Basically untuk kahwin, wanita akan dapat 3 jenis cincin dari pihak lelaki
1. Cincin Merisik
Dipanggil cincin belah rotan. Tapi BUKAN diperbuat daripada rotan ye.
KIRA VALUE EMAS KALKULATOR EMAS, AR-RAHNU, PAJAK GADAI
Kira DisiniBiasanya orang beli cincin emas kuning kosong. Harga dalam RM100 lebih dah dapat.
SIMPLE GOLD TESTING KIT USING ACID TEST TO CHECK GOLD PURITY
Uji Emas AndaUntuk cincin merisik jarang orang nak beli emas putih sebab cincin ni kosong. Nanti orang ingat bagi bagi cincin silver pulak. No no noo
2. Cincin Tunang
Ada orang tak bertunang, terus nikah je. Terpulang. Kalau tak bertunang, uolls dapat 2 cincin je.
Cincin bertunang ni biasanya lebih ‘up’ sikit dari cincin merisik. Biasanya orang akan beli cincin emas berbatu (baca : diamond)
Diamond tu biasanya kecik-kecik dan disusun sejajar. Ia dipanggil “Eternity ring”.
Sebab ada diamond, so bolehlah pilih nak emas kuning ke emas putih bergantung kepada citarasa.
Harga up sikit dari RM500 – RM1.5k (bergantung jenis emas, berat dan diamond )
3. Cincin Nikah
Cincin nikah mestilah kena paling glamorous diantara cincin merisik & bertunang.
Biasanya orang akan beli cincin emas berbatu satu & besar. Ia dipanggil Solitaire ring.
Solitaire ring ni dikira paling hebat sebab diamondnya yang besar. Sebiji diamond yang besar adalah lebih mahal kalau nak dibandingkan dengan beberapa biji diamond yang kecik-kecik.
Rekaan cincin nikah ni biasanya simple sebab main fokus dia adalah diamond.
Haaa itulah jenis jenis cincin yang korang wajib tahu kalau nak berkahwin dengan gadis melayu.
Tapi nak kata wajib pon tak jugak, ramai je gadis-gadis Melayu sekarang yang memahami dan tak suka membebankan pihak lelaki. Kan korang?
Kredit: twtwedding
Pstt: nak tengok cincin 916 murah murah boleh tengok di shopee
Leave a Reply