lagilah penyalahgunaan sistem bank Barat yang dilakukan. Demikian Amerika dengan kekayaannya yang besar sekalipun tidak dapat menampung berbilion dolar kerugian oleh bank, syarikat, insuran, syarikat mortgage, hedge funds, merchant dan investment bank dan lain-lain.

    14. Sesungguhnya sistem bank dan matawang Barat sudah gagal. Dunia harus kaji untuk menggantinya dengan sistem lain termasuk perbankan Islam dan dagangan dengan matawang khusus seperti Dinar Emas.

    15. Tidak seperti duit kertas emas tetap mempunyai nilai dimana-mana dalam dunia. Dinar Emas dicadang hanya untuk menyelesaikan bayaran dagangan antarabangsa.

    16. Apakah ada cukup emas dalam dunia untuk dijadikan wang antrabangsa? Sudah tentu tidak.

    17. Tetapi kita tidak perlu bayar dengan dinar emas sepenuhnya. Memadai jika kita bayar cuma lebihan antara import-eksport antara dua buah negara.

    18. Jika sebuah negara mengeksport 100 juta Dinar kepada sebuah negara lain dan negara itu pula mengeksport kepada negara pertama barangan atau khidmat yang bernilai 110 juta Dinar, maka bayaran yang harus dibuat oleh Bank Negara negara yang pertama hanyalah 10 juta Dinar emas. Jika tidak ada Dinar Emas yang mencukupi maka bayaran boleh dibuat kemudian dengan eksport bernilai 10 juta Dinar.

    19. Kita bukan sahaja boleh ada dagangan antara dua buah negara tetapi antara beberapa buah negara. Sebenarnya bank-bank mengguna cara ini untuk menyelesaikan bayaran cheque kepada beberapa bank yang telah terima dan mengeluarkan bayaran berasas kepada cheque lain-lain bank.

    20. Sudah tentu akan ada banyak masalah pada permulaan. Tetapi pakar-pakar boleh cari jalan untuk selesaikan atau atasi kelemahan sistem Dinar Emas ini.

    21. Bank Negara Malaysia pernah runding dengan sebuah negara lain dan penggunaan Dinar Emas memang boleh dilaksanakan. Tetapi entah kenapa Bank Negara Malaysia tidak dapat menjayakan sistem ini.

    Artikel tahun 2009
    sumber – internet

    _________________________________________________________________________________________

    “Rahsia Kejayaan Emas Sebenar”“Rahsia Kejayaan Emas Sebenar”

    _________________________________________________________________________________________

    _________________________________________________________________________________________
    perlukan TUNAI dengan segera . tukarkan EMAS anda kepada TUNAI 
    sedia membeli emas terpakai dengan harga yang tinggi. sedia membeli segala jenis emas 999.9, 999, 916, 875, 835, paun, 750, pandora 916, emas lama, emas patah, bengkok, surat pajak dan lain-lain lagi.
    asalkan emas tulen. COD cheras / ke tempat anda.

    whatsapp/sms/call 013-9720910 @ 017-8855788 Acikx Hargaemas + facebook 
    _________________________________________________________________________________________

  • Penggunaan Dinar Emas

    Penggunaan Dinar Emas

    dinar modifycontoh Dinar Kelantan.

    1. Dinar Sebagai Penyimpan Kekayaan.

    Masyarakat di seluruh dunia mengiktiraf emas sebagai simbol kekayaan, kekuasaan dan kecantikan. Emas mempunyai nilai intrinsiknya yang tersendiri dan nilainya tidak mungkin menjadi sifar.

    Selain itu, sifatnya yang cantik, sukar ditemui dan unik menyebabkan manusia menghargai emas.

    Sejarah membuktikan bahawa emas merupakan penyimpan nilai terunggul apabila wang kertas mengalami kemerosotan nilai.

    Dengan menyimpan sebahagian daripada aset anda di dalam bentuk emas, anda mempunyai insurans untuk melindungi kekayaan anda.

    2. Untuk Membayar Zakat.

    Sejak awal lagi, zakat dibayar menggunakan dinar dan dirham. Pembayaran zakat tidak pernah menggunakan wang kertas sehinggalah kejatuhan kerajaan Uthmaniyah.

    Ini kerana zakat perlu dibayar menggunakan aset yang nyata, di dalam Bahasa Arab dipanggil “ain”. Zakat tidak boleh dibayar dengan janji untuk membayar (atau hutang, di dalam bahasa Arab dipanggil “dayn”.

    Dinar dan dirham adalah termasuk dalam kategori ‘ain’ manakala wang kertas pula termasuk di dalam kategori ‘dayn’.

    Wang kertas dipanggil ‘fulus’ kerana ia hanya mewakili wang dan ia tidak mempunyai nilai sebagai barangan.

    Oleh yang demikian, adalah penting bagi umat Islam untuk beralih kepada dinar dan dirham sebagai medium pembayaran zakat.

    3. Untuk Membayar Mas Kahwin.

    Mas kahwin ialah dibayar oleh seorang suami kepada bakal isterinya. Ianya dibayar kepada isteri sebagai tanda menghormatinya dan juga menunjukkan kesungguhan mengahwininya seta tidak sewenang-wenangnya memasuki kontrak perkahwinan tanpa rasa tanggungjawab di pihaknya.

    Di Malaysia misalnya, salah seorang artis popular yang menggunakan dinar sebagai mas kahwin ialah M Nasir ketika berkahwin dengan Marlia Musa. Mas kahwin mereka ialah 13 dinar.

    4. Dinar Sebagai Hadiah.

    Memandangkan emas mempunyai sifat cantik, sukar diperoleh dan mempunyai nilai intrinsiknya yang tersendiri, ia amat sesuai diberikan sebagai hadiah. Ini kerana emas begitu dihargai oleh manusia. Sebab itu kita boleh lihat generasi tua mewariskan barangan kemas kepada generasi muda, contohnya subang, rantai, gelang cincin dan sebagainya.

    5. Sebagai Medium Pertukaran Yang Sah Bagi Urusan Jual Beli.

    Emas ialah wang yang terunggul. Kenapa? Kerana ia memenuhi ciri-ciri sebagai wang. Ianya sukar diperoleh, cantik, mudah dibahagikan, mudah dibawa, diterima oleh seluruh manusia dan tidak boleh dimusnahkan.

    Sejak 3000 tahun emas telah digunakan sebagai wang oleh manusia (syiling emas pertama ditempa di Lydia kira-kira 700 tahun SM). Fungsi emas yang utama telah dikenal pasti sebagai medium pertukaran yang unggul. Sejarah wang kertas dan logam murah yang tidak disandarkan kepada emas dan perak cuma bermula kira-kira 40 tahun (1970 sehingga sekarang)

    sumber : www.publicdinar.com

    _________________________________________________________________________________________

    “Rahsia Kejayaan Emas Sebenar”“Rahsia Kejayaan Emas Sebenar”

    _________________________________________________________________________________________

    _________________________________________________________________________________________
    perlukan TUNAI dengan segera . tukarkan EMAS anda kepada TUNAI 
    sedia membeli emas terpakai dengan harga yang tinggi. sedia membeli segala jenis emas 999.9, 999, 916, 875, 835, paun, 750, pandora 916, emas lama, emas patah, bengkok, surat pajak dan lain-lain lagi.
    asalkan emas tulen. COD cheras / ke tempat anda.

    whatsapp/sms/call 013-9720910 @ 017-8855788 Acikx Hargaemas + facebook 
    _________________________________________________________________________________________

  • Penurunan Nilai Mata Wang Ringgit

    Penurunan Nilai Mata Wang Ringgit

    BullishSentiment-1024x768

    Fenomena kejatuhan nilai Ringgit Malaysia (MYR) berbanding Dollar Amerika Syarikat (USD) secara berterusan semenjak nilai tinggi terakhirnya pada bulan Ogos 2014 (3.1463) telah menimbulkan keresahan kepada ramai pihak. Ringgit telah mengalami kejatuhan drastik dalam tempoh dua hari dengan kejatuhan sebanyak 2.4% pada tarikh 1 Disember 2014 (3.3465 menjadi 3.4300). Penurunan nilai Ringit ini merupakan yang terteruk berbanding semasa krisis ekonomi Asia 1997 sebelum ini. Semasa penulisan ini sedang dibuat, kadar tukaran nilai Ringgit berbanding Dollar adalah 3.6231 (28 Januari 2013).

    Pelbagai persoalan timbul sebagai reaksi kepada situasi ini. Apakah yang menjadi punca penyusutan nilai matawang negara kita berbanding USD? Adakah ianya memberikan impak negatif kepada kehidupan kita? Adakah krisis ini berpanjangan?

    Penulisan ini akan membantu pembaca untuk memahami faktor yang menjadi pemain utama disebalik kenaikan/penurunan matawang dunia, kesannya kepada kesihatan ekonomi negara dan bagaimanakah jalan terbaik untuk kita menghadapinya pada kapasiti sebagai seorang mahasiswa.

    “Rahsia Kejayaan Emas Sebenar”

    Sejarah Penggunaan Wang Kertas

    Sebelum kita memasuki perbincangan ini dengan lebih mendalam, sebaiknya kita telusuri sejarah penggunaan wang kertas terlebih dahulu.

    Kita biasa menggambarkan bahawa wang yang digunakan oleh masyarakat silam adalah syiling emas mahupun perak sebagaimana yang sering disajikan di dalam filem dan penulisan klasik. Begitu juga jika kita mengamati sirah Nabi Muhammad s.a.w mahupun al-Quran dan himpunan hadith, kita tidak akan terlepas daripada membaca berkenaan penggunaan dinar (emas) dan dirham (perak) di dalam urus niaga ketika zaman tersebut. Persoalannya disini, bilakah bermulanya penggunaan wang kertas?

    Penggunaan emas dan perak telah digunakan secara meluas dan diterima pakai sebagai mata wang hampir di seluruh dunia berikutan nilai yang tersimpan di dalam logam berharga itu sendiri. Ibn Khaldun di dalam Muqaddimah turut menukilkan berkenaan penggunaan emas dan perak sebagai medium perantaraan jual beli dan penyimpan nilai usaha dan kekayaan manusia:

    “Allah telah menciptakan dua jenis logam, iaitu emas dan perak sebagai ukuran nilai bagi semua pengumpulan modal. Penduduk dunia menganggapnya sebagai harta dan kekayaan. Meskipun apabila berada dalam keadaan-keadaan tertentu, barang-barang lain dikehendaki, ia tidak lain daripada mencapai tujuan yang pada matlamatnya adalah untuk memperoleh emas dan perak. Semua barangan lain terdedah kepada turun naik harga pasaran, sementara emas dan perak adalah terkecuali. Emas dan perak menjadi dasar keuntungan, harta dan kekayaan.”

    Walaubagaimanapun, emas dan perak mempunyai kelemahan yang ketara iaitu kesukaran untuk membawanya di dalam kuantiti yang banyak dan wujud kebimbangan terhadap jaminan sekuritinya semasa di dalam perjalanan yang jauh. Perkembangan ekonomi dan aktiviti perdagangan yang menuntut kepada penggunaan wang dalam nilai yang besar telah membawa kepada inovasi penciptaan wang kertas. Pada permulaan penggunaannya, ‘wang kertas’ tersebut tidak dikira sebagai mata wang. Ianya hanya sebagai dokumen bukti atau resit bagi mewakili nilai emas atau perak yang dimiliki oleh pendeposit. ‘Wang kertas’ dihasilkan oleh individu atau institusi yang diamanahkan untuk menjaga emas dan perak tersebut.

    Penggunaan wang kertas mula dikesan pengamalannya di China pada seawal abad ke-7 masihi. Manakala, negara barat pula mula menggunakannya sekitar 1000 tahun selepasnya dan penghasilan wang kertas di dunia Islam pula hanya bermula pada tahun 1850 semasa pentadbiran Khilafah Turki Uthmaniyyah.

    Seperti yang dinyatakan sebelum ini, masyarakat dunia umumnya menerima emas dan perak sebagai duit. Penggunaan wang kertas pada mula pengenalannya tidaklah sepenuhnya menenggelamkan peranan emas dan perak. Wang kertas hanya mewakili simpanan emas atau perak dan boleh dituntut di bank dengan menukarkannya. Ketika itu, nilaian mata wang diikat dengan emas (gold-standard).

    Akan tetapi, peredaran masa telah membawa kepada dominasi penggunaan wang kertas berbanding syiling emas atau perak itu sendiri. Keyakinan pengguna terhadap keupayaan saling-tukaran wang kertas dengan emas atau perak telah dikhianati oleh bank apabila penghasilan duit kertas telah melebihi simpanan emas sepertimana yang pernah terjadi pada tahun 1759 di England.

    England merupakan antara negara pertama yang meleraikan ikatan mata wangnya daripada emas pada tahun 1931 lanjutan daripada krisis ekonomi yang melanda dunia barat (Great Depression). Pada tahun 1944, konferens Bretton Wood dianjurkan sebagai medium perbincangan untuk mengstrukturkan semula polisi kewangan dunia pasca perang dunia kedua. Hasilnya, mata wang dollar kemudiannya secara tidak langsung telah memainkan peranan sebagai mata wang dunia. Semua mata wang telah diikat dengan dollar, manakala dollar pula diikat kepada emas dengan kadar nilai 1 dollar bersamaan 35 oz emas.

    Percetakan dollar yang melangkaui nilai rizab emas yang dimiliki oleh Amerika Syarikat (AS) pasca perang Vietnam telah mendorong AS untuk mengakhiri ikatan mata wangnya dengan emas secara persetujuan sehala (uni-lateral) pada tahun 1971. Sejak daripada itu, mata wang di seluruh dunia tidak lagi didokong nilai komoditi berharga. Tindakan presiden Nixon pada tahun 1971 itu telah membuka lebaran sejarah yang baharu di dalam sejarah pengamalan kewangan global iaitu dengan bermulanya zaman penggunaan wang fiat. Dinamakan fiat kerana merujuk kepada sifat wang itu yang tidak disandarkan nilainya pada apa-apa komoditi melainkan hanya anggapan semata-mata.

    Sejak nilai mata wang telah diapungkan nilainya bergantung kepada kondisi pasaran, ianya mudah terdedah kepada risiko spekulasi dan ketidakstabilan. Perlaksanaan sistem Fractional Reserve yang menjadi asas kepada penghasilan wang kertas pula telah membawa implikasi yang lebih teruk apabila ianya menjadi faktor utama kepada inflasi.

    “Rahsia Kejayaan Emas Sebenar”

    Kenapa Nilai Mata Wang Sesebuah Negara Jatuh/Meningkat?

    Untuk memahami punca jatuh naik (appreciate/depreciate) sesuatu nilai mata wang, sewajarnya kita memahami terlebih dahulu konsep permintaan-pembekalan (demand-supply).

    Mata wang diniagakan dalam pasaran tukaran mata wang asing (Foreign Exchange Market) dan turun naik nilainya bergantung pada tahap permintaan dan jumlahnya yang berada di dalam pasaran. Secara asasnya, semakin tinggi permintaan terhadap sesuatu mata wang, maka nilainya akan meningkat. Manakala, jika pemintaan terhadap sesuatu mata wang menurun atau ramai menjualnya sehingga berlaku lebihan di dalam pasaran, maka nilainya akan jatuh.

    Apakah yang menyebabkan berlakunya peningkatan dan penurunan permintaan?

    Faktor peningkatan:

    1. Perkembangan sektor eksport
    Untuk mengimport barangan daripada sesebuah negara, perlu menggunakan mata wang negara tersebut. Negara yang produknya kompetitif di dalam persaingan eksport, nilai mata wangnya kukuh kerana permintaan terhadap mata wangnya tinggi.

    2. Kadar bunga (interest) tinggi
    Kadar bunga yang tinggi yang ditetapkan oleh bank negara menjadi tarikan kepada pelabur asing untuk menyimpan di dalam negara tersebut. Secara tidak langsung akan mengembangkan permintaan terhadap mata wangnya.

    3. Peningkatan permintaan di dalam pasaran tukaran mata wang asing
    Apabila sesuatu mata wang dijangka nilainya akan meningkat, biasanya akan membawa kepada pembelian mata wang negara tersebut oleh pemain pasaran dan seterusnya melonjakkan nilainya.

    4. Kemasukan pelabur asing
    Negara yang dilihat menjadi destinasi yang menarik untuk perlaburan, akan membawa kemasukan pelabur luar ke dalam negara (capital inflow). Mereka perlu membeli mata wang negara tersebut untuk terlibat di dalam perlaburan di negara tersebut.

    5. Campur tangan bank negara
    Terdapat negara yang sengaja merendahkan mata wangnya seperti yang dilakukan oleh China. Bank pusatnya akan membeli bon terbitan AS supaya mata wangnya akan menjadi lebih rendah daripada dollar. Tindakan ini dibuat supaya barangan lokalnya mampu kekal lebih murah dan mampu mengekalkan momentum persaingan di dalam pasaran eksport.

    6. Kadar pengangguran rendah dan peningkatan pendapatan rakyat
    Kadar pengangguran yang rendah dan tahap pendapatan rakyat yang tinggi meningkatkan permintaan wang di dalam pasaran domestik seterusnya meningkatkan nilai mata wang negara tersebut.

    Faktor penurunan:

    1. Kadar bunga yang rendah
    Kadar bunga yang rendah akan mengurangkan tarikan yang ada untuk pelabur luar menyimpan di dalam sesuatu negara.

    2. Peningkatan inflasi
    Inflasi yang tinggi akan mengurangkan kuasa beli yang dimiliki oleh pengguna di dalam sesebuah negara, seterusnya merencatkan pertumbuhan ekonomi negara. Kesannya, ekonomi negara tersebut di nilai sebagai lemah dan tidak stabil oleh pelabur asing.

    3. Aktiviti spekulator
    Tindakan spekulator di dalam pasaran tukaran mata wang asing menjual mata wang sesebuah negara dalam jumlah yang besar berupaya menyebabkan kekacauan dan ketakutan di kalangan pasaran saham.

    4. Campur tangan kerajaan
    Sepertimana yang pernah dilakukan oleh AS melalui tindakan Quantitative Easing. AS membeli bon terbitan negaranya sendiri dan secara tidak langsung mengwujudkan impresi permintaan yang tinggi terhadap dollar.

    “Rahsia Kejayaan Emas Sebenar”

    Faktor Kejatuhan Nilai Ringgit

    Setelah kita memahami punca naik dan turunnya mata wang sesebuah negara, kita akan lebih mudah untuk mengenal pasti punca penguncupan nilai mata wang negara kita.

    1. Penurunan ketara harga minyak dunia
    Mutakhir ini, harga minyak menah dunia telah mencatatkan sejarah apabila mencecah serendah 48 USD/setong pada 19 Januari yang lalu. Penurunan harga hampir 50% daripada harga tahun lalu yang setinggi USD100-115/setong telah menjejaskan pendapatan Malaysia yang merupakan negara pengeksport minyak mentah.

    Penghasilan minyak dunia yang meningkat disebabkan oleh kemajuan teknologi AS yang berupaya menghasilkan shale oil dan kelembapan ekonomi yang dialami oleh negara penyumbang utama ekonomi dunia seperti China dan Jepun telah mengurangkan permintaan terhadap minyak seterusnya menjadi faktor kejatuhan harga minyak dunia.

    Keputusan Organisasi Negara-negara Pengeksport Minyak (OPEC) yang diwakili oleh Saudi di dalam kenyataan media sebelum ini bahawa mereka tidak akan mengurangkan penghasilan minyak untuk mengembalikan semula harga asal minyak telah memberikan ramalan bahawa harga minyak mentah akan kekal pada kadar yang rendah.

    30% daripada pendapatan Malaysia adalah datang daripada sektor minyak. Di dalam Bajet 2015, diunjurkan bahawa sektor ini bakal menyumbang sejumlah RM 82 billion atau 11.1% daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

    Akan tetapi apabila berlaku kejatuhan harga minyak dunia secara drastik sebegini, Malaysia dijangka akan mengalami kehilangan pendapatan sebanyak RM 25 billion. Kelompongan pada pendapatan negara ini tidak dapat ditampung sepenuhnya oleh lebihan yang dinikmati melalui penghapusan subsidi petrol sebanyak RM 18 billion.

    Kebimbangan timbul terhadap status Imbangan Akaun Semasa negara (trade account/current account). Akaun semasa adalah jumlah baki perdagangan (jumlah eksport – jumlah import barangan dan perkhidmatan). Penguncupan lebihan pada akaun semasa (import lebih daripada eksport) akan menunjukkan marginal surplus yang makin mengecil. Dibimbangi sekiranya pendapatan melalui aktiviti eksport minyak mentah kita terjejas akan membawa kepada defisit pada akaun semasa seterusnya menjerumuskan Malaysia ke dalam masalah deficit berkembar (twin-deficit).

    Ketidakstabilan ini mengurangkan keyakinan dan tarikan terhadap pelabur luar.

    2. Polisi dan urustadbir kewangan kerajaan
    Sebelum daripada berlakunya kejatuhan harga minyak mentah dunia, ramai penganalisa ekonomi sudah menjangkakan akan berlaku penurunan nilai mata wang Ringgit Malaysia kerana polisi kewangan yang dilihat tidak fleksibel dan kurang mesra pelabur berbanding negara membangun yang menjadi pesaing kepada Malaysia seperti Indonesia dan India.

    Malaysia kini dilihat sebagai prospek yang berisiko kepada pelabur; takat hutang awam yang tinggi, peningkatan hutang asing dan penguncupan marginal lebihan akaun semasa telah menjadi antara faktornya.

    Pegangan hutang oleh pelabur asing mewakili 45% daripada hutang negara telah meletakkan negara Malaysia berada di dalam posisi yang membimbangkan. Ini berbeza dengan Indonesia yang hanya mempunyai 32.5% sahaja hutangnya daripada luar, begitu juga India dengan hanya serendah 2 %.

    3. Kekukuhan dollar Amerika Syarikat (USD)
    Semenjak daripada tahun lepas, AS telah meningkatkan kadar faedahnya. Menyebabkan berlakunya kemasukan modal (capital inflow) ke dalam negaranya seterusnya mengukuhkan kedudukan USD itu sendiri.

    Apakah Langkah Yang Diambil Oleh Kerajaan?

    Perdana Menteri kita, Y.A.B Dato’ Seri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak telah mengumumkan kondisi semasa ekonomi Malaysia dan tindakan susulan kerajaan dalam menghadapi kemelut ekonomi ini. Sikap positif dan optimis yang ditunjukkan oleh beliau dalam menanggapi isu ini adalah sesuatu yang saya anggapkan adalah untuk mengelak timbulnya kebimbangan yang melampau di kalangan rakyat dan juga untuk mengelakkan daripada berlakunya krisis keyakinan terhadap kendalian kerajaan. Sikap ini penting supaya, rakyat akan sederap langkah dengan yakin bersama kerajaan dalam mengembleng kudrat memulihkan ekonomi negara kita.

    Untuk memudahkan pemahaman pembaca, suka untuk saya rumuskan pelan tindakan kerajaan kepada beberapa isi:

    1. Mengembangkan pasaran eksport dan perlancongan
    Nilai mata wang yang rendah telah membuka peluang kepada negara kita untuk bersaing di dalam pasaran eksport kerana produk kita menjadi lebih murah berbanding negara yang stabil nilai mata wangnya. Kerajaan telah menyusun beberapa tindakan untuk memastikan perolehan daripada eksport meningkat seterusnya memastikan Imbangan Akaun Semasa kita sentiasa positif.

    Antaranya seperti membantu perusahaan kecil dan sederhana (SME) untuk menerokai pasaran luar dengan mempromosikannya kepada 46 buah negara. Begitu juga meningkatkan kualiti dan capaian tahan logistik dan pengangkutan bagi tujuan perdagangan.

    Kerajaan juga, bagi merancakkan kemasukan modal daripada luar telah menyusun beberapa pelan untuk mempromosi sektor perlancongan negara kita. Antaranya seperti menghapuskan caj permohonan visa kepada pelancong luar.

    2. Mengurangkan kebergantungan terhadap barangan import
    Barangan import akan menjadi lebih mahal di kala kejatuhan nilai mata wang negara seperti sekarang. Kebergantungan yang tinggi kepada barangan import akan membawa kepada inflasi dan membawa kepada risiko defisit –bekembar.

    Justeru, kerajaan telah menyusun beberapa tindakan seperti mempromosi secara aktif perkhidmatan gantian-import seperti perkhidmatan perkapalan, pelabuhan, pendidikan dan profesional. Begitu juga menggalakkan pembelian barangan tempatan di kalangan rakyat dan meningkatkan kekerapan dan memanjangkan tempoh jualan mega di seluruh Malaysia.

    3. Meneruskan pengstrukturan semula pendapatan dan mengkaji perbelanjaan negara
    Bagi meningkatkan keyakinan pelabur asing terhadap negara, kerajaan komited untuk mengukuhkan kestabilan ekonomi negara melalui mempelbagaikan sumber kewangan dan mengurangkan kebergantungan kepada hasil minyak dengan meneruskan perlaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan yang dijadualkan bermula pada 1 April 2015 ini.

    Kerajaan juga akan menghentikan sementara Program Latihan Khidmat Negara yang akan membawa kepada penjimatan sebanyak RM 400 juta. Seterusnya, mensasarkan penjimatan sebanyak RM 1.6 billion melalui mengoptimumkan pengurangan perbelanjaan ke atas bekalan dan perkhidmatan, penganjuran majlis dan mesyuarat serta perkhidmatan profesional.

    Kerajaan juga akan mengkaji semula pemberian dan geran kepada Badan Berkanun Persekutuan, GLC serta Tabung Amanah Kerajaan, terutamanya yang mempunyai aliran pendapatan yang konsisten dan rizab yang tinggi. Langkah ini dijangka memberi penjimatan sebanyak 3.2 bilion ringgit. Kerajaan juga akan menjadualkan semula pembelian aset tidak kritikal terutamanya peralatan pejabat, perisian dan kenderaan yang mampu memberi penjimatan sebanyak 300 juta ringgit

    Kerajaan tidak mengambil tindakan menghentikan projek mega dan memotong kebanyakan perbelanjaan (austerity) dan menggalakkan rakyat berbelanja melalui penganjuran jualan mega dilihat adalah untuk memastikan kitaran ekonomi terus berjalan dan mengelakkan kelembapan ekonomi disebabkan oleh perlahannya kitaran duit dalam negara.

    Bank Negara Malaysia (BNM) juga tidak mengambil keputusan untuk meningkatkan kadar bunganya seperti mana negara yang lain kerana ianya akan membebankan rakyat. Persoalan yang paling utama perlu diamati dan dijawab di dalam menanggapi isu kejatuhan mata wang ini adalah, “Adakah perlu untuk naikkan semula nilai mata wang atau fokus kepada kestabilan ekonomi?”.

    Alternatif: Ekonomi Islam?

    Akhir tinta, saya percaya ramai yang ingin mengetahui apakah jawapan di sebalik kekalutan dan kekusutan yang ditimbulkan oleh sistem ekonomi konvensional ini. Jika ditanya pada saya, saya sentiasa optimis bahawa jawapannya adalah dengan kembali kepada Islam.

    Jika kita renungi semula sejarah peradaban manusia, kita akan mendapati kerosakan sistem ekonomi pada hari ini adalah berpunca daripada tangan-tangan manusia yang melepaskan diri daripada kerangka wahyu. Sebagai contoh, kita lihat pada sistem kewangan itu sendiri. Bermula daripada peperangan sesama sendiri yang memaksa negara-negara mencetak lebih banyak wang sehingga terpaksa meleraikan ikatan nilai mata wangnya dengan emas. Seterusnya, pengamalan sistem penghasilan wang (Fractional Reserve System) yang berasaskan kepada riba dan sifat matawang tanpa sokongan sebarang komoditi, telah membawa kita ke dunia yang tidak henti dengan sindrom inflasi. Semua ini terjadi kerana kita membelakangi panduan yang digariskan oleh Nabi Muhammad s.a.w.

    Walaubagaimanapun, kita perlu menerima hakikat bahawa kita sudah berada di dalam krisis ini. Sebaiknya bagi kita yang mendokong penerapan nafas Islam dalam segenap kehidupan termasuk di dalam urusan kenegaraan dan urus tadbir ekonomi hendaklah memikirkan jalan keluar dan alternative kepada permasalahan yang dihadapi sekarang.

    Adakah kita perlu memperjuangkan sistem Full-reserve sepertimana yang diperjuangkan oleh ahli ekonomi daripada sekolah aliran Austria? Adakah kita perlu mengikat kembali wang kertas dengan komoditi yang bernilai? Bagaimana pula caranya untuk mengembangkan kredit dan apakah regulasi yang kita akan guna pakai?

    Ingin saya tinggalkan kepada kalian banyak lagi persoalan, tetapi cukuplah sekadar yang diatas dahulu sebagai permulaan.

    Penutup

    Kejatuhan nilai Ringgit Malaysia memberikan kesan yang ketara kepada kita selaku mahasiswa yang menuntut di luar negara. Jumlah wang saku yang dilihat mengecil, bebanan untuk membayar yuran pengajian semakin memberat, simpanan menggunakan ringgit menyusut kuasa belinya dan pelbagai lagi yang dirasai oleh kita di sini.

    Pesanan saya, jika kita mempunyai masalah kewangan disebabkan oleh sumber pendapatan yang tidak menentu, laksanakanlah tiga perkara:

    1. Berniaga
    Di Mesir, pasarannya sangat luas untuk diterokai peluang meraih pendapatan. Jumlah pelajar yang mencecah ribuan orang memberi makna bahawa terdapat berbagai keperluan dan kehendak yang wujud. Sama ada terhadap barangan mahupun perkhidmatan.

    Saya sering memberitahu rakan saya bahawa “kemalasan orang adalah peluang untuk kita.” Maka manfaatkanlah kemahiran dan pengetahuan yang kalian miliki. Tetapi pastikan bahawa pekerjaan tersebut selari dengan syariat dan tidak sehingga menganggu pelajaran.

    2. Melabur
    Jika tidak mampu berniaga kerana kesuntukan masa, maka melaburlah dengan wang yang anda ada. Anda boleh membantu rakan yang ingin berniaga tetapi tidak mempunyai modal melalui konsep Mudharabah, atau anda boleh bekerja bersama-sama dengan berkongsi modal melalui konsep Musyarakah.

    Ingat, jangan terperangkap di dalam janji manis skim cepat kaya.

    3. Berjimat dan memulakan simpanan
    Setelah memperolehi wang, berjimatlah. Pastikan anda tahu kemana setiap sen yang anda belanjakan. Kurangkan perbelanjaan yang tidak perlu. Sentiasa amati perkembangan nilai mata wang, tukarkan simpanan anda ke mata wang yang lebih kukuh atau aset yang dijangka dapat mengekalkan nilainya setelah peredaran masa.

    Sekian.

    tok ilman
    tok-ilman.blogspot.com

    _________________________________________________________________________________________

    “Rahsia Kejayaan Emas Sebenar”

    “Rahsia Kejayaan Emas Sebenar”

    _________________________________________________________________________________________

    _________________________________________________________________________________________
    perlukan TUNAI dengan segera . tukarkan EMAS anda kepada TUNAI 
    sedia membeli emas terpakai dengan harga yang tinggi. sedia membeli segala jenis emas 999.9, 999, 916, 875, 835, paun, 750, pandora 916, emas lama, emas patah, bengkok, surat pajak dan lain-lain lagi.
    asalkan emas tulen. COD cheras / ke tempat anda.

    whatsapp/sms/call 013-9720910 @ 017-8855788 Acikx Hargaemas + facebook 
    _________________________________________________________________________________________

  • Warga emas simpan 226kg syiling di bank

    Warga emas simpan 226kg syiling di bank

    pennies-4

    SLATON – TEXAS. Selepas 65 tahun memenuhkan tabung syiling, seorang warga emas berusia 81 tahun akhirnya membuat keputusan untuk menyimpan wang syilingnya di Bank Prosperity di Slaton, baru-baru ini.

    Ira Keys, berasal dari Slaton dikatakan membawa timbunan wang syiling 1 sen yang mencecah berat sehingga 226 kilogram ke bank.

    Memetik laporan daripada portal berita Metro.co.uk, dia menyimpan wang syiling tersebut sejak berusia 17 tahun selepas mendengar nasihat daripada orang tuanya.

    penny20n-1-web

    “Saya berhenti belanjakan wang syiling pada tahun 1952 setelah mengikut nasihat bapa. Bapa saya pernah berpesan, apa pun yang kita lakukan, kita perlu menyimpan wang yang kita ada.

    “Pada masa itu saya tidak mempunyai banyak wang, jadi saya simpan sahaja wang syiling yang saya ada dan masih mengamalkan tabiat tersebut sehingga sekarang,” katanya seperti yang dipetik menerusi laporan tersebut.

    Difahamkan, pegawai bank terpaksa mengambil masa sehingga satu jam untuk memproses penyimpanan wang warga emas itu.

    Keys mengumpul sehingga $816 (RM2952.62) ketika usianya mencecah 80 tahun. -sinarharian

    _________________________________________________________________________________________

    “Rahsia Kejayaan Emas Sebenar”

    “Rahsia Kejayaan Emas Sebenar”

    _________________________________________________________________________________________

    _________________________________________________________________________________________
    perlukan TUNAI dengan segera . tukarkan EMAS anda kepada TUNAI 
    sedia membeli emas terpakai dengan harga yang tinggi. sedia membeli segala jenis emas 999.9, 999, 916, 875, 835, paun, 750, pandora 916, emas lama, emas patah, bengkok, surat pajak dan lain-lain lagi.
    asalkan emas tulen. COD cheras / ke tempat anda.

    whatsapp/sms/call 013-9720910 @ 017-8855788 Acikx Hargaemas + facebook 
    _________________________________________________________________________________________

  • Harga Emas di Malaysia naik 20% dalam tempoh sebulan

    Harga Emas di Malaysia naik 20% dalam tempoh sebulan

    033343300_1409472316-harga-emas-naik-140831-2

    Harga emas di Malaysia telah melonjak melebihi 20% dalam tempoh tak sampai sebulan.

    Kalau ikutkan chart di bawah, harga tertinggi yang pernah dicatat adalah pada tahun 2011 iaitu pada harga RM181/gram kemudian terus merudum ke paras RM124/gram.

    rm

    Dalam tempoh yang sama, harga emas di US jatuh dari $1,889/auns ke paras $1,140/auns.

    usd

    Ketika catatan ini ditulis, harga emas di Malaysia ialah RM150/gram manakala di US ialah $1290 seauns.

    Itu bermakna harga emas di Malaysia telah melonjak sebanyak RM26/gram (20%) dari paras terendah sedangkan di US hanya melonjak sebanyak $150/auns (13%).

    Yang demikian adalah kerana nilai ringgit yang semakin lemah menyebabkan nilai emas di Malaysia lebih berharga berbanding dengan ringgit. Dengan kata lain, pelabur di Malaysia cenderung untuk menukar aset mereka daripada tunai kepada emas kerana nilai ringgit yang menyusut yang mengakibatkan permintaan kepada emas di Malaysia menjadi lebih tinggi.

    Oleh yang demikian, pelabur emas di Malaysia bukan sekadar perlu peka dengan harga emas yang didagang di US tetapi juga perlu peka dengan kadar tukaran USD/MYR.

    Setakat hari ini, harga emas KFH adalah seperti berikut:

    kuwait

    Ini bermaksud kos melabur dengan KFH adalah sebanyak 5.5%.

    Sekian .

    inifikrahku.blogspot.com

    _________________________________________________________________________________________

    “Rahsia Kejayaan Emas Sebenar”

    “Rahsia Kejayaan Emas Sebenar”

    _________________________________________________________________________________________

    _________________________________________________________________________________________
    perlukan TUNAI dengan segera . tukarkan EMAS anda kepada TUNAI 
    sedia membeli emas terpakai dengan harga yang tinggi. sedia membeli segala jenis emas 999.9, 999, 916, 875, 835, paun, 750, pandora 916, emas lama, emas patah, bengkok, surat pajak dan lain-lain lagi.
    asalkan emas tulen. COD cheras / ke tempat anda.

    whatsapp/sms/call 013-9720910 @ 017-8855788 Acikx Hargaemas + facebook 
    _________________________________________________________________________________________

  • Tips Cara Mengira Susut Nilai Emas

    272472_254872411190827_205920982752637_1133581_6098333_o

    Apa Yang Perlu Anda Tahu:
    Sekiranya anda nak trade-in @ cash kan emas anda, perkara paling penting yang harus anda tahu:-

    • Jumlah berat emas anda (Supaya bila kedai timbang anda boleh pastikan timbangan tu betul)
    • Harga semasa @ harga jual kedai yang anda nak trade-in /jual emas anda
    • Berapa susutnilai yg dikenakan. (Sila tanya kedai..penting nanti anda boleh kira betul @ tak nilainya)
    • Kalau ada resit pembelian terdahulu lagi bagus. (Sbb ada detail jenis emas & berat emas yg anda beli dulu).

    “Rahsia Kejayaan Emas Sebenar”

    “Rahsia Kejayaan Emas Sebenar”

    Macam Mana Nak Kira??
    Mudah sahaja!! Okey andaikan berat emas anda 20 gram ye.
    Berat emas : 20 gram
    Jenis emas : 916
    Harga jual semasa kedai : RM 195/gram (Retail price pd Oktober 2012)
    Susutnilai kedai : 20% ( depend pd kedai susutnilai setiap kedai ada yg berbeza)

    Dengan info yg kita ada di atas, apalagi..anda tekanlah juga kalkulator kat kedai tu, dan kira sama tak value yg anda kira dgn kedai kira. Ok jom kita kira..saya buat contoh dgn dua harga semasa yg berbeza.

    Kedai A : Harga jual RM 195 & Susut Nilai 20%
    Nilai Emas semasa =(20grm x RM 195) = RM 3900
    Jumlah susut nilai = (20grm x RM 195) x 20% =RM 780
    Nilai Emas Anda = 3900 – 780 = RM 3120 (Inilah nilai emas anda)

    Kedai B : Harga jual RM 175 & Susut Nilai 15%
    Nilai Emas semasa =(20grm x RM 175) = RM 3500
    Jumlah susut nilai = (20grm x RM 175) x 15% =RM525
    Nilai Emas Anda = 3500 – 525 = RM 2975 (Inilah nilai emas anda)
    **biasanya kadar susut nilai tradein 15~25% dan cash 30~35%..sila rujuk kedai

    Penting Untuk Anda!!!
    Berdasarkan pengiraan di atas, anda mesti lagi teruja dgn harga yang ditawarkan oleh kedai A kan. Nanti dulu..penting untuk anda tahu…bila anda bercadang nak trade-in emas anda jangan sekadar tengok nilai RM yang ditawarkan tapi..YG PENTING berapa jumlah gram emas baru yang anda dapat nanti. Anda sepatutnya pilih kedai yg dapat menawarkan jumlah gram tertinggi pada anda. Kalau saya..saya pilih kedai B. Macam mana pula nak kira..berapa jumlah gram emas baru yang sepatutnya anda boleh dapat??

    Berapa Gram Emas Baru Anda Boleh Dapat
    Berdasarkan pengiraan saya, selepas ditolak jumlah susutnilai, Nilai emas anda di kedai A, RM3120 manakala kedai B, RM2975. Ok jom kira berapa gram emas baru yg anda boleh dapat sekiranya anda tak bercadang nak tambah ape2 duit lagi. Andaikan emas baru yang anda pilih kos upah nya adalah RM100. Kos upah ini anda perlu tolak dari nilai emas terlebih dahulu utk mendapatkan jumlah gram emas baru anda.

    Kedai A–> RM3120 dan Harga Jual RM 195
    Nilai setelah tolak kos upah- 3120-100 = 3020
    Jumlah gram emas baru = 3020/195 = 15.49 gram (Nilai emas bahagi dgn harga jual kedai)

    Kedai B–> RM2975 dan Harga Jual RM 175
    Nilai setelah tolak kos upah- 2975-100 =2875
    Jumlah gram emas baru = 2875/175 = 16.43 gram (Nilai emas bahagi dgn harga jual kedai)

    Bagaimana??
    Anda faham tak maksud saya. Pertamanya..emas anda yg 20 grm tu..dah susut beberapa gram la kan. Keduanya, wlwpun nilai emas di kedai B lebih rendah berbanding kedai A, tapi kedai B anda boleh dapat jumlah gram yg lebih banyak dari kedai A..betul tak?. Ketiga..kos upah juga memainkan peranan dlm menentukan jumlah gram anda. Kos upah sesuatu kedai adalah berbeza. Kadang2 design sama tapi kos upah ada yg mahal ada yg murah. Lg murah kos upah..lagi byk jumlah gram emas baru yg anda boleh dapat. Kalu kos upah lg mahal..maka sikit la jumlah gram yg anda dapat sebab nilai emas tu nak cover kos upah emas yg baru tu..betul tak.

    “Rahsia Kejayaan Emas Sebenar”

    “Rahsia Kejayaan Emas Sebenar”

    Bagaimana kalau emas baru anda lagi berat gramnya?
    Katakan emas baru yg anda pilih lagi berat dari jumlah gram yg sepatutnya anda dapat, berapa pula nilai yg anda kena top up? Jom kira..andaikan emas baru yang anda pilih beratnya 19 gram dan kos upah RM 100

    Kedai A–> RM3120 dan Harga Jual RM 195
    Nilai Emas Baru – (19grm x 195)+ 100 = RM3805
    Jumlah Nilai kena Topup – 3805-3120 = RM685

    Kedai B–> RM2975 dan Harga Jual RM 175
    Nilai Emas Baru – (19grm x 175)+ 100 = RM3425
    Jumlah Nilai kena Topup – 3425-2975 = RM450

    Macam mana? Faham…maknanya anda kena byr lebih utk gram yang sama di kedai A berbanding kedai B sebab harga jual semasa di kedai A adalah tinggi dari harga kedai B.

    Macam mana pula kalau nak tukar dengan cash
    Kalau anda berhasrat nak cash kan emas anda…biasanya susut nilai yg dikenakan adalah tinggi berbanding susut nilai trade in…kenapa?? Saya pun tak tau kenapa kedai buat rules camtu. Cara nak kira sama je macam nak kira nilai susut nilai dekat entri Part 1 cuma tukar peratus susut nilai tu je. Bagi saya kalau anda nak cash kan emas anda survey la dulu pada mana2 tempat @ individu yg boleh offer harga tertinggi utk emas anda

    Kesimpulan
    Pendapat 10 sen saya..kalau anda bercadang nak tukar emas lama anda pada yang baru, anda harus ingat..jangan pandang nilai dalam RM saje ye..tapi berapa gram emas baru yang anda boleh dapat @ anda kena lihat berapa gram emas lama anda tu hilang. Kalau rajin cari la tempat yg offer susut nilai yg terendah. Sama juga kalau nak cash kan emas anda..cari lah plak yg offer harga tertinggi tapi kalau anda bercadang nak tambah gram emas anda…cari lah yang boleh offer harga terendah…pilihan di tangan anda..so..renung2kan dan selamat beramal…okehyy..

    duniaemaskini.blogspot.com

    _________________________________________________________________________________________

    “Rahsia Kejayaan Emas Sebenar”

    “Rahsia Kejayaan Emas Sebenar”

    _________________________________________________________________________________________

    _________________________________________________________________________________________
    perlukan TUNAI dengan segera . tukarkan EMAS anda kepada TUNAI 
    sedia membeli emas terpakai dengan harga yang tinggi. sedia membeli segala jenis emas 999.9, 999, 916, 875, 835, paun, 750, pandora 916, emas lama, emas patah, bengkok, surat pajak dan lain-lain lagi.
    asalkan emas tulen. COD cheras / ke tempat anda.

    whatsapp/sms/call 013-9720910 @ 017-8855788 Acikx Hargaemas + facebook 
    _________________________________________________________________________________________

    “Rahsia Kejayaan Emas Sebenar”

    “Rahsia Kejayaan Emas Sebenar”

  • 5 Fakta Menarik Tentang Emas

    5 Fakta Menarik Tentang Emas

    bullion

    Emas adalah di antara unsur-unsur logam yang hampir disukai oleh semua orang. Bukan sahaja ia kelihatan baik, tetapi juga ramai yang simpan sebagai simbol status. Bersinar dan bergemerlapan berkilau di mata mereka setiap kali melihatnya. Keinginan untuk memiliki seberapa banyak yang mungkin tertanam dalam hati kita. Emas mempunyai beberapa fakta menarik yang jarang diketahui oleh semua. Malah, emas mempunyai banyak aspek yang unik kepada mereka yang memilikinya. Banyak maklumat yang terlepas pandang, tetapi apabila anda mencarinya, ia sebenarnya membuktikannya untuk menjadi sangat menarik.

    5 Fakta Menarik Tentang Emas

    1. Pada hari ini, emas dianggap sebagai sumber utama kekayaan. Ia juga dikenali sebagai wang di dunia sebenar. Walau bagaimanapun, tidak mempunyai banyak emas. Semua emas yang pernah boleh dilombong dikira untuk dimuatkan ke dalam sebuah bangunan kecil, yang akan menjadi kiub 56 kaki. Pengeluaran tahunan emas dari semua negara dengan mudah akan dimuatkan ke dalam kiub yang 14 inci, yang tidak lebih besar daripada saiz ruang tamu biasa. Gambarkan ini dalam minda anda, jika rakyat sesebuah negara mahu membeli satu auns emas, ia akan mengambil bekalan tahunan untuk 200 tahun akan datang.

    2. Bolehkah anda memberitahu di mana stok penimbal terbesar emas dan berapa besar? Stok penimbal terbesar emas sebenarnya lima tingkat di bawah tanah di New York, selamat disimpan dalam peti besi Bank Rizab Persekutuan. Ini membentuk 25% daripada rizab emas dunia, yang bersamaan dengan 540,000 bar emas. Walau bagaimanapun, kebanyakkan emas ini milik kerajaan asing.

    3. Sejak rekod telah dikekalkan, ia adalah diketahui bahawa sehingga kini 142,000 tan emas yang telah dilombong. Biarlah kita menganggap bahawa harga emas satu auns buat masa ini ialah $1000. Jumlah emas yang telah dilombong sehingga hari ini adalah bersamaan dengan $4.5 trilion. Amerika Syarikat sendiri mempunyai deposit lebih daripada $7.6 trilion membayangkan bahawa kembali kepada piawaian emas tidak akan dilaksanakan. Sebagai satu laporan ramai sarjana kembali kepada piawaian emas sudah pasti tidak dilaksanakan, hujah-hujah oleh beberapa piawai emas wujud mengatakan bahawa kembali kepada sistem piawaian emas akan menurunkan risiko inflasi besar dan mengekang kuasa kerajaan.

    4. Setiap elemen diberikan simbol kimia dan juga dipaparkan dalam jadual berkala. Simbol yang diberikan kepada emas Au, yang mempunyai asal dari perkataan Latin aurum, yang bermaksud ” bersinar” dan dari Aurora juga yang adalah dewi Rom subuh. Rom mula mengeluarkan duit syiling yang dipanggil aureus dan solidus yang lebih kecil yang dipanggil.

    5. Tamadun Mesir adalah di kalangan orang-orang tamadun, dan emas daripada tuhan-tuhan mereka. Mereka mempercayai emas daripada tuhan-tuhan mereka, khususnya dari dewa matahari Ra. Oleh itu, emas hanya tersedia untuk firaun sahaja.

    _________________________________________________________________________________________

    “Rahsia Kejayaan Emas Sebenar”

    “Rahsia Kejayaan Emas Sebenar”

    _________________________________________________________________________________________


    _________________________________________________________________________________________


    _________________________________________________________________________________________


    _________________________________________________________________________________________


    _________________________________________________________________________________________

    _________________________________________________________________________________________
    perlukan TUNAI dengan segera . tukarkan EMAS anda kepada TUNAI 
    sedia membeli emas terpakai dengan harga yang tinggi. sedia membeli segala jenis emas 999.9, 999, 916, 875, 835, paun, 750, pandora 916, emas lama, emas patah, bengkok, surat pajak dan lain-lain lagi.
    asalkan emas tulen. COD cheras / ke tempat anda.

    whatsapp/sms/call 013-9720910 @ 017-8855788 Acikx Hargaemas + facebook 
    _________________________________________________________________________________________

  • Menjual Barang Kemas yang tidak diingini

    Menjual Barang Kemas yang tidak diingini

    10923556_703113576473144_355274053752850024_n

    Belajar cara untuk menjual emas yang tidak diingini adalah di dalam fikiran ramai orang. Ramai di antara kita yang tidak mempunyai pekerjaan ingin mendapatkan wang tambahan dengan cepat. Jika anda adalah salah satu kategori ini, anda perlu memastikan bahawa anda akan mendapat lebih banyak wang untuk emas anda jika anda membuat keputusan untuk menjual barang kemas yang tidak diingini atau patah.

    “Rahsia Kejayaan Emas Sebenar”

    “Rahsia Kejayaan Emas Sebenar”

    Salah satu perkara paling penting yang anda boleh lakukan untuk mendapatkan wang dengan menjual emas/barang kemas anda , anda seharusnya mempertimbangkan semua pilihan yang ditawarkan. Apabila anda fikirkan untuk menjual barang kemas pada keuntungan yang cepat, ramai orang berfikir untuk menjual di kedai pajak. Pemegang Pajak Gadai boleh menawarkan emas anda kepada wang tunai, tetapi pada umumnya tidak boleh menawarkan wang yang banyak untuk barang kemas anda.

    Perkara seterusnya yang perlu dipertimbangkan ialah kategori emas anda mahu menjual. Jika anda mempunyai barang kemas yang menarik atau buatan tangan, yang mempunyai banyak nilai jelas sebagai simbol kualiti, maka anda mungkin perlu pergi ke kedai emas untuk menjualnya. Jika anda ingin menjual perhiasan emas atau anting-anting emas, anda boleh pergi ke kedai emas tetapi ia tidak mempunyai nilai yang tinggi. Ini kerana, mereka pada dasarnya tidak mempunyai kepentingan dalam jualan semula item. Berikut adalah perkara penting yang anda perlu memahami untuk belajar menjual perhiasan emas yang tidak diingini. Jelas sekali, ia tidak mempunyai nilai yang tinggi, hanya mempunyai harga yang lebih, apabila ia telah dicairkan.

    Perkara seterusnya yang anda perlu pertimbangkan adalah jenis emas yang anda hendak jual. Jika anda mempunyai barang kemas yang cantik, barang kemas buatan tangan, yang banyak nilai kualiti yang tinggi, maka mungkin anda ingin menjualnya pada harga yang tinggi. Jika anda telah mempunyai kepingan perhiasan emas yang tidak diguna pakai, emas lama, emas patah, bengkok, surat pajak dan lain-lain lagi, anda boleh melawat laman web www.hargaemas.com.my @ Harga Emas Malaysia @ + facebook Acikx Hargaemas untuk mendapatkan maklumat lanjut cara untuk mendapatkan harga tinggi untuk emas anda.

    10955985_709341835850318_976624473_n

    Sekarang anda mempunyai idea tentang nilai emas yang patah atau tidak diingini untuk menjual dan mendapatkan wang sebanyak mungkin?

    Pernahkah anda mendengar pembeli emas secara online?

    10943456_709341855850316_908622611_n

    Terdapat banyak pembeli emas yang anda lihat melalu laman sesawang setiap hari. Akan tetapi, anda harus melakukan urusan menjual emas kepada pihak yang berwibawa dan boleh dipercayai. Anda juga boleh melakukan penyemakan dengan Biro Perniagaan sekiranya mempunyai sebaran pertanyaan. Sekiranya anda mempunyai kepercayaan yang baik dan tepat, barulah boleh melakukan urusan menjual emas dengan yakin. Kadang kala pembeli emas melalui laman sesawang akan mengaut keuntungan yang tinggi. Anda mempunyai peluang dengan membuat sedikit kajian untuk mengurangkan pengantara dan memaksimumkan keuntungan mereka. Tunai bagi emas memberikan gambaran tentang kajian dan lebih hampir kepada pembeli diiktiraf sebagai panduan menjual emas.

    _________________________________________________________________________________________
    perlukan TUNAI dengan segera . tukarkan EMAS anda kepada TUNAI 
    sedia membeli emas terpakai dengan harga yang tinggi. sedia membeli segala jenis emas 999.9, 999, 916, 875, 835, paun, 750, pandora 916, emas lama, emas patah, bengkok, surat pajak dan lain-lain lagi.
    asalkan emas tulen. COD cheras / ke tempat anda.

    whatsapp/sms/call 013-9720910 @ 017-8855788 Acikx Hargaemas + facebook 
    _________________________________________________________________________________________

    “Rahsia Kejayaan Emas Sebenar”

    “Rahsia Kejayaan Emas Sebenar”

    _________________________________________________________________________________________