MUMBAI : Sepasukan tukang emas mahir menghabiskan masa 15 hari menyiapkan sepasang baju khas untuk seorang ahli perniagaan India bagi membolehkan dia melaram menyambut kedatangan 2013.
KIRA VALUE EMAS KALKULATOR EMAS, AR-RAHNU, PAJAK GADAI
Kira DisiniMenurut laporan media semalam, sepanjang tempoh 15 hari itu, tukang emas terbabit bekerja 18 jam sehari sebelum dapat menyiapkan baju berkenaan.
Baju itu didakwa berharga RM800,000.
Akhbar melaporkan, ahli perniagaan di Pune, Mumbai itu mahukan baju berkenaan dihiasi enam butang kristal Swarovski – sebuah jenama pengeluar barang kemas elit berpangkalan di Austria.
Selain itu, ahli perniagaan terbabit juga mahu melaram dengan seutas tali pinggang emas.
Ahli perniagaan terbabit berkata, dia menganggap pakaian dan tali pinggang itu sebagai satu bentuk pelaburan.
SIMPLE GOLD TESTING KIT USING ACID TEST TO CHECK GOLD PURITY
Uji Emas Anda“Memakai baju emas memang menjadi satu daripada impian saya,” katanya. Ahli perniagaan terbabit berkata, sebelum ini dia memiliki emas seberat 10 kilogram membabitkan 10 rantai emas, enam gelang, 25 cincin dan seutas jam tangan.
“Jika orang lain membeli kereta atau pergi bercuti, bagi saya emas menjadi daya tarikan mutlak.
“Tidak timbul isu keselamatan kerana saya juga mengupah pengawal peribadi,” katanya. – HT
Leave a Reply