ETA adalah salah satu teknik yang sering disebut-sebut dapat memberi keuntungan kepada peniaga emas. ramai peniaga emas sebenarnya terkandas kerana kekurangan modal untuk menyimpan emas dan menjual pada skala besar, contohnya tidak banyak kedai emas dapat menjual lebih 1 kilo emas sehari, biasanya pada skalar besar 1-5 kilo sehari ini dilakukan oleh supplier & kilang emas dengan margin untung yang rendah, samada RM0.50/gram ataupun RM1/gram.
KIRA VALUE EMAS KALKULATOR EMAS, AR-RAHNU, PAJAK GADAI
Kira DisiniDengan menggunakan ETA, peniaga emas dapat meminjam wang dari pembeli untuk tempoh masa tertentu bagi transaksi singkat samada harian atau mingguan dan pada masa yang sama memberi peluang kepada pembeli membeli emas pada harga jauh lebih murah.
Bagaimana proses membekal emas berlaku? peniaga emas biasanya mempunyai order dari pelanggan untuk dihantar, samada untuk tempahan harian kilo-kilo sehari atau untuk supply kepada kumpulan tertentu, biasanya pembekal emas berdaftar dengan MKS untuk mendapat harga murah dan kemudiannya menjual kedalam pasaran,
SIMPLE GOLD TESTING KIT USING ACID TEST TO CHECK GOLD PURITY
Uji Emas AndaBagaimanapun pada keadaan sekarang, pamp suisse boleh diperolehi dengan mudah dari tangan individu di fb pada harga lebih rendah.
Banyak program jual beli emas sekarang memerlukan pamp suisse, maka agent/sub-agent program memerlukan emas untuk urusniaga mereka, kekurangan masa agent-subagent untuk mencari emas yang murah menyebabkan mereka lebih berharap pada pembekal yang boleh memenuhi permintaan pelanggan,
Jadi disini banyak pihak yang tidak berlatarbelakangkan emas terlibat untuk membekal, dengan modal kurang, peniaga emas baru ini membuka kaedah ETA untuk menggunakan modal pembeli untuk menjana keuntungan transaksi harian dan pada masa yang sama memberi sedikit keuntungan kepada pembeli.
Simulasi Sebenar ETA : Ismail ingin membuat ETA 7 hari dengan 1 kilogram emas
(1) Ismail mempunyai modal RM150,000 untuk diniagakan dalam jual beli emas, langkah pertama Ismail perlu membeli emas dahulu. Jadi Ismail menghubungi Syarikat Hargaemas untuk membeli pada harga termurah contohnya RM130.00/gram, jadi jumlah semua sekali RM130,00.00 digunakan untuk membeli gold bar 100g pamp suisse x 10 keping
(2) Langkah kedua, ismail memajakkan emasnya didalam arrahnu dan mendapat pinjaman 70% sebanyak RM10,000 untuk setiap keping emas (rujukan harga Ar-rahnu 999 RM145/g, www.goldprice.my), jadi jumlah pinjaman yang diterima Ismail adalah RM100,000 untuk 10 keping emas pamp suisse
(3) Ismail membuka ETA tujuh pada harga RM125/g, maka ramai pembeli berminat dan membayarnya kedalam akaun Ismail Enterprise, jadi jumlah wang yang ada pada tangan ismail sekarang adalah RM245,000.00
- Wang tunai belum digunakan : RM20,000
- Wang Pinjaman dari Arrahnu: RM100,000
- Wang diterima dari peserta ETA :RM125,000
(4) Untuk membuat keuntungan, Ismail menggunakan cash yang ada ditangannya untuk urusniaga jual beli emas yang cepat dalam masa 7 hari, Ismail mencari pamp-pamp suisse yang murah di forum-forum emas dan menjualnya dengan segera, dengan modal sebanyak RM245,000, Ismail dapat membeli maksimum 1.8kilo emas untuk setiap transaksi
(5) Katakan Ismail cuma mengambil untung RM1/g sahaja untuk setiap transaksi dan sehari cuma sempat urusniaga 1.8kilo sahaja emas, jadi Ismail berjaya untung RM1800.00 sehari, jika 2 kali pusingan RM3600, atau 3 kali pusingan RM5400.00 untung dalam masa sehari
(6) Katakan dalam tempoh 7 hari itu Ismail berjaya melakukan transaksi 1.8kilo setiap hari, maka jumlah keuntungan diperolehi Ismail adalah RM1800 x 7kali bersamaan RM12,600.00 untung.
(7) Sampai masa 7 hari iaitu hari untuk pemulangan order ETA7 yang diterima, ismail mengeluarkan pamp dari arrahnu berjumlah RM100,000 + RM1080 (upah simpan) dan kemudiannya menyerahkan semua pamp tersebut kepada pembeli-pembeli yang menempahnya. Jom kira berapa keuntungan Ismail.
- Jumlah wang Ismail pada hari terakhir urusniaga RM245,000 + RM12,600 = RM257,600
- Jumlah wang dikeluarkan untuk menebus kembali emas dalam Ar-Rahnu RM101,080
- Selepas serahan ETA7, jumlah wang Ismail menjadi RM156,520.00
- Maka keuntungan bersih Ismail adalah RM6,520.00 dalam masa seminggu dengan hanya 1 pusingan transaksi dalam masa sehari (minimum)
Jika simulasi diatas diaplikasi kepada ETA14, ETA21 & ETA30, keuntungan adalah seperti berikut
Pemalar: (1) Pinjaman Arrahnu RM100,000 (2) Wang belum digunakan RM20,000 (3) Tebus barang dari Arrahnu RM101,080 (4) Untung transaksi harian RM1800/hari
- ETA14 Wang diterima RM120,000.00 (RM120/gram) / Untung transaksi RM25,200
- Pada hari terakhir, Ismail mempunyai modal RM265,200.00, maka jumlah bersih wang Ismail adalah RM164,120 (untung RM14,120)
- ETA21 Wang diterima RM115,000 (RM115/g) / Untung transaksi = RM37,800.00
- Pada hari terakhir, Ismail mempunyai modal RM272,800, maka jumlah bersih wang Ismail adalah RM171,720 (untung RM21,720)
- ETA30 Wang diterima RM105,00 (RM105/g) / Untung transaksi = RM54,000
- Pada hari terakhir, Ismail mempunyai modal RM279,000, maka jumlah bersih wang Ismail adalah RM177,920 (untung RM27,920.00)
Bagaimanapun urusniaga diatas hanya boleh berlaku jika:-
Pengelola ETA mempunyai pesanan harian untuk pembekalan emas secara berterusan
Pengelola mempunyai rangkaian luas di group. fb, whatsapp untuk mendapat bekal yang cukup pada harga yang sesuai
Senarai group FB untuk urusniaga emas harian;
- https://www.facebook.com/groups/hargaemasmy/
- https://www.facebook.com/groups/326019347574755/
- https://www.facebook.com/groups/782419628482015/
- https://www.facebook.com/groups/jomemas/
- https://www.facebook.com/groups/gold.lotshop/
- https://www.facebook.com/groups/1466432843609113/
Leave a Reply