Category: Admin

Berita dan maklumat terbaru berkenaan emas dari sidang pengarang blogger emas Malaysia, dapatkan maklumat terkini harga emas Malaysia melalui laman sosial jual beli emas di facebook, twitter dan instagram. Lawati www.hrg.ms untuk harga emas semasa.

  • Promosi: Emas Percuma Untuk Likers FB Hargaemas

    Promosi: Emas Percuma Untuk Likers FB Hargaemas

    barkalimah-promosi-jumaat

    3 Hadiah emas tulen 1gram 999.9 untuk likers facebook hargaemas, klik untuk lihat promosi disini http://hrg.ms/promosi1gram

    Bagaimana untuk menang? sila klik link disini http://hrg.ms/promosi1gram
    1. Tag 3 org kenalan fb di bahagian comment
    2. Cari likes tepat2 3 likes
    3. Tunggu sampai jumaat  untuk diumumkan pemenang
    4. Make sure 3 likes je, tak lebih x kurang.. countdown 30 selepas jam 4 ptg hari jumaat
    5. Comment terawal yang ada 3 likes sahaja adalah pemenang
    6. Pemenang akan diumumkan di page ini, kami akan pos item kepada pemenang

    Terima kasih kerana support Harga Emas Malaysia

  • Kursus Industri Emas & SOP Kedai Emas

    Kursus Industri Emas & SOP Kedai Emas

    Pada ahad lalu (dah lebih seminggu baru nak tulis) kami dan beberapa rakan partner syarikat hargaemas telah mengikuti kursus Industri & SOP kedai emas yang dianjurkan oleh GSR bertempat di De Palma Hotel, Shah Alam SS21.
    image

    Terima kasih kepada saudagar emas online www.shahdinar.com diatas jemputan secara viral, lagipun niat nak bertemu dengan teman-teman perniagaan emas untuk berkongsi maklumat (terkini) dan meluaskan network perniagaan, alhamdulilah, rasanya semua yang hadir berpuas hati dengan maklumat yang disampaikan (tp tak taulah jika ada yang minta refund).

    Secara asasnya kursus ini khusus untuk mereka yang ingin membuka kedai emas, atau yang mahu berniaga emas dengan serius, atau peniaga yang perlukan idea2 fresh dalam perniagaan emas.

    Dalam kebanjiran program2 emas sekarang kelihatan banyak syarikat-syarikat lama seperti tenggelam, syarikat yang dulu gah kini seperti hening, player-player baru yang muncul terus naik keatas.

    seolah cara perniagaan emas lama sudah tidak sesuai dalam keadaan sekarang, rahsia emas yang dulu disorok kini mudah dicari di laman2 web, menyorok dibelakang bukan lagi pilihan, rasanya player2 lama kena keluar dari kepompong network rahsia mereka dan adaptasi dengan persekitaran emas sekarang

    Peniaga emas lama biasanya takut pada risiko, mereka akan cuba mengelak dari sebarang risiko rugi, dan lebih berminat dengan jual beli yang dijamin untung semata2, pada masa yang sama…

    Peniaga emas baru pula berani mengambil risiko dan ada masanya risiko yang diambil seperti tidak munasabah dengan keuntungan yang diperolehi. Bagaimanapun cara mereka lebih berjaya dari peniaga emas lama yang sedang tenggelam sedikit demi sedikit..

    Apapun at the end of the day, pelabur, peniaga, ataupun peminat emas itu sendiri kena bezakan yang mana program kaca atau yang mana permata, seperti kata pujangga, hanya.manikam mengenal permata, ada yang terang dan ada yang.malap sinarnya..

    Jadi kepada.mereka.yang baru tercebur, tersontot, tersepak dalam dunia perniagaan dan pelaburan emas, jangan berputus asa, rugi dalam emas.sekejap sahaja.boleh cover sbnrnya, hadirlah kekelas2 .seminar2 kursus2 emas alang3 anda dah melangkah kesini..

    Daftar Seminar disini

    [contact-form to=’admin@terkini.hargaemas.com.my’ subject='[name mendaftar kursus SOP kedai emas’][contact-field label=’Name’ type=’name’ required=’1’/][contact-field label=’Email’ type=’email’ required=’1’/][contact-field label=’No Tel’ type=’text’/][contact-field label=’No IC’ type=’text’/][/contact-form]

    KURSUS INDUSTRI EMAS PERAK & SOP KEDAI EMAS MALAYSIA 2014 SIRI 2 (1 DAY)
    Tarikh : 6/12/2014 ( Sabtu)
    Lokasi : Grand Ballroom – De Palma Shah Alam
    Masa : 7.00 Pagi – 7.00 Malam
    Masa Pendaftaran : 7.00 Am -7.30 Am
    Masa Mula Program : 8.00 Pagi
    Yuran: RM350 seorang / RM550 berpasangan
    Sila buat pembayaran ke CIMB Hargaemas Trading 14470000619107

    Tempat adalah TERHAD, hanya 300 seats sahaja, lebih separuh sudah sold

    p.s: jika nak tahu kursus mana.yang patut pergi jika serius untuk.berniaga, kami boleh rekomenkan, pm kami di fb.me/hargaemas

    p.s: jika nak mulakan perniagaan.emas, just bagi kami pamp.dan.kami.bagi barang kemas utk mulakan trading

    Apapun
    Semoga permata terus bersinar di bulan disember dan januari ini

    Shahrul emas www.hrg.ms
    sms/whatsapp: 0122301015

  • Ar-Rahnu Pos Tolak Pamp, Apa Perlu Anda Buat?

    Ar-Rahnu Pos Tolak Pamp, Apa Perlu Anda Buat?

    posemas

    Pemain baru arrahnu, Arrahnu Pos sejak semalam tidak lagi menerima pajakan gold bar Pamp Suisse (bar) dan juga barang kemas DEPB (Darul Emas Perak Berhad), ini bukan kali pertama Ar-Rahnu tidak menerima pajakan pamp suisse, sebelum ini pada 2011 Bank Rakyat, Arrahnu Exchange, Agrobank, Yapeim juga tidak menerima pajakan emas bar, jadinya untuk masa sekarang cuma Ar-Rahn, Arrahnu Express dan Arrahnu Bank Islam masih menerima pajakan gold bar selain arrahnu koperasi tentera dan koperasi-koperasi lain.

    Apa kesan mereka yang telah pajak? tiada kesan apa-apa, cuma selepas tamat tempoh pajakan, biasanya anda tidak dapat menyambung lagi pajakan untuk tempoh 3 bulan atau 2 bulan lagi, anda kena keluarkan bar dengan segera atau mungkin arrahnu akan lelong.

    Adakah harga emas akan jatuh? tidak, harga emas tidak akan jatuh kerana pengumuman ini, pergerakan harga emas tidak mempunyai kaitan lansung dengan arrahnu.

    Adakah pelabur akan rugi? tidak jika keluarkan barang dengan segera dan  elak terus membayar upah simpan di arrahnu, malah Arrahnu Pos yang rugi sebenarnya.

    Contohnya;

    Jika upah simpan arrahnu untuk 100g emas adalah RM110/sebulan, dan ada 1000 orang pemajak, Arrahnu Pos dapat menjana keuntungan kira-kira RM110,000.00 sebulan dan jika 6 bulan, keuntungan diperolehi kira-kira RM660,000 iaitu separuh juta.Jumlah keuntungan yang agak besar kepada BOD Arrahnu Pos sendiri untuk tolak.

    Kerugian ditolak oleh pemajak ini pernah memberi kesan kepada arrahnuX, agrobank dan sebagainya dalam kes-kes terdahulu, malah arrahnu tersebut pernah mengecapi keuntungan tinggi dari pajakan emas bar sebelum ini dan sekarang semakin sepi dengan pajakan kecil-kecilan. Pernah menjadi cerita, kaunter arrahnu hampir lengang setiap hari dan ini yang bakal terjadi kepada Ar-Rahnu Pos akan datang, kecuali emas-emas padu diterima kembali, diingatkan lagi, ada beberapa arrahnu kembali menaikkan jumlah pinjaman untuk menarik kembali pemajak.

    Kenapa peniaga emas menggunakan perkhidmatan Ar-Rahnu?

    Peniaga emas menggunakan arrahnu sebagai medium mudah untuk pinjaman dengan caj yang rendah (hanya 0.75% sahaja dari nilai marhun), ramai peniaga memanipulasikan perkhidmatan ini untuk menyimpan emas sementara sebelum dijual balik kepada program-program emas yang terancang, antaranya ETA yang menawarkan pulangan 2 kali ganda, kenaikan harga emas pada awal oktober ini sebenarnya banyak memberi keuntungan kepada peniaga apabila harga emas naik RM6-8/gram untuk upah simpan arrahnu (kalau dikira cuma 1.10/gram sebulan).

    Kenapa arrahnu menolak pajakan bar?

    Arrahnu menolak pajakan bar mungkin kerana arahan Bank Negara atau mungkin wujud tangan-tangan lain yang melihat teknik manipulasi ini merugikan perniagaan mereka, sebelum ini, biasanya adalah arahan Bank Negara.

    Berapa ramai yang tersontot? Adakah rugi teruk?

    Istilah tersontot kini semakin popular dalam pelaburan / atau jual beli emas sejak semalam, difahamkan ramai pembeli bakal tidak mendapat pulangan tinggi kerana modal mereka telah disontot oleh syarikat luar yang sebelum ini telah beberapa kali memberi pulangan tinggi, sama seperti kes geneva, setelah memberi pulangan demi pulangan syarikat pelaburan ini akan angkat kaki setelah mengumpul sejumlah besar modal pelabur, meninggalkan mereka yang mempunyai nama terkapai-kapai membayar keuntungan pelabur, bagaimanapun kerugian kali ini tidak seteruk geneva, cuma pembeli lost 20-30% sahaja, dan difahamkan pihak yang mengelolakan program tersebut akan menggantikan balik kerugian pelabur, cuma keuntungan “angan-angan” pembeli untuk return 2 kali ganda tidak dapat direalisasikan kali ini.

    Bank negara mungkin sedang pening menyiasat pemanipulasian kali ini yang lebih advance jadi biarkan mereka terus bergelumang dalam misteri

    Shahrul emas www.hrg.ms
    0122301015

  • Inflasi Semakin Parah Dalam Sistem Kapitalis

    Inflasi Semakin Parah Dalam Sistem Kapitalis

    Laporan daripada Lloyds TSM Private Banking menyatakan bahawa harga sebuku roti pada hari ini telah meningkat daripada 0.37 pence (RM1.70) kepada 1.24 pound British (kira-kira RM5.80), manakala harga 100g kopi telah naik 176% daripada GBP0.97 (RM4.50) kepada GBP 2.68 (RM12.60).

    Harga rumah telah menyaksikan kenaikan yang paling tinggi iaitu sebanyak enam kali ganda , sementara harga emas satu troy ounce (kira-kira 31.1gram) menyaksikan kenaikan sebanyak 439%. Kesemua ini berlaku dalam tempoh masa 30 tahun, daripada tahun 1982 sehingga sekarang. Ini bermakna bahawa dalam jangkamasa selama 30 tahun, nilai duit Great Britain Pound (GBP) telah mengalami penurunan sebanyak dua pertiga berbanding dahulu, dengan kata lain GBP sekarang hanya mempunyai 33% kuasa membeli jika dibandingkan dengan 30 tahun dahulu. Llyods TSB juga menjangkakan bahawa GBP100 sekarang akan mempunyai nilai yang sama seperti GBP 229 dalam masa 30 tahun yang akan datang [1].

    Dari segi sejarah, sandaran matawang kepada emas telah ditamatkan apabila berakhirnya perjanjian Bretton Woods pada tahun 1971. Dari tahun 1945 sehingga 1971, 1 troy ounce emas (bersamaan 31.1 gram emas) boleh ditukarkan dengan 35 US dollar (USD35). USD pada masa itu masih bersandarkan kepada emas sebelum tahun 1971. Pada tahun 1971, Amerika Syarikat telah memansuhkan sandaran USD kepada emas lalu USD telah menjadi fiat currency atau matawang kertas yang tidak disandarkan kepada emas. Selepas tahun 1971, banyak matawang di negara-negara lain di dunia telah menjadi floating currency (matawang terapung) kerana tidak lagi disandarkan kepada USD yang asal (sebelum 1971) dan juga emas. Nilai matawang bergantung kepada turun-naik harga jual-beli pasaran di Foreign Exchange market (Forex) atau pasaran matawang. Terdapat juga matawang beberapa negara yang mana kadarnya diikat dengan USD. Keadaan sebegini (floating currency) telah menjadikan matawang terdedah kepada serangan penyangak matawang (currency speculators) sepertimana yang pernah berlaku kepada negara-negara Asia Tenggara dan juga Timur Jauh seperti Korea dan Jepun. Ini telah menyebabkan Malaysia bertindak mengikat kadar ringgitnya pada ketika itu menjadi 3.80 untuk tukaran USD1.00 bagi mengurangkan penurunan nilai ringgit di pasaran antarabangsa. Argentina yang mengalami krisis matawang pada tahun 1999-2002 juga telah mengambil langkah yang sama iaitu mengikat matawang peso menjadi tetap untuk mengurangkan penurunan nilai matawang tersebut.

    Ramai ahli ekonomi (walaupun tidak kesemuanya), masing-masing bersetuju bahawa kadar inflasi termasuk inflasi tegar (hyperinflation) adalah disebabkan oleh kadar pertambahan matawang untuk mengimbangi kadar pertambahan ekonomi. Apabila kadar permintaan terhadap sesuatu barangan bertambah, maka harga barangan tersebut juga bertambah. Jadi bank pusat akan mencetak lebih banyak matawang untuk mengimbangi kenaikan harga dan bank pusat boleh berbuat demikian sekiranya matawang tersebut tidak bersandar kepada emas. Akan tetapi, dengan berbuat demikian, setiap unit matawang yang dicetak akan mengalami penyusutan nilai. Kuasa membeli setiap matawang akan menjadi berkurangan di mana kuantiti barang yang dibeli dengan setiap unit matawang menjadi berkurangan. Jadi inflasi juga bermakna kadar pertambahan matawang menjadi lebih besar jika dibandingkan dengan kadar pertumbuhan ekonomi. Secara umumnya, ahli ekonomi merujuk inflasi sebagai kenaikan harga barangan dan perkhidmatan walaupun ia juga dikenali sebagai penurunan nilai matawang.

    Sekiranya matawang negara adalah bersandar kepada emas, walaupun jika berlaku kenaikan permintaan terhadap barangan, bank pusat tidak boleh mencetak tambahan matawang. Mencetak pertambahan matawang akan menjadikan sebahagian daripada jumlah matawang adalah tidak lagi bersandarkan kepada emas. Bank pusat hanya boleh mencetak tambahan matawang jika sekiranya bank pusat telah mendapat tambahan emas dalam stok simpanan emasnya di mana jumlah setiap unit matawang yang dicetak mestilah sama nilainya dengan jumlah emas yang ada dalam stok simpanan bank pusat.

    Secara aliran ringkasnya:
    Apabila permintaan terhadap barangan bertambah → Berlaku kenaikan harga barangan → Bank pusat mencetak lebih banyak matawang → Nilai matawang menyusut → Inflasi berlaku dan meningkat → Berlaku krisis ekonomi.
    Musibah yang berlaku ini adalah ibarat kesan domino. Ia bukan sahaja menghancurkan sistem ekonomi negara, malah ia juga meranapkan seluruh ekonomi dunia yang berurusan dengannya.

    Emas adalah suatu logam yang mana jumlahnya adalah tetap di muka bumi. Ia bukan seperti mawatang kertas fiat yang boleh dicetak sewenang-wenangnya oleh bank pusat. Emas yang baru tidak boleh dicipta oleh ahli sains daripada mana-mana bahan lain seperti besi, tembaga dan sebagainya. Sekiranya permintaan terhadap sesuatu barangan itu bertambah, maka ia juga akan menyebabkan permintaan terhadap emas juga bertambah. Dengan kata lain, satu unit emas akan mempunyai nilai yang bertambah berbanding dahulu dan satu unit emas akan mempunyai kuasa membeli yang bertambah berbanding dahulu. Itulah sebabnya apabila harga rumah naik sehingga enam kali ganda, harga emas juga naik mencecah 440% [1]. Walaupun banyak kekayaan telah dijana pada hari ini berbanding 30 tahun yang lalu, tetapi kos kehidupan masih bertambah dan kuasa membeli matawang kertas menjadi semakin berkurangan.

    Menurut Lawrence H. White, seorang Profesor Sejarah Ekonomi, ia mengatakan bahawa sistem ekonomi yang bersandar kepada emas jarang mengalami inflasi melebihi 2% setahun [2]. Manakala Peter Bernholz pula berkata bahawa kadar inflasi yang sangat besar telah berlaku pada kurun ke-20 di negara-negara di mana sandaran kepada wang logam (emas) telah ditamatkan [3].

    Dalam Daulah Islamiyyah, sistem matawang adalah bersandar kepada dinar dan dirham (emas dan perak) di mana 1 dinar adalah bersamaan dengan 4.25 gram emas dan 1 dirham adalah bersamaan dengan 2.975 gram perak. Melalui matawang ini yang berjalan bersama-sama sistem ekonomi Islam yang kaffah, Daulah Khilafah terdahulu telah berjaya memberi 1001 kesejahteraan kepada seluruh masyarakat baik dalam negara mahupun di serata dunia, serta berupaya mendominasi sistem ekonomi dunia agar tunduk kepada kehendak hukum syarak.

    Rasulullah saw telah pun memberi khabar bahawa sistem matawang fiat yang digunakan pada hari ini bakal menghadapi satu zaman di mana ia tidak lagi mempunyai nilai sama sekali untuk digunakan oleh manusia. Pada waktu itu, hanya matawang yang bersandarkan emas dan perak iaitu dinar dan dirham sahaja yang dapat menyelamatkan umat Islam secara khususnya, dan umat manusia secara umumnya daripada bencana inflasi yang sedang menghampiri kemuncaknya akibat daripada perbuatan tangan-tangan manusia itu sendiri. Daripada Abu Bakar Ibn Abi Maryam melaporkan bahawa beliau mendengar Rasulullah saw bersabda, “ Akan tiba satu zaman di mana tiada apa yang tinggal dan boleh digunakan oleh umat manusia, maka simpanlah dinar dan dirham (yakni emas dan perak)”. [Musnad Imam Ahmad ibn Hanbal].

    Wallahua’lam.

    Rujukan:
    [1] uk.finance.yahoo.com
    [2] econlib.org/library/Enc/Inflation.html
    [3] Bernholz, Peter. Monetary Regimes and Inflation. Cheltenham, U.K.: Edward Elgar, 2003.

  • Kalkulator Zakat

    Kewajipan Menunaikan Zakat Emas Dan Perak

    Rasulullah S.A.W bersabda yang maksudnya: “Tidak ada seorang pun yang mempunyai emas dan perak yang tidak menunaikan zakatnya, melainkan pada hari kiamat dijadikan hartanya itu beberapa keping api neraka. Setelah dipanaskan, digosokkan lambung, dahi dan belakangnya. Setiap kali ia sejuk, dipanaskan semula pada satu hari yang lamanya 50 ribu tahun sehingga Allah menyelesaikan segala perkara yang berkaitan dengan hamba-Nya.” Riwayat Muslim

     

    SYARAT WAJIB ZAKAT
    Setiap individu yang ingin membayar zakat harus di ambil kira syarat wajib zakat yang perlu difahami dan dipenuhi sebelum membuat taksiran. Syarat-syarat tersebut ialah:

    1. ISLAM
    Zakat hanya dikenakan kepada orang-orang Islam  sahaja.

    2. MERDEKA
    Syarat ini tetap dikekalkan sebagai salah satu syarat wajib.

    3. SEMPURNA MILIK
    Harta yang hendak dizakat hendaklah dimiliki dan dikawal sepenuhnya oleh orang Islam yang merdeka. Bagi harta yang berkongsi antara orang Islam dengan orang bukan Islam, hanya bahagian orang Islam sahaja yang diambil kira di dalam pengiraan zakat.

    4. HASIL USAHA YANG BAIK SEBAGAI SUMBER ZAKAT
    Para Fuqaha’ merangkumi semua pendapatan dan penggajian sebagai “Mal Mustafad” iaitu perolehan baru yang termasuk dalam taksiran sumber harta yang dikenakan zakat.

    5. CUKUP NISAB
    Nisab adalah paras minimum yang menentukan sesuatu harta itu wajib dikeluarkan atau tidak. Nisab menggunakan nilai harga semasa iaitu 20 misqal emas bersamaan 85 gram emas atau 196 gram perak.

    6. CUKUP HAUL
    Bermaksud genap setahun iaitu selama 354 hari mengikut tahun Hijrah atau 365 hari mengikut tahun Masihi. Dalam zakat pendapatan, jangkamasa setahun merupakan jangkamasa mempersatukan hasil-hasil pendapatan untuk pengiraan zakat pendapatan.

    Sumber: Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM)

  • Cara Pajak Emas Di Ar-Rahnu

    Cara Pajak Emas Di Ar-Rahnu

    Antara kelebihan simpan emas ni ialah ‘pelaburan’ kita tak beku. Walaupun kita melabur, hakikatnya ‘duit’ tu ada di tangan kita sebab emas tu kita pegang sendiri. Kita yang control 100%. Kalau simpan dalam Tabung Haji ataupun ASB, duit kita dipegang oleh bank. Dan banklah yang gunakan duit tu untuk buat investment lain dan gandakan keuntungan mereka. Bila dapat untung, sebahagian kecil dia agihkan kepada kita (penyimpan) dalam bentuk dividen. Kalau keluarkan duit lebih awal in case nak pakai duit sekejap, kita akan rugi dividen hujung tahun. Tapi berbeza dengan emas.

    Kalau nak pakai duit SEKEJAP untuk hal mustahak, emas tu tak perlu dijual. Pajak sahaja emas tu di ar-rahnu untuk dapatkan pinjaman bercagar dengan kadar SEGERA. Duit pinjaman akan dapat on-the-spot. Selesai jer urusan, tebus balik emas tu. Macam tu lah yang dibuat oleh makcik-makcik di Pasar Siti Khadijah (Kota Bharu). Gelang yang mereka pakai penuh sampai ke lengan tu sebenarnya modal pusingan mereka. Bila nak modal berniaga, mereka pajak emas tu. Lepas selesai urusniaga, mereka tebus balik dan duit untung hasil urusniaga tu dah boleh cover kos upah ar-rahnu.

    Cara pajak di ar-rahnu ni mudah jer. Di bawah ni saya bagi panduannya secara umum:

    Di mana tempat pajak emas?

    Pajak di mana-mana ar-rahnu (halal), bukan kedai pajak (haram), dan bukan juga di bank sebab bukan semua cawangan bank ada fasiliti ar-rahnu. Hanya bank tertentu dan cawangan tertentu sahaja yang sediakan fasiliti ar-rahnu. Di bawah ni saya senaraikan antara ar-rahnu yang ada di Malaysia:

    Apa yang anda perlu tahu, polisi setiap ar-rahnu berbeza-beza. Berapa nilai emas, apa dokumen yang diperlukan, berapa banyak pinjaman yang diberikan, berapa lama tempoh pinjaman, memang berbeza antara setiap ar-rahnu. Di bawah ni saya cuma bagi panduan umum sahaja.

    Emas boleh dijadikan sumber tunai segera untuk para perniaga terutamanya.

    Apa yang perlu di bawa?

    Emas + sijil ketulenan (kalau ada) + resit belian asal. Sesetengah ar-rahnu tak perlukan resit belian.

    Apa jenis emas yang diterima ar-rahnu?

    Barang kemas solid (tanpa permata), gold bar, dinar, atau syiling emas. Asalkan ianya emas dan ianya tulen. Sesetengah ar-rahnu hanya terima barang kemas sahaja. Gold bar, dinar & syiling emas tak diterima.

    Berapa banyak pinjaman akan diberi?

    65% atas nilai emas yang dipajak. Sesetengah ar-rahnu bagi sehingga 70% daripada nilai emas. Apa yang anda perlu tahu, nilai emas bukan berdasarkan harga emas yang dijual oleh pengeluar emas seperti Kijang Emas, Dinar Kelantan ataupun Public Gold, tapi berdasarkan harga semasa yang ditetapkan oleh ar-rahnu itu sendiri. Dan harga setiap ar-rahnu pastinya berbeza. Anda perlu call ar-rahnu untuk tahu harga semasa mereka sebab kebanyakkan ar-rahnu tak publish harga semasa mereka di website.

    Untuk menentukan berapakah nilai emas anda, ar-rahnu akan timbang berat dan test ketulenan menggunakan alat densimeter. Kalau ketulenannya berbeza daripada apa yang tertera dalam sijil ketulenan, samada (1) anda ditipu oleh penjual, atau (2) mesin densimeter tu ‘problem’. Kalau nak kepastian, bawa emas tu ke ar-rahnu cawangan lain.


    Contoh surat pajak Ar-Rahnu Agrobank

    Berapakah caj yang dikenakan?

    Caj pajakan ar-rahnu dinamakan “upah simpan” seolah-olah kita bayar caj ar-rahnu simpankan emas kita. Tapi hakikatnya ia adalah caj pinjaman, cuma kaedahnya dibuat supaya patuh syariah. Secara umumnya, caj dikenakan sekitar RM0.70 sebulan atas setiap RM100 nilai emas yang dipajak (istilahnya “marhun”), BUKAN atas nilai pinjaman.

    Apa yang anda perlu tahu, caj adalah tetap sebagaimana tertera pada surat pajak walaupun harga emas turun naik dalam tempoh pajakan. Dan anda bebas untuk bayar upah simpan tu pada bila-bila masa samada dalam tempoh pajakan ataupun sekaligus masa tebus emas tu nanti.

    Berapa lama tempoh pinjaman?

    Tempoh standard ialah 6 bulan. Sesetengah ar-rahnu bagi ‘extended-period’ sehingga 9 – 11 bulan. Habis tempoh pinjaman, anda kena tebus balik emas tu ataupun emas tu kena lelong! Kalau nak sambung lagi pajakan, kena renew surat pajak.

    Dan jangan lupa, anda bebas untuk tebus emas tu pada bila-bila masa walaupun tempoh pajakan belum tamat. Kalau tebus dalam masa sebulan, maka caj pajakan cuma dikenakan untuk sebulan sahaja.

    Bagaimana cara sambung pajakan bila tamat tempoh?

    Sebelum habis tempoh pajakan, datang ke ar-rahnu dan settlekan kos upah sahaja. Kemudian emas tu akan dinilaikan semula mengikut harga semasa. Katakanlah dulu nilai emas RM10,000, tapi masa renew surat pajak (untuk sambung pajakan), nilai emas naik menjadi RM12,000, maka jumlah pinjaman baru akan diberi sebanyak 65% atas RM12,000 (bersamaan RM7,800) dan caj pajakan (“upah simpan”) juga dikenakan atas nilai RM12,000 (bersamaan RM84 sebulan).

    Berdasarkan carta di atas, bila renew surat pajak, ar-rahnu akan tambah lagi pinjaman sebanyak RM1,300. Tapi apa akan berlaku kalau sebaliknya (harga emas turun)? Maka kita kena top-up (bayar) RM1,300 baru boleh sambung pajakan! Haa… Kat sinilah ramai pemajak tegar tersangkut pada tahun 2012 bila harga emas bergerak mendatar!

    Itulah panduan asas cara pajak emas di ar-rahnu. Ada beberapa tips penting lagi yang anda perlu tahu sebelum memajak emas. Artikel tu masih diperingkat draft. Nanti dah siap saya akan postkan, insyaAllah.

    Wallahu a’lam.

    Fakta Ar-Rahnu : Ar-Rahnu pertama di tubuhkan di Malaysia ialah Ar-Rahn PKB (Permodalan Kelantan Berhad) iaitu pada 19 Mac 1992.

    : www.mohdzulkifli.com

  • 8,000 Pelabur Genneva Malaysia Belum Dapat Emas

    8,000 Pelabur Genneva Malaysia Belum Dapat Emas

    SHAH ALAM – Bank Negara mendedahkan lebih daripada 8,000 pelabur syarikat pelaburan emas Genneva Malaysia Sdn Bhd masih belum menerima emas mereka dengan jumlah berat melebihi 4,000 kilogram (kg) walaupun telah menyelesaikan bayaran.

    Dalam satu kenyataan semalam, Bank Negara berkata, terdapat juga pelabur yang telah menyerahkan emas mereka berjumlah lebih RM80 juta kepada syarikat tetapi masih belum menerima bayaran balik tunai.

    “Perakaunan forensik awal telah mendedahkan kerugian besar yang dialami oleh syarikat itu pada tahun 2012. Syarikat mempunyai liabiliti melebihi 10 kali asetnya.

    “Menjual emas pada kira-kira 20 hingga 25 peratus lebih tinggi daripada harga pasaran, membayar pulangan kira-kira dua hingga tiga peratus setiap bulan kepada pelanggan dan membeli balik emas daripada pelanggan pada harga belian awal bukan merupakan satu usaha yang mampan,” kata kenyataan dari Bank Negara.

    Ia juga menyatakan bahawa aliran tunai bagi syarikat itu untuk mengekalkan operasinya bergantung sepenuhnya kepada jumlah yang dikumpulkan daripada pelanggan baru.

    Genneva, telah diserbu oleh Bank Negara, polis, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan dan Suruhanjaya Syarikat Malaysia pada 2 Oktober lalu.

    Tiga hari kemudian, pihak berkuasa menjalankan serbuan ke atas premis perhiasan Emas Bhd, Caesar Gold Sdn Bhd dan Worldwide Far East Bhd yang disyaki terlibat dengan pengambilan deposit haram, pengubahan wang haram pengelakan cukai dan dan keterangan palsu.

    Menurut kenyataan itu, wang Genneva sebanyak RM99.8 juta telah dibekukan dan 126kg emas disita, di mana pihak bank berkata, ia diperlukan untuk siasatan dan hanya akan diuruskan mengikut perintah mahkamah. Orang ramai dinasihatkan merujuk laman web Bank Negara untuk maklumat lanjut.

  • Kerugian loket emas palsu mencapai 80 juta

    Kerugian loket emas palsu mencapai 80 juta

    loket-emas-palsu
    Oleh kerana ingin mendapat upah sebanyak RM150 untuk setiap surat, Khairul fahmi sanggup membiarkan satu syarikat ’emas’ menggunakan namanya untuk memajak ’emas’ didalam ar-rahnu. Kononnya sekadar untuk pajak sahaja dan syarikat akan tebus balik, dia tidak sedar bahawa namanya dipergunakan oleh syarikat yang tidak bertanggungjawab itu untuk mengaut keuntungan lumayan. Akhirnya, fahmi sendiri terjerat dan terpaksa membayar balik hutang bernilai ratusan ribu ringgit di bank dan berkemungkinan diblacklist dari financial institution.

    Bagaimana syarikat ’emas’ ini mengaut keuntungan? beberapa bulan yang lalu, ketika orang ramai rancak memajak emas di bank-bank, ar-rahnu, kedai pajak express, tauke yang tidak bertanggung jawab ini mendapat idea untuk mencampurkan tungsten kedalam emas dan usaha ‘kotor’ mereka berjaya mengeksploitasi kelemahan mesin density meter yang digunakan. Akhirnya sejumlah besar emas kini yang berada di pasaran adalah campuran tungsten dan emas. Bukan sahaja loket, ada beberapa juga barang lain dengan peratusan emas cuma 30% sahaja tetapi mendapat bacaan tinggi di density meter.

    Modus operandi mereka adalah mencari penganggur, mereka yang tidak bekerja dan menawarkan upah untuk setiap emas yang dipajak menggunakan nama mereka. Mangsa pada mulanya akan diterangkan tujuan hanyalah sekadar menggunakan nama mereka untuk pajakan, dan emas itu sebagai guarantee untuk syarikat tebus balik, jadi siapa yang kisah kalau setakat guna nama kan, lagi-lagi dapat upah lumayan. Maka beratus dan beribulah pemuda yang membantu tauke memajak emas2 palsu ke seluruh financial institution, maklumat terkini mengatakan nilainya kini hampir 80 juta, bukan sedikit.

    Mereka yang bekerjasama dengan tauke ini pun bukan calang-calang orangnya, ada tu berguru dengan mentor jutawan negara, dengan semangat motivasi yang tinggi dan jiwa yang berkobar-kobar itu, mereka mengerahkan seluruh unit marketing untuk bekerja all-out mengaut keuntungan besar ini, mungkin paling besar berbanding syarikat yang lain.

    Kami selalu ingat pesanan tok guru emas dulu, jika internet yang baru berusia belasan tahun pun penuh penipuan scam, swisscash dan berbagai lagi, apatah lagi dengan perniagaan emas yang dah wujud ratusan ribuan tahun dalam sejarah manusia. Ini baru satu syarikat, malah ada banyak lagi syarikat diluar sana yang sedang menanti signal untuk cabut. Maka nasihat kami berhati-hati dalam perniagaan emas, malah kami sendiri pun selalu tertipu dengan emas2 palsu ini. Wallahualam….

  • Selamat Bercuti, harga emas naik dan 24 April

    Selamat Bercuti, harga emas naik dan 24 April

    emas diraja malaysia
    Alhamdulilah, harga emas naik kembali hari ini, jika ditanya pendapat kami harga emas hari ini naik agak laju, bermula jam 9 pagi harga emas dah start dengan index 6200 (hari isnin 6175), dan pagi ini telah mencecah 6245 (usd1660), kerap kali hari ini kami mengubah index emas, biasanya x kerap, cuma sedikit je terkilan kerana ada pembeli yang bijak lock harga semalam (rugi juga sbnrnya, tp apa bleh buat, adat berniaga)..Kenaikan kali ini sememangnya faktor india, demand emas meningkat dan harga yang slma ini perlahan menjadi laju, kali terakhir kami rasa laju begini pada september 2011 (yup masa harga paling tinggi pernah dicecah). Selain faktor india, esok pasaran-pasaran saham eropah akan dibuka slps cuti easter dan dijangka harga emas akan mantain dlm keadaan seperti ni sehingga hujung minggu.

    Forbes menyebut emas kini matawang utama nombor 4 dunia selepas dollar, euro dan yen, wow, maksudnya satu dunia kini menumpu kepada emas, bukan kami dan anda sahaja. Despite harga emas jatuh minggu lepas, beberapa pengambil alihan lombong emas antara syarikat gergasi berlaku (pls google), bg kami ini signal syarkat perlombongan sendiri yakin untuk meningkatkan pengeluaran emas mereka.

    saya menulis 24 april, why? im not talking about bersih seriously, kerana pada 24 april, di india, mereka akan meraikan golden day, iaitu akhsaya tritiya festival, I dont know much bout dat festival, but notice they said ‘golden’, yeah, definitely mean gold rite.. Ada beberapa pendapat sepanjang minggu ini sehingga 24 April permintaan untuk emas tidak akan berkurang, dijangka harga akan terus meningkat

    Sebelum itu kami ada terbaca satu blog, wujud persoalan, kenapa baru sekarang kerajaan india cuba menaikkan tax, ada jawapan mengatakan mereka mahu mngambil advantage sempena perayaan ini, maybe pengganut hindu ramai yang membeli emas sebelum 24 april. Jadi kerajaan cuba mengambil keuntungan, oh! very smart minister.. does we have one?

    selain itu kesan yang mungkin berlaku, bermula esok permintaan emas dlm pasaran tempatan akan meningkat, pembeli, pelabur biasanya akan teransang untuk mmbeli ketika keadaan harga naik sekarang. Jadi kami jangkakan akan ada banyak permintaan dan jualan esok dan seterusnya.

    Satu lagi kami perasan ada peningkatan carian berkenaan ‘hibah emas’, mungkin ramai yang sedang mencari apakah maksud hibah emas (kami ada terangkan dlm entry sblm post ini). Hargaemas tidak akan terlibat dlm jualan berbentuk sedemikian, kami tidak kata ia salah atau betul, cuma mengambil pendekatan lebih konservatif untuk melihat perkembangan pelaburan hibah dan for sure if mana2 syarikat ingin mndapat supply dan bantuan kami sedia bekerjasama.

    shahrul, hargaemas
    0122301015, www.twitter.com/emasmalaysia
    do sms or tweet me, rarely answer call cause focus on screen (forex), sorry!