Kuala Lumpur: Al Rajhi Banking & Investment Corporation (Malaysia) Bhd (Al Rajhi), komited untuk mencapai peningkatan transaksi jualan produk emas yang diperkenalkan dua tahun lalu pada kadar 30 peratus berbanding RM100 juta yang dicatatkan sebelum ini.
KIRA VALUE EMAS KALKULATOR EMAS, AR-RAHNU, PAJAK GADAI
Kira DisiniPengarah Bahagian Perbankan Runcitnya Mohd Khalil Alkhushairi berkata, menerusi produk Real Gold Real Value, pihaknya menyasarkan peningkatan transaksi jualan emas di Al Rajhi secara konservatif tahun ini berbanding 2012.
Beliau berkata, Al Rajhi memperkenalkan produk itu berikutan emas boleh diguna pakai sebagai pelindung nilai dan juga diiktiraf untuk medium tukaran serta mata wang terutama ketika ketidakstabilan politik dan ekonomi.
SIMPLE GOLD TESTING KIT USING ACID TEST TO CHECK GOLD PURITY
Uji Emas Anda“Sambutan produk emas di Al Rajhi Bank amat memuaskan dan ia bukan saja mendapat sambutan di kalangan masyarakat Malaysia, malah juga dari warga asing.
“Kami yakin dengan permintaan terhadap jongkong emas yang semakin berkembang ini, secara tidak langsung dapat menambah keuntungan kompetitif dan pertumbuhan positif bank,” katanya kepada Bisnes Metro di sini.
Menurutnya, produk emas juga sejajar dengan strategi pemerolehan Perbankan Premium di Al Rajhi dan kelebihan yang ditampilkan adalah menerusi penekanan dalam ketelusan aspek syariah.
Mohd Khalil berkata, pelanggan emas Al Rajhi juga tidak dikenakan kos tersembunyi mahupun faedah riba. Malah, transaksi jual beli produk emas berlandaskan syarikat syariah yang paling dititik beratkan oleh Al Rajhi Bank.
“Setiap transaksi jual beli emas di Al Rajhi mesti dilakukan secara serentak di mana pelabur akan menerima emas fizikal pada masa sama ketika membuat pembayaran dan produk emas yang ditawarkan tersedia bagi memenuhi pelbagai kehendak serta gaya hidup semua lapisan masyarakat dari serendah 10 gram ke satu kilogram,” katanya.
Sempena pelancaran inisiatif ‘Hijrah Bersama Al Rajhi’, pelanggan yang membeli emas fizikal berpeluang memenangi pakej haji dan pelbagai lagi hadiah menarik. Kempen bermula April hingga 31 Disember ini akan menjadikan pembelian emas fizikal lebih berbaloi kepada pelanggan. HMetro
Leave a Reply