KIRA VALUE EMAS KALKULATOR EMAS, AR-RAHNU, PAJAK GADAI
Kira DisiniPUTRAJAYA, Disember 2014 (Bernama) – Malaysia menyasar 40 pingat emas pada temasya Sukan Universiti Asean (AUG) ke-17 di Palembang, Indonesia yang akan membuka tirai Rabu ini.
Ketua Kontinjen Malaysia Datuk Prof Abdullah Mohamad Said berkata seramai 322 atlet akan menggalas cabaran negara dalam 20 acara bagi mempertahankan pencapaian terbaik selaku juara bertahan.
SIMPLE GOLD TESTING KIT USING ACID TEST TO CHECK GOLD PURITY
Uji Emas Anda“Setelah kita teliti keupayaan serta prestasi atlet negara dan membuat perbandingan dengan atlet negara lain, sasaran 40 pingat emas adalah realistik,” katanya.
Pada temasya sukan itu di Vientiane, Laos pada 2012, kontinjen Malaysia muncul juara keseluruhan apabila melakukan pencapaian cemerlang dengan merangkul 60 pingat emas, 47 perak dan 72 gangsa.
“Pada penampilan di Laos, kontinjen negara meletak sasaran awal 36 pingat emas sahaja, namun bernasib baik apabila mencapai 60 pingat emas. Kita berharap atlet negara sebelum ini yang meraih pingat perak dapat menyumbangkan pingat emas kali ini,” katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan Jalur Gemilang kepada kontinjen negara di Kementerian Pendidikan di sini hari ini.
Majlis penyerahan disempurnakan Menteri Pendidikan Kedua Datuk Seri Idris Jusoh.
Atlet karate kebangsaan Lim Chee Wei dipilih sebagai pembawa Jalur Gemilang.
Beliau merupakan pemenang pingat emas bagi acara Kata pada Sukan Asia di Incheon, Korea Selatan September lepas.
Lim yang meraih pingat gangsa pada AUG di Laos, bertekad mahu menebus kekecewaan dengan meraih pingat emas bagi acara individu Kata lelaki pada edisi kali ini.
“Acara Kata adalah sukan subjektif. Walaupun saya pernah meraih pingat emas seperti Sukan Asia di Incheon baru-baru ini, tidak bermakna mudah untuk saya ulangi kejayaan itu di Palembang.
“Saya akan menggunakan pengalaman yang ada untuk membawa kejayaan kepada negara. Walaupun cemerlang di peringkat Asia, saya tidak nafikan atlet tuan rumah (Indonesia) dan Vietnam akan memberi saingan sengit,” kata pelajar Ijazah Sarjana Muda Pengajian Bahasa Inggeris di Universiti Sains Malaysia (USM) ini.
Indonesia pernah merangkul juara keseluruhan sebanyak 10 kali, Thailand tiga kali, Malaysia dua kali dan Vietnam sekali sejak temasya dianjurkan pada 1981.
-BERNAMA
Leave a Reply