Skim cepat kaya bukan perkara baru di Malaysia dan ia mula dikesan memperdaya pengguna sejak tahun 70-an lagi dengan skim pertama dikenali sebagai Pak Man Telo. Selepas lebih 30 tahun, skim seumpama ini masih terus berleluasa, dengan modus operandi yang diberi suntikan baru namun, masih mencapai tujuan sama iaitu menipu wang orang ramai.
Ketika Facebook (FB) mula mendapat tempat, muncul skim cepat kaya menggunakan medium berkenaan dengan yang paling terkenal menggunakan slogan “Login FB Dapat Duit”. Ia mendapat sambutan hangat sekitar 2010 hingga 2011, malah ia dipercayai masih bertahan sehingga kini. Modus operandinya, menawarkan pulangan apabila kita berjaya mendapatkan orang bawah atau downline yang baru.
KIRA VALUE EMAS KALKULATOR EMAS, AR-RAHNU, PAJAK GADAI
Kira DisiniSekitar 2012, ketika harga emas mula memuncak, maka muncul pula skim berasaskan emas. Yang paling mencuri perhatian ialah skim emes Geneva yang kes mahkamahnya masih berjalan sehingga sekarang, selepas ia diserbu Bank Negara Malaysia (BNM) pada penghujung 2012.
Melewati tahun 2013, apabila pasaran saham mula meningkat, muncul pula skim saham dan Forex yang pelik-pelik menawarkan pelbagai pulangan menggiurkan.
SIMPLE GOLD TESTING KIT USING ACID TEST TO CHECK GOLD PURITY
Uji Emas Anda123 N 123 123 N 123
Ketika kerajaan mempromosi bidang pertanian dan penternakan, maka muncul pula skim cepat kaya berasaskan penternakan seperti ikan arowana, penternakan lembu malah penternakan burung unta. Keadaan sama berlaku ketika industri e-book mula berkembang, maka muncul pula skim cepat kaya berasaskan e-book.
Walaupun muncul pelbagai skim dengan nama berbeza, namun tidak sukar untuk mengenali skim seumpama ini kerana ia mempunyai ciri yang sama iaitu menawarkan pulangan yang tinggi tanpa risiko, menjana keuntungan melalui rekrut orang baru dan tidak memiliki produk atau produk yang ada hanya bersifat kosmetik. Ciri pertama skim ini ialah menawarkan pulangan tinggi 10 peratus 15 peratus sebulan. Ia lebih tinggi daripada Tabung Haji, Amanah Saham Bumiputera (ASB) malah lebih tinggi daripada pasaran saham indeks Bursa Malaysia.
Secara logiknya, ia boleh mencecah sehingga 120 peratus hingga 180 peratus setahun. Namun, ia mustahil untuk dicapai dengan cara melabur dan membiarkan wang beranak-pinak saja.
Ciri kedua skim ini ialah menjanjikan keuntungan melalui aktiviti merekrut orang baru, bukan melalui jualan produk. Melalui ciri ini, para pelabur dikehendaki mencari orang baru untuk melabur atau menyertai skim ditawarkan.
Setiap kemasukan orang baru akan diberikan intensif kepada orang yang memperkenalkan orang baru tadi. Ia akan berlanjutan dan berantai dari satu peringkat ke satu peringkat atau dikenali sebagai skim piramid.
Kedua-dua skim ini mempunyai persamaan iaitu menawarkan pulangan tinggi dengan kemasukan orang baru. Skim piramid adalah sebahagian daripada skim cepat kaya.
Ciri ketiga skim cepat kaya adalah tidak mempunyai sebarang produk untuk dijual, tetapi yang ada hanyalah sebagai hiasan semata-mata. Malah, jika ada produk sekalipun, ia akan dijual pada harga tidak munasabah. Sebagai contoh, jika sekotak kopi yang berharga di pasaran sekitar RM15, di dalam skim ini ia akan dijual pada harga RM80 dan disertakan senarai khasiat perubatan ajaib untuk justifikasi harga yang melampaui batas itu.
Sedangkan harga yang dibayar itu adalah untuk menampung bonus ‘orang atas’. Yang menariknya, masih ada orang yang mempercayai penipuan secara terang-terangan ini.
Mereka yang berhasrat menambah pendapatan disaran supaya berhati-hati dalam setiap skim yang diceburi. Jika ia skim pelaburan, pastikan kita semak kedudukannya melalui agensi kerajaan seperti Suruhanjaya Sekuriti (SC) dan BNM. Untuk mengetahui status halal produk pula boleh semak melalui JAKIM.
Jangan mudah terpengaruh dengan janji manis, sekalipun ia datang daripada sahabat atau saudara rapat. Mungkin mereka ikhlas untuk menawarkan kita peluang, namun sebenarnya mungkin mereka sendiri tidak sedar diri mereka sudah tertipu.
Jangan terburu-buru dengan ayat ‘tawaran terhad’ kerana percayalah bahawa peluang yang baik itu umpama bas, jika terlepas satu bas akan datang bas yang lain. Dalam hal ini, prinsip biar lambat asal selamat terpakai.
Dalam hal pelaburan, satu prinsip konservatif yang boleh diguna pakai ialah “biar tersalah tidak melabur skim yang menguntungkan, dari tersalah labur skim yang merugikan”.
Perunding Kewangan Bertauliah IFP (Islamic Financial Planner) di INFAQ Consultancy & Advisory
Leave a Reply