Soalan: Bolehkan saya menjual emas dengan harga saya sendiri walalupun tidak sama dengan harga pasaran?
KIRA VALUE EMAS KALKULATOR EMAS, AR-RAHNU, PAJAK GADAI
Kira DisiniJawapan
Ya. Penetapan harga sesuatu barang dalam sesuatu jual beli adalah berdasarkan kepada persetujuan kedua dua pihak yang berkontrak, iaitu penjual dan pembeli. Sebagai contoh, walaupun harga sebuah rumah semi D di sebuah kawasan perumahan adalah sekikar RM500, tetapi penjual dan pembeli boleh bersetuju di atas satu harga munkin lebih tinggi, dan pembeli sanggup membayarnya kerana faktor faktor tersendiri munkin untuk tinggal di kawasan yang tidak jauh dari tempat kerjanya, atau sebab ingin tinggal berdekatan dengan orang tuannya. Penjual juga boleh jual dengan harga yang lebih rendah daripada harga pasaran munkin kerana kerana terdesak nak dapatkan duit, atau sebab sebab lain.
Yang menjadi masalah ialah apabila ada unsur penipuan, contohnya penjual berkata ini adalah harga yang termurah di pasaran. Kemudian didapati ia jauh lebih mahal. Ini dipanggil ‘bay’ al-ghubn”. Apabila didapati ada unsur penipuan dalam penetapan harga, maka pembeli diberikan hak untuk membatalkan kontrak jual beli, dan seterusnya mendapatkan semula duitnya.
SIMPLE GOLD TESTING KIT USING ACID TEST TO CHECK GOLD PURITY
Uji Emas AndaPenipuan juga boleh berlaku dengan menaikkan harga terlalu tinggi, kemudian diberikan hibah atau cash back yang banyak kepada pembeli. Sedangkan hibah tersebut adalah daripada duit pembeli sendiri. Ini dipanggil taghrir.
Dalam urusan jual beli emas, samalah juga dengan jual beli matawang yang berbeza denominasinya ada satu syarat utama perlu dipenuhi, iaitu, bayaran dan serahan emas dibuat secara taqabud, pertukaran emas dan bayaran dibuat secara segera/lani dari tangan ke tangan di dalam satu majlis aqad, tanpa sebarang penangguhan. Sesetengah ulama meletakkan satu lagi syarat tambahan iaitu “hulul” bermaksud selesai perpindahan pemilikan, serahan bayaran dan serahan barang yang dibeli di dalam majlis aqad.
Wallahu’alam
source: blog dr azman
Leave a Reply