Category: Diari

  • Jual Emas Untuk Teruskan Hidup

    Jual Emas Untuk Teruskan Hidup

    DI SEBUAH kedai barang kemas Damsyik, seorang pelanggan ternganga mulut apabila mendengar harga yang ditawar untuk sebentuk cincin emas miliknya hanya bernilai AS$100 (RM306).

    “Tidak boleh dapatkan harga yang lebih baik?” dia bertanya dengan malu-malu sebelum menerima perjanjian itu.

    Hampir 20 bulan konflik berterusan, ramai penduduk Syria kini terpaksa berhempas-pulas mencari sumber kewangan. Ramai yang terpaksa menjual barang-kemas yang diwarisi daripada nenek moyang mereka.

    Bagi mereka yang hilang mata pencarian akibat daripada penutupan atau pemusnahan tempat kerja, menjual emas ialah keputusan yang terpaksa dibuat dan satu-satunya pilihan yang ada demi mengisi perut ahli keluarga yang lain.

    Bagi golongan kaya, logam berharga itu merupakan benteng pertahanan terhadap kejatuhan pound Syria.

    Dibuang kerja

    Menurut anggota Dewan Perdagangan Damsyik, Sonia Khanji, 30 peratus daripada perusahaan kecil dan sederhana di negara itu kini ditutup dan kira-kira satu perempat daripada tenaga kerja telah dibuang kerja.

    Transaksi penjualan emas terus berlaku di Hariqa yang terletak di tengah-tengah ibu kota. Seorang wanita muda sedang tawar menawar untuk harga sebentuk cincin besar yang diwarisi daripada neneknya.

    “Saya akan beli cincin itu dengan harga 55,000 pound Syria (RM2,387) setelah anda membuat keputusan muktamad untuk menjualnya,” kata seorang bakal pembeli.

    Wanita itu terus berlalu pergi kerana yakin tawaran yang diberikan itu terlalu rendah.

    “Dia akan kembali. Dia kelihatan seperti memerlukan wang tunai,” kata lelaki itu yakin.

    Masyarakat Syria mula sedar inflasi yang berlaku mengurangkan kuasa beli mereka sebanyak satu pertiga sejak pemberontakan menentang rejim Presiden Bashar al-Assad tercetus pada Mac 2011.

    Masa yang diperlukan untuk menstabilkan mata wang dan harga barangan dalam negara itu terlalu lama.

    Damsyik menyalahkan masalah ekonomi negara berlaku gara-gara sekatan yang dikenakan oleh Eropah dan Amerika Syarikat.

    Menurut seorang tukang emas, Bassil Mdari, disebabkan peristiwa berdarah yang terjadi, mata wang Syria hilang separuh nilainya berbanding dolar Amerika.

    “Permintaan untuk barang-kemas telah menurun dengan ketara dalam tempoh dua tahun yang lalu sejak kenaikan harga emas di pasaran dunia sekali gus melemahkan pound Syria,” katanya.

    Hari ini, mereka yang masih mempunyai pendapatan tetap meletakkan kepercayaan dalam pelaburan emas.

    Tambah Mdari, mereka hanya berdiam diri sepanjang tempoh pergolakan yang panjang.

    “Mereka lebih suka membeli barang perhiasan emas sebagai suatu pelaburan dan bukannya perhiasan diri,” katanya.

    Seorang lagi tukang emas, Michel berkata, rakyat telah hilang kepercayaan dalam mata wang nasional.

    “Apabila sekatan ekonomi baharu diumumkan, saya dapati ramai orang kaya membeli emas. Mereka percaya bahawa logam kuning ini menjamin keselamatan pada masa hadapan,” katanya.

    Jaminan masa depan

    Ahli profesional industri Damsyik bersetuju bahawa emas menyediakan satu bentuk tabungan yang terjamin dalam tempoh ketidaktentuan politik dan ekonomi.

    Seorang tukang emas di pusat bandar Damsyik, Hisham berkata, mereka akan menyimpan wang dalam bentuk emas yang dibeli.

    “Mereka akan memilih untuk membeli emas sebagai kaedah menyimpan wang simpanan. Mereka takut akan nilai dolar Amerika yang semakin meningkat dan kejatuhan pound Syria.

    “Emas juga lebih mudah untuk dibawa jika kita perlu meninggalkan tempat itu dengan kadar segera,” katanya.

    Beliau mengakui bahawa kebanyakan pelabur emas terdiri daripada orang kelas atasan dan pertengahan, seperti di kebanyakan negara di dunia.

    Kerajaan harian Al-Thawra memberitahu, kenaikan harga emas tidak menunjukkan tanda-tanda surut. Pada minggu lalu sahaja, nilai pasaran emas naik sebanyak 265 pound Syria (RM11.50).

    Memetik kata, Persatuan Ketua Tempatan Barang Kemas, Georges Sarji berkata, emas berada di landasan yang betul untuk mencapai tahap baharu.

    Beliau menyalahkan kenaikan harga yang disebabkan oleh peningkatan pasaran antarabangsa. Namun begitu, beliau tetap menegaskan bahawa pasaran jualan bertambah baik walaupun pada hakikatnya penduduk Syria masih lagi terpaksa menjual barangan emas mereka.

    Menurut Sarji, lebih daripada 100 paun (lebih 45 kilogram) emas kini dijual setiap hari di Damsyik.

    Harga satu aun emas pada penghujung minggu berada pada harga AS$1,739.04 (RM5,328) di pasaran antarabangsa.

    – KOSMO

  • Jongkong Emas Bernilai £197 Billion Beratnya 4,600 Tan

    Jongkong Emas Bernilai £197 Billion Beratnya 4,600 Tan

    Boleh dilihat tapi jangan dipegang! Beginilah banyaknya jongkong emas ‘the forgotten gold’ yang tersimpan secara rahsia di bawah lantai Bank of England di LONDON yang jarang sekali dapat dilihat oleh umum.

     

    Profesor kimia, Martyn Poliakoff dari Universiti Nottingham telah diberikan kebenaran serta akses ke tempat simpanan emas ini untuk tujuan dokumentari di lokasi sebenar yang tidak dinyatakan secara terperinci atas sebab-sebab keselamatan. Setiap satu rak yang dipamerkan seperti kedai coklat ini beratnya satu tan benilai £35 juta.

     

     

     

     

    – http://rezabtanahmelayu.blogspot.com

  • Pelaburan silver dan promosi dirham Public gold

    Pelaburan silver dan promosi dirham Public gold

    dirham emas public gold

    Public gold memperkenalkan produk baru untuk pelaburan silver, iaitu untuk  syiling perak 10 dirham, tiada lagi produk seperti dirham dikeluarkan oleh pesaing T&T, berkenaan dengan pelaburan silver, kami jelas tidak begitu fokus kepada silver walaupun ia berharga, tetapi apa yang hendak dibuat dengan menyimpan 10 ketul perak di rumah, demand mungkin tinggi pada masa sekarang, tetapi masalah akan wujud sekiranya syarikat pembekal bertukar dan tidak lagi membeli perak, dimana hendak jual, bukan kerja mudah untuk mencari mereka yang membeli perak pada setiap masa, perak juga tidak boleh dipajak. walaupun dulu ada beberapa pihak sedang berusaha untuk membuka kedai pajak silver, tetapi cerita itu dah lama dan sudah lapuk. Jutawan terkenal Warren Buffet pernah membuka pusat pelaburan silver tetapi berakhir selepas 8 tahun (1997 -2005)

    Perak atau silver adalah salah satu logam berharga, nisbah antara perak dan emas sejak dahulu dikira dengan 12 atau 15 dirham bersamaan 1 dinar, dahulu silver digunakan untuk membeli barang-barang yang kecil yang kurang bernilai  contohnya seperti beras, gandum, ubat dan etc, ia digunakan sebagai minor matawang untuk emas. Sejak penggunaan wang kertas, ratio silver jatuh mendadak, kini nisbah antara silver berbanding emas dikira 47 dirham bersamaan 1 dinar.

    Bagaimanapun despite semua perkara diatas, kami melihat masa depan silver sangat cerah, oleh kerana lebih 40% dari penggunaan silver adalah untuk pembuatan elektronik, ( silver adalah logam yang mempunyai kerintangan terendah berbanding logam2 industri yang lain), jadi jika teknologi sekarang terus berkembang, harga silver akan meningkat berganda-ganda untuk mengejar ratio lama dengan emas. Contoh cerita: Warren Buffet pada 1997 mungkin melihat penggunaan teknologi bakal berkembang pada 1997, dan membeli sehingga 4000 metric tan, tetapi ketika itu teknologi tidak  sepantas sekarang dan berlaku kejatuhan ekonomi dunia , beliau mungkin nampak lebih awal dari kita tetapi waktu yang dipilih tidak kena.

    Harga silver naik meletup bermula 2005 dan pada 2007 iaitu ketika Iphone diperkenalkan kepada dunia, harga silver meningkat berganda-ganda, pada 2008 harga di silver naik 3 kali ganda dari usd7/onz kepada usd22/onz dalam tempoh masa 3 tahun sahaja. Disebabkan itu tempat pelaburan silver paling popular (ETF fund) disebut iShares. Kini apabila teknologi mobile, komputer, elektronik berkembang setiap saat harga silver sudah mencecah usd49/onz pada 2011.

    Jadi selain dari masalah diatas, kami melihat selain dari pelaburan yang selamat seperti emas, pelabur boleh mencuba pelaburan perak. Walaupun volatilitinya tinggi, tetapi keuntungannya berganda berbanding emas. In term of ur life security, silver lebih selamat berbanding emas. Not a big deal to make ur house wall with silver, no one will steal it in the mean time.

     

     

     

  • Selamat Bercuti, harga emas naik dan 24 April

    Selamat Bercuti, harga emas naik dan 24 April

    emas diraja malaysia
    Alhamdulilah, harga emas naik kembali hari ini, jika ditanya pendapat kami harga emas hari ini naik agak laju, bermula jam 9 pagi harga emas dah start dengan index 6200 (hari isnin 6175), dan pagi ini telah mencecah 6245 (usd1660), kerap kali hari ini kami mengubah index emas, biasanya x kerap, cuma sedikit je terkilan kerana ada pembeli yang bijak lock harga semalam (rugi juga sbnrnya, tp apa bleh buat, adat berniaga)..Kenaikan kali ini sememangnya faktor india, demand emas meningkat dan harga yang slma ini perlahan menjadi laju, kali terakhir kami rasa laju begini pada september 2011 (yup masa harga paling tinggi pernah dicecah). Selain faktor india, esok pasaran-pasaran saham eropah akan dibuka slps cuti easter dan dijangka harga emas akan mantain dlm keadaan seperti ni sehingga hujung minggu.

    Forbes menyebut emas kini matawang utama nombor 4 dunia selepas dollar, euro dan yen, wow, maksudnya satu dunia kini menumpu kepada emas, bukan kami dan anda sahaja. Despite harga emas jatuh minggu lepas, beberapa pengambil alihan lombong emas antara syarikat gergasi berlaku (pls google), bg kami ini signal syarkat perlombongan sendiri yakin untuk meningkatkan pengeluaran emas mereka.

    saya menulis 24 april, why? im not talking about bersih seriously, kerana pada 24 april, di india, mereka akan meraikan golden day, iaitu akhsaya tritiya festival, I dont know much bout dat festival, but notice they said ‘golden’, yeah, definitely mean gold rite.. Ada beberapa pendapat sepanjang minggu ini sehingga 24 April permintaan untuk emas tidak akan berkurang, dijangka harga akan terus meningkat

    Sebelum itu kami ada terbaca satu blog, wujud persoalan, kenapa baru sekarang kerajaan india cuba menaikkan tax, ada jawapan mengatakan mereka mahu mngambil advantage sempena perayaan ini, maybe pengganut hindu ramai yang membeli emas sebelum 24 april. Jadi kerajaan cuba mengambil keuntungan, oh! very smart minister.. does we have one?

    selain itu kesan yang mungkin berlaku, bermula esok permintaan emas dlm pasaran tempatan akan meningkat, pembeli, pelabur biasanya akan teransang untuk mmbeli ketika keadaan harga naik sekarang. Jadi kami jangkakan akan ada banyak permintaan dan jualan esok dan seterusnya.

    Satu lagi kami perasan ada peningkatan carian berkenaan ‘hibah emas’, mungkin ramai yang sedang mencari apakah maksud hibah emas (kami ada terangkan dlm entry sblm post ini). Hargaemas tidak akan terlibat dlm jualan berbentuk sedemikian, kami tidak kata ia salah atau betul, cuma mengambil pendekatan lebih konservatif untuk melihat perkembangan pelaburan hibah dan for sure if mana2 syarikat ingin mndapat supply dan bantuan kami sedia bekerjasama.

    shahrul, hargaemas
    0122301015, www.twitter.com/emasmalaysia
    do sms or tweet me, rarely answer call cause focus on screen (forex), sorry!

  • Harga emas analisis minggu 1 April

    Dalam minggu pertama ini harga emas bermula agak baik dengan index bermain sekitar usd1790 pada isnin dan selasa sebelum menjunam lebih 100pts selepas pengumuman QE, US Fed Reserve pada hari rabu. 3 hari terakhir minggu ini indeks emas kelihatan tenat walaupun cuba bangkit beberapa kali namun kelihatan sukar. Pelabur di amerika menyalahkan gabernor bank kerana tidak memberi gambaran sebenar keadaan kewangan negara. Fed Resrve sblm ini mengumumkan tidak akan mengubah interest rate sehingga 2014, tetapi mengambil pendekatan berlainan menyebbkan perubahan aliran tunai dinaikkan.Dalam minggu pertama ini kita dapat melihat betapa pengaruh US Federal Reserve mampu mengubah naik turun harga emas dibantu faktor luaran lain yang turut menjejaskan kenaikan harga emas sepanjang 2012.

    Dengan melihat penurunan yang berlaku bagaimanapun, harga emas diramal tidak akan jatuh kurang usd1600, faktor Federal Reserve telah berlalu dan emas hanya jatuh sebanyak 0.7%, berbanding 2011, harga emas masih naik 6%.

    Beberapa faktor utama yg perlu diketahui adalah pemboikotan belian emas di india masuk minggu ketiga, kerajaan india sblm ini mengumumkan tax sehingga 4% keatas import emas kedlm negara bagi bg mnghalang aliran tunai bank of india yg smakin mengecil. Sebagai pembeli utama emas dunia, emas kehilangan demand yg cukup besar dan menyebabkan nilainya berkurang.

    Protes dari peniaga emas di india kini masuk ke minggu ketiga

    Dalam laporan forbes smlm, kelembapan ekonomi eropah bukan lagi faktor utama naik turun harga emas, malah negara bermasalah seperti greece tidak dpt lg dibantu dan perlu dielakkan dari menjerumuskan lebih byk negara serantau dlm konflik yg sama.

    Apa yg berlaku sepanjang tahun ini membuktikan harga emas berkadar sonsang dengan kestabilan, apabila ekonomi stabil, tiada konflik, bencana alam harga emas mengalami penurunan. Ini berbeza spjg 2011 apabila gempa bumi di jepun, arab spring, kematian osama, kejatuhan greece mengakibatkan harga emas naik sehingga puncak pada sept11.

    Bagaimanapun, mengharapkan kestabilan yg berpanjangan spt ini sukar berlaku, ia hnya reda seketika mmberi laluan utk pemilihan presiden bbrp minggu lg, jika obama tewas, dan presiden baru pro israel mengambil alih, ketegangan pastinya memuncak kmbali.

    Faktor bencana alam pula tidak dpt diramal dan sekatan sepenuhnya ekonomi iran masih belum bermula. Buat masa ini peningkatan harga minyak blum terasa, tetapi kami yakin akan naik tidak bbrp lama lagi.

    -admin- I have no problem to keep buying gold… I’ll buy steadily n slowly, but not use all da money to buy in a same bowl.. buy pcs by pcs just to test the market. If ada dlm.arrahnu cuba keluarkan, n I’ve 600g, demmm…

  • Harga emas : tunggu dan lihat, akhir mac 2012

    image
    Kereta proton slps preve

    Yup, malam ini indeks emas jatuh lagi, sasaran2 yg menjangka harga emas bakal melebihi usd1700 pada minggu t’nyata meleset.  kecuali pada hari isnin dan selasa, indeks emas kekal dibawah 6300, paling tinggi mengikut rekod kami sekitar 6360 sebelum jatuh kembali kepada 6200 jam 1 pagi tadi. jika ini kekal berlaku minggu hadapan, maka ia rekod pertama harga emas jatuh utk tmpoh 2 bulan sjak 2001. Tp, Sekejap, anda jangan risau dulu, ini bukan penanda harga emas srmakin hilang bernilai, mungkin saya boleh mmbri sedikit.kupasan apa yg berlaku sepanjang 2 bulan ini dan apa yang bakal berlaku seterusnya..

    kami telah baca laporan.dari reuters sebntar tadi, oleh krn menggunakan telefon jd x dpt share link.. the thing is, pelabur sedang menunggu apa bakal berlaku dan kemana pelaburan mrk.akan disalurkan, semua sdg menunggu point2 penting pasaran… Pada ketika ini pula, nilai dollar naik berbanding euro, jadi signifikannya harga emas pun turun.

    Apa yang berlaku pada euro ketika ini melibatkan salah satu ngara terkaya anggotanya, penakluk incaz, spain, begitu juga itali yg masih terkapai2 utk menjual bond mereka, abaikan tentang greece krn sememangnya kbnykan anggota euro sdg mengalami masalah, jika anda membaca blog mahathir di chedet.co.cc mungkin akan lebih fhm masalah kehidupan negara maju yg mendpt lebih kualiti dr spatutnya

    Tp sblm mengkritik ngara lain, keadaan mlsia juga tidaklah begitu baik, tidak silap menteri kewangan menyatakan hutang negara hanya berbeza 2% dari kdnk, ermm, 2% itu belum kelihatan genting bak kata menteri dari bachok yg baru kehilangan 110 anak buah bahagian, dgn kualiti yg ok2la di malaysia rasanya utk terjerumus dlm masalah ekonomi sgt tidak berbaloi.

    Ok kembali kepada cerita sebenar harga emas, apa yang berlaku sbnrnya adalah, ‘tiada demand’ utk emas ketika ini, semua pembeli emas utama spt china, india, russia, swiss sedang menunggu sesuatu, di india hari ini masuk hari ke 14 mogok peniaga emas kerana cukai 4% dikenakan, di cina, syarikat yg memberi 3000 penduduk kampung berkilo2 emas telah keluar dari bebanan hutang, jadi mereka brd pada comfort zone, russia pula dikesan menjual 3.8 tan emas kali pertama dlm tempoh 5 tahun, bgmnapun simpanan emas russia masih 4 kali gnda berbanding simpanan mereka ktka 2006.

    Apa point yg menanti skrg kemungkinan pada kuasa asia spt jepun atau korea, ttp korea slatan kemungkinannya tidak akan mmbeli emas dlm tmpoh tdekat kerana baru shj diberi amaran keras oleh ching peng muda korea utara yg baru. Knal Budak 20an paling berkuasa didunia? dan ada kuasa nuklear, sapa x takut, klau stkt budak2 kpop pavillion, xde sapa heran…

    Itu point di timur, di asia barat, sekatan ekonomi yang dikenakan kpd iran tidak lansung menaikkan harga minyak, malah tanpa segan silu kapitalis beraja saudi sudi mengeluar lebih minyak utk obama, dan kemudiannya harga minyak jatuh, baik utk pengguna US, tak ok utk kita, jika harga minyak naik skalipun, mlsia tidaklah trlalu trjejas, dan serangan di iran pun sukar berlaku, sapa nak.tampung kos minyak kereta kebal amerika.ye.dak? Cuma dpt dirumuskan .. ‘tindakan arab saudi itu pastinya dpt mengurangkan kos serangan kpd iran’ kata ehud barak, terima kasih ali, senda ariel sharon yg masih dlm koma..

    Jadi pada pendapat kami, kita hanya boleh menunggu sbrg perkembangan berkenaan emas pada minggu hadapan, samada momentum emas akan kekal naikatau sebaliknya… Secara tnpa humanitynya, US jatuh kita untung, Euro selesai kita untung, dan b.hrp harga minyak naik….

    -admin hargaemas-
    Tulisan saya tidak semestinya betul, benar, dan mungkin sesuai dianggap catatan peribadi, kebanyakkannya juga hanya andaian dengan harapan untuk menulis lebih baik pada masa akan datang. If I dont write what I think, who will, ye dak?