Petaling Jaya: Seorang warga emas kerugian kira-kira RM25,000 selepas barang kemas serta wang tunai sebanyak RM3,000 miliknya dilarikan pembantu rumah yang hanya ditinggalkan selama 30 minit dalam kejadian di Kampung Tunku, di sini, kelmarin.
KIRA VALUE EMAS KALKULATOR EMAS, AR-RAHNU, PAJAK GADAI
Kira DisiniDalam kejadian jam 5.30 petang itu, mangsa yang berusia 63 tahun dikatakan keluar dari rumahnya sebelum kembali setengah jam kemudian apabila mendapati pembantu rumah warga Sri Lanka terbabit sudah tiada.
Menurut sumber, mangsa yang cuba mencari pembantu rumahnya yang berusia 31 tahun itu kemudian terkejut selepas melihat biliknya berselerak sebelum mendapati laci tempat menyimpan barangan kemas seberat kira-kira sembilan kilogram (kg) turut digeledah.
SIMPLE GOLD TESTING KIT USING ACID TEST TO CHECK GOLD PURITY
Uji Emas Anda“Selepas memeriksa laci berkenaan, mangsa mendapati semua barangan kemas bernilai lebih RM20,000 miliknya berserta wang tunai sebanyak RM3,000 lesap,” katanya.
– www.hmetro.com.my
Leave a Reply