TIMIKA – Seramai 12 pekerja disahkan mati selepas terowong sebuah lombong di timur Indonesia runtuh dengan 16 yang lain masih hilang, kata pihak pengurusan lombong dari Amerika Syarikat yang memiliki lombong berkenaan.
KIRA VALUE EMAS KALKULATOR EMAS, AR-RAHNU, PAJAK GADAI
Kira DisiniPerkembangan tersebut disahkan selepas lima hari kemalangan itu berlaku.
Pasukan penyelamat kelmarin mengeluarkan satu lagi mayat dan menemui enam mayat pekerja lombong tersebut tetapi masih belum dapat mengeluarkan mangsa.
SIMPLE GOLD TESTING KIT USING ACID TEST TO CHECK GOLD PURITY
Uji Emas AndaFirma Freeport-McMoRan cawangan Indonesia menyatakan, 10 pekerja diselamatkan hidup-hidup susulan nahas itu pada Selasa lepas.
Lombong Grasberg itu yang terletak di pergunungan wilayah Papua merupakan antara lombong emas dan kuprum terbesar di dunia.
Terowong runtuh itu merupakan sebahagian daripada fasiliti latihan bawah tanah dan bukan kawasan perlombongan sebenar. – AFP