KIRA VALUE EMAS KALKULATOR EMAS, AR-RAHNU, PAJAK GADAI
Kira Disinihanya ada DUA sebab sahaja anda boleh buat pembiayaan peribadi (terma syariah utk personal loan).
1. Untuk membeli emas
Apabila anda gunakan sepenuhnya duit tersebut untuk membeli emas dan menjalankan teknik trading/jualbeli yg betul anda boleh menjana pulangan sehingga 30% atau lebih setahun. Sebagai contoh sekiranya anda membuat pembiayaan peribadi BSN, dgn rate sekarang anda hanya perlu membayar 11% sahaja dari jumlah pinjaman untuk setahun. Jadi baki yg anda dapat ialah sebanyak 19%! Apa yg lebih menarik harga emas sentiasa meningkat dari setahun ke setahun. Jadi susahlah untuk anda rugi.
2. Untuk menyelesaikan ‘bad debt’ seperti hutang kad kredit
Antara kelemahan orang kita ialah apabila memiliki kad kredit dia menganggap had kredit atau ‘credit limit’ itu ialah wangnya sendiri dan dia boleh berbelanja sesuka hati, hujung bulan hanya perlu bayar minimum. Kalau anda nak tahu inilah antara sebab utama ramai yg muflis akibat hutang kad kredit. Anda akan dikenakan caj harian hinggalah kesemua bayaran tertunggak itu selesai. Kalau ini yg anda amalkan saya berani jamin anda bukan sahaja akan hutang keliling pinggang malah anda boleh tenggelam terus dalam hutang tersebut (muflis)! Di sinilah gunanya pembiayaan peribadi, ia akan membantu membebaskan diri anda dari along hutang kad kredit.
Cuma yg agak menyedihkan, buat masa ini hanya yg bekerja kerajaan sahaja dapat menikmati kelebihan pembiayaan peribadi ini. Kalau anda nak tahu saya pernah jumpa seorang pekerja swasta yg sanggup berhenti dan kerja kerajaan dgn gaji lebih rendah hanya semata-mata mahu membuat personal loan utk beli emas dan berniaga emas! Sekarang dia telah jadi jutawan emas 🙂
Leave a Reply