SHAH ALAM: Polis menahan tiga lagi individu termasuk seorang wanita bagi membantu siasatan berhubung kes samun wang tunai berjumlah RM1.65 juta dan 40 kepingan emas di Bukit Lanchong, Putra Heights pada 23 Disember lepas.
KIRA VALUE EMAS KALKULATOR EMAS, AR-RAHNU, PAJAK GADAI
Kira DisiniKetua Polis Selangor, Datuk Abdul Samah Mat, berkata suspek pertama berumur 29 tahun ditahan di Subang Jaya kira-kira 12 tengah hari pada Isnin lepas sebelum memberkas seorang lagi rakannya di kawasan yang sama.
“Hasil penahanan dan siasatan lanjut terhadap kedua-dua suspek lelaki itu, polis menahan seorang wanita berumur 27 tahun di Bandar Baru Sentul, Kuala Lumpur pada hari sama kerana didakwa menganggotai kumpulan samun tersebut,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
SIMPLE GOLD TESTING KIT USING ACID TEST TO CHECK GOLD PURITY
Uji Emas AndaAbdul Samah berkata, berikutan tangkapan terhadap ketiga-tiga suspek itu, polis menemui semula enam kepingan emas seberat 600 gram serta wang tunai RM100,000.
“Rahsia Kejayaan Emas Sebenar”
“Rahsia Kejayaan Emas Sebenar”
Beliau berkata, ketiga-tiga suspek ditahan reman sehingga Isnin depan.
Dengan penahanan tiga suspek itu menjadikan jumlah mereka yang ditahan setakat ini ialah seramai 10 orang
Sebelum ini, tujuh suspek termasuk seorang lelaki warga Indonesia berusia antara 20 dan 50 tahun diberkas pada 27 Disember lepas.
Abdul Samah berkata, polis masih meneruskan siasatan berhubung kes berkenaan dan saki baki anggota kumpulan samun itu terus diburu.
Dalam kejadian itu, seorang ahli perniagaan mendakwa kehilangan wang tunai RM1.65 juta beserta 40 kepingan emas yang setiap satu seberat 100 gram.
-BERNAMA
_________________________________________________________________________________________
perlukan TUNAI dengan segera . tukarkan EMAS anda kepada TUNAI
sedia membeli emas terpakai dengan harga yang tinggi .
sedia membeli segala jenis emas 999.9 , 999 , 916 , 875 , 835 , paun , 750 , pandora 916, emas lama , emas patah , bengkok , surat pajak dan lain-lain lagi . asalkan emas tulen .
COD cheras / ke tempat anda .
whatsapp/sms/call 013-9720910 Acikx Hargaemas + facebook
_________________________________________________________________________________________
“Rahsia Kejayaan Emas Sebenar”
“Rahsia Kejayaan Emas Sebenar”
_________________________________________________________________________________________
Leave a Reply