Category: Analisis

  • Harga emas menjunam

    Minggu ni harga emas menjunam lagi. Berita baik buat pelabur emas, ini lah masa yang sangat sesuai untuk beli emas. Nak tunggu turun lagi?? boleh.. tapi tak jamin la akan turun lagi sekarang harga global USD 1561 1 oz. Support pivot sekarang ni adalah USD 1560. Kalau lah harga dia akan turun lagi melepasi USD 1560, dijangka harganya akan turun pada takat paling rendah pun USD 1520. Andai kata tak lepas USD 1560, maka ia akan naik hingga USD 1665. Ini cuma jangkaan berdasarkan sejarah dah kekuatan logam emas.

     

     

    Perhatikan gambar di atas, garisan hijau adalah indicator menunjukkan harga emas. Macam mana dia turun, macam tu jugaklah dia akan naik. Jadi jangan tunggu lama-lama lagi kalau nak beli emas. beli dari sekarang. Harga sekarang dah sangat murah. Kalau tak bertindak sekarang nanti akan melopong sendiri.. . mana tau ini adalah penurunan yang terakhir sebelum harga emas akan terus melonjak hingga ke rahao maksimum USD 1975.

  • Zon Eropah mengesahkah harga emas sentiasa menguji harga support ke paras USD1550

    Zon Eropah menjanjikan harga kekal berada diparas bawah USD1600 dengan harga rintangan disasarkan pada USD1588 sekadar untuk dicapai setakat  paras USD1584.

    Sehingga jam 4:29 pm harga(semalam) berpaling ke paras USD1562 merupakan harga support yang disasarkan oleh Pendita Emas. Catatan harga sasaran telah dinyatakan pada posting

     

    Ini bermakna keluk harga B dan C dituruti oleh pergerakan harga terkini yang telah PE lakarkan.

     

     

    Harga support USD1562 telah ditembusi pada 4:50pm

     

     

     

  • Bila harga emas nak naik ?

     

    Jika anda perhatikan, harga Emas sekarang ini sedang membentuk Chart Pattern yang sama seperti pergerakannya pada tahun 2008, ketika berlakunya krisis Sub Prima di Amerika, dan untuk tahun ini Pattern yang sama terbentuk disebabkan oleh krisis Zon Euro.

    Pattern yang dikenali sebagai Pennants ini juga merupakan salah satu “Continuation Pattern”, dan kebiasaannya harga akan gagal kira2 2 kali untuk melepasi paras harga Resistance pada garisan merah condong, dan akan mencuba untuk turun kira2 3 kali bagi melepasi paras garisan Support di garisan merah melintang diatas.

    Sekiranya percubaan untuk melepasi paras garisan Support yang ke 3 terus gagal, maka biasanya harga akan naik semula dan melepasi garisan merah condong diatasnya (Resistance), yang mana pergerakan harga ini dikenali sebagai Breakout.

    Dan biasanya selepas berlaku Breakout, harga akan bergerak naik dengan cepat menuju ke paras yang lebih tinggi berbanding harga tertinggi yang pernah dicapai sebelumnya, iaitu sekitar $1920/oz.

    Berdasarkan prinsip asas Pennants ini, biasanya harga akan terus mendaki menyamai dengan ketinggian yang sama sebagaimana ia mendaki sebelum Pattern Pennants ini terbentuk. Dalam situasi ini, harga dijangka mendaki dengan paras pendakian yang sama sebagaimana pergerakannya dari tahun 2009 – 2010.

     

    Kesimpulannya :

    1. Jika anda telah membuat belian sebelum ini sekitar harga $1600-$1650/oz, sekarang ini bertenang dan perhatikan sahaja pergerakan harga yang seterusnya. Sambil2 tu, sampaikanlah informasi berguna ini kepada rakan2 yang lain agar manfaatnya dapat dikongsikan bersama.

    2. Jika belian anda sebelum ini pada harga sekitar $1700 dan keatas, buatlah belian tambahan sekarang ini. Dengan cara ini anda akan memperolehi keuntungan dengan lebih cepat tanpa perlu menunggu lama.

     

  • Kenaikan harga emas ke paras tertinggi pada tahun 2013

     

     

    KENAIKAN harga emas ke paras tertinggi melebihi AS$2,000 (RM6,140) seauns yang dijangka dicapai tahun depan, akan memberi petanda bahawa logam berharga itu mencapai paras harga kemuncak dalam aliran meningkat sejak lebih sedekad lalu apabila dasar kewangan di negara ekonomi utama kembali normal, kata Pengerusi Perundingan Logam (GFMS), semalam.

    Pasaran dijangka meningkat kepada paras tertinggi baru menjelang awal 2013 selepas bergelut tahun ini ekoran permintaan agak perlahan di pasaran fizikal utama dan kemerosotan tarikan pelaburan untuk jongkong emas, kata Philip Klapwijk.
    Harga emas mungkin melepasi AS$2,000 berikutan kebimbangan terhadap krisis hutang zon euro yang berterusan dan prospek berhubung lebih banyak pelonggaran dasar monetari AS, katanya.“Kami menjangkakan dapat menyaksikan harga emas naik melepasi AS$2,000 pada 2013, namun begitu tahun depan mungkin menjadi sebagai petanda tertinggi untuk pasaran,” kata Klapwijk. 

    “Ia bergantung kepada sama ada kami melihat beberapa penyelesaian di Eropah yang mencukupi untuk mengambil beberapa langkah mengatasi isu berakhirnya langkah rangsangan di AS serta prospek normalisasi dasar monetari,” katanya.

    Klapwijk berkata, emas dijangka diniagakan sekitar AS$1,530 hingga AS$1,920 seauns pada 2012, dengan harga purata AS$1,731 seauns.
    Harga akhir tertinggi yang dipaparkan sedikit di bawah rekod tahun lalu iaitu AS$1,920.30 seauns yang dicatatkan pada September.

    “Apa yang kita lihat adalah penangguhan berikutnya kepada kenaikan harga tertinggi,” kata Klapwijk sebelum melancarkan laporan GFMS Gold 2012.

    “Paras harga melepasi AS$2,000 seauns mungkin akan melihat lebih banyak cerita untuk separuh pertama 2013 berbanding beberapa perkara yang kita akan lihat pada separuh kedua tahun ini,” katanya.

    Melihat kepada unjuran untuk bekalan dan permintaan tahun ini, beliau menunjukkan kepada lebihan asas dalam pasaran yang mana dolar akan berjumlah AS$130 bilion.

    Kaitan emas dengan aset lain seperti saham, dolar dan euro masih berubah secara berterusan.

    Dalam tiga suku pertama 2011, kebanyakan emas didagangkan selaras dengan dolar berikutan pelabur membeli kedua-dua aset sebagai pelaburan selamat. Namun pada enam minggu terakhir, emas didagangkan berbanding dolar dan selaras dengan komoditi lain.

    Walaupun kini emas kurang terdedah kepada turun naik dalam pasaran ekuiti, Klapwijk berkata, harga masih boleh jatuh secara ketara jika wujudnya satu pergerakan yang lebih rendah dalam bekalan. – REUTERS

    Sumber : BeritaHarian

     

  • Harga Emas dijangka cecah RM503 satu gram menjelang 2020

    10 years graf1 300x183 Harga Emas dijangka cecah RM503 satu gram menjelang 2020

     

     

    • Standard Chartered Bank menganggarkan harga emas bakal mencecahAS$5,000 seauns atau kira kira AS$160 (rm503) satu gram menjelang 2020,disokong permintaan kukuh dari China dan India.
    • Ketua penyelidik Global komoditinya, Hsi Han Pin berkata ada kaitan ketara antara pendapatan isi rumag di China dan India dengan harga emas kerana sebarang peningkatan pendapatan boleh guna di dua negara pembeli utama dunia itu akan mendorong peningkatan permintaan bagi logam berharga berkenaan.

     

    • Beliau berkata, langkah bank pusat seluruh dunia mengumpul emas bagi mempelbagaikan rizab masing-masing juga membantu melonjakkan harga logam berharga itu untuk terus kekal tinggi.”kebimbangan terhadap krisis hutang Eropah dan pertumbuhan perlahan ekonomi Amerika Syarikat (AS) akan terus menggalakkan pelabur dari bank pusat membeli emas,” katanya pada taklimat penyelidikan Global 2012 diKuala lumpur.
    • Hsi menambah, harga emas juga akan disokong oleh persekitaran kadar faedah sebenar yang negatif apabila banyak bank pusat dijangkakan menurunkan kadar faedah atau mengekalkan pada paras terendah untuk menyokong pertumbuhan ekonomi negara masing-masing.

     

    • Sepanjang 2011, harga emas meningkat 10 peratus dengan mencecah paras tertinggi dalam sejarah pada AS$1,920.30 seauns atau AS$61 (Rm194) satu gramSeptember lalu berikutan kebimbangan krisis hutang di Eropah dan pertumbuhan perlahan ekonomi AS.

     

    • Bagaimanapun, pada Disember lalu, harganya jatuh mendadak berikutanpengukuhan dolar AS dan penjualan berterusan oleh dana lindung nilai.Mengenai ekonomi Malaysia, Ketua penyelidik Asia Tenggara Standard CharteredBank, Tai Hui meramalkan ekonomi negara ini akan berkembang 2.7 peratus tahun ini berikutan 4.8 peratus tahun lalu berikutan ketidaktentuan ekonomi global.
    • Katanya, sektor komoditi akan menjadi pemangkin utama yang menentukan pertumbuhan tahun ini, sama seperti tahun lalu dengan minyak sawit, getah dan gas cecair menyumbang 70 peratus kepada pertumbuhan lapan peratus eksport Malaysia dalam tempoh sembilan bulan tahun lalu.

     

    • Beliau berkata, harga komoditi juga memainkan peranan penting dalam perbelanjaan penduduk Malaysia terutama di kawasan kampung.
    • “Harga komoditi yang tinggi membantu ekonomi domestik berdepan dengan ketidaktentuan di pasaran Global,” katanya.
    • Beliau menambah,pihaknya menjangkakan harga CPO akan berada pada paras RM3,450 setan tahun ini, meningkat daripada Rm3,216 setan tahun lalu. Inflasi pula dijangka berkurangan kepada 2.6 peratus tahun ini berbanding 3.3 peratus tahun lalu berikutan kestabilan harga komoditi dan makanan.
    • Pihaknya juga berpendapat bahawa Bank Negara Malaysia (BNM) akanmengurangkan kadar dasar semalaman (OPR) sebanyak 0.5 peratus tahun ini,dan menjangkakan ringgit akan mencecah paras Rm 3.03 berbanding dolar AS menjelang akhir tahun ini, disokong harga emas yang kukuh- Berita Harian.

     

     


  • Revolusi dinar emas

    •  Mengapa Dinar Emas begitu istimewa? Karena bahan pembuatnya yaitu emas merupakan konduktor terbaik di dunia, Emas tidak beroksidasi dengan oksigen sehingga tidak akan berkarat, Emas merupakan pemantul panas terbaik.
    • Itu merupakan sebagian keistimewaan emas dan masih banyak lagi kehebatan lainnya, bahkan keistimewaan emas membuat Ibnu Khaldun terkagum-kagum sehingga di dalam kitab Muqaddimah-nya yang termahsyur, Ibnu Khaldun menyatakan bahwa Allah SWT telah menciptakan emas dan perak sebagai alat pengukur nilai (measure of value). Al-Magrizi dalam Ighatsah mengatakan bahwa Allah SWT tidak hanya menciptakan  logam mulia tersebut sebagai alat pengukur nilai atau harga bagi segala sesuatu, namun juga sebagai alat tukar yang sejati (the real medium of exchange).  
    • Emas juga sangat bernilai karena langka (rare), Iron and Steel Institute, sebuah lembaga ilmiah yang melakukan pengkajian terhadap banyak logam termasuk emas yang bermarkas di Washington DC, menyatakan bahwa produksi baja di AS sejak tahun 1995 mencapai 10.500 ton perjam. Sementara penambangan emas sedunia dari tahun ke tahun hanya mengalami kenaikan dua persen. Dalam satu tahun penambangan emas di seluruh dunia hanya sanggup menghasilkan sekitar 2000 ton emas.
    • Bukan suatu kebetulan bila emas, perak dan tembaga terletak dalam satu kolom yang sama pada tabel periodik kimia yaitu Aurum, Argentum dan Cuprum. Pada zaman jauh sebelum tabel periodik kimia ditemukan, emas, perak dan tembaga telah digunakan sebagai uang (alat tukar). Emas (Dinar) digunakan untuk nilai tukar yang besar, Perak (Dirham) digunakan untuk pertukaran dengan nilai yang lebih kecil dan Tembaga (Fulus) untuk transaksi yang paling kecil.
    • Emas merupakan logam yang lunak dan sangat mudah ditempa. Tidak seperti logam lainnya yang memiliki keterbatasan ketahanan dalam penempaan, Emas sanggup ditempa menjadi lembaran super tipis yang nyaris transparan (melleable), sehingga 1 ons emas sanggup dijadikan sebuah lembaran sangat tipis dengan luas seukuran 100 kaki persegi. Bila dijadikan tali super tipis, satu ons emas bisa direntangkan sepanjang 50 mil.
    • Emas memiliki kestabilan nilai yang MENGEJUTKAN!!. 1400 tahun lalu di zaman Rasulullah, harga seekor ayam dewasa adalah 1 dirham yang di Mei 2012 dikurskan sekitar 70.000 rupiah dan harga seekor kambing dewasa yang sehat seharga 1 dinar yang di tahun 2012 sekitar 2.200.000 rupiah, tidak berbeda jauh bukan? bisa dikatakan harga seekor kambing selama 1400 tahun tidak mengalami kenaikan bila dibandingkan dengan emas. Bandingkan dengan nilai uang kertas, dalam waktu beberapa tahun saja nilainya menyusut menjadi sepersekiannya.
    • Harga emas selalu dikabarkan di media massa mengalami kenaikan terus menerus. sejatinya, nilai emas stabil, uang kertas lah yang nilainya turun relatif terhadap emas akibat inflasi. Emas adalah uang sepanjang zaman, emas selalu menjadi uang dalam sejarah manusia diakui ataupun tidak. Pada kenyataannya, pemerintahan-pemerintahan dunia mengendalikan nilai uang kertasnya dengan cara mempengaruhi suplai emas di pasar adalah sebuah pengakuan bahwa emas lah yang sebenarnya uang itu.
    • Pada akhir tahun 2008 lalu, nilai emas sempat turun karena The Fed berencana menjual stok emasnya sebesar 40 ton. Ini merupakan bukti tambahan yang menguatkan bahwa emas adalah uang yang sebenarnya. Emas adalah mata uang surga, istilah ini menyatakan bahwa mata uang emas merupakan kreasi tuhan yang diturunkan kepada manusia di bumi. Namun sayangnya akibat keserakahan (greedy) sebagian kecil manusia maka emas dihapuskan peranannya sebagai mata uang sejati.
    • Sudah saatnya kita beralih ke emas, sebagai alat ukur maupun sebagai alat tukar…minimal orientasi berfikir kita adalah emas…DINAR ORIENTED..

     

     

     

  • Analisis pergerakan harga emas

    Laporan ini memaparkan graf harga emas pada 8 hingga 10 Mei 2012. Jika lihat pada patern yang dipaparkan kita dapat melihat pergerakan harga emas semasa dunia dalam minggu ini. Menarik sungguh jika kita dapat mengikuti perkembangan harga emas semasa.

    Dipendekkan cerita jika kita lihat secara makro perkembangan harga semasa untuk tiga hari masih menunjukkan pergerakan harga emas menurun

    Walaubagaimanpun jika dilihat secara mikro, pergerakan harga dapat dipisah-pisahkan kepada S, D dan U. S mewakili ‘side away’, D mewakili  ‘downtrend dan U mewakili’ Uptrend’.

    Ini jelas menunjukkan dalam keadaan posisi yang dinyatakan sebenarnya kita boleh menggarap keuntungan setiap masa. Ini bermakna harga emas meningkat atau menurun kita sentiasa berada pada posisi keberuntungan. Apa yang penting ilmu pelaburan diiringi dengan kekuatan ekonomi masing-masing.

    Inilah yang selalu diperkatakan oleh pakar-pakar pelaburan, segala profit terletak dihujung jari kita sendiri buat sendiri dapat.

  • BILA MASA SESUAI MEMBELI/MENJUAL EMAS DAN FAKTOR MEMPENGARUHI HARGA EMAS

     

    Harga emas di pasaran dunia ada naik dan turun. Jadi bilakah masa sesuai untuk membeli emas? Kalau ditanya pada sesiapa pun, bila nak beli emas? Kebarangkalian yang akan mereka jawab ialah bila dah ada duit atau ketika harga emas  rendah.

    Sebenarnya masa sesuai untuk membeli emas ialah masa sekarang juga pada harga emas rendah, iaitu pada graf harga rendah daripada harga tinggi,jangan tunggu terus beli emas. Jika emas turun lagi beli emas sedikit demi sedikit iaitu guna teknik pemurataan kerana kita tidak tahu bilakah masa harga emas akan turun. Sila lihat sejarah graf kenaikan harga emas di www.kitco.com

    Sekarang harga emas adalah rendah kerana krisis matawang euro, jadi masa yang amat sesuai membeli emas adalah sekarang juga. Adakalanya saya pelik, apabila harga emas naik,iklan di akhbar dan berita emas panas,pada masa itulah ramai yang ingin membeli emas,walaupun harga emas tinggi. Jadi beli emas sekarang masa harga rendah, emas adalah selamat dan akan sentiasa naik atau untung….gerenti beli emas tidak akan rugi…

    Namun begitu kita boleh meramal harga akan turun atau naik berdasarkan faktor-faktor kenaikan atau penurunan harga emas. Jadi kita kena rajin menganalisa, mendengar berita atau membaca internet berdasarkan faktor-faktor kenaikan atau penurunan harga emas. Faktor-faktor kenaikan atau penurunan harga emas ini jika kita pantau akan membolehkan kita meramal harga emas akan turun atau naik dan seterusnya dapat tahu bila masa sesuai untuk membeli atau menjual emas. Faktor-faktor kenaikan atau penurunan harga emas  adalah :

    FAKTOR PERTAMA : PERMINTAAN DAN PENAWARAN EMAS DUNIA

    Permintaan emas adalah berkaitan dengan pengeluaran emas dunia. Jika pengeluaran emas semasa di lombong semakin rendah, harga emas akan naik. Rujuk negara-negara pengeluar  emas dunia dan permintaan emas termasuk  import atau eksport emas. Sumber: http://www.marketknowledge.gold.org/

    Faktor utama yang mempengaruhi harga emas sedunia ialah jumlah permintaan terhadap emas dan jumlah penawaran emas di dalam pasaran.

    Macam saham dan lain-lain barang jugalah emas nie… kalau permintaan meningkat maka harganya akan naik, tapi bila permintaan menurun maka harganya menurun.

    Permintaan  pasaran terhadap emas terbahagi kepada 5 bahagian iaitu:

    1. Untuk kegunaan industri
    2. Untuk kegunaan pelaburan
    3. Permintaan daripada bank-bank negara sebagai rizab negara
    4. Permintaan untuk kegunaan sebagai barang kemas
    5. Lain-lain kegunaan

    Penawaran emas di pasaran dunia. 

    Penawaran emas di dalam pasaran pula datangnya daripada:

    1. Lombong emas di seluruh dunia
    2. Penjualan rizab emas oleh bank pusat
    3. Emas terpakai yang digunakan semula

    Jadi, perbezaan diantara penawaran dan permintaan emas inilah yang akan menentukan turun-naiknya harga emas di dalam pasaran dunia

    Jika sesuatu negara membeli emas, harga emas akan naik dan sebaliknya.

    Namun begitu,dalam jangkamasa panjang harga emas akan sentiasa naik kerana pengeluarannya semakin berkurang, permintaannya semakin tinggi kerana populasi manusia semakin bertambah dan pertambahan penggunaannya  dalam dunia moden seperti alat elektronik, computer dan sebagainya.
    FAKTOR KEDUA : KEADAAN EKONOMI DUNIA
    Keadaan ekonomi dunia mempengaruhi harga emas terutama negara-negara yang sinonim dengan emas seperti cina, india, amerika, negara eropah dan sebagainya. Sebarang acara besar ataupun bencana yang berlaku pada negara tersebut akan mempengaruhi harga emas iaitu harga emas akan turun. Harga emas akan naik ketika ekonomi dalam keadaan jatuh, seperti kejatuhan ekonomi dunia, kejatuhan matawang dollar dan sebagainya.

    FAKTOR KETIGA : HARGA DOLLAR U.S

    Harga dolar u.s berkadar songsang dengan harga emas iaitu jika harga Dollar amerika semakin jatuh harga emas akan naik dan sebaliknya. Untuk  itu kita mesti mengetahui berita atau acara atau aktiviti negara u.s. Berita yang berkaitan dengan harga emas anda boleh rujuk di www.kitco.com ataupun mana-mana laman web yang berkaitan dengan emas .

    FAKTOR KEEMPAT : HARGA EURO DAN MATAWANG DUNIA

    Dollar U.S sentiasa berlawan dengan dollar euro. Jika harga euro rendah, harga dollar us akan tinggi dan sebaliknya. Jadi sebarang acara atau krisis yang berlaku di negara eropah yang menggunakan matawang euro akan mempengaruhi harga emas. Untuk mengetahui perkembangan matawang euro atau matawang anda boleh rujuk www.forex.com.

    KESIMPULAN :

    Emas adalah komoditi unik dimana harganya dipengaruhi oleh banyak faktor. Ini menyebabkan harga  emas adalah stabil dan selamat berbanding komoditi lain atau pelaburan lain. Contoh, jika berlaku  krisis ekonomi atau penurunan wang euro, akan menyebabkan harga emas akan turun. Bila harga emas rendah permintaan emas akan tinggi kerana harganya yang rendah. Permintaan yang tinggi terhadap emas akan menaikkan harga emas. Jadi pelaburan emas adalah pelaburan yang terselamat kerana emas adalah kalis inflasi.

    Jadi berdasarkan fakjtor-faktor di atas kita akan dapat membuat ramalan harga emas akan naik atau turun seterusnya akan dapat masa yang sesuai untuk membeli atau menjual emas

  • China Mengimport Emas Sehingga 587% dalam 1Q2012

     

    Apabila harga emas telah tidak menunjukkan prestasi yang begitu baik sejak mencapai nilai sebanyak $1923 iaitu masa-tertinggi pada bulan September 2011, ini tidak menghalang warga China dari mengumpul logam kuning ini.
    Jabatan Banci dan Statistik kerajaan Hong Kong melaporkan bahawa pada suku pertama 2012, import emas dari Hong Kong ke China ialah sebanyak 135.529 kilogram (135,53 tan metrik) – iaitu peningkatan sehingga 587% berbanding 19.729 kilogram yang diimport dari Januari hingga Mac2011 – mengikut Bloomberg.

    Khabar angin yang mengatakan bahawa “Permintaan meningkat dalam ekonomi kedua terbesar di dunia sebagai pendapatan meningkat dan sekatan terhadap harta spekulasi pembelian dirangsang. China mungkin menjadi pengguna terbesar di dunia setiap tahun, tahun ini, menurut ramalan oleh pengeluar Majlis Emas Dunia. Tahun lepas, jumlah permintaan India termasuk untuk perhiasan dan pelaburan adalah 933,4 tan dan  769,8 tan di China. ”

    Nama samaran Trevethan,Pegawai  strategi komoditi kanan di Australia & New Zealand Banking Group Ltd, mengulas bahawa “Kami sedang melihat satu lagi tahun yang kukuh untuk permintaan China berdasarkan nombor-nombor ini awal. Walaupun ia sebahagian besarnya berkaitan dengan harga, kadar faedah sebenar yang negatif, juga harus memastikan permintaan yang kukuh. ”
    Liang Ruian, seorang pengarah bagi Mengenal pasti PelaburanConsulting Ltd di Beijing, menyatakan bahawa “Musim panas biasanya musim yang rendah untuk penggunaan emas. Jika kita boleh menyaksikan pertumbuhan walaupun pada musim rendah, ia mewakili sifat yang berdaya tahan penggunaan emas China. ”

     

     

     

  • Harga emas rendah akibat kelemahan rupee

    Harga emas rendah akibat kelemahan rupee

    A woman checks a gold necklace inside a jewellery showroom in Hyderabad April 11, 2012. REUTERS/Krishnendu Halder

    Seorang wanita memeriksa kalung emas di dalam bilik pameranbarang kemas di Hyderabad April 29, 2012.

    Dagangan emas ke India kembali rendah, sebagai pembeli emas bullion terbesar didunia , nilai matawang Rupee menurun lemah, mencecah paras terendah dalam tempoh empat bulan, kerana wujudnya  sentimen yang lemah dalam pasaran luar negara.

    * Dagangan emas yang paling aktif di India adalah di sekitar Jun 2011 , tetapi sejak beberapa bulan lalu (dana pelaburan emas Komoditi MultiBursa (MCX) cuma mencatatkan peningkatan sebanyak 0,13 peratus , iaitu kenaikan cuma 29.230 rupee bagi setiap 10 gram, ini disebabkan kejatuhan matawang eropah yang turut menjejaskan India

    * Jumlah jualan kini juga jauh mendekati jangkaan, dan jika keadaan mungkin akan berlaku agak lama,” kata Harshad Ajmera, tuan punya JJ EmasHouse di Kolkata.

    * Kebanyakan barang kemas kini dijual lebih rendah di india, menurut Haji Sir Muda Omar Ali Saifuddien di Bandar Seri Begawan, sewaktu perayaan Akshaya Tritiya lalu, yang jatuh pada 24 April. penjual merendahkan harga jualan sehingga 50 peratus dan jumlah emas yang dijual sepanjang perayaan lebih 10 tan.

    * Rupee memainkan peranan yang penting dalam menentukan harga emas dunia

    * Dalam pasaran luar negara, emas adalah di bawah tekanan selepas data dari kedua-dua kuasa ekonomi, eropah dan amerika bimbang pertumbuhan global