Author: Acikx

  • Teksi Bawa Jongkong Emas RM3 Juta Disamun

    Teksi Bawa Jongkong Emas RM3 Juta Disamun

    teksi4gambar hiasan

    Kuala Lumpur – Kumpulan lelaki hanya menggunakan alat pemadam api untuk merompak jongkong emas bernilai RM3 juta.

    Dalam kejadian jam 8.30 malam kelmarin, kumpulan lelaki terbabit dikesan menunggu masa sesuai di Jalan Raja berhadapan Bangunan Sultan abdul Samad, di sini sebelum menyerang dan menyamun jongkong emas berkenaan daripada dua pekerja syarikat perniagaan emas yang menaiki sebuah teksi.

    Sumber berkata, rompakan berlaku ketika dua mangsa itu menaiki teksi selepas diarah pemilik syarikat mengambil jongkong emas bernilai RM3 juta di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.

    Menurutnya, ketika pemandu teksi itu melalui lokasi kejadian tiba-tiba seorang lelaki muncul dengan membawa alat pemadam api sebelum menyemburnya ke arah cermin hadapan teksi kenderaan.

    “Tindakan itu menyebabkan cermin hadapan teksi kabur menjadi kabur, sekali gus memaksa pemandu teksi terbabit memberhentikan kenderaan.

    “sebaik teksi berhenti, beberapa lelaki membuka pintu belakang kenderaan lalu mengacukan parang terhadap kedua-dua mangsa,” katanya.

    Menurutnya, lelaki itu kemudian merampas beg berisi jongkong emas itu sebelum melarikan diri dengan menaiki sebuah kenderaan pacuan empat roda.

    “Difahamkan, kejadian berlaku sekelip mata dan mangsa gagal mengecam plat pendaftaran kenderaan dinaiki kumpulan lelaki berkenaan.

    “Mangsa yang juga pekerja sebuah syarikat perniagaan emas di ibu negara dikatakan dalam perjalanan ke sebuah pusat membeli belah untuk menyerahkan jongkong emas berkenaan kepada pembeli,” katanya.

    menurutnya, dua pekerja lelaki berusia 35 dan 40 tahun itu kemudian membuat laporan polis di Balai Polis Dang Wangi di sini.

    Sementara itu, Ketua Polis Daerah Dang Wangi Asisten Komisioner Zainol Samah ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu namun enggan mengulas lanjut.

    Sumber : Harian Metro ( 21 April 2015 )
    Penulis : Asmah Rusman

    penunggu-emas.blogspot.com

    _________________________________________________________________________________________

    “Rahsia Kejayaan Emas Sebenar”“Rahsia Kejayaan Emas Sebenar”

    _________________________________________________________________________________________

    _________________________________________________________________________________________
    perlukan TUNAI dengan segera . tukarkan EMAS anda kepada TUNAI 
    sedia membeli emas terpakai dengan harga yang tinggi. sedia membeli segala jenis emas 999.9, 999, 916, 875, 835, paun, 750, pandora 916, emas lama, emas patah, bengkok, surat pajak dan lain-lain lagi.
    asalkan emas tulen. COD cheras / ke tempat anda.

    whatsapp/sms/call 013-9720910 @ 017-8855788 Acikx Hargaemas
    _________________________________________________________________________________________

  • Emas bernilai RM300,000 disamun di Jalan TAR

    Emas bernilai RM300,000 disamun di Jalan TAR

    emas (3)

    Kurang daripada lima minit, sebuah kedai emas di Jalan Tuanku Abdul Rahman di ibunegara mengalami kerugian kira-kira RM300,000 selepas disamun lapan lelaki bersenjatakan pistol dan parang.

    Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, SAC Zainuddin Ahmad berkata kejadian berlaku pada pukul 6 petang semalam ketika kedai tersebut masih beroperasi.

    “Tiba-tiba tiga lelaki menyerbu masuk dengan seorang daripada mereka mengacukan pistol, seorang membawa bawa tukul besi dan seorang lagi membawa parang.

    “Bagaimanapun tiada tembakan yang dilepaskan dan suspek bertindak memecahkan cermin rak pameran barangan kemas dengan menggunakan tukul dan melarikan barang kemas dari tujuh dulang barang kemas,” katanya ketika dihubungi Bernama malam tadi.

    Beliau berkata kesemua suspek kemudiannya dipercayai melarikan diri ke arah Dataran Merdeka dengan menaiki motosikal.

    Zainuddin berkata hasil rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di premis itu mendapati empat buah motosikal jenis Yamaha 125Z yang masing-masing dinaiki lima suspek sedang menanti di luar premis itu.

    “Kedai itu telah beroperasi selama 20 tahun dan ketika kejadian terdapat dua pekerja di dalamnya. Terdapat juga beberapa saksi melihat kejadian itu, namun mereka tidak berani untuk membantu,” katanya.

    Kes disiasat di bawah Seksyen 4 Akta Senjata Api Penalti Berat 1971.

    Sementara itu, sebuah lagi kedai emas nyaris dirompak oleh empat lelaki di Rawang pada pukul 3.45 petang semalam.

    Ketua Polis Daerah Gombak, ACP Ali Ahmad berkata empat lelaki yang memakai topi keledar bermuka penuh menyerbu masuk ke premis itu dengan seorang daripada mereka mengacukan senjata menyerupai pistol manakala tiga lagi memegang tukul dan memecahkan meja pameran.

    “Semasa kejadian terdapat empat pekerja dan tiada pelanggan di dalam premis itu. Namun suspek gagal merompak setelah menyedari kehadiran polis.

    “Suspek melarikan diri dengan motosikal jenis Yamaha LC.3,” katanya ketika dihubungi.

    www.malaysiakini.com

    _________________________________________________________________________________________

    “Rahsia Kejayaan Emas Sebenar”“Rahsia Kejayaan Emas Sebenar”

    _________________________________________________________________________________________

    _________________________________________________________________________________________
    perlukan TUNAI dengan segera . tukarkan EMAS anda kepada TUNAI 
    sedia membeli emas terpakai dengan harga yang tinggi. sedia membeli segala jenis emas 999.9, 999, 916, 875, 835, paun, 750, pandora 916, emas lama, emas patah, bengkok, surat pajak dan lain-lain lagi.
    asalkan emas tulen. COD cheras / ke tempat anda.

    whatsapp/sms/call 013-9720910 @ 017-8855788 Acikx Hargaemas + facebook 
    _________________________________________________________________________________________

  • Emas, Batu Permata Nilai Ratus Juta Dirompak

    Emas, Batu Permata Nilai Ratus Juta Dirompak

    ht3

    SEBUAH kedai emas yang turut menyimpan suku daripada emas di ibu kota itu dipecah masuk oleh sekumpulan perompak mahir pada Isnin.

    Kumpulan perompak yang dipercayai menggunakan alat pemotong berkuasa tinggi telah berjaya memecah sebanyak 300 peti deposit Keselamatan yang menyimpan emas milik warga London di Hatton Garden Jewellery.

    Selain emas, perompak juga berjaya melarikan batu permata bernilai puluhan juta pound selepas memasuki bangunan berkenaan melalui saluran lif.

    ht2

    Walaupun kedai emas itu menyimpan sebahagian besar barangan milik pengusaha emas dan individu di London tetapi tahap keselamatan yang digunakan didakwa tidak begitu sempurna.

    Seorang pengusaha kedai emas, Norman Bean berkata, Hatton Garden tidak dikawal selama 24 jam dan tindakan itu memudahkan perompak memasuki bangunan berkenaan.

    “Saya menyimpan berlian bernilai £500,000 di dalam peti deposit keselamatan di Hatton Garden selain barangan kemas bernilai £35,000.

    “Saya bimbang ia telah hilang dilarikan kumpulan perompak kerana kami tidak dibenarkan memasuki bangunan berkenaan,” katanya.

    ht1

    Seorang penjual batu permata, Mohammad Shah, 53, memberitahu, perompak tersebut bukan sahaja mahir tetapi bijak menyesuaikan masa untuk melakukan rompakan – ketika orang ramai bercuti.

    “Saya menyimpan banyak barangan di dalam peti deposit keselamatan di sini yang bernilai ratusan ribu pound. Memang saya mempunyai perlindungan insurans tetapi terdapat barangan yang sukar ditemui.

    “Saya mungkin tidak akan mendapat ganti bagi barangan yang sukar ditemui walaupun mendapat pampasan insurans sekiranya ia hilang,” ceritanya.

    www.mstar.com.my

    _________________________________________________________________________________________

    “Rahsia Kejayaan Emas Sebenar”“Rahsia Kejayaan Emas Sebenar”

    _________________________________________________________________________________________

    _________________________________________________________________________________________
    perlukan TUNAI dengan segera . tukarkan EMAS anda kepada TUNAI 
    sedia membeli emas terpakai dengan harga yang tinggi. sedia membeli segala jenis emas 999.9, 999, 916, 875, 835, paun, 750, pandora 916, emas lama, emas patah, bengkok, surat pajak dan lain-lain lagi.
    asalkan emas tulen. COD cheras / ke tempat anda.

    whatsapp/sms/call 013-9720910 @ 017-8855788 Acikx Hargaemas + facebook 
    _________________________________________________________________________________________

  • Rahsia Urusniaga Jual Beli Emas

    emas-pelaburan-emas

    Belajar cara dan teknik pelaburan emas sebenar : Ramai yang kata, buat bisness pelaburan emas ni menguntungkan sebab harga emas sentiasa akan naik. Benarkah?

    Jika dilihat kepada harga emas semasa, tidaklah asyik naik sahaja, ada juga turun malah kini pun tidaklah sehebat harganya sewaktu di penghujung 2011 dan awal 2012 dulu. Sebab itu pelaburan emas ini sebenarnya bukanlah satu pelaburan yang terjamin dan pasti untung!

    Hakikatnya ramai yang menceburi pelaburan emas ini sebenarnya rugi berbanding mereka yang untung dan berjaya beroleh pulangan seperti yang diidam-idamkan.

    Ramai pula yang melabur sekadar ikut-ikut cakap orang atau pun melabur di bawah kendalian orang lain. Inilah masalah utamanya iaitu tidak mahu atau lebih tepat lagi malas untuk mencari ilmu dan melakukan sendiri. Bila rugi, salahkan orang lain! Harga emas jatuh anda pun terduduk sedangkan pelabur lain masih mampu meraih keuntungan!

    Kenapa boleh jadi begini? Ini adalah kerana mereka tidak mempunyai ilmu dan memahami konsep sebenar akan pelaburan emas ini.

    Untuk Berjaya Perlu Berilmu

    Oleh sebab itu, untuk menceburi bidang pelaburan emas ini, anda mesti mempunyai ilmu, panduan dan rujukan dari mereka yang benar-benar bertauliah dan terbukti berjaya dalam bidang ini. Siapakah yang terbaik untuk dijadikan mentor?

    Beliau yang dimaksudkan adalah Saudara Azizi Ali iaitu penceramah, penulis, jurulatih dan juga mentor jutawan #1 Malaysia.

    Nak berjumpa beliau untuk menuntut ilmu… sudah tentu boleh sahaja dengan menghadiri seminar-seminar beliau yang sentiasa dianjurkan di setiap pelusuk negara. Tapi anda haruslah bersedia untuk melabur sebanyak RM890 untuk menjadi peserta seminar ini. Ya! Itulah harga yang perlu dibayar untuk mendapatkan ilmu dari seorang yang telah terbukti keberhasilannya!

    Rahsia-Emas

    Rahsia Sebenar Kejayaan Pelaburan Emas

    Namun begitu, janganlah pula anda risau kerana semua ilmu, teknik dan panduan untuk berjaya dalam pelaburan emas ini telah beliau dedahkan dalam bentuk audio dan e-book : “Rahsia Kejayaan Emas Sebenar”

    Ianya juga amat mudah difahami dan serba lengkap. Untuk mengetahui maklumat produk ini dengan lebih jelas lagi sila ke link berikut : Rahsia Emas

    Yang lebih menarik adalah tawaran harga yang ditawarkan, amat-amat murah tetapi berbaloi! Malah anda diberi jaminan 30 hari untuk mencubanya! Tak puas hati… pulangkan sahaja! Wang anda dikembalikan!

    Jika anda sudah bersedia untuk memasuki bidang pelaburan emas ini maka dapatkanlah set audio dan e-book “Rahsia Kejayaan Emas Sebenar” sekarang melalui link berikut: “Rahsia Kejayaan Emas Sebenar”

    Berikut adalah carta harga emas semasa di Malaysia sebagai rujukan anda
    SpotPrice-chart

    Usaha Untuk Mencapai Kejayaan

    Tidak kira dalam apa jua yang anda lakukan, pastikan anda punya ilmu yang betul dan tepat serta yang telah terbukti untuk dijadikan panduan. Sedangkan Rasulullah SAW pun berguru dengan Jibrail inikan pula kita insan yang tiada keistimewaannya. Lihatlah… mereka yang berjaya ini pun masih berguru dan perlukan ilmu!

    kejayaan pelaburan emas 2

    Semoga anda semua berjaya mencapai cita-cita yang diimpikan. Ingat! Setiap usaha harus disusuli dengan keyakinan, doa dan tawakkal. Rezeki itu dari Allah SWT… dan akan dikurniakan kepada mereka yang berusaha untuk mendapatkannya!

    sila klik banner @ link  : “Rahsia Kejayaan Emas Sebenar” untuk info lebih lanjut.

    “Rahsia Kejayaan Emas Sebenar”

    “Rahsia Kejayaan Emas Sebenar”

    _________________________________________________________________________________________

    sedia membeli emas terpakai dengan harga yang tinggi. sedia membeli segala jenis emas 999.9, 999, 916, 875, 835, paun, 750, emas lama, emas patah, bengkok, surat pajak dan lain-lain lagi. asalkan emas tulen .

    perlukan TUNAI dengan segera . tukarkan EMAS anda kepada TUNAI 
    whatsapp/sms/call 013-9720910 @ 017-8855788 Acikx Hargaemas + facebook 
    COD cheras / ke tempat anda .
    _________________________________________________________________________________________

  • Perompak larikan lapan dulang emas RM100,000

    Perompak larikan lapan dulang emas RM100,000

    image (10)ANGGOTA polis memeriksa lokasi kejadian rompakan di kedai emas di Batu 5, Taman Mawar di Sandakan, Sabah, semalam.

    SANDAKAN , Mac – Tiga pekerja kedai emas tergamam apabila didatangi tiga perompak bersenjatakan pistol lalu melarikan lapan dulang emas dalam kejadian di kedai emas di Batu 5, Taman Mawar di sini, pagi ini.

    Dalam kejadian kira-kira pukul 8 pagi itu, ketiga-tiga suspek yang lengkap memakai topi keledar dan jaket turut bersenjatakan parang.

    Sumber berkata, ketika kejadian terdapat tiga pekerja termasuk seorang wanita berada di dalam kedai berkenaan.

    Katanya, suspek yang menaiki dua buah motosikal bertindak masuk ke dalam kedai dan melarikan lapan dulang emas yang dianggarkan bernilai RM100,000.

    Difahamkan, ketika kejadian pekerja terbabit baru beberapa minit membuka kedai emas itu.

    “Ketika kejadian dua pekerja lelaki berada di meja pameran emas manakala seorang pekerja wanita yang baru sahaja keluar dari tandas terkejut melihat kelibat suspek,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini.

    Ketua Polis Daerah Sandakan, Asisten Komisioner Zabidi Md. Zain ketika dihubungi mengesahkan mengenai kejadian itu.

    – www.utusan.com.my

    _________________________________________________________________________________________

    “Rahsia Kejayaan Emas Sebenar”“Rahsia Kejayaan Emas Sebenar”

    _________________________________________________________________________________________

    _________________________________________________________________________________________
    perlukan TUNAI dengan segera . tukarkan EMAS anda kepada TUNAI 
    sedia membeli emas terpakai dengan harga yang tinggi. sedia membeli segala jenis emas 999.9, 999, 916, 875, 835, paun, 750, pandora 916, emas lama, emas patah, bengkok, surat pajak dan lain-lain lagi.
    asalkan emas tulen. COD cheras / ke tempat anda.

    whatsapp/sms/call 013-9720910 @ 017-8855788 Acikx Hargaemas + facebook 
    _________________________________________________________________________________________

  • Loceng kecemasan kejut perompak kedai emas

    rompak

    Mereka dikatakan telah memecahkan cermin kotak pameran barang kemas, namun disebabkan loceng kecemasan di premis kedai emas tersebut berbunyi, membuatkan para perompaknya cabut lari.

    Kejadian berlaku di sebuah kedai emas di Jalan Raya di Kulim kira-kira pukul 2.45 petang semalam.

    Ketua Polis Daerah Kulim, Supt Abdullah Arshad berkata pada mulanya dua lelaki yang menaiki sebuah motosikal dikatakan berhenti di hadapan kedai tersebut.

    Seorang daripadanya lalu meluru masuk ke dalam kedai dengan membawa tukul besi lalu memecahkan kotak kaca tempat simpanan barang kemas, katanya.

    “Namun seorang pekerja lelaki sempat membunyikan loceng kecemasan menyebabkan perompak tersebut dikatakan menjadi ketakutan lalu cabut keluar dari kedai tersebut sebelum melarikan diri bersama rakannya yang menunggu dengan motosikal,” katanya.

    Abdullah berkata pihak polis sedang mengesan wajah para perompak menerusi kamera litar tertutup yang dipasang di premis tersebut.

    – Bernama

    _________________________________________________________________________________________

    “Rahsia Kejayaan Emas Sebenar”“Rahsia Kejayaan Emas Sebenar”

    _________________________________________________________________________________________

    _________________________________________________________________________________________
    perlukan TUNAI dengan segera . tukarkan EMAS anda kepada TUNAI 
    sedia membeli emas terpakai dengan harga yang tinggi. sedia membeli segala jenis emas 999.9, 999, 916, 875, 835, paun, 750, pandora 916, emas lama, emas patah, bengkok, surat pajak dan lain-lain lagi.
    asalkan emas tulen. COD cheras / ke tempat anda.

    whatsapp/sms/call 013-9720910 @ 017-8855788 Acikx Hargaemas + facebook 
    _________________________________________________________________________________________

  • Pencarian harta karun Pulau Nangka dihentikan

    Pencarian harta karun Pulau Nangka dihentikan

    NSTPHARTA karun peninggalan Kerajaan Kesultanan Melayu Melaka dipercayai terdapat di sekitar Pulau Nangka. – Foto Rasul Azli Samad

    MELAKA: Sejak kebelakangan ini, nama Pulau Nangka tiba-tiba menjadi popular dan sebutan ramai. Tiada siapa menyangka, pulau yang dinamakan berdasarkan bentuk fizikalnya seperti buah nangka itu ada satu rahsia besar.

    Pulau kecil tidak berpenghuni dengan keluasan kira-kira 20 hektar, terletak kira-kira 17 kilometer dari kawasan pantai serta empat kilometer dari Pulau Besar, berhampiran Umbai dikatakan menyimpan 1,001 rahsia tersendiri yang belum terungkai sehingga kini.

    Rahsia berkenaan adalah harta karun dipercayai milik sultan terakhir Melaka, Sultan Mahmud Shah yang dikatakan ditanam di pulau itu dengan nilainya dianggarkan berbilion ringgit.

    Mengikut sejarah, Sultan Mahmud dikatakan menanam sebahagian hartanya berupa wang emas, pakaian dan jongkong di pulau itu ketika penjajahan Portugis pada tahun 1511, manakala sebahagian lagi dibawanya bersama.

    Pulau Nangka diwartakan sebagai milik Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) pada tahun 1997 dikelilingi kira-kira 10 pulau kecil yang tidak dihuni, kecuali Pulau Besar dan Pulau Undan.

    Di tengah Pulau Nangka ini pula terdapat sebuah bukit dengan ketinggian sekitar kira-kira 50 meter dari paras laut, manakala di puncak bukit itu pula terdapat banyak tumbuhan renek, pokok besar, makam lama dan pelbagai lagi tinggalan sejarah.

    Terdapat juga makam pahlawan di sekitar lereng bukit itu yang menghadap ke arah laut. Namun, tidak dapat dipastikan makam siapa ia sebenarnya.

    Namun, pendedahan media sejak tahun lalu mengenai pencarian harta karun menarik lebih perhatian apabila kerajaan Melaka melantik sebuah syarikat, Smart Partnership International Sdn Bhd bagi mengkaji dan mengeluarkan harta dipercayai masih tertanam di pulau itu.

    Ketua Menteri, Datuk Seri Idris Haron sendiri mendedahkan usaha mencari harta karun itu sebenarnya sudah bermula secara senyap sejak kira-kira 30 tahun lalu.

    “Emas yang ada di situ bukan berbentuk jongkong, tetapi berbentuk seperti timun. Sebelum ini, ada individu yang sudah berjaya menembusi tempat itu. Tapi, apabila mereka pegang emas untuk bawa keluar, kaki mereka tidak boleh melangkah. Apabila diletakkan kembali emas itu, barulah mereka boleh melangkah semula,” katanya.

    Sementara itu, Pengurus Besar PERZIM, Datuk Khamis Abas, mengulas perkembangan terkini berkata, segala kerja pencarian harta karun kini sudah dihentikan.

    NSTP

    Katanya, ia berikutan kegagalan sebuah syarikat mematuhi syarat yang ditetapkan apabila merosakkan alam sekitar pulau berkenaan.

    “Setakat ini, hanya dua syiling lama saja yang berjaya ditemui sepanjang kerja pencarian harta karun di pulau ini,” katanya kepada BH.

    Dua syiling berkenaan ditemui oleh syarikat Smart Partnership pada April tahun lalu ketika melakukan kerja penggalian di lokasi dipercayai laluan ke pintu masuk tempat harta itu ditemui.

    NSTPPENGURUS Besar, Perbadanan Muzium Melaka, Datuk Khamis Abas menunjukkan duit syiling yang dijumpai semasa pencarian harta karun di Pulau Nangka pada April tahun lalu. – Foto Rasul Azli Samad

    Syiling itu dikatakan dibuat oleh kerajaan Majapahit berdasarkan tulisan yang tertera di atasnya. Melalui teknik imbasan yang dilakukan oleh syarikat berkenaan, sebanyak 96 peti besi dikesan mengandungi pelbagai syiling emas berada dalam satu ruang kosong di bawah lubang di kawasan tempat syiling itu ditemui.

    Seorang penduduk tempatan, Yaakop Husin, 75, berkata beliau tidak pernah mendengar mengenai kewujudan harta karun di pulau Nangka sejak kecil.

    Katanya, beliau kurang percaya dengan dakwaan mengenai harta karun itu kerana jika tidak sudah tentu ramai masyarakat di sekitar Umbai dan Serkam mengetahuinya lebih awal.

    “Pulau ini sudah tentu menjadi rata sekarang jika benar ada harta karun di dalamnya, tetapi sehingga kini tiada sesiapa yang pernah menjumpainya,” kata pesara kakitangan kerajaan itu lagi.

    NSTPKERJA menebuk bahagian bongkah batu oleh syarikat Smart Partnership International (M) Sdn Bhd di Pulau Nangka. – Foto Rasul Azli Samad

    INFO:
    Teori harta karun yang ditanam di Pulau Nangka

    * Ia dikatakan sebahagian daripada kekayaan yang disimpan oleh sultan terakhir Melaka, Sultan Mahmud Shah.

    * Sultan Mahmud dikatakan membawa sebahagian besar jongkong emas daripada dirampas Portugis yang menakluk Melaka pada tahun 1511.

    * Buku sejarah mengatakan Sultan Mahmud cuba menawan semula Melaka tetapi tidak berjaya beberapa kali, mungkin kerana kekayaan yang masih ditinggalkan baginda.

    * Menurut pakar sejarah Portugis pada abad ke-16, Portugis Fernao Lopes de Castanheda, tentera yang menawan Melaka tidak dapat mencari kekayaan Sultan.

    * Apa yang dicari adalah emas dalam bentuk jongkong, sutera, lakuer dan porselin.

    * Pulau Nangka terletak kira-kira empat kilometer dari pulau utama Melaka, iaitu Pulau Besar, destinasi tarikan pelancong yang popular.

    * Pulau berbatu berkeluasan kira-kira 20 hektar itu mempunyai pantai berpasir begitu luas dengan air jernih yang mengelilinginya.

    * Terumbu karang berdekatan pulau berkenaan turut menarik perhatian menarik penyelam.

    www.bhplus.com.my

    _________________________________________________________________________________________

    “Rahsia Kejayaan Emas Sebenar”“Rahsia Kejayaan Emas Sebenar”

    _________________________________________________________________________________________

    _________________________________________________________________________________________
    perlukan TUNAI dengan segera . tukarkan EMAS anda kepada TUNAI 
    sedia membeli emas terpakai dengan harga yang tinggi. sedia membeli segala jenis emas 999.9, 999, 916, 875, 835, paun, 750, pandora 916, emas lama, emas patah, bengkok, surat pajak dan lain-lain lagi.
    asalkan emas tulen. COD cheras / ke tempat anda.

    whatsapp/sms/call 013-9720910 @ 017-8855788 Acikx Hargaemas + facebook 
    _________________________________________________________________________________________

  • Diplomat cuba seludup emas AS$1.4 juta ditahan di Bangladesh

    Diplomat cuba seludup emas AS$1.4 juta ditahan di Bangladesh

    image (9)Diplomat Korea Utara diduga menyeludupkan emas ke Bangladesh.

    DHAKA: Kastam Bangladesh hari ini menahan seorang diplomat Korea Utara yang cuba menyeludup masuk emas bernilai AS$1.4 juta ke negara itu, kata pegawai kanan.

    “Kami menemui emas dalam bentuk jongkong dan perhiasan dari Setiausaha Pertama Kedutaan Korea Utara di Dhaka, Son Young Nam,” kata Ketua Pengarah Jabatan Risikan Kastam, Moinul Khan.

    Jumlah berat keseluruhan emas yang dirampas ialah kira-kira 27 kilogram.

    Diplomat itu kemudiannya dibebaskan tetapi Bangladesh sedang dalam proses untuk mendakwanya.

    Moinul berkata, diplomat terbabit sedang melepasi kawasan laluan hijau dari Lapangan Terbang Antarabangsa Hazrat Shahjalal selepas tiba dengan pesawat Singapore Airlines dari Singapura.

    Pegawai kastam di lapangan terbang itu meminta untuk mengimbas beg yang dibawanya.

    “Dia beritahu kepada pegawai berkenaan tiada apa yang perlu diimbas,” kata Pengerusi Lembaga Hasil Negara, Najibur Rahman.

    Katanya, pihaknya sudah memaklumkan kepada kementerian luar dan suspek dibebaskan hari ini mengikut Piagam Vienna.

    “Kami juga sudah mulakan proses untuk memfail kes jenayah terhadapnya,” katanya. – Reuters

    _________________________________________________________________________________________

    “Rahsia Kejayaan Emas Sebenar”“Rahsia Kejayaan Emas Sebenar”

    _________________________________________________________________________________________

    _________________________________________________________________________________________
    perlukan TUNAI dengan segera . tukarkan EMAS anda kepada TUNAI 
    sedia membeli emas terpakai dengan harga yang tinggi. sedia membeli segala jenis emas 999.9, 999, 916, 875, 835, paun, 750, pandora 916, emas lama, emas patah, bengkok, surat pajak dan lain-lain lagi.
    asalkan emas tulen. COD cheras / ke tempat anda.

    whatsapp/sms/call 013-9720910 @ 017-8855788 Acikx Hargaemas + facebook 
    _________________________________________________________________________________________

  • Jumpa ketulan emas 2.7 kg

    Jumpa ketulan emas 2.7 kg

    image (8)Brown memegang ketulan emas yang ditemui.

    SYDNEY – AUSTRALIA. Seorang pencari gali di Australia menemui ketulan emas seberat 2.7 kilogram ketika sedang mengimbas sebuah kawasan di Wedderburn, Victoria, menurut media, semalam.

    Agensi berita The Age melaporkan, pada awalnya Mick Brown menyangka ia adalah gumpalan besar tembaga lebur ketika alat pengesan logamnya mengesan objek itu beberapa minggu lalu.

    “Selepas menggali lebih dalam, permukaan objek jelas menunjukkan ia adalah emas. Saya ingin jual ia kepada pengumpul peribadi dan wang itu akan digunakan untuk membayar hutang serta belanja isteri dan anak-anak,” katanya.

    Difahamkan, ketulan emas berkenaan dianggarkan bernilai AS$103,400 (RM 382,000). – dpa

    _________________________________________________________________________________________

    “Rahsia Kejayaan Emas Sebenar”“Rahsia Kejayaan Emas Sebenar”

    _________________________________________________________________________________________

    _________________________________________________________________________________________
    perlukan TUNAI dengan segera . tukarkan EMAS anda kepada TUNAI 
    sedia membeli emas terpakai dengan harga yang tinggi. sedia membeli segala jenis emas 999.9, 999, 916, 875, 835, paun, 750, pandora 916, emas lama, emas patah, bengkok, surat pajak dan lain-lain lagi.
    asalkan emas tulen. COD cheras / ke tempat anda.

    whatsapp/sms/call 013-9720910 @ 017-8855788 Acikx Hargaemas + facebook 
    _________________________________________________________________________________________

  • Emas Murah di Kuala Pilah

    image (7)Sebuah kedai emas di pekan Kuala Pilah yang terus dikunjungi orang ramai, semalam.

    KUALA PILAH – Laporan harga emas murah di pekan ini yang tersiar dalam Sinar Harian, semalam menarik minat orang ramai yang mula bercerita menerusi laman sosial.

    Sebahagian mereka masih tertanya-tanya mengenai kesahihan laporan itu, selain membuat andaian sendiri kemungkinan kualiti emas dijual adalah berbeza dengan tempat lain.

    Tinjauan Sinar Harian mendapati, rata-rata pengunjung di Sinar Online dan Facebook Sinar Harian teruja dengan laporan itu sehingga ada yang mengajak rakan untuk pergi ke Kuala Pilah membeli emas.

    Salah seorang pemilik Facebook yang dikenali sebagai Siti Zubaidah Mohd Shil berkata, dia dan ahli keluarganya memang pembeli setia emas di pekan ini.

    Memandangkan dia yang berasal dari daerah ini, katanya, setiap kali jika ibunya ingin membeli emas, pasti mereka akan membeli di sini kerana harga yang ditawarkan memang sangat murah, berbanding tempat lain.

    Selain itu, menurut Julia Shuadi, berita mengenai laporan itu adalah benar, kerana adiknya sendiri baru sahaja membeli emas di pekan ini.

    Begitu juga dengan Erma Watie, dia juga mengesahkan bahawa emas di situ murah berbanding di bandar Seremban.

    Menurutnya, rakannya yang bekerja di kedai emas sekitar Seremban memberitahu agar membeli emas di Kuala Pilah, kerana harga di Seremban mempunyai perbezaan sehingga mencecah RM25.

    Bagaimanapun, terdapat juga komen yang berpendapat ketulenan emas dijual di kedai-kedai emas di pekan ini meragukan, mungkin tidak berkualiti serta tidak tulen.

    Pemilik akaun FB Zaimi Abd Ghani memberitahu, emas yang dijual disitu hanya mempunyai nilai 60 peratus emas sahaja, dan bukannya emas asli.

    Namun, dakwaan itu disangkal Ramli Sharif yang menegaskan bahawa emas di Kuala Pilah adalah berkualiti, dan disahkan Ar Rahnu.

    Katanya, emas yang dijual adalah sama kualiti dengan kedai emas tempat lain, tidak wujudnya penipuan.

    Sementara itu, tinjauan Sinar Harian di beberapa kedai emas di pekan ini mendapati, ia terus dipenuhi orang ramai.

    Pelanggan yang dikenali sebagai Maizura Ismail, 35, berkata, dia berkunjung ke kedai emas selepas membaca mengenai harga emas murah menerusi Sinar Harian.

    “Sebelum ini ada dengar sahaja emas murah di sini tapi tak pernah pergi. Bila tersiar dalam akhbar, barulah saya yakin dan singgah ke sini,” katanya.